Friday, October 21, 2016

Ayuh.. Kita Camping

Assalamualaikum dan hai semua..

Apa khabar? Hopefully semua sentiasa sihat dan dirahmati Allah..
Alhamdulillah, I'm doing great here.Trying my best to adjust and adapt to teacher's life... Yes.. Still adjusting and adapting to this even this is my second year... There is a lot more to learn and to venture...

Isnin lepas 17-19 Oktober, bawa murid-murid ke perkhemahan NGO di Sekolah Kuala Annau, Tatau. 24 orang murid bersama 6 guru. dan 2 daripadanya adalah murid Puteri Islam yang mana diriku adalah guru penasihatnya..


Cikgu tak pernah pergi camping bawa anak murid.. Selalunya cikgu yang pergi camping. Sebagai orang yang bercamping.. Peserta camping.. Jadi ini pertama kali.. segala persiapan lengkap.. siap bawakan juga my first aid kid.. Beriya betul cikgu ni kan... Itu tandanya cikgu sayangkan anak murid.


My Love


Persiapan sebelum : Kita belajar memasak dulu depan rumah cikgu..

Masakan : Ayam Pansuh dan Ayam Panggang/Bakar.




 Perjalanan menuju ke Sekolah Kebangsaan Kuala Annau. (P1). Nak ke sekolah ni ada 2 cara.
1) jalan darat (Kereta, Pacuan 4WD dll)
2) Jalan Air (Bot 10 minit)

Disebabkan camping ini memerlukan kami membawa banyak bahan dan keperluan, jadi jalan darat digunakan. Sebanyak 6 buah kereta (4 Hilux, 1 Avanza dan 1 Myvi) digunakan untuk membantu membawa barang-barang dan murid ke sini...



 dalam gambar nampak macam biasa, tetapi hakikatnya jalan ini agak bumpy.. berbatu-batu. Inilah jalan-jalan cikgu disini terpaksa tempuhi kalau nak ke Pekan Tatau atau ke Bandar Bintulu..

Jalan yang berbatu-batu dan ada kalanya berlubang selama sejam memang menguji ketahanan dan kemampuan pemandu dan kereta... Ada juga perasaan risau.. Andai tayar pecah disaat sedang mendaki jalan berbukit dan berbatu ini... Tapi syukur alhamdulillah.. kami selamat sampai...

yang selebihnya, jom tengok gambar...









Ecehhh.. ni gambar-gambar cikgu-cikgu selfie dlu...

Nanti Hana updatekan pula sepanjang ada disana... Kisah camping dalam hujan. Pengalaman tu..
Nanti datang lagi ya...

TQ sudi singgah sini...

Thursday, October 20, 2016

Enrich your life...

Assalamualaikum and hi everyone..

Lama sudah rasanya tidak menulis disini.. missing it already.. Tetapi tugas utama perlu diutamakan.
Alhamdulillah. malam hujung minggu ada peluang untuk coret-coret disini..

2016 hampir sampai ke penghujungnya..Makin berdebar menghitung hari. Peperiksaan akhir tahun, persiapan untuk tahun hadapan dan lain-lain...



Throughout the year, there are moments that i created with my friends..  because I believe, EXPERIENCE is THE BEST TEACHER...

Selalu sahaja kawan-kawan berseloroh, "Farhana kalau hujung minggu jangan cari di rumah, tapi cari dekat stesen bas atau mana-mana di Tatau ni..kalau panas, korunk cari ja yang bertudung dan berpayung"

hahaha.. Susah nak denied.. sebabnya ada benarnya juga. Saya bukan seorang yang boleh duduk diam. There must be something for me to do.. Either it is about works or just a hobby..

I love sports.. In IPG i have my time in the evening to jog or walk around the campus. but life as a teacher is not like life in campus.. Time is something that you have to manage it wisely.. Or else you'll be in hot soup...

So, within a month after school holidays, I join a race. Bintulu 21KM Run.. I always been waiting for such events. Too bad, usually events like this will be held in Kuching or in Peninsular of Malaysia...

But this time, it was held in Bintulu.. so here I am...



My first run in Bintulu : 2 hours to complete the run


Seriously, it was fun and exciting. Having friends and running around.. EVenthough I guess more to jogging..Hahaha. My stamina is degrading since I've graduated from IPG..
The feeling. It's hard to explain... 

and after that I promise to myself. I'll join another run and try to improve my time..

And 2 months after, I join my second race... And guess what?




Second Run in Bintulu : 1 hour and 20 minutes...
 Senyuman kepuasan. I challenge myself.. and I did it. A new record for me...hahaha.. Even my lecturer told me i look so happy and enjoying my life...

InsyaAllah..





This is my friend. Thanks kak kafie for joining the race with me.

InsyaAllah.. looking forward for my next race this November... Cant wait..



p/s: May Allah grants speedy recovery and a good health for my lecturer...

Wednesday, September 21, 2016

Tahniah!!! I love you

Alhamdulillah...
Loceng sekolah berbunyi. Tepat jam 5 petang.


Maka,  berakhirlah exam bagi murid tahap 1. Bagi guru-guru pula bermulalah sesi senaman jari jemari menanda kertas exam murid. Chaiyok2 Cikgu Hana. Bertabahlah..

Semalam selesai sudah menanda kertas matematik Tahun 1. Alhamdulillah, rata-rata target dicapai. Cuma murid yang lemah masih lagi memerlukan bimbingan yang lebih lagi. Kali ini, extra latihan ye you'ols.. Tak ada lagi " alaaaa banyaknya cikgu"..  Lepas ni latih tubi ye.. hahaha.. Kejam pula rasa. Tapi ini untuk kebaikan mereka juga. Matematik perlukan banyak latihan... new method perlu difikirkan..



Friday, September 16, 2016

Kuih Siput Kruk Kruk Simple dan sedap

Image result for kuih siput
google picture
Dari kecil sehingga dah besar sekarang, masih lagi ini yang menjadi favourite Hana.. Selalu juga beli bila ada makcik jual kuih datang rumah.. buat minum petang-petang.. Sebungkus RM5. Banyak juga.. memang puas makan..


Tapi bila dipostingkan ke Tatau, terpaksa la menunggu raya ataupun cuti baru dapat nak melepas mengidam ni .. Last-last haritu, jumpa resipi ni..  memang ikut 100%..(al maklumlah saya budak baru belajar)


jadi, hana nak kongsikan dengan yang lain.. semoga owner resipi ni sentiasa dimurahkan rezeki. ada credit to the owner...


ok. meh kita lihat dulu

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 cawan marjerin - dicairkan
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 pelepah daun kari - dimayang halus
  • daun sup dan bawang - dimayang halus
  • 2 sudu besar jintan manis - dikisar bersama cili - pada sy lagi byk lagi sedap tapi jangan banyak sangat ye
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan air
  • 2 sudu kecil garam - dilarut dalam air
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat kuih siput:
  1.  Tepung gandum dan marjerin cair digaul rata dengan menggunakan tangan hingga menjadi serbuk dan diketepikan.
  2. Cili kering dikisar bersama jintan manis,
  3. Cili kering yang telah dikisar dan daun sup dan bawang yang telah mayang halus dibancuh bersama air, garam dan telur kemudiannya dituang ke dalam adunan tepung tadi, diuli sehingga rata.
  4. Jika adunan agak keras, tambah air sedikit-sedikit, jika agak lembik tambah gandum sedikit sedikit, terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan sekata. Ikut masin sendiri ye.
    Doh digentel bulat-bulat berdiameter lebih kurang 1 cm, kemudian digelek di atas acuan kuih siput, selepas siap ia digoreng dengan minyak yang banyak dibalik-balik agar masak sekata. Kuih siput sudah masak apabila kelihatan keperang-perangan, diangkat dan ditoskan
  5. Dah agak-agak sejuk, boleh la disimpan ke dalam bekas kedap udara,,, Perlu DIINGATKAN DI SINI, simpan di dalam bekas kedap udara.. Baru sedap makan kuih siput ini.. Kruk..Kruk gitu...

Credit to: Fb Zuhana Ju

Saturday, September 3, 2016

Kisah 3 : Duit Oo Duit

Semalam setelah hampir 2 minggu mengajarkan mewakilkan nilai wang. Akhirnya Cikgu Hana dapat satu idea. Mengenai bagaimana untuk bantu murid kelas supaya dapat mewakilkan wang menggunakan duit syiling...

Sejujurnya, murid Cikgu tahun 1 ni lain dari murid-murid Tahun 1 yang lain. Mereka hanya mengenal wang 20sen, 10sen, 50sen,5sen.. Tetapi bila minta mereka untuk gabungkan duit mereka akan senyum2 sahaja....


Tetapi jika murid untuk mewakilkan duit yang sama nilai dengan RM50. Laju sahaja mereka menggabungkan wang-wang kertas (sampel ye ^_^)  menjadi nilai RM50.. Jadi sebelum rehat, 4 orang murid dipanggil.


Cikgu : Freddyson, Raymondnick, Jessyca, Intan nanti turun jumpa cikgu boleh?
Murid2 : OK cikgu.di bilik guru?

Cikgu : Aok. (ya)


Tepat jam 3. Mereka turun.

I: cikgu2.. kenapa cikgu panggil kami?
Cikgu: ok.. ambil duit ni.. nanti rehat beli nasi lemak makan... 
F: saya ada duit cikgu... 
Cikgu: oh..tak apa. Duit kamu buat beli air.. Duit cikgu buat beli nasi saja boleh... Semua suka beli nasi kan?
R&J: boleh beli makan cikgu?
Cikgu: Aah ya.
J&I : Cikgu, duit kami sikit (sambil bilang kepingan duit syiling)
Cikgu: Tak apa.. Nanti tunjukkan pada makcik. Kalau makcik cakap tak cukup. datang jumpa cikgu.


Di kelas, 4.00petang.
Cikgu: Freddyson, Raymondnick, Jessyca, Intan da makan rehat tadi?
Murid-murid : sudah cikgu.

Cikgu: ok. sekarang awak ambil kertas ni . tulis di papan apa yang cikgu tulis.
(Sebenarnya tadi da tuliskan bilangan wang syiling mereka)

Murid: sudah cikgu!
Cikgu: Ok..duduk.


Cikgu: Kelas, cikgu nak tanya sama ka tidak jumlah wang kawan kamu?
kelas: tak sama...sama...eh..tak sama.. (suara tak sama yang paling kuat)

Cikgu: ok.. tunggu2. Freddyson, Raymondnick, Jessyca, Intan kamu beli apa tadi dengan duit cikgu?
Murid: Nasi lemak...

Cikgu: Kelas, berapa harga nasi lemak?
Kelas: seringgit !!!

Penjelasan demi penjelasan.. Alhamdulillah, akhirnya murid-murid dapat mewakilkan wang dengan nilai2 yang diberi...
Mereka juga dapat menambah wang dengan baik. OBJEKTIF TERCAPAI!!


Dilihat jam tangan, masih ada 15 minit, boleh ulangkaji ni. Minggu depan da ujian..

Satu soalan tambah 2 digit dengan 2 digit.. Minta mereka tulis dalam bentuk lazim seperti tambah wang tadi.

Tak ada yang sukarela.. lalu dipanggil nama.

OK.. betul cara kamu..
Cikgu: ok.. cuba selesaikan...kira 
R: Tak tahu cikgu..
Cikgu: tadi kamu boleh tambahkan wang.. ok. 2+3 berapa? 
R: 5. 
CIkgu: haa.. betul pun. ok selesaikan...


soalan pertama siap dijawab dengan bimbingan..
 20+15 = 37

Untuk soalan kedua, masih lagi tambah dua nombor.
Masih lagi tak ada yang sukarela. dan tak ada yang berikan jawapan.

kemudian, saya tulis satu soalan RM2+RM15.. sebelum sempat nak tuliskan bentuk lazim...
Tiba-tiba dengar ada yang berikan jawapan 37 ringgit..

Sangkaan saya sebab mereka dapat meneka jawapan dengan lihat soalan sebelum ni...
jadi uji lagi dengan soalan tambah wang, RM10 +RM55,

65 ringgit cikgu!!! ( jelas dan kuat jawapan yang diberikan)..

Cikgu: Kamu ni.. tadi cikgu bagi soalan itu (soalan tambah biasa), kamu tak nak jawab. Ni soalan ni ramai pula nak jawab... sama ja soalan ni. Tambah juga.

Tiba-tiba, jawapan Raymondnick buatkan saya terkedu

Itu tambah wang cikgu.. saya tahu la.. yg tadi tu tak tahu....


Maka, berhuhuhu la cikgu..... Tak tahu nak cakap bagaimana..haha



Mengajar Tahun 1, cabarannya fuh... hanya yang melalui merasai...












Friday, August 12, 2016

Kisah 2 : Tudung Baru

M: aqira, cantik Miss tengok harini..
A: *tersipu2 malu.. Mana ada Miss

M: miss tengok cantik la...
A: Saya pakai tudung baru miss...

M: aah ya. Sebab tu miss tengok lain ja harini. Come here.. Miss tolong betulkan tudung..

Tudung itu saiznya besar.. Tekaanku nenek dia belikan supaya dapat digunakan hingga tahun2 berikutnya...

M: haa... Ni baru cantik.. Tadi longgar sikit kan.. Sekarang ok x?
A: ok miss.. Tq miss..

M: your welcome😃
A: Miss pun cantik juga.. *sebelum dia ketawa kecil...

Di kelas, masa beri latihan..dia datang semak.. Ada kesilapan.. Kebiasaan selalu saja memanggil anak2 kelas sayang...

M: sayang, salah ni.... Miss tulis apa tu?
A: aah la miss.. 😅

Semasa menanda buku, tiba2 dia memeluk bahu.. Sambil berkata "i love you miss.. Sayangs miss...

Dan Saya tersenyum...

Hati anak kecil ini, sucinya dia.. Sentiasa ceria meskipun banyak kesusahan dan kepahitan yang dilaluinya...

P/s: Tq aqira. 😍i love you too...

‪#‎11ogos2016‬

Tuesday, August 9, 2016

Kisah 1 : Cikgu Kaya ke Miskin?

M: cikgu2.. Cikgu kaya ke miskin?
C: kenapa kamu tanya macam tu?

M: Mak Saya cakap.. Cikgu tak ada Kereta. Duit Cikgu pun xbanyak.. Rumah cikgu kayu ja.. Jalan kaki pergi tamu(pasar). Miskin la kan?
C: macam mana kamu tau duit cikgu? (Curios jap)

M:Ad haritu Cikgu bayar makan guna duit biru ja.. (RM1)
C: *senyum* Cikgu tak ada la kaya macam Kamu..tapi Allah bg Cikgu cukup rezeki.. Tahu rezeki?
M:duit..

C: aah ya.. Cukup untuk Cikgu makan... Ok da. Sambung buat soalan ini..


P/s: hati2 buka purse depan murid... 😅

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...