Showing posts with label 101Dreams. Show all posts
Showing posts with label 101Dreams. Show all posts

Tuesday, December 12, 2017

A 3 years Journey in SK TATAU as a teacher

Alhamdulillah.. 3 tahun sudah berlalu. Sekejap sahaja masa berlalu. Terasa bagaikan semalam baru sahaja menerima tugas menjadi guru kelas anak-anak kecil ini. Tanggal 3 Februari 2015, pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kelas anak-anak 1 CERDIK. Allah. saat itu komunikasi semasa kelas ibarat ayam dan itik. Kebanyakan mereka kurang faham bahasa Melayu. Allah.. Macam mana aku nak ajar Bahasa Inggeris dengan mereka ? BM sudah cukup membuatkan kepala ini pening dalam nak memastikan mereka faham arahan cikgu.

wajah-wajah 2015

Always be my favourite in neat work.

Kelas kedua belakang. Sememangnya banyak mengajar Miss kesayangan mereka ini erti kesabaran, erti ketekunan dan kasih sayang. Kelas ini berjaya kekal kelas tanpa rotan sehinggalah akhir tahun 2017.
Akhir 2015. Jamuan akhir tahun. 15 orang sahaja yang hadir

Kelas Hero-hero 


Tetapi hari demi hari, bulan demi bulan sehingga beranjak tahun .Anak-anak murid pun da besar semuanya. Daripada tidak fasih ABC, kini alhamdulillah syukur mereka sudah dapat membaca dengan lancar dalam Bahasa Inggeris. Daripada takut dan tak ada keyakinan diri mereka sudah berani tampil mencuba. Harapan dan impianku semasa mula-mula memegang tanggungjawab sebagai guru kelas dan guru subjek BI hanya satu. Mendidik mereka menjadi manusia berguna pada diri sendiri, dan keluarga. Yang penting bersopan dan beradab.
Year 3 with the most students in Year 3 SK TATAU


Sejujurnya bukannya mudah untuk mengajar kelas yang majoritinya murid lelaki. Tetapi pengalaman bersama mereka sejak Tahun 1 sudah membuatkan mereka cukup kenal dengan miss kesayangan mereka ini. Ada masanya Miss menjadi singa mereka akan menjadi anak singa yang cukup comel sambil memujuk. Tak jadi marah lama-lama. Sebab nak tergelak saja. haha. 

Tetapi seperti kebiasaan murid mana yang tidak nakal. Kelas 3 Uranus ini pun tidak terlepas daripada hal disiplin kerana kenakalan mereka. Pengaruh rakan sebaya lagi. haiishh. Pening kepala miss. Tetapi syukur alhamdulillah nakal mereka masih terkawal. 














Kelas Matematik.
Tahun ini Hana mengajar kelas hujung sekali dalam darjah. 38 murid pelbagai ragam. Kebanyakan mereka masih tidak mengenali nombor. Membilang 1 hingga 10 merupakan satu perkara yang hampir mustahil buat mereka.

Sungguh inilah cabaran dunia pendidikan. Disaat Hana mahukan anak-anak ini untuk dapat mengenal nombor dan mengira terlebih dahulu. Sistem pendidikan negara kita mahukan mereka mampu mengira dan memahami masalah. Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi sememangnya 'membunuh' minat mereka perlahan-lahan.  Ramai yang akhirnya datang ke sekolah sekadar untuk bermain bersama kawan-kawan.

Untuk yang bercita-cita menjadi seorang guru.
Disini sebenarnya cabaran sebenar seorang guru. Kesabaran diuji.







Semoga lebih banyak cikgu dapat membantu kamu Tahun hadapan. aamiin.

Saturday, August 19, 2017

My Adorable Kids

Marc Kelvin.

I don't really know this boy. I love to call him Alfian as his Islam name is Mohd Alfian.

Even i've been teaching him for almost three years.. Since the first day of February 2015, my first class with him. I thought he did not speak as he is shy. But as the years passed, I've been realize. He did not talk to me at all. Not to the other teachers too.

This make me worried. So, I've been talking to his parents about this matter. To know the cause. Either he has been bullied or get scolded by some teachers. But his parents tell me. No. He is ok. Not been bullied or scolded by any teacher at all.

yes.. I also believe that as nobody is going to scold this kid. Very polite and kind. A smart one too. It just that he did not talk much. Actually he did not talk at all.

And believe me or not... I never heard him speaking. Never heard his voice at all.. .
Everyone in this school never hear him speaking in school.. I don't know why.
Somehow he manage to communicate with his classmates voiceless... Awesome right?
😂😅😊 and as always they become his translator. Or I just have guess and tell moment with him. I have to guess what he want to .





But I am proud to have him as one of my pupils.. His neat work, his smile, his passion in doing things and most important is his manner.  A very polite boy..

I pray that one day I am going to be able to hear Marc Kelvin@Mohd Alfian talking and become someone BIG💪😆😊 Seriously..he is cool😎😎

May Allah take care of you and grant you with a good health and SUCCESS in dunya and akhirat. Aamin.

Time flies so fast. You are 9 years old now. Soon you guys are going to leave me..
Surely I'm going to miss you guys.


Your dear Miss Farhana Forever.

Saturday, February 11, 2017

February is here

Alhamdulillah, diberi peluang lagi untuk mencoret disini.
Alhamdulillah syukur juga dah semakin beransur sembuh. Terima kasih yang mendoakan.

Kurang rehat dan keadaan cuaca yang sekejap terlalu panas tiba-tiba hujan dan panas kembali.. Kata Dr itu faktor utama  jatuh demam. Tersenyum saja mendengar.  Menerima seadanya kerana sakit itu kan kafarah dosa. Moga diampunkan segala dosa-dosa saya.. aamin.

Jadual pack.
ya. sejak minggu pertama persekolahan. Agak busy dan full. Hujung minggu selalu di sekolah. Aktiviti Kokurikulum pada hari sabtu. Siang hari ke sekolah, malam bertugas warden sampai jam 9.30.. Sejujurnya tak pernah terasa pun kepenatan, mungkin kerana muka dan senyuman anak-anak murid di sekolah buatkan kita senang bekerja. duduk tak duduk, dah sebulan berlalu... Februari pula menjelma..

EG-Tukar
Bila bulan Februari dah tiba, ini bermakna EG-Tukar sudah dibuka... yeay...
Isi EG-Tukar bukan kerana tidak sukakan keadaan disini.. Namun, ingin bersama keluarga dan berbakti kepada ibu dan ayah semasa mereka masih lagi ada.. Sejujurnya,tempat sekarang sangat seronok dari segi rakan sekerja, persekitarannya.. anak murid biasalah.. ada yang baik.. ada yang nakal. Lumrah hidup seorang guru..

Tatau tempat pertama saya disini setelah dipostingkan sehingga sekarang.. Tempat jatuh lagikan dikenang. Inikan pula tempat pertama kita bekerja..


Alhamdulillah, beberapa kali mengisi EG-Tukar negeri Kedah tak pernah ada di dalam list.. Kali ini, ada bagi Sekolah Kebangsaan. Maka tak dilepaskan peluang.. Namun, dilihat taffic light, tiada kekosongan buat opsyen saya. Matematik..

Namun, saya isikan juga. Sebab rezeki tu daripada Allah.. Bukannya sistem manusia.
Be positive.. Kepada yang sama-sama mengisi Eg-Tukar, ayuh kita positifkan diri anda... Usahakan dengan mengisi dan menghantar borang kepada PPD untuk diusulkan kepada JPN dan KPM.. Jika berkemampuan, anda boleh usahakan sendiri ke KPM dan sebagainya..

yang penting, jom kit

Bersangka baik dengan Allah.
Banyakkan beristighfar.
Banyakkan berdoa.
Bangun solat tahajud.
Banyakkan zikir dan sedekah..


tersenyum melihat negeri Kedah kebanggaanku. hihi ^_^
Opsyen Matematik traffic merah untuk Kedah dan semua negeri. 


walauapapun, tolong doakan saya dapat berpindah ya... ^_^
cemburu juga dengan kawan-kawan yang seminggu sekali dapat pulang menjenguk ibu ayah.. paling tidak, sebulan sekali.. Moga tiba giliran saya pula nanti..

Jika tidak dapat bertukar.. Doakan ibu ayah dan keluarga saya sentiasa sihat,saya murah rezeki dan kaya raya, . dapat selalu beli tiket balik ke Kedah (hanya yang selalu beli tiket dari Bintulu-KL sahaja mengetahui perasaan ini).. Meskipun perlu transit setiap kali balik saya ok saja.kuat-kuat.. Asalkan dapat bertemu mak ayah adik abang semua... oh ya.. Cik abang yang seorang lagi pun sentiasa dirindui juga..

Moga dapat tinggal bersama nanti.Aamin

Saturday, January 7, 2017

2017 : A Start of the New Chapter.

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi semua..

Lama saya tidak menjengah ke sini. Rindu nak mencoret nota dan kenangan disini. Tetapi ada komitmen lain yang perlu diberikan keutamaan terlebih dahulu..

First of all,
Syukur alhamdulillah.. Thanks to Allah for given me the opportunities to breath and live today.


2017

Kedatangannya disambut bersama insan baru. Seorang yang sentiasa memahami diri ini. Yang sentiasa bersabar dengan karenah diri. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Hadirkan dia dalam hidupku... Semoga kita sama-sama melayari kehidupan ini dengan mendekatkan diri kepadaNya.

Tahun ini merupakan tahun ketiga teacher Hana di Tatau. Merindui kampung, family dan suasana rutin harian dengan keluarga. cuti sebulan rasa malas pula nak ke sekolah.. hahaha


insyaAllah. for this 2017


AZAM tahun baru saya


  1. Do the best in everything i could. Dalam menjadi guru, seorang isteri dan anak to both parents..
  2. be a good wife, and daughter. Balik bercuti especially..
  3. lebih bijak mengurus masa. Untuk semua orang dan perkara kena pandai uruskan masa nanti. I'm married now ^_^
  4. buat simpanan untuk travel dan family. Haruslah bawa family berehat-rehat makan angin nanti. Spend time dengan yang tersayang.
  5. jimat dalam berbelanja. ini haruslah.. perlu ditahan godaan sales online.. barang-barang yang bukan keperluan.. nak berjimat dan menyimpan mestilah kurangkan belian online.
  6. Keep fit dan kurangkan pengambilan makan manis. too much sugar pun tak bagus untuk kesihatan.. No sugar in tea. dan minum air secukupnya.
  7. update blog sekurang-kurangnya satu post seminggu
  8. tambah ilmu dalam pelbagai perkara. Dunia dan akhirat..
  9. sharing pengalaman dan ilmu yang saya dapat dalam apa2 majlis ilmu/ceramah
  10. nak berjaya dan kaya harta serta kaya jiwa dunia dan akhirat.






Thursday, October 20, 2016

Enrich your life...

Assalamualaikum and hi everyone..

Lama sudah rasanya tidak menulis disini.. missing it already.. Tetapi tugas utama perlu diutamakan.
Alhamdulillah. malam hujung minggu ada peluang untuk coret-coret disini..

2016 hampir sampai ke penghujungnya..Makin berdebar menghitung hari. Peperiksaan akhir tahun, persiapan untuk tahun hadapan dan lain-lain...



Throughout the year, there are moments that i created with my friends..  because I believe, EXPERIENCE is THE BEST TEACHER...

Selalu sahaja kawan-kawan berseloroh, "Farhana kalau hujung minggu jangan cari di rumah, tapi cari dekat stesen bas atau mana-mana di Tatau ni..kalau panas, korunk cari ja yang bertudung dan berpayung"

hahaha.. Susah nak denied.. sebabnya ada benarnya juga. Saya bukan seorang yang boleh duduk diam. There must be something for me to do.. Either it is about works or just a hobby..

I love sports.. In IPG i have my time in the evening to jog or walk around the campus. but life as a teacher is not like life in campus.. Time is something that you have to manage it wisely.. Or else you'll be in hot soup...

So, within a month after school holidays, I join a race. Bintulu 21KM Run.. I always been waiting for such events. Too bad, usually events like this will be held in Kuching or in Peninsular of Malaysia...

But this time, it was held in Bintulu.. so here I am...



My first run in Bintulu : 2 hours to complete the run


Seriously, it was fun and exciting. Having friends and running around.. EVenthough I guess more to jogging..Hahaha. My stamina is degrading since I've graduated from IPG..
The feeling. It's hard to explain... 

and after that I promise to myself. I'll join another run and try to improve my time..

And 2 months after, I join my second race... And guess what?




Second Run in Bintulu : 1 hour and 20 minutes...
 Senyuman kepuasan. I challenge myself.. and I did it. A new record for me...hahaha.. Even my lecturer told me i look so happy and enjoying my life...

InsyaAllah..





This is my friend. Thanks kak kafie for joining the race with me.

InsyaAllah.. looking forward for my next race this November... Cant wait..



p/s: May Allah grants speedy recovery and a good health for my lecturer...

Saturday, May 21, 2016

Take5: Duduk dan ambil tahu

 Dalam hidup ni, kita kena keluar dan lihat apa yang sedang berlaku disekeliling kita..
Ambil tahu sebanyak mungkin.. Tak salah. Jadi berani. :D

Hidup kita ni terlalu singkat untuk rasa semua pengalaman yang orang lain rasa..

Maka, tak perlulah kita tunggu something jadi kat kita, baru timbul rasa nk belajar atau menyesal..

Tengok orang lain, lihat alam..

Bila hatimu resah dan gundah, lihatlah langit ciptaanNya.

Setiap sesuatu itu ada pengajarannya kalau kita berfikir..

Bila bercakap tentang belajar dari pengalaman itu bukan bermaksud belajar dari pengalaman kita saja.. belajar dari pengalaman orang lain juga.. kerana adakalanya kita tak mampu mencapai sehingga ke tahap mereka..

Namun, apa yg dia silap, jangan kita ulang.. Apa yang dia betul, jangan malu segan nak tiru..

Dan sebaik-baik  insan yang kita kita nk tiru ialah RASULULLAH sallahualaihiwassalam..

Allahummasolli'alaMuhammad! :)..


p/s: rindu dan cinta yang menggunung padamu Rasulullah SAW. moga diberi peluang bertemu denganmu lagi, Kekasih Allah.

Sunday, May 8, 2016

Resipi Mudah : Bebola ayam berkeju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama tak mencoret disini, agak sibuk sedikit dengan komitmen dan urusan di sekolah. 
Alhamdulillah weekend ni. Dapat bercuti 2 hari. Sabtu Ahad. Selama ini sehari ja..

Ok. kali ni Hana nak kongsikan resipi bebola ayam keju. Tq kepadaAsmawaty N Sofian yang share resipi ini.  Dah cuba buat.. ikut sama macam resipi ni. Cuma ada modify sikit macam letak lada hitam lebih sikit...  

Nak buat? Jom. Ni resipinya di bawah.. Moga bermanfaat.


Bahan-Bahannya.

  • Dada Ayam segar @ Ayam Kisar segera Ramly / Ayamas  (suggested Ramly, tapi Hana guna dada ayam je.senang.. cincang sebab tak ada food processor.. 
  • Cheddar Cheese Block / Ketul (kalau tak ada yg slices pun boleh) 
  • Kiub Ayam 
  • Lada Sulah 
  • Lada Hitam serbuk (ni nak bagi sedap je, tak nak letak pun tak apa) 
  • Telur 
  • Serbuk Roti Oren  (Nestum pun boleh kalau tak jumpa serbuk roti) 
  • Minyak masak
Ok itu bahan-bahan dia. Ni cara nak buat pula.

  1.  Cincang dada ayam segar. Kalau guna daging ayam kisar, unpack terus tuang dalam mangkuk dan biar defrost. Part time mencincang ni la teringin sangat nak food processor. Kalau guna ayam segar dan tak ada food processor, potong-potong dulu ayam baru cincang. Senang lagi macam ni. Lagipun isi ayam lembut..  bajet ala-ala MasterChef masa mencincang tu.. 
  2. Untuk cheese,potong besar dadu atau ikut suka anda sebab nanti kita akan masukkan dalam bebola. Kalau besar sangat, nanti terover besar bebola uolls. 
  3. Bila bahan-bahan sudah siap.  Boleh la kita gaul-gaulkan ayam tadi dengan lada sulah dan lada hitam, nak sedap tambah kiub ayam . Separuh je untuk 400g ayam. Sukatan lada sulah dan lada hitam tu ikut suka anda. Hana pun main agak-agak ja.
  4. kalau adunan lembik sangat, anda perlu tambah 2 sudu tepung jagung. Gaulkan. Kalau rasa masih lembik lagi tambah lagi tepung jagung sampai dapat tekstur yang agak-agak mudah kita nak bulatkan . 
  5. Dah siap ambik agak2 untuk jadikan bebola, leperkan atas tangan masukkan cheese, golek-golek bagi bulat atas tangan. Pastikan tangan basah, supaya takda adunan tu melekat kat tangan.
  6. Boleh sediakan untuk part celup-celup.... Ambil telur dan pukul rata. Celupkan dalam telur dan golekkan dalam breadcrump (serbuk roti).
  7. dan goreng..

TIPS PENTING!!

Minyak kena banyak dan pastikan tak panas sangat sebab nanti bebola jadi hitam. Isi dalam tak masak.

dan jangan goreng terlalu lama. Takut nanti cheese keluar.. Tak sempat masuk mulut korunk. 
Ingat... Api tak boleh terlalu besar sepanjang menggoreng.

Nak elakkan tangan melekat-lekat dan breadcrump tak melekatt. Hana cadangkan untuk buat dulu semua bebola yang nak.. Dah siap part ni, baru golekkan dalam breadcrump. senang lagi macam ni.... ^_^


Ini la rupanya bebola ayam berkeju.. Gambar daripada google. Maafla bila masak, time makan lupa nak snap dulu... Tak dapat tahan bau dia.. Menggoda jiwa. Bila makan, rasa cheese meleleh... Makan panas-panas memang soodappp...



Thursday, July 9, 2015

Aku sukakan...

Something to share
______________________________________________________
Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka.
bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:

"apa yg kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra
"aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1.Duduk-dudukbersama Rasulullah saw.
2.melihat wajah mu ya Rasullah saw.
3.aku korbankan harta ku untuk mu ya Rasulullah saw "

Lalu Rasullah saw bertanya dengan Saidina  Umar ra. "bagaimana pula dengan mu ya Umar?"
jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:

1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
3.berkata yg benar walaupun pahit"
"dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?"berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:

1.memberi makan
2.memberi salam
3.bersolat malam di waktu manusia tidur"

"bagaimana pula dengan kamu wahai Ali ra ?"
"aku juga cintakan 3 perkara:

1.memuliakan tetamu
2.berpuasa di musim panas
3.dan memukul musuh dengan pedang"

kemudian bertanya Rasulullah saw pada Abu Dzar. ra
"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:
1.lapar
2.sakit
3.mati"

kemudian Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"
berkata saidina Abu Dzar ra,

"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.
aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosaku.
aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"

kemudian bersabdalah Rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1.wangian
2.wanita yang solehah
3.sembahyang menjadi penyejuk hati ku"
Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah saw & para sahabat.

kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :
1.menyampaikan risalah
2.menunaikan amanah
3.cinta terhadap orang miskin"
kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata 
"Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1.lidah yang sentiasa berzikir
2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian"



CNP :Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Mereka kata, jika cinta kita akan melakukan semua perkara kesukaan orang/ apa yang kita cinta..
Cinta Allah, cinta Rasul.

Sunday, December 28, 2014

5 Makanan Anda Wajib Cuba Di Makassar

Assalamualaikum semua.. hana doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan.. Seperti yang dah dijanjikan dalam entry [klik disini], jadi Hana nak kongsikan perkara yang paling Hana suka.. semestinya makan..dan makanan.. ^_^. Takdelah.. Hana suka kalau travel adalah tentang local die, sejarahnya, alam semulajadi tempat-tempat macam laut ke air tejun ke.. dan ofkos.. makanan.. hehe.. memang tak boleh lari..


InsyaAllah, tak sabar nak pergi trip yang dapat Hana selam dan tengok ikan... oh..sangat suka...*wee.. ok.. back to the story.. Hana ada konngsikan makanan yang anda wajib try kalau pergi Makassar..sangat rugi mereka yang tak try.. sebab nyam..nyum.. serius sedap. Tak rugi.. Percayalah.. *macam lagu Datuk Siti Nurhaliza...



5 Makanan Anda Wajib Cuba di Makassar

1. Coto

Makanan khas Makassar ni lebih kurang macam bakso dan soto. Tetapi yang sedikit berbeza mungkin dari segi rasa. Yang lain-lainnya masih lagi sama. Sup.Nasi himpit/ ketupat galas. Coto ni memang sangat terkenal di seluruh Makassar. Masa naik bas pun boleh tengok kedai-kedai coto.. dan Coto ni memang kaya dengan rempah ratus. Ada Coto campur dan Coto daging. Yang campur tu macam sup campur kita (Ada perut, lidah dan etc.) Kepada yang tak makan organ-organ dalaman macam saya ni, kita pilih je Coto daging. Confirm abis.. :)








2. Sup Konro dan Konro bakar

Pada awal dengar nama ni, Konro? Macam dalam animax tu ke.. Excited nak mencuba sebab dari nama memang susah nak teka apa makanan ni. Memang berdebar juga la. Sebab risau juga kalau tak kena dengan tekak. Kedai yang kami pergi ni nama Konro Karebosi. Kedai ni antara yang dah paling lama di sini. Dari tahun 1968 lagi. Tak percaya? Tengok ni..

Setelah menunggu hampir 22 minit (sebab tempat ni tak booking sebab kami yang suggestkan untuk pergi) maka terhidanglah.. Fuh.. bau die mampu membuatkan nasi bertambah-tambah dari sepinggan ke berpinggan-pinggan. Rupanya konro ni adalah tulang rusuk lembu.. memang tulang la yang dihidang.. fuh.. mula-mula fikir juga, "Eleh, sikit je. Mana kenyang ni".. Rupa-rupanya bila dah makan memang kenyang, nasi yang dalam pinggan memang cukup-cukup kenyang.. Sambal yang macam sos juga ada sedia..untuk kita cicah dan makan sekali.. Tapi, makan sup konro dengan konro bakar ni saja dah cukup rasa. Memang double LIKE...




3. Pisang Epe

Masa pusing-pusing di sekitar Pantai Losari, nampak banyak gerai-gerai tulis pisang epe. Dalam hati, teringin nak cuba, pisang epe.. Macam mana ek? Tanya kepada pemandu pelancong yang membawa kami, pisang epe ni sebenarnya pisang yang telah dikupas. Kemudian, dibakar atas api, dialih-alih dan kemudian diangkat dan dileperkan sedikit. dan bakar lagi.. Setelah bau harum terbakar dan lembek sedikit, letak atas piring dan kemudian diletak topping.

Ada 2 jenis topping, Modern dan Klasik..


yang klasik ni topping die gula merah campur dengan air daun pandan dan ada lagi bahan-bahan yang direbus sampai jadi macam chocolate syrup tu..





yang jenis modern ni, dia tambah keju cheddar yang diparut-parut..


Pisang Epe ni memang murah. 10000rupiah je. ada 3 pisang dalam piring kita. Nasib baik sebelum tu dah makan, kalau tak, nak juga bungkus bawa balik hotel...




4. Es Palu Butung

Yang ni mula-mula Hana tahu mesti ada kaitan dengan ais.. hehe.. es=ais. Es Palu Butung ni lebih kurang macam ABC di Malaysia. Ala-ala dessert. Sedap dan sesuai makan waktu cuaca panas. Bahan-bahan dia simple je, pisang hijau yang dipotong-potong dan diletak di atas santan yang lembut macam jeli-jeli dan dimasukkan susu. Sedap-sedap sampai menjilat jari..





5. Es Pisang Ijo
Awal-awalnya dah dapat teka mesti pisang ini warna hijau.. sebab Ijo..Hijau.. Hijau..Ijo.. kan nak sama tu? hehe. Baru beberapa hari dah pandai cakap sini.. A good progress ni.. Tetapi bila tengok depan mata, ternyata tekaan tu tersilap. Sebenarnya pisang ijo ini bukanlah diperbbuat dari pisang hijau macam Es Palu Butung,.. tetapi tepung pembungkus pisang ni berwarna hijau..

sedap bagi something new. Rasa macam makan pisang dengan tepung kuih ketayap.. yum..yum




Maka demikianlah, makanan yang patut dicuba seandainya anda ke Makassar..


nampak sangat kesukaan makan makanan di Makassar.. Sampai kembung pipi.. dan tak perasan pula ada candid ni.. 


Ok la.. cukup dulu setakat ni... Nanti Hana akan ceritakan tempat-tempat yang menarik untuk yang suka photoshoot dan melawat..



Sebelum tu, jom kita sama-sama doakan keselamatan untuk mangsa banjir di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang). Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran buat mereka. InsyaAllah, beroleh ganjaran pahala yang besar buat mereka yang redha dan bersabar dengan ujian Allah...


p/s : Tak sharing tak semestinya tak caring.. only Allah know my feelings towards them..

Wednesday, December 17, 2014

7 Barang Wajib untuk Travel



Assalamualaikum wbt..
Saya doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah swt.

Alhamdulillah..selamat tiba di Malaysia tepat jam 8.30pm Jumaat lepas. dan selamat tiba di bumi Jitra jam 4.30am. Tahniah kepada pilot dan krew kabin flight AK333 dari Makassar ke KUL. Dan terima kasih kepada driver bas . ^_^

Masa di sana, ramai yang tanya tentang trip.. Alhamdulillah, sangat enjoy.. walaupun cuaca tak berapa mengizinkan untuk beberapa ketika tetapi masih ada best moments.. nanti Hana akan kongsikan di sini. Sebelum tu macam yang dijanjikan...Hana nak kongsikan tentang travelmate Hana yang memang wajib bawa.


Best Travelmate


Berjalan ke mana pun, harus bawa barang-barang ni..

1. Tiket flight/bas
- yang ini memang mandatory ni.. wajib ada dan pastikan date, time to departure dan check in.

Jika mampu usahakan paling lewat untuk beli tiket 2 atau 3 bulan lebih awal dari tarikh yang ingin anda pergi melancong. Beginilah selalunya kalau nak dapatkan tiket murah. pastikan plan percutian awal-awal dan booked tiket. Hanya dengan cara beli tiket awal inilah baru kita akan dapat harga murah.

Selalu juga tengok web AirAsia sebab ada juga buat promo jejalan. Kawan Hana pula suka travel dengan MAS lagi.. walau apapun, masing-masing ada pro and cons.. terserah kepada kita untuk buat pilihan


2. Passport
- yang ini paling penting sekali.. Sebab memang tak lepas la nak keluar Malaysia kalau tak bawa yang ni..

Jika yang belum ada, pastikan anda pergi Jabatan Imegresen yang berdekatan dan buat permohonan. Selalunya dalam sejam dua atau sehari dah siap. Bergantung kepada service tempat itu. Bayaran hanya RM100 untuk 2 tahun manakala RM300 untuk 5 tahun. Cadangan Hana, buat 2 tahun tu dah cukup.

Bagi yang dah ada, pastikan tarikh expired passport. Pastu lagi satu, pastikan ada balance 6 bulan lagi sebelum dia expired.. Sebab kalau tak cukup 6 bulan minima, anda tak dapat la nak jejalan oversea..dan sila la buat passport baru. *based on experience..

Bila tiba destinasi, berjalan bawa passport.. a friend of mine always said "passport tu nyawa".. mungkin ini macam kelakar pada sesetengah orang tetapi jujur Hana nak katakan memang betul. Passport ni ibarat nyawa. Jadi, jaga ia dengan berhati-hati.. ramai orang nak passport Malaysia ni... :P


3. Visa
- pastikan negara yang anda nak lawati tu perlu visa atau tak. Paling senang nak tahu google jer laman web imegresen negara tersebut. Nak senang lagi, tanya kawan-kawan yang pernah pergi situ..

Visa ni boleh apply secara online. Tetapi kalau nak murah, pergi je ke mana-mana travel agent tempatan di Malaysia untuk minta mereka yang applykan. Bayaran ni bergantung kepada travel agent. Tapi walau apapun, pastikan passport dah ada dulu, baru apply visa..


4. Kamera
- ini memang berkepit 24 jam lagi. Paling tidak kamera handphone pun boleh. Untuk rakamkan moments... dan untuk video recording juga.. Jika anda mampu untuk usung DSLR yang minimum weight 1.7kg tu pun boleh.. atau anda lebih selesa membawa kamera compact pun boleh.

Jika anda menggunakan camera handphone pastikan memory card dikosongkan dan ada power bank. in case tiba-tiba battery habis sebelum next visit..


5. Lip gloss aka pelembap bibir
- yang ni memang wajib bawa. Especially bila tempat tu cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas. Nak elakkan bibir merekah..oleskan ringan.. Ni kira penyelamat la.. Kalau tidak, mau lari orang lain...tak pun boleh berdarah bibir sebab terlalu kering..


6. Pakaian
- bawalah pakaian yang bersesuaian dan selesa mengikut cuaca dan keadaan di tempat percutian anda nanti. Macam tak kena je kan kalau bawa baju T-shirt lengan pendek masa bercuti di Jepun time winter.. :D

Bagi yang melawat kawasan 4 musim,
pastikan anda tahu keadaan cuaca pada waktu lawatan anda.. supaya dapat buat persediaan lebih.
contohnya kalau musim macam Winter : bawa long john, stoking tebal, gloves, scarf, winter jackets, boots/kasut sukan (yang penting bertutup).

InsyaAllah, kalau nak tahu/ nak tanya lebih lanjut boleh komen di bawah, dan Hana akan bantu sedaya yang mampu.


7. Barang keperluan/Lain-lain
Of course la perfume dan toothbrush toothpaste, compact powder... Yang ni rasanya memang semua orang bawa kan...paling tidak nak gi kedai depan umah pun mestila wajib guna, keperluan asas.. Tak dapat nak bayang kalau bangun-bangun tak basuh muka terus gi makan roti canai.

dan bawa juga sedikit biskut untuk isi perut sepanjang perjalanan.. dan Hana semestinya bawa vitamin C Sustained released as back up. Rasa macam ada nak selesema atau demam, telan 2 biji dengan air suam sebelum tidur. InsyaAllah, esoknya da ok. Ini memang terbukti.

 Ok.. Take care semua

Selamat bercuti...


Friday, August 1, 2014

:: #101Dreams Project : Travel Around the world ::


Assalamualaikum everyone. Hope that we all are bless with good health always. InsyaAllah. Malam ni boleh kita belek dan selak Al-Quran untuk membaca surah al-Kahfi. Bagi yang uzur, maybe we can listen to people/ recitation of surah Al-Kahfi. Dapat juga pahala. At least, dengar selalu boleh juga ingat sikit-sikit.

Dreams.
Okay. Tonight Hana nak bercakap tentang dreams. Yup. Dreams.. The one that can make you smiling for no reason in the morning/anytime or the one that makes you terrified. I guess everyone has it right. But dreams is not only just that. Dreams are also about ambition, about things that we really2 want. to archieve in in no matter what. Jadi, dalam bahasa mudahnya Dreams = Ambitions = Impian



Why I put this up? Sebabnya Hana percaya setiap insan ada impian dan cita-cita yang ingin dan amat-amat nak kecapi. Jadikan realiti.

I also has dreams. Semua orang pun ada.
Bak kata kawan Hana "Angan-angan tak perlu bayar, but if kita make it jadi (happened) dah hebat la.. so, angan-angan je dulu"

Hana ada dreams. and these dreams  i always keep in my heart to make it real. Real. Like a dream comes true. Slowly.. Through out the journey of life. lagipun ini kan epilog, so it has chapters..

Jadi, Hana dah tulis impian dan dreams yang Hana nak kecapi in a book. and I call it #101Dreams dan ada yang Hana print dan tampal di board. Setiap hari tengok dan dalam hati selalu cakap "InsyaAllah, aku akan usaha bagi sampai, sampai dapat". And alhamdulillah, a progress...

dan sini Hana nak share one of my dreams.


I want to travel around the world.
First I want to snorkel/diving in the ocean. I always love water and be amazed by the underwater world

Subhanallah. I always be amazed by His creations. Anywhere I travel, I always look up in the sky. It never be the same. The beauty. And alhamdulillah, Allah still gives me chances to explore the world. InsyaAllah, one day I'll make my dreams come true..  may this help us in getting closer with Allah. Berjalan.Berzikir. Ingat Allah.

Perhaps a trip to Perhentian first? Anyone?? Few months left in Terengganu. Will be miss Terengganu and its people.

doakan Hana ya. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dapat kecapi impian...
InsyaAllah.



Ikhlas ,
Hana Farhana

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...