Saturday, March 19, 2011

:: Kekasihku ::


Subhanallah
Jika inilah rindu
Maka tekakku terlalu haus
Untuk dibasahi dengan kenikmatan
Kerana terlalu rindu padanya
KekasihMu jua

Pada pipi yang bercabang merah
Di situ mengalir mutiara yang cair
Saat termanggu dan termenung
Ada masalah mengikat belikat
Rindunya aku pada nasihat
Dari insan semulia Muhammad

Rasanya ingin sahaja aku berlari
Mendapatkan susuknya yang kekar
Peluk dengan kejap
Dan bertanya
“Ya Rasulullah..
ajarkan daku ketabahan,
ajarkan daku kesabaran,
ajarkan daku kekuatan,
ajarkan daku kehidupan,
ajarkan daku perjuangan,
ajarkan daku cara mengubat kerinduan.”

Kalau boleh
Aku ingin menjadi si Samurah
Pohon yang taat pada perintahmu
Merengek merinduimu

Kalau boleh
Aku ingin menjadi Uwais al Qarni
Hidup untuk merinduimu
Setiap saat
Hamburan debu padang pasir
Tidak mungkin mengilangkan
Rintih dan kesayuan
Degup cintanya padamu

Maka citra mengenai ingatan
Pada kisah yang membuatkan pipiku basah
Suaraku bersedu sedan

Sabda mu:
Saudaraku ialah ialah mereka yang belum pernah melihatku
tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan
mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku
melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.

Dan
Dikau ditanya oleh sahabatmu lagi
Siapakah yang benar-benar beriman
Malaikat pun bukan
Sahabatpun bukan
Maka siapa yang benar-benar beriman?

Sabda mu:

Mereka ialah umatku yang hidup selepasku.
Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya.
Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku.
Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku
tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap dirimu bernada sayu.

Demi Allah
Hari ini daku menjawab
Aku pun rindu
Ya Rasulullah
Jangan tinggalkan kami di Mahsyar nanti
Pada saat harta bumi tidak berharga
Kauthar dan kemurahanmu
Menjadi peneduh
Buat kami sekalian ummatmu..

:: 8 Perkara Tentang IPG yang Saya Suka ::

salam. Alhamdulillah. Akhirnya selesai juga tugasan kedua bagi semester ini. Penat. Sebab semuanya tak mengikut jadual. Diri ini yang terlalu cerewet. hehe.. salah sendiri juga.

sekarang adalah masa untuk suka2, BloGGing... yeay..

8 Perkara yang saya suka?? hurm, ape ek? Banyak sangat yang ana suka. hehehehe.. Pkir2.. memilih the best of the best!

***********************************************************************************

IPG
8 Perkara yang saya suka 

1. sgt sukakan assignment
especially mse semester lepas. partner yg sy suke sbb sekepala. ^^

2. suka waktu kuliah
paling suka time kelas xde. hehehe

3. waktu lunch di kafe
sgt2 byk mknan sekarang.sampai xtahu nk makan ape. Paling best bile dpt mkn sme2 ngn rumate tercinta, jiran mates dan klassmates :) ngade x ana? ;P

4. Balai Islam yang cantik
wlupun agk2 jrg2 pergi sekarang ni. Busy hehe. InsyaAllah,lepas nih selalu imarahkan. Yuk kwn2. ;)

5. Waktu perhimpunan
waktu untuk tahu segala info+ senamrobik. Hakikat sebenarnya, dalam seminggu 2 kali jea ana gi. ;P

6. Blok Kuliah yang dekat.
hehehe~ mudah nak gi kelas pagi2. Xperlu pergi perhimpunan pun xpe. hehe. 

7. PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah)
sangat2 excited nk gi skolah tp agak cuak jga. takuwt xpandai layan budak2. ;p

dan yang terakhir ini yang paling ana suka, tak kan ada di mana2.. Kat sini jea yg ade...

8. ENGKU FARAHAH ENGKU OMAR~ rumate sy aka my best friend.
sgt2 sygkan dia. Wlupun sllu mengusik die smpai nk naik marah, tp dia tak pernah marah sy.  
[bnyk dosa dgn dia, kna minta maaf nt ;D ]



Terima kasih yea awk 
sebab dengan adanya awak di sini, saya mengenal apa itu erti persahabatan
adanya awak saya menghayati apa itu erti kehidupan yang sebenarnya,
kerana awak saya belajar untuk menjadi tabah,
disebabkan awak, kini saya lebih berfikiran matang...
hanya kerana awak adalah rumate saya dan sahabat saya..
dan itu adalah nikmat kebahagiaan dan kasih sayang...
dan mungkin kerana awak juga adalah insan yang dihantar oleh Dia
untuk menunjukkan kasih sayangNya kepada saya
dan yang paling utama

Buat awak :
saya berkawan kerana Allah,
saya menerima awak seadanya..
kini saya faham bahawa kita semua tak sama
dari perangai, sikap, prinsip, hobi dan segalanya,
smua msg2..
Namun bagi saya, itulah yang membuatkan kita menjadi SAHABAT
iaitu kawan yang saling melengkapi

Thursday, March 17, 2011

Wednesday, March 9, 2011

:: KCH : ?? ::

Salam.
Ramai yang tertanya2.. KCH tu ape? tak kurang juga dengan kawan-kawan yang buat andaian sendiri.
Kisah Cinta HANA.. hahaha. Ingat kisah cinta bertasbih ke? ;P. X2. sebenarnya KCH itu membawa makna lain.... Kisah Cinta Hana itu mungkin akan ada setelah ana jumpa kebahagiaan yang sebenar. Buat Video. wedding ala2 fairytale. Itu baru Kisah Cinta Hana. :P. Hehe. skadar menyimpan angan2..


Tak mungkin I'm that sweet.


Kepada yang membuat andaian atau berharap itu yang sebenarnya, maaflah korang tersalah.

Walaupun sebenarnya, memang ana inginkan seseorang seperti mas Azam dan menjadi seorang yang baik budi pekertinya seperti ana. Kedua2 watak ini sangat comel. Sweet. Kisah cinta Hana kalau pun ada seperti ini, mungkin sukar nak digambar dengan kata-kata. Hanya gambar dan cerita sahaja. Movie cinta Hana. Amacam? Ade ke yang nak tgk? hehehe

__________________________________________________________________________________

Apa sebenarnya KCH ini?
Koleksi Cerita Hati

inilah sebenarnya KCH itu. dan ia hanyalah sekadar coretan ana dalam mengasah bakat menulis. [sedang belajar ]
Mempunyai keinginan untuk menulis dan menghasilkan buku, itu pernah menjadi cita2 ana. Tetapi kurang berbakat. Jadi sekarang blog inilah tempat ana cuba sedikit demi sedikit. hehehe

Ingin sangat menceritakan kisah yang dapat memberi inspirasi, semangat dan dorongan kepada orang lain.
Masih berusaha ke arah itu. Kurang lagi ilmu di dada ni. Kena belajar dulu. 

Seandainya kisah2 KCH ini dapat memberi pengajaran, nasihat dan semangat, Alhamdulillah.. 
seandainya tidak, ana tak kisah kalau kawan2 nak tekan button [x] warna merah kat bucu sebelah kanan tu..
Ana masih lagi budak yang baru belajar dan kini ana mempunyai misi.

Misi untuk Mencari Cinta...

CINTA ILAHI YANG KEKAL ABADI...

Tuesday, March 8, 2011

:: Aku Bahagia ::



Demi menjaga hati..
Bersedia untuk kehilangan disaat mendapat yang lain~



I'm Smiling to please others ~~


p/s : Bkn diriku ..

:: KCH 3- Beritahulah aku tentangnya ::



Berterus terang itu membuatkan hati yang lain tenang...
Ingatlah bahawa yang lain juga punya hati dan perasaan...

***********************************************************************************


" kalau xnak, tak payah lah kawan"
aku faham ianya cuma gurauan, dan hanya sekadar kata-kata dimulutnya,
tapi aku tidak tahu kenapa hati masih terasa
terkadang aku terfikir,
apabila hati masih lagi terasa dengan gurau senda sahabat, tingkah laku,
apakah itu beerti aku masih belum cukup berlapang dada?
tapi aku merasakan gurauan itu ada hadnya
aku tidak pernah main2 dalam bersahabat
aku boleh terima seandainya gurauan itu memperkotak katikkan aku atau apa2 pun
tapi seandainya gurauan itu melibatkan sesuatu spt ukhwah
aku tidak boleh menerimanya
apatah lagi jika gurauan itu dari orang yang aku rasakan penting dalam hidupku
abah selalu kata, "dalam bersahabat, jangan rapat atau sayang sangat kawan tu, sebab kalau dilukai, luka tu akan tinggal pedih"
tapi di sini aku merasakan sesuatu yg lain
malah aku merasakan ukhwah itu sesuatu yang manis
dan aku fikir, kerana hebatnya ukhwah itu,
aku tidak pernah merasakan kebosanan di sini lagi seperti mana yang dikatakan yang lain
malah aku sgt suka dan cinta suasana yg dialami di sini..

ukhwah, mungkin aku belum mengenalmu
mungkin aku sedang belajar mengenalmu

dan sahabat
mungkin sebenarnya aku yang selalu melukaimu
mungkin secara tidak sedar akulah yang berkasar denganmu
mungkin selalunya aku melupaimu sebagai sahabatku
aku memohon maaf

tapi di sebalik kata2 itu
ada juga aku terfikir,
mungkin ini nasihat Allah untukku
mungkin memang betul yang kami takkan bersahabat lg selepas ini
mungkin maut akan menjemputku bila2 masa
takdir yang engkau tetapkan begitu rahsia sampaikan aku tak terteka apakah ia

"sesungguhNya Engkau tahu bahawa hati-hati ini telah bersatu"

dan Engkau juga tahu seandainya hati2 ini tak bersatu
maka, tolonglah satukanlah hati2 ini

Jika tidak, aku rela melepaskan..

Kasih sayang dan cinta itu tidak boleh dipaksa..

p/s: aku masih mencari ....

Monday, March 7, 2011

:: KCH2 - Kisah itu ::



Hari ini kelas habis seperti biasa. Tetapi keadaan aku dalam menempuhi hari-hari ini terasa berat. Seakan ada gunung yang diletakkan dibahuku. Terlalu berat dugaan kali ini. Kini aku merasakan aku tidak mampu lagi untuk menahannya sendirian. Lantas, aku merenung ke langit kerana tatkala aku merenung ke atas sana ia dapat memberikan aku kepuasan dan kelegaan. 

Hadir sahaja di pintu kelas, mood aku untuk belajar seakan pudar. Senyuman yang dilemparkan tidak lagi rasa ringan seperti dulu. Berat sahaja mulutku untuk menuturkan kata-kata. 

Tiba2, mata aku menangkap sesuatu, "Fikrah :Maulidur Rasul vs Valentine." Lantas aku membuka naskah itu, aku baca satu persatu.

Terharu..Hati aku menangis sendiri tatkala membaca kisah menceritakan peribadi si Dia kekasih hati, Rasulullah s.a.w. Betapa sabar dan tabahnya baginda. Meskipun dilempar tahi unta, dilontar batu sehingga berdarah baginda masih bersabar. Walaupun pada ketika itu, malaikat memohon agar menurunkan bala bagi membalas perbuatan kaum itu. Baginda tidak mengizinkannya. Bukan setakat itu sahaja, tetapi baginda terus berdoa kepada Allah, memohon ampun atas kelemahannya yang gagal mentarbiah golongan tersebut.

Ya Allah, betapa mulianya pekerti kekasih yang aku cintai. Ingin sekali aku memperoleh kekuatan sepertimu., ya Muhammad Tetapi aku hanya manusia biasa. Yang hanyut dengan perasaan tatkala dirundung masalah......... Betapa rapuhnya hatiku, keimananku.. Ini ujian dariMu . Maka  Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam menempuhinya....

Janganlah dengan nikmat kurniaanMu membuatkan aku lalai..


*****bersambung nnt dgn crite ukhwah*****

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...