Saturday, August 12, 2017

Lukis warna..lukis..warna..warna

Hai semua. Harini hari Sabtu. Hari untuk anak murid-muridku. *lalalala. Enjoying singing time.
Ya.This is my routines on weekend. Setiap Sabtu kebanyakan hari akan terisi dengan program-program di sekolah. 

Jadi, pada 12 Ogos. Hari ini adalah Hari Tatau bersama ASNB. Dan sememangnya untuk anak murid Hana ada pertandingan MEWARNA . Hadiah menarik dijanjikan.


Pertandingan ini terdapat empat kategori iaitu pertandingan mewarna kategori prasekolah, murid Tahap 1 dan murid asrama serta pertandingan melukis dan mewarna bagi murid Tahap 2.


Program kali ini Hana menjadi AJK Kawalan murid dan AJK Agihan Makanan. 


Setiap murid dibekalkan dengan beg ASNB, pensel warna, buku lukisan dan kertas lukisan pertandingan. Pendaftaran dimulakan jam 8.30 pagi. Pertandingan mewarna bermula seawal jam 10 pagi.



Marc dengan lukisannya. Sangat cantik dan kemas. Hopefully he win it.

Haziq sebelum pertandingan bermula.. 


Murid Prasekolah mewarna di Pusat Sumber sekolah. Terdapat 3 prasekolah semuanya. 


Murid asrama mewarna di Makmal Komputer. Sebaik sahaja mereka siap, mereka datang berjumpa Hana di dewan. 
"Cikgu, kami duduk di aircond tadi. Sejuk tadi...."

dan hana bagitahu "duduk di aircond?" 

Mereka tersenyum sahaja.Lalu membetulkan semula ayat. 
"Kami duduk di dalam makmal komputer. Ada aircond."

Hana tersenyum sahaja.

Tiba-tiba Akira bertanya "Cikgu ajar Matematik ke Bahasa Melayu?"

hahahaha..







Ini anak syurga saya kelas Neptune. They barely read and count. Tertukar sticker nama pun tak perasan. Comelnya la alahai. But i try my best untuk mengajar mereka sebaiknya. Setidaknya mereka mampu untuk membaca dan menulis



Pemberian hadiah. Tak sempat nak tunggu sesi pemberian hadiah. Terpaksa bergerak ke dewan makan asrama untuk pengagihan makanan. Tetapi dapat lihat anak murid Hana yang terpilih
sebagai pemenang. Seronok yang teramat. Rasa nak melompat-lompat.

Congratulations to all.

Friday, August 11, 2017

We love Fruit Salad.


Hi semua. Lama sungguh rasanya tidak mencoret disini. Kekangan masa kerana perlu utamakan komitmen terhadap anak murid dan diri dahulu. Sekejap sahaja masa berlalu apabila jadual dan hari minggu dipenuhi dengan aktiviti dan program-program sekolah..

Awal seminggu Hana maklumkan sebelum Pdpc dijalankan untuk mereka membuat "Fruit Salad". Ternyata hampir setiap hari mereka akan bertanya "Esok ka Miss bawa fruit?"

and my answer will always be "No my dear, On Friday ok".
And this kept repeated until Thursday.

Jadi bermulalah.. 
Penyediaan Fruit Salad.
Topic : FRESH FRUIT
ENGLISH YEAR 3

Sesi awalnya Hana mulakan dengan berbual mengenai nama-nama buah. dan apa yang dapat mereka lihat . Selitkan adjektif juga. Alhamdulillah, mereka dapat menyatakan adjektif dari segi colour, size dan juga shape. 


Mereka membawa sendiri buah-buahan. Minggu lepas lagi mereka sudah membahagikan tugas dan siapa bawa apa dan buah apa. Dah pandai da semuanya. Tak perlu Miss mereka ni arahkan lagi.

Disaat semua mengeluarkan buah-buahan masing-masing dan letakkan di dalam pinggan. Hana keluarkan buah strawberry dan anggur. Semua memandang Hana seakan singa lapar. haha. Takut juga waktu itu.



Masing-masing excited . Semasa demo pun semua diam saja. Happy pula Miss diorang. Kan best kalau selalu begini. Meresap masuk ilmu ke dalam dada awak semua lebih mudah. :)


Ada beberapa murid yang volunteer untuk menjadi ketua dan membantu kumpulan memotong buah-buahan.


 Rasa macam polis pula meronda sekeliling kelas sambil memerhatikan murid. Sebagai langkah berjaga-jaga tetapi lebih santai. Memberikan kepercayaan kepada mereka. Supaya lebih yakin diri.

 Alif membantu rakan kumpulan memotong buah-buahan kumpulan mereka. Tak sabar nak makan sehingga tak dapat tunggu papan pemotong sampai.. Terus potong-potong atas pinggan kertas.

Iqbal. Pengalaman pertama memotong buah. awal itu potong sesuka hati saja. Lepas Hana tunjukkan cara memotong yang betul, dia cakap Thank you Miss. Nanti saya nak tolong mak saya la me. Help mom cooking. 

Berbunga-bunga hati Miss.. 
Alhamdulillah. They are confident to use English. Walaupun sepatah dua, Miss dah excited rasa nak melompat ja. Mission bakal accomplished sepenuhnya hujung tahun ini. InsyaAllah..




The girls. Tunjukkan kreativiti potong guna sudu. Takut katanya nak guna pisau. Jadi, Miss tak paksa.  Yang penting masih dapat dimakan.

 Marc dan Irfan. Best friend. Marc masih kekal diam dari tahun 1hingga sekarang. Bagaimana pula Miss nak tackle hati Marc ni? Buah hati Miss sebab kerja yang selalu kemas dan selalu memahami arahan dengan baik.

Damien dan kumpulannya. Nampak kemahiran disitu. Mungkin kerana pengalamannya terpaksa menyediakan makanan sendiri setiap hari sebelum ke sekolah.

and last but not least, Miss diorang.
Danny siap cakap.

"Miss nampak gemuk pakai baju ini. "

"Memang la Miss gemuk."

"Mana ada Miss gemuk. Miss slim. Baju ni baju angin."

hahahaha.. baju angin kamu kata. Gara-gara kain ringan. Jadi angin masuk dan kembungkan.. hahaha. Logik ke teori ni?

by the way, Thank you sebab cakap Miss slim.

Seriously I'm going to miss you guys next year.


Saturday, July 22, 2017

Ostematrix is Back!!

Rise and Shine everyone.
hihi. Semangat pagi ni.


Pagi ni kedai IG NFHanabeauty buka awal pagi ni. Sebab semangat nak share dan tolong semua dapatkan OSTEMATRIX ni😀
.
Oste ni dah lama habis kat Malaysia ni tau. Hana pun jimat-jimat ambil. Sebab stock sendiri makin susut...

Line tak berapa ok lately. Semalam baru dapat tahu..

OSTEMATRIX DAH SAMPAI!!!!


Rasa nak melompat-lompat ja..

Excited sangat 😆😆😆😍

Nak tahu sebenarnya kan.. bukan Hana saja yang tertunggu-tunggu Ostematrix ni. Satu Malaysia menantikannya.. Yang tak pernah tahu tentang Oste ni mesti tertanya-tanya

"Apa tu Oste? "

Meh Hana kongsi serba sedikit pasal Oste ni yang buat SATU Malaysia menanti nantikannya.

  • Bantu dapatkan tidur yang berkualiti. Sekarang ni Hana tau ramai yang kurang dapat  tidur berkualiti kan. Terutama yang ada anak kecil dan banyak bertugas seharian. Hana yang kerja cikgu pun selalu sahaja kurang tidur yang berkualiti. Tapi selalu lepas ambil Oste, esoknya bangun rasa semangat. Rasa cukup tidur. Puas tidur. 
  • Bantu elak kekejangan pada kaki atau tarik mengkarung [boleh klik sini] bagi mak mak yang sedang hamil. Yang tak hamil pun ada juga yang terkena. Sakit woo kalau kena 😫 memang rasa nak menggelupur.
  • Bantu membekalkan kalsium yang cukup untuk badan kita. Sebiji oste ni mengandungi 250mg kalsium. Purata dalam sehari kita perlukan.1000-1200mg kalsium. Mereka yang sedang Hamil pula perlukan kalsium setiap hari. Sebabnya? Boleh klik sini. Jadi, yang tak suka minum/bau susu sangat best ambil ni..
  • Bantu selesaikan masalah sakit sendi, sakit pinggang, sakit belakang, sakit tumit. Sebab apa boleh bantu sangat ni? Sebab oste ni membantu menenangkan saraf kita
  • Legakan ketegangan saraf. Haa yang nak bersalin tu, digalakkan ambil oste. Sebab ia membantu saraf kita rileks dan boleh hadapi labor time dengan lebih stabil insyaAllah.
  • Mudah untuk membuang. Siapa yang selalu sembelit tu, antara sebabnya adalah kurang kalsium ni.
  • Bantu cegah sakit gigi, migrain keterlaluan.
  • Bantu menjadi milk booster. Rata-rata ibu menyusu mesti suka ni

Wah.. Macam best je kan. 
Kebanyakan yang PM Hana mesti akan bertanya pelbagai soalan. Ini antara soalan-soalan yang ditanya.

Rasa susu tak? ke rasa apa? Saya tak minum susu.
Macam mana nak ambil ya? Setiap masa ke?
Tak bahaya ke? Pil-pil bagai.
Berkesan ke? 




Best oste ni. Sungguh. Hana tak tipu. Hana pun ambil oste setiap hari.

Jadi di sini Hana kongsikan keistimewaan dia dan juga jawapan kepada FQA di atas.

  • Mudah ditelan. Walau 250mg per tabs, ianya mudah ditelan. 
  • Mudah hancur (digest/dissolve). Ia hancur kurang dari setengah jam tau. Jadi takde masalah lekat kat buah pinggang ke, pundi kencing ke.
  • Ia jalani clinical test. Dan terbukti berkesan
  • Tidak ada rasa susu. Juga tiada bau susu. Orang yang tak suka susu memang suka la ambil oste ni. Hebat teknologinya kan.


Jadi apa tunggu lagi, jom order Ostematrix dengan Hana sekarang. Unlimited tau berapa botol korang nak order.

Open for order now.
So kita cepat cepat okehhh. Tak rugi buat stok ni. Confirm licin zasss je ni.
.
HANA | 019-4025851
#shakleeaUtara
#ShakleeJitra
#ShakleeTatau
Set#Supermak

Tuesday, June 20, 2017

Allah itu hadirkan pelangi selepas hujan

Ulih kamu berjakuk iban cikgu...
Tegur seorang indai di klinik Tatau semalam.

Hahaha.. Gara-gara bersembang dengan anak comel ni...
Saat cikgu baru sampai klinik baru turun kereta lagi tiba-tiba dengar disapa Hi...Hi.. Hi.. 
Cikgu balas dengan senyuman dan Hi....

Perkenalan kami bermula dengan nombor 1,2,3,4,5,6,7,8...10. Cukup ringkas. Tetapi menjadi modal memulakan perbualan yang lebih panjang. Terima kasih kerana datang bersembang anak kecil saat cikgu menunggu.. Meskipun bagai ayam dan itik cikgu cuba berjakuk iban.

Semoga kamu membesar menjadi anak pintar yang berjaya, menjadi insan berguna dan menyenangkan hati ibu bapa kamu Dan mereka disekelilingmu..

Image may contain: 1 personImage may contain: 1 person, standing, shoes, child and outdoor


Kasih sayang Allah itu luas. Allah hadirkan kegembiraan dalam berbagai cara. Terima kasih ya Allah hiburkan hatiku dengan teletah anak kecil ini.... Sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.

Terima kasih Ya Allah.
Benarlah. Allah hadirkan pelangi itu selepas hari hujan. 
Bersangka baiklah dengan Allah. 

#25Ramadhan
#rutinterakhirsebelumpulang

Monday, May 22, 2017

Resipi : Sup Cina ala-ala Sup Shark Fin Simple dan Sedap..

Assalammualaikum semua.. Lama tak mencoret di sini. Hari-hari scroll FB nampak gambar makanan semua sedap-sedap.. Terliur pula. Tapi apakan daya, di sini tak banyak kedai makan muslim. Sebab itu Hana lebih senang memasak di rumah..

Nak makan apa pun google jer.. Tengok resipi. Dan ofkos perlu juga intai bahan-bahan dalam peti. Tak kan nak masak sotong celup tepung tetapi sotong tak ada dalam peti. Ada ayam ja.. Disini kami agak terhad sikit bahan mentah, jika nak banyak pilihan boleh ke Bintulu.. Namun, tidaklah sehingga tidak ada langsung. Kadang-kadang ke pasar ada ikan, tetapi mungkin hanya ada ikan sardin dan ikan kembong.

Kalau uncle ikan tak datang, ikan sungai ada juga dijual oleh penduduk sini. Tapi housemate tak makan ikan sungai, rugi pula kalau beli nanti..

Kebelakangan ni selalu ja teringin nak makan macam-macam.. Teringin dia bukan sekadar biasa-biasa tapi sudah ke tahap yang extreme terlampau.. Simptom mengidam ke ni?


Semalam Hana teringin sangat nak makan makanan berkuah. Selalunya sup, singgang, asam pedas dan tomyam saja. Jarang Hana buat gulai-gulai, kari, dan kurma.. Mungkin dari kecil selalu dibiasakan dengan sup, singgang, asam pedas dan tomyam. Jadi lidah lebih gemar memilih yang tanpa santan..


Semalam terlihat gambar makanan Cina. Yum..yum.. Macam sedap je. Macam sedap je.. Cari punya cari baru Hana tahu Sup Shark Fin rupanya..Jadi Hana try la.



Harini Hana nak kongsikan resipi sup cina ala-ala sup shark fin. Tapi versi bajet la.. Guna apa yang ada..

Bahan-bahan

1 bahagian dada ayam
2 kek ikan/ tofu
sayur kobis
1 biji telur
1 batang lobak merah
1 biji telur
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1sb sos tiram
1sb kicap
1/2 kiub ayam


Cara membuatnya

  1. Tumiskan bawang putih, halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan kek ikan. Gaulkan sehingga agak garing. 
  2. Tuangkan air. Masukkan sayur dan lobak. air ikut sukatan sendiri. Jika sukakan lebih kuah, banyakkan air. waktu ni perlahankan api.
  3. Sebaik sahaja lobak sudah lembut, masukkan ayam, kiub ayam, sos tiram dan kicap. Kacau sehingga sebati. Kadang-kadang Hana masukkan batang sayur sawi. Tetapi versi kali ini letaklobak sahaja.
  4. Kemudian pecahkan telur. Pukul telur. Masukkan telur sikit-sikit agak tinggi sikit daripada periuk dan tunggu sehingga 10 saat. Atau cara mudah adalah anda lihat telur sudah beku sedikit barulah kacau. Dengan cara ini barulah dapat terhasil telur yang macam bertali-tali tu, Jika anda terus kacau sebaik sahaja masukkan telur, telur akan pecah-pecah dan kurang cantik sedikit. Sebenarnya ini semua bergantung kepada citarasa masing-masing.
  5. Kalau ada sayur sawi, waktu ini masukkan bahagian daun. dan agak masak. Bancuhkan tepung jagung.Masukkan dan kacau sehingga sedikit pekat. Akhir sekali,tutupkan api dan sendukkan ke dalam mangkuk. Tabur sedikit daun bawang atau bawang goreng untuk lebih sedap. Tetapi Hana tak letak. Sebab versi bajet.. hihi
Sedapp... Sehingga bertambah-tambah makan dengan housemate..
Maaf tak sempat nak ambil gambar. Dah habis makan baru teringat nak ambil gambar.

Selamat Mencuba.. Semoga bermanfaat..
Google Courtesy





Monday, May 8, 2017

Part 2 : Perkara yang perlu dibuat setelah posting


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama tak mencoret disini. Kekangan masa kerana core bussiness harus diutamakan.


Pertama sekali, Hana nak ucapkan Tahniah dan Selamat Berposting buat adik-adik junior yang sudah tahu tempat dan tarikh melapor diri.. Teringin masa pertama tahu dipostingkan dulu. Excited tapi berdebar juga hati. Dup dap dup dap... Sebab waktu itu Hana hanya tahu dipostingkan ke Sarawak. Tetapi bahagian mana, sekolah mana, tempat mana, semua akan diberitahu semasa kami Kuching.. Rasanya mungkin sebab nak elakkan ada yang melarikan diri kut. hihi

Jadi sebaik sahaja flight kami sampai di Kuching, kami dibawa ke Hotel dan disitu la dapat tahu tempat penempatan/ sekolah.

Sekolah Kebangsaan Tatau.

Tatau?Tatau? taktau??

macam-macam di fikiran waktu tu. Dimana pula tempat ni.. Kapit pernah juga dengar, Song, Nanga, Long... ini Tatau. Fuhh.. memang waktu tu taktau langsung dimana sekolah SK Tatau ni.. Tapi dalam hati waktu tu, sungguh-sungguh berdoa kepada Allah..

" Ya Allah, Kau telah tetapkan tempat daku mencari rezeki di SK Tatau, maka permudahkanlah segala urusanku. Dan tabahkan la hatiku... aamin.

At the end, alhamdulillah. Sudah hampir masuk tahun ketiga di SK Tatau. Bermacam pengalaman dan kenangan yang dikutip disini..

Ok. Sebab dulu Hana selalu blur-blur. Whatsapp juga senior-senior minta pendapat dan nasihat. Mak dan ayah juga banyak membantu..

Jadi, Hana nak sharekan disini.. Apa yang anda perlu buat setelah dipostingkan.. Kalau nak tahu persiapan untuk sebelum posting, boleh baca disini.


1. Pastikan anda melapor diri seperti yang dinyatakan dalam surat penempatan.
Selalunya anda akan tahu lebih awal negeri yang dipostingkan di dalam web. Jika nak tahu penempatan, boleh segera hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Selalunya akan ambil masa sedikit kerana kebanyakan orang akan menghubungi JPN.

Selepas anda dah tahu nama sekolah dan tarikh melapor diri. Google atau dapatkan maklumat tentang sekolah anda. Tentang kedudukan sekolah, pentadbir dan apa-apa maklumat yang ada. Pastikan tahu.
dan pergi melapor diri pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan.


2. Berkenalan dengan pentadbir dan warga sekolah.
Selalunya apabila baru pertama sekali ke sekolah, sebaiknya berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu. Jangan terus memandai jalan-jalan keliling sekolah pula ye. hihi. Berjumpa la dengan pihak pentadbir terlebih dahulu. Waktu ini sedikit sebanyak anda akan berkenalan dengan Guru Besar, dan akan buat Akujanji.


3. Pastikan update dengan rutin sekolah tersebut.
Minggu pertama cuba lihat persekitaran dan rutin sekolah. Contohnya ada sekolah yang masuk sekolah jam 7.30 pagi kelas bermula jam 7:40pagi. Sebelum kelas murid beratur di luar kelas, berhimpun di tapak perhimpunan dan sebagainya.

Be observant. Sebab yang ini dikira common sense juga. Takkan la kelas mula jam 7:40pagi kereta cikgu baru muncul jam 7:40 kan? Jadi, kiranya ini lebih kepada sikap dan common sense sebagai seorang guru.

4. Kemaskini borang-borang dan maklumat yang diperlukan untuk dihantar ke pihak SPP
Ini adalah bahagian paling penting. Pastikan segala keperluan dan diisi mengikut checklist yang telah diberikan. Sebab nanti, kena kumpulkan dan serahkan kepada kerani sebelum disahkan oleh Guru Besar dan dihantar ke SPP.

yang ini, bergantung ada sekolah yang tolong hantarkan. Ada juga yang perlu uruskan semuanya sendiri..

Daftar Program Transformasi Minda. PTM ni antara syarat wajib bagi membolehkan disahkan jawatan. Jika tak mendaftar awal kemungkinan anda akan lewat dipanggil. Lewat PTM maka lambat la anda nak disahkan jawatan.

Tetapi kes Batch Hana, kami dah menghantar lebih awal. Tetapi masalah ekonomi dan kekangan bajet, kami masih lagi belum dipanggil. Jadi anda bayangkan la.. Jika kami belum, giliran anda bila ?

Tetapi ini mungkin di Sarawak sahaja kut.

5. Kenalpasti tugas, jawatan, jadual waktu dan juga tempat duduk anda.
Selalunya anda akan diberikan jawatan, tugas-tugas lain dan juga jadual waktu seawal hari kedua. Ada yang hari melapor diri dah mula dapat jadual waktu dan perlu masuk mengajar. Ada yang seminggu pun masih belum dapat apa-apa . Nasib la. yang belum dapat ada masa lebih untuk kenal sekolah..

Tempat duduk. Rajin-rajinkan diri bertanya kepada guru baru. Jika boleh elakkan anda duduk dengan geng anda. Bergaullah dengan cikgu-cikgu lain. Tak rugi... Percayalah.

HAl-hal berkaitan RPT, RPH rasannya anda dah tahu caranya. Dah 3x berpraktikum. Banyak membantu pengalaman praktikum.


6. Update dengan sistem-sistem online terutamanya E-Operasi, APDM
Sebaik sahaja anda dah dapat tahu tugas dan sebagainya. Pastikan ada mempunyai maklumat untuk mengakses ke E-Operasi dan APDM. E-Operasi ini adalah berkaitan dengan diri kita. APDM adalah untuk data murid. Siapa yang menjadi guru kelas perlu alert dengan ini. Kerana setiap hari kita akan mengisi kehadiran murid.

Sistem-sistem lain seperti SAPS, LINUS, VLE Frog, HIP anda perlu tanya dan belajar daripada guru-guru senior perlahan-lahan. Tak ada la kejutan budaya sangat apabila terpaksa berdepan dengan sistem-sistem ini.


7. Bergaul dengan guru-guru dan staff sekolah
Ini terpulang kepada anda bagaimana cara anda nak lakukan. Janganla asyik dimeja 24jam. Jika ada guru yang ajak minum atau ke kantin sekali, join la mereka. Cuma pastikan anda tak ada kelas waktu itu saja.

Terima tugas yang diberi dengan hati yang terbuka. Cuba usahakan yang terbaik. Jika kurang mahir, tanya dengan guru-guru senior, mereka ilmu penuh didada..


8. Kenali anak murid anda.
Pertama kali anda masuk kelas, jangan terus mengajar dan mengajar. Pastikan anda berkenalan dahulu. Setidaknya daripada situ dah dapat kenal sedikit sebanyak murid kelas.

Tetapkan peraturan ketika sesi kelas. Nyatakan kesan jika peraturan itu dipatuhi dan sebaliknya.. Selalunya murid akan faham.

9. Tanam azam dan semangat menjadi guru yang terbaik.
Ini adalah kunci yang paling penting. Niatkan di dalam hati mengajar dan menyampaikan ilmu kerana Allah.. Supaya bila ada perkara yang tidak menjadi sepertimana yang kita mahu, kita akan lebih sabar..

Azam. dan tetapkan target.
Seawal Hana di SK Tatau, menjadi guru kelas Tahun 1 dan Guru Bahasa Inggeris yang sama. Hana dah letakkan target untuk dicapai.

1. Murid menjadi murid yang beradab dan bersopan.
2. Murid dapat memahami arahan dan Bahasa Inggeris
3. Murid seronok belajar.
4. Kelas yang berdisiplin.
5. 92% murid akan dapat membaca dalam Bahasa Inggeris dan bercakap Bahasa Inggeris sebelum mereka naik ke sesi pagi (tahap 2)

Sejujurnya bukannya mudah untuk mengajar murid yang bahasa utama mereka ialah Iban. Mereka langsung tak faham arahan yang diberikan dalam bahasa Melayu apatah lagi Bahasa Inggeris. Fuhhh.. Memang cabaran betul pada waktu itu. Nak mengangis bila teringat kembali. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Sekarang alhamdulillah... kesemua target hampir 100% dapat dicapai. Perlu lebih usaha untuk mengekalkannya.




Nampak gayanya boleh sudah Miss Hana mereka ini berpindah. Mencurah bakti pada anak negeri sendiri pula. Aamin.. doakan semoga Hana dapat berpindah ke Kedah EG-Tukar kali ini..


Bukannya kerana tidak suka lagi disini. Tetapi kerana komitmen dan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga.. PJJ banyak dugaannya. Apatah lagi jika sudah mempunyai anak nanti.. Doa-doakan Hana supaya dapat bersama suami dan keluarga tahun ini. Aamin..


Tak sedar dah jam dah pukul 11. Nak memasak pula. Pagi tadi sarapan shake ESP, patutla kenyang lagi.. ok. Bersua nanti. terima kasih sudi singgah di blog IniEpilogInsan

Monday, April 24, 2017

Tips Elak Terkena Simpul Biawak

Simpul Biawak... sekali macam horror ja bunyi.. tapi macam lawak pun ada. Tapi sekali terkena, aduuhh.. menangis juga rasanya...

Pada yang sudah pernah kena mesti harap tidak akan berulang lagi.. sakitnya tu hanya yang pernah merasai memahami..

Kenapa terjadi?

Seriously saya selalu terkena apabila waktu malam ataupun waktu sejuk.. Tinggal di Tatau selalunya cuaca dia apabila panas memang panas yang teramat. Siap rasa macam bersauna.. Bila hujan waktu malam, memang sangat sejuk. Menggigil ibarat ada di negara 4 musim. musim Sejuk ..

Selalu juga sharing story dengan kawan-kawan. Rupanya mommy to be pun selalu alami benda ni. So, bila dikaji rupa-rupanya simpul biawak terjadi apabila badan kita kekurangan kalsium.
Ada juga terbaca di internet tentang ibu hamil.

Ibu hamil memerlukan bekalan kalsium sebanyak 1200-1500mg kalsium sehari.

Patutla kawan-kawan yang pregnant ada yang selalu terkena simpul biawak.. sebab badan kurang mendapat kalsium yang sepatutnya..

Jadi, kali ni saya nak sharekan tips untuk kita elakkan terjadi simpul biawak..dan ia tidak berulang lagi.

Tips Elakkan Terjadi Simpul Biawak.

  1. Pakai stokin semasa tidur. Kalau boleh selimutkan juga bahagian kaki. 
  2. Urutan di betis. Bila-bila free boleh urut-urut betis tu. Yang dah berkahwin boleh minta tolong suami urutkan. Sambil urut sambil eratkan kasih sayang..
  3. Mengambil minuman yang mencukupi. Pastikan pengambilan air kosong adalah mencukupi. Jangan main agak-agak saja sudah minum air secukupnya. Kalau boleh sukat. Nak senang, beli air dalam botol 1.5liter. Jadi kalau sudah habis 2 botol maknanya sudah 3 liter..
  4. Ambil makanan bersumberkan kalsium (daging, telur, susu). Yang part daging dan telur jangan berlebihan pula. Nanti masalah lain pula datang. Pastikan bersederhana. Susu sangat baik untuk membekalkan kalsium
Ini contoh makanan yang tinggi kalsium.


Sekali pandang.. fuh.. boleh tahan juga bajet untuk makanan. Harga sekarang agak tinggi apatah lagi bila sudah dicampur GST. Nak beli salmon takkan nak beli hari-hari makan sebab badan perlukan kalsium secukupnya setiap hari. Perlu dilihat daripada kuantiti yang dapat memberikan kalsium secukupnya kepada badan juga. 

Tak minum susu? Susah juga bagi mereka yang tidak minum susu. Tak minat sayur.

Bagi yang mana tidak minum susu, atau nak tambah lagi keperluan KALSIUM tu, boleh ambil OSTEOMATRIX macam Hana.. telan je. Dapat semua manfaat kalsium dan magnesium untuk badan. 

Mommy to be pun boleh cuba. Dapat semua manfaat untuk badan ibu dan bayi dalam kandungan. Jadi, walaupun kita berkongsi kalsium dengan bayi, tak adalah kita terkena kesan kekurangan kalsium dalam badan. Bila kurang kalsium, mulalah cramp kaki, sakit pinggang, sakit badan dan gigi mereput..


Hana ambil Osteomatrix pada sebelah malam. Kira-kira 10 minit - 20 minit sebelum tidur. Supaya dapat maksimumkan serapan kalsium. dan keesokkan pagi alhamdulillah, membuang pun lancar. Kiranya 2 in 1 la.. 1 untuk tulang 1 lagi untuk pencernaan..


Jika ada yang ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga, boleh whatsapp atau pm hana. Hana akan bantu anda untuk dapatkan supplement yang sesuai dengan masalah anda.

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Hana Farhana
Shaklee ID :  1073775
019-4025851 (Call, SMS, WhatsApp)


*** Kesan mungkin berbeza bagi setiap individu. Sebaiknya dapatkan nasihat Doktor jika anda menghadapi masalah kesihatan. Ini ikhtiar kita untuk menjaga kesihatan agar terus sihat dan kuat. Kesihatan itu datangnya daripada Allah, dan kita perlulah berusaha untuk menjaganya.. 

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...