Assalamualaikum wbt.. May Allah bless all of us and ease us in everything we do..
Today is a special day.. I kept on waiting for this day. And now here it is.
14th May 2015
Dikesempatan ini, akak nak ucapkan....
Happy Birthday Ayah!
Semoga Allah sentiasa kurniakan ayah kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...and may all your wishes come true!
Thank you ayah.
Thank you for everything you have done for akak. Thank you for be my hero. I am not a princess but you always make me feels like one..
Assalamualaikum wbt. Hana doakan semua pembaca blog ini sentiasa diberkati dan dirahmati Allah.
First of all, nak ucapkan terima kasih..
Terima kasih schoolmates.. for giving the book. I love it... yeay... ^_^ *and thank you for the notes.. yes, you're right. I miss our Tennis moments and riadah.. Basketball.. Lama sebenarnya tidak bermain. InsyaAllah.. one day..
And
Congratulations my little sis..For winning the game. Sorry i cant be there to cheer for you.. I know it must be great game... Kalau tak, bukan Falis la kan? ^_^
Akak pun tak sehebat tu.. Tak rugi ajarkan dulu.. See, you are talented. Believe in yourself.. I know you can do it.. Balik nanti we have a match Ok??
Don't be afraid of what others saying. Let them said what they want. If they want to call it 'poyo', let them be.you have nothing to lose. ^_^.
Do you still remember... Mom once told me about this.
"Orang yang bagus dan baik akan tengok dengan mata lebah..semuanya manis macam madu dan bunga. Orang yang selalu negatif dan berprasangka buruk akan tengok dengan mata lalat.
so, i guess we all know what flies do right?
So let them be. As long as you know your intention and whats in your heart. And the things that you're going to do does not against Allah rules. Those people is actually a test from The Most Merciful too..
All the best in training.. Be a good player then. Wish us luck in PSKPP too.. May Allah ease..
Siapakah lelaki ini? dan apakah yang sedang beliau lakukan? Ini punca sebenar yang membawa kepada perkongsian pada hari ini..
Gambar ini mampu menceritakan perasaan Hana pada saat membaca cerita ini. Sangat menyayat hati.. Kasih sayang itu dapat dirasakan..
Mr. He memeluk erat isterinya.. dan menemani isterinya sehingga anaknya sampai dan mengambil mereka pulang ke rumah. Dengan suhu 24°C beliau menemani tubuh isterinya yang sudah kaku.
Isterinya mengalami serangan jantung di saat dalam perjalanan ke farmasi. seorang pejalan kaki yang ditemu bual memberitahu bahawa "wanita tersebut masih sedar ketika jatuh, namun beliau pengsan sebelum sempat memberi nombor ahli keluarganya"..
Mr. He yang bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dihubungi oleh pihak polis yang mendapat nombornya melalui kad perubatan isterinya. Sebaik sahaja sampai dia terus merangkul tubuh isterinya dan memeluk sekuat hatinya. Tidak berkesempatan untuk mengucapkan walau sepatah kata namun rata-rata yang hadir dapat merasai kehangatan cinta terhadap isterinya..
Meskipun beberapa kali ditawarkan untuk dihantar ke rumah oleh pihak yang berkuasa, namun Mr He menegaskan untuk menunggu anaknya yang masih dalam perjalanan mendapatkan mereka.. sayu.. sungguh tabah di dalam kesejukan itu, beliau memeluk dan menemani isterinya sehinggalah anak mereka sampai. Mereka yang lain turut membantu dalam memberi bahan seperti kotak sebagai alas untuk mengatasi kesejukan jalan yang semestinya mampu membuatkan sesiapa sejuk beku...
Seperti kata seorang guru
Pertemuan, jodoh, dan ajal maut semuanya di tangan Allah.
Semoga cerita ini menyedarkan kita untuk menghargai insan disekeliling kita. Keluarga terutamanya.. mereka berhak merasa bahagia dengan kita. Bahagiakan mereka setiap saat dengan kemampuan kita.. Beritahu mereka, bahawa anda sayangkan mereka... kerana mungkin lambaian pagi ini, adalah lambaian terakhir kita untuk mereka...
Assalamualaikum wbt semua. Diharapkan semua sihat-sihat hendaknya. Dan ceria-ceria selalu. Esok dah hujung minggu. Sabtu ada kursus Sorotan Literatur dan ahad akan ke sekolah untuk Praktikum 3 selama 3 bulan. "Ya Allah, Kau berikanlah kami kekuatan dan permudahkanlah bagi kami untuk membantu anak-anak murid dalam mempelajari ilmu agar dapat menjadi insan yang berguna. Dan Kau bantulah daku untuk membantu yang lain hidup sihat dan lebih dekat kepadaMu" Alhamdulillah, hari ini tamat sudah Pilihanraya Kampus bagi memilih Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2014/2015. Tanggungjawab untuk mengundi sudah Hana laksanakan. Tahniah dan syabas kepada yang memenangi pilihanraya ini. Jadikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini sebagai satu peluang anda untuk membantu yang lain. InsyaAllah. Minggu ni memang sibuk. Jujur. Hana akui agak penat dengan jadual yang pack dan tugasan sampingan yang lain. Ini belum lagi diambil kira Kajian Tindakan dan proposal yang perlu dilaksanakan. Alat dan kaedah yang telah ditunjuk pada pensyarah penyelia perlu ditukar tajuk atau beri inovasi yang baru. Awal-awal lagi dah kena reject. Sabar-sabar. Slow-slow. Pasti ada jalannya. Tak akan ada jalan buntu selagi kita belum berusaha dan kerah segala kudrat untuk ini. Allah itu ada AJK SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2014 dan pagi tadi juga ada mesyuarat bagi AJK Seminar Penyelidikan Tindakan yang bakal diadakan tidak lama lagi. Yang ini Hana sukarela untuk menjadi AJK bila mana Ketua Unit mencari wakil kelas untuk dilantik sebagai AJK. InsyaAllah, akan cuba beri komitmen sebaik mungkin. Program ini akan menjadi program yang GRAND kerana pada tahun ini merupakan giliran IPG KDRI untuk menjadi tuan rumah bagi SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ZON TIMUR. Banyak tugas yang perlu dilaksanakan secepat mungkin seperti membuat kertas kerja, mencari tempat seminar (Hotel/dewan) yang bersesuaian untuk menempatkan seramai 300+ peserta. dan memang di dalam hati "Ya Allah, banyaknya kerja. Proposal tak jalan lagi. Portfolio praktikum ke mana. Buku rekod lagi. Ini tak buat lagi. Laporan Persatuan. Itu tak buat lagi. mampukah aku? Untuk beri komitmen pada semua? " Ya Allah, PERMUDAHKAN LAH.. dan benarlah Allah itu Maha Kuasa. Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Disaat Hana rasa tidak mampu Dia tunjukkan jalanNya. Disaat merasa diri ini susah, Dia tunjukkan bahawa ada yang lain lebih susah hidupnya. Dan dari situ Hana tahu. Allah tidak akan menduga hambaNya dengan ujian dan dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya itu. Percayalah kepadanya. dan hari ini Hana nak berkongsi satu cerita yang mungkin akan membawa diri kita untuk kembali bermuhasabah dari diri yang selalu mengeluh kesah. Kisah ini Hana baca dari DailyMail.co.uk. Boleh klik di sini untuk versi bahasa Inggeris. dan disini Hana akan ceritakan secara ringkas. Guo Shijun, seorang remaja di China yang mana membawa ayahnya yang sakit ke universiti bersamanya. Shijun berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Hidupnya semasa kecil amat sukar di mana, ibunya mempunyai masalah mental disebabkan penyakit meningitis dan dia dan ayahnya menjaga ibunya sejak itu. Walaupun begitu, Shijun tetap berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Namun, kehidupan benar-benar menduganya apabila ayah Shijun mengalami kemalangan di tempat kerja dan lumpuh dari paras pinggang dan ke bawah. Dia bertuah kerana atuk dan neneknya sanggup menjaga ibunya namun mereka tidak dapat membantunya menjaga kedua-dua ibu bapanya. jadi, Shijun mengambil keputusan untuk menjaga bapanya sendiri. Dia seringkali menjaga bapanya yang sakit dengan berulang-alik. Namun, dia berjaya membuat rayuan kepada pihak universiti untuk memberikan kebenaran kepadanya untuk membawa bapanya bersama. disebabkan Shijun sentiasa menjadi pelajar terbaik universitinya, pihak universiti memberi kebenaran. dan dia telah menyewa sebuah bilik serta membina sebuah katil istimewa untuk bapanya. Shijun juga memperoleh biasiswa untuk menampung kos pelajarannya. Hingga kini, dia masih menjaga bapanya sepenuh masa di biliknya. Dia sentiasa melawat bapanya meskipun hanya mempunyai ruang masa antara waktu kuliah dan lunch
Chinese student Guo Shijun (right) prepares a meal for his father in his dorm while his father (left), who is paralysed from the waist down, rests in the specially installed bed
Guo Shijun takes a picture with his father. For most of his life he has been a young carer, and his workload only doubled when his father became disabled
Despite insurmountable odds, Guo Shijun has managed to earn top marks at university, and a scholarship for his good grades
Guo Shijun installed his father in his dorm room so that he wouldn't have to go far to check on him between lectures
Hebat kan pengorbanannya. Pengorbanan yang dilakukan demi menjaga ayahnya. dan Hana juga cuba me'relatekan' dengan keadaan di Malaysia. Kini sudah jarang ada anak-anak yang berjiwa besar sehebat Shijun. Bukannya tidak ada langsung, ada tetapi bilangannya sedikit. dan cerita benar ini membuatkan Hana bangkit dari mimpi. bangkit dan keluar dari belengu keluh kesah yang rata-rata pelajar sama bangsa dengan Hana lakukan. dan Hana katakan pada diri,
"Jika Shijun mampu untuk teruskan kecemerlangan di saat dia diduga dengan ujian sebegini, mengapa tidak aku? mengapa tidak daku yang masih lagi sihat, mempunyai ibu bapa yang masih lagi sihat? dan daku masih mampu untuk memperoleh pembelajaran yang baik, lebih baik dari Shijun. tidak perlu bersusah payah sepertinya. sudah tentu daku mampu untuk melakukan yang terbaik juga. Ini semuanya bergantung kepada tekad dan keinginan. :)
Tetapi kisah Shijun ini menyedarkan Hana bahawa bila mana kita menjaga kedua ibu bapa kita, Allah tidak akan mempersia-siakan usaha kita. Dia akan memberi lebih kejayaan dan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka. Jadi kepada anak-anak semua, ingatlah bahawa tanpa kedua ibu bapa kita, tidak mungkin kita akan lahir ke dunia ini. dan tidak mungkin kita akan dapat mencapai seperti apa yang kita ada pada hari ini. Ucapkan terima kasih kepada ibu bapa kita.
Salam dan beri pelukan mesra. bagi yang berjauhan macam Hana, teknologi sentiasa ada untuk kita menghubungi mereka.. Jangan jadi manusia yang hidup di pulau alasan. Kerana kita mahu menjadi mereka yang berjaya, beriman dan kaya jiwa.
dan Hana kagum dengan Shijun,
'I can't say life is easy but the only way out of the problem is through hard work so I'm not complaining.
'I think once I graduate things will get much better.'
jadi, jika anda rasa share ini bermanfaat, boleh tekan like supaya ramai lagi yang dapat beroleh manfaat daripadanya.
hari ini Hana nak share satu video yang memang kalau nak diikutkan duduk di hostel ni tak dapat nak tengok live on TV. tapi Allah Maha Kuasa, Alhamdulillah dapat juga Hana tengok live di Besut. sama-sama tengok dengan family rumate Hana..
jom tengok video ni..
macam mana tengok video tazkirah oleh Dr Ridhuan Tee di Mimbar Pencetus Ummah Akhir? banyak sungguh pengisian. sangat menyentuh hati
dan hal ini membuatkan Hana teringat tentang kisah sebatang pohon epal dan seorang budak lelaki.
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu
gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu…
Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.
" Aku bukan lagi kanak- kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu.
" Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pohon epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kauinginkan." Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagiselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih.
Masa berlalu…
Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pohon epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.
"Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.
Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan.
Lalu,remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu."
Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untukdijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia,datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…" kata pohon epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epal mu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohon epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
Tahukah anda??
Sebenarnya,pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk
meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.
Anda mungkin terfikir bahawa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa
kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.
dan pada yang merantau untuk menuntut ilmu seperti Hana, why not kita at least call mak dan ayah setiap hari. Kalau kata tak sempat la, sibuk la, no credit la...cuba muhasabah balik, did our parents say NO pada setiap apa yang kita minta? dan adakah pernah mereka meminta untuk dibalas segalanya...
so, anak-anak sekalian (diri saya juga), appreciate our parents and thanks them by showing them your love. sesungguhnya doa ibu bapa adalah doa yang diperkenan Allah. Balik cuti, pastikan salam,peluk cium mak dan ayah.. *touching jap. Yup. Duduk jauh di Terengganu ni selalu buat Hana ingat rumah dan nak balik makan masakan mak. =) Alhamdulillah, I try to make sure at least I called my parents everyday.. dan Hana selalu pastikan my call list phone kalau mencecah 3 caller dah, Hana akan cepat-cepat called mak. Lately, abang Hana menang dulu sebab setiap kali called ayah yang akan jawab. Our motivators.. ^_^
tapi tak rugi, sembang-sembang dengan ayah dah dapat hilangkan rindu. yang best sekali dapat tahu Terengganu pun cuti ahad nnt sempena Tahun Baru Cina. yeay..
#Jika anda rasa entry ni bermanfaat untuk yang lain, feel free to like and share. Tq. ^_^
Assalammualaikum.. entry kali ini saya tak nak cakap banyak.
Just nak wish "Happy Birthday" to baby Hanee. :)
comey kan die?? hehe.. nge.ngee.. memang tak kan tertutup mulut ana sebab asyik tersengih-sengih macam kerang busuk jea. Sangat obvious bila saya excited. sangat-sangat malu dengan famili roomate saya. Siyes segan. Tapi tak dapat dinafikan memang selalu juga ternanti-nanti bila nak pergi lagi.. Bukan sebab baby hanee jea. Maybe because I love Besut and them.. InsyaAllah, after i got my first camera, i'll upload them up :D
for now, enjoy the cute tomey anak buah rumate sy.
Alhamdulillah. Everything is going on well. I'm feeling better now.
[eventhough it hurts sumtimes, but it is ok.]
Be grateful and thankful. Thats what i want to talk about.
Today is my third day and i'm feeling better now. walaupun dah tiga hari ana tak makan nasi, namun ana bersyukur sebab masih diberikan kekuatan olehNya untuk beribadah dan meneruskan kehidupan. Sakit.. kadang-kadang rasa bersyukur kerana Dia menciptakan 'sakit' kerana dengan ini kita rasa lagi dekat denganNya. Rupanya sakit itu adalah satu nikmat juga.
Semalam semasa perjalanan balik dari rumah pak ndak, rasa terharu apabila ayah dan emak nak singgah di McD ntuk membelikan ana bubur. Yup. Bubur ayam mcD. Sebab semenjak isnin, hanya air milo dan roti menjadi peneman dan sumber tenaga. Nak makan tak boleh. Mengunyah lagi menyakitkan. Jadi hanya mampu untuk menelan. Bayangkanlah kalau kebiasaan ana makan nasi tengah hari sahaja [bersama rumate tersayang] sudah mengambil masa 10-28 minit , kali ini mungkin sehari suntuk.
Sebabkan hari dah lewat, dengan ayah yang sudah seharian bekerja terpaksa temankan kami ke alor star, ana berkata " takpela ayah, minum milo dah la. Lagipun da nk dekat pkul 11. Nanti makan berat, gemuk la jadinya".. last2, ana tertidur bersama adik di back seat.
Tiba-tiba dengar ayah panggil, "Akak, bangun." buka mata. Tiba-tiba jea Tadaa!!! RFC dpan mata.. hurm, patutla sedap jea bau. tak sangka pla ayah berpatah balik untuk beli RFC buat ana.
Ini sekadar gambar. Kami beli bungkus. Makan di rumah ^^
Semua ada. Yang paling gembiranya adik la. Sebab dapat makan radix, ana hanya makan mashed potato saja. Tapi tak mengapala. Sy suka. Terima kasih ayah, emak.. dan adik terima kasih sebab tolong habiskan. hehehe..
Raya kali ini x best mcm dulu.... xde rasa kemeriahan hari raya... cume sekadar buat kuih raya, ketupat raya, rendang raya, dan duet raya... duet raya?? X2.. duet raya pun da mkin kurang dpt tahun nih....
KAli ini blik beraya di kampung dah tak macam dlu... rse lenggang jea.. lgpun mungkin sebab kali ini cume dua famili yang blik.. pagi raya kami bertolak dari rumah.. klu x kerana diriku, mungkin dua hari awl kami da bley blik.. :(. tp x mengapa at least blik beraya juga..blik tgk kampung, blik umah arwah tok.. g raya umah long mah (jiran tuk di kampung) dan umah sedara mara yang ade....tp yg sedeynya petang raya , kami da bertolak blik kedah....
abis cerita raya pertama.....
RAYA ke-2...
hari ini aktiviti berjalan seperti bulan posa..sbb kami smua berpuasa.. bagi aku.. mmg wajib kna posa...hehe.
bkn sebab nk kuruskn badan tau... Arini pun sama x terasa mcm raya.... tunggu kawan2 dtg beraya pun , kebanyakan kawan2 smuanya org KL dan the latest adalah TErengganu....
nk ajk kawan SMJ pun, ade yg da lupa muka yg x comel ni... arini x gi beraya mne2 memandangkan sefamili berposa .. lgpun adik nk ambik PMR jd dia lebih prefer untuk dudk di umah... STUDY...STUDY...ktanya..
tp.. aku rindu raya dulu.... RAYA yang DULu....
sesi fotografi .. =)
ini gambar mse empat daripada lapan famili bhgn penang yang blik beraya... rombongan dri SP, dan Penang sendiri... mmg kecoh.. terutamanya bila mlm raya dan raya pertama.....
bila anak,menantu, cucu semua ade.. =D
13 cucu kesemuanya, ak termasuk ngn cicit-cicit lagi time tu.. ntah cmne la tok mse tu kn.. msti pening kpala ngn keletah anak cucu... klu time ramai2 mcm nih.. knfem dapurla jd tempat bercerita dan bersembang... tua muda...besar kecik...gemuk kurus....bulat bujur smuanya ada...hehe .. smbil buat kuih,masak2 sambil2 bertukar2 cerita... bagi aku mcm ni lah yang dikatakan raya.. lebih ceria dan meriah ngan mcm2 ada....
sehari sebelum raya...
suasana pada petang sebelum raya.. tp gambar nih pda tahun 2007...
kemeriahan terasa.. bg kanak2 terutamanya
kemeriahan terasa...kanak-kanak la terutamanya... berinai jari-jemari.. teringat masa kecik dlu2.... sanggup 'keras tangan" semata-mata xnk inai jd comot...hehehe
gotong royong di petang raya
Sunday, May 30, 2010
Cinta atau Nafsu?
Manusia pertama yang diciptakan iaitu sang Adam menikmati segala yang indah di syurga. Namun Baginda tetap berasa sunyi dan 'kehilangan'. Akhirnya Hawa diciptakan untuk menemani Adam. Barulah Adam berasa lengkap dan sempurna. Mereka bahagia di syurga dan kemudiannya kerana cintanya kepada Hawa, akhirnya mereka dihukum turun ke bumi. Manusia pertama dan kedua adalah lelaki dan wanita. Saling memerlukan dan saling melengkapi. Masa terus berlalu dan sehingga kini, lelaki dan wanita masih saling memerlukan antara satu sama lain. Masing-masing ada tarikan yang tersendiri. Wallahua'alam.
Nikah?
Masing-masing pasti ada jawapan yang tersendiri. Kadang-kadang bila niat menyeleweng, bukan bernikah kerana mencari keredhaan Allah, tapi bernikah kerana ingin bermegah-megah, bernikah kerana ingin memuaskan nafsu, bernikah kerana seronok melihat orang lain bernikah, bernikah kerana terpaksa, bernikah kerana ingin memiliki si dia semata-mata, maka masjid yang terbina mudah benar runtuh, terjadilah penceraian. Ramai yang bernikah tanpa berfikir panjang, bernikah dalam keadaan mental dan fizikal yang tidak bersedia, kewangan yang tidak stabil, bernikah tanpa ilmu dan pengetahuan yang cukup menjadi antara sebab punca terjadinya sesebuah penceraian. Wallahua'alam.
Jika dilihatkan kepada remaja msa kini, sememangnya sedih~ ramai yg hanyut krn cinta. Antara soalan yg sering shj ditanya soalan popular antr lelaki dan perempuan :
1. knp awk suka sy?
2. Awak suka sy ,sayang saya atau cinta saya?
3. knapa nk bercouple dgn sy?
dan sebagainya... sbnrnya kita adalah hamba yg lemah.. xmmpu untuk melawan smua godaan manusia.. Sesungguhnya cinta itu amat suci, sesuci embum pagi dan yang mengotorinya adalah tangan manusia itu sendiri....Jadi bagi gadis2 di luar sana.. kuatkan hati, peliharalah mahkota dirimu, sesungguhnya mahkota itu adalah yg pling berharga dalam kehidupanmu....
p/s : ini adalh sebhgian dripd tazkirah dlm Iluvislam dan sy hnya menyatakan pandangan sy, semoga kita msing2 mndapat ilmu dan pedoman
A battle . 9 years battling with 'it' eiher night and days.. and like most of the time tht i've heard mybe for the rest of my lives. "Be Strong", " U can make it"...hurm..but for me it was tough..real though if without support of my family, mom and dad ,friends (especially my roomates)
But recently, thankfully, I have felt much, much better in myself and happier, and I feel that there is a purpose to my existence. I just hope this feeling lasts for a very long time, now its here.
I have a very good life, I have everything I need and want in my life, and more! And I even learn new things. A new favorite songs genre. English to Japanese and Koreans.. Boyish to a very graceful girl..hehehe...So I'm a very, very lucky woman.No..No. I only 19.Still a girl..yup. A lucky Girl. But I have, like everyone has, those things that just make me so much happier and make my day so much more worthwhile and better.
By being here, jus ryte here, ryte here where i stand.. I had everything.. for now~