Wednesday, June 11, 2014

:: Vitamin E semula jadi atau tiruan? Bagaimana nak bezakan? ::


1) Vitamin E dari sumber semulajadi
- label botol vitamin ditulis 'd'

2) Vitamin E dari sumber tiruan/kimia
- label botol vitamin ditulis 'i'

Mengapa perlu memilih Vitamin E dari sumber Semulajadi/ Asli?
Vitamin E dari sumber semulajadi lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding dengan Vitamin E dari sumber tiruan atau sumber kimia.

Vitamin E dari sumber tiruan/kimia yang tidak dapat diserap oleh tubuh ini akhirya akan menjadi toksik dan menjadi penyebab kepada kewujudan abnormal sel dalam badan.
Menakutkan kan?

FUNGSI LAIN VITAMIN E
boleh klik sini.


Vitamin E Shaklee juga kini ditambah dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya dan keberkesanannya.

APA KELEBIHAN EKSTRAK BIJI ANGGUR?
1) Ekstrak biji anggur mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol
2) Kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vitamin E dan 50 kali lebih baik daripada vitamin C. Dalam erti kata lain minyak biji anggur ni amat berkesan mengatasi masalah kanser serta amat baik utk awet muda dan utk memelihara kecantikan dan yg best grape seed extract terbukti berkesan menguatkan sistem imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul.
3) Melambatkan penuaan.
4) Salah satu phenol yang ditemui dalam biji anggur ialah OPC (oligomeric Proanthi Cyanidin) ni lebih tulen berbanding kumpulan fitonutrien yg lain). OPC ni memelihara tubuh dari penuaan sebelum masanya..OPC juga terikat dengan kolagen. Senang cerita, procyanidin ini juga membantu kulit lebih elastik, membuatkan seseorang nampak muda secara semulajadi.

Bestkan Vitamin E Shaklee ni..macam-macam kelebihannya..rugi tau kalau tak amik peluang terutama bulan Jun ni tengah promosi Vitamin E...:)


Ni ada extra information tentang manfaat vitamin E..


1. Melambatkan penuaan
2. Menjaga kualiti sel kulit ibu yang mengalami banyak ketegangan dan perenggangan saat hamil
3. Pencegahan penyakit katarak
4. Mencegah penyakit jantung
5. Melindungi struktur membran daripada rosak
6. Mengelakkan metabolisme
7. Mengekalkan struktur paru-paru, hati dan membran sel darah merah
8. Memperbaiki peredaran darah
9. Memelihara pembekuan darah
10. Mengurangkan parut
11. Mengendurkan otot kaki dari kekejangan
12. Meningkatkan pengeluaran air mani
13. Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
14. Menguatkan dinding kapilari
15. Mengurangkan tekanan darah
16. Meningkatkan prestasi atlit
17. Kulit dan rambut menjadi sihat
18. Mencegah anemia
19. Mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok
20. Memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer
21. Menghilangkan parut, jerawat, jeragat dan tompok hitam
22. Membantu kesuburan                                                                                
23. Merapatkan hubungan suami isteri

:: Promosi Shaklee Jun 2014 : Vitamin E Complex ::

Alhamdulillah. sekarang dah masuk bulan Jun. dan ramai sudah yang pm Hana dan tanya tentang promosi Shaklee bulan ni.

jadi, jeng..jeng.. Hana nak perkenalkan promosi Shaklee Jun 2014 adalah

*bunyi drum


Vitamin E Complex. Menarik kan? Dah lama Hana menanti. begitu juga dengan yang lain.
yup. Vitamin E telah menjadi promosi dengan pembelian 6 percuma 1.


Jom. cepat-cepat pm hana untuk pembelian.

Tau tak selain daripada percuma 1 botol vitamin E, anda juga layak mendapat

  • percuma keahlian Shaklee bernilai Rm65 (seumur hidup)
  • menerima bonus yang akan dikreditkan ke dalam akaun anda pada pertengahan Julai nanti
  • layak mendapat potongan harga sehingga 30% selepas mendaftar menjadi ahli
  • bagi yang berminat untuk memulakan perniagaan, anda akan mendapat bimbingan terus daripada saya dan kumpulan bimbingan rahsia kami di fb.


Jadi, apa yang ditunggu lagi. Jom rebut peluang keemasan ni untuk tampil lebih cantik, berseri. Yup, anda boleh tampil lebih jelita pada hari raya nanti dan masa seterusnya.

Wajah berseri, keyakinan diri pun meningkat. See, lebih untung lebih jimat!


Hubungi saya untuk maklumat dan konsultasi berkaitan kesihatan atau produk Shaklee:
Hana Farhana : FB
Shaklee ID: 1073775
sms/whatsapp/telegram:019-4025851
FB page: Be Fit Together, Be Healthy Together
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura.

Tuesday, June 10, 2014

:: 8 Manfaat Utama Vitamin E ::

Ramai yang mengetahui bahawa vitamin E baik untuk kulit, tetapi tak ramai yang boleh beritahu macam mana vitamin ni lakukan caranya.

meh sini, Hana nak kongsikan info tentang vitamin E.

Vitamin E sebenarnya adalah antioksidan yang melindungi dan membaiki kulit anda.






Antioksidan? apa tu?

Antioksidan akan meneutralkan radikal bebas dan mencegah daripada berlakunya kerosakan. Antioksidan yang paling bagus ialah vitamin E.
yup, vitamin E adalah satu antioksidan yang bagus, tetapi badan kita tak boleh hasilkannya. so, kita perlu pastikan kita dapat perolehinya daripada sumber-sumber luaran seperti makanan dan mengambil supplemen.


Manfaat Utama Vitamin E


1) melindungi jantung- pengambilan 800IU vitamin E setiap hari adalah penting untuk jantung yang sihat,
melindungi sel darah merah dan mengelakkan pengasidan lipid, mengurangkan tekanan darah,
meningkatkan kolesterol HDL, menghalang paltelet darah melekat pada dinding arteri dan dapat elak penyakit jantung dan lain-lain

2) mempertingkatkan kemampuan reproduktif- Kajian mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Bagi incik-incik suami yang mengambil 600IU-800IU vitamin E sehari
mampu meningkatkan sperma mereka (1924). patutla vitamin E selalu dipanggil vitamin cinta. Love2 gitu.

3)anti-Oksidan - pengambilan 1200IU vitamin E adalah berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.

vitamin E juga bantu dalam memperbaiki masalah oksidasi seperti katarak dan masalah penglihatan.

4)anti-penuaan- 1 kapsul vitamin E dapat membantu dalam melambatkan penuaan,mengurangkan kedut,garis halus,parut dan bintik penuaan.mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka,dada dan otot paha

5)kelestarian tenaga- meningkatkan kelestarian tenaga seksual dan tenaga dengan memberkalkan oksigen yang lebih

6)memperbaiki arthritis-meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening,buasir,urat varikos dan sakit sendi

7) menghalang keguguran - merawat musculus, pectoralis otot dada, sindrom pra haid dan sindrom menopaus seperti hot flush. turut diguna pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran
bagi yang hadapi masalah pre-menstrual yang teruk, vitamin E boleh bantu kurangkan sakit tersebut.

8)memperbaiki parut- memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.

Ada kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitaminE secara berterusan dan dalam jangka masa yang panjang boleh mengurangkan selaran matahari (sunburn).

Tapi ini tidak bermakna bahawa dengan ambil vitamin E akan membolehkan anda selamat untuk terdedah lama di bawah sinaran matahari, tetapi boleh membantu kulit anda kekal sihat dan gebu dengan pengambilan antioksidan yang mencukupi.

Istimewanya Vitamin E Complex Shaklee ialah Vitamin E diperbuat daripada soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. d-alpha tocopheryl, d-alphaa tocopherol pada soya organik dan minyak biji gandum yang aktif secara fisiologi ini diekstrak dan digabungkan dengan 8 jenis vitamin E lain yang terbahagi kepada alpha, beta, gama dan delta.

wallaa..Kemudian terhasillah Vitamin E Complex yang mengandungi Vitamin E paling lengkap di pasaran.

Vitamin E Complex Shaklee juga mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh menyerap khasiat vitamin E dengan baik, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Selenium yang terkandung dalam Vitamin E complex juga merupakan penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa dan juga kadmium. Selenium juga mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina mata.

Nota: Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan vitamin ACE  (beta carotene, vitamin C dan E)
bersama-sama untuk menggandakan kesan anti-oksida dalam melawan radikal bebas

Cadangan:
untuk pemeliharaan kesihatan : 1 kapsul sehari (selepas makan)
untuk anti-penuaan dan sistem reproduktif : 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
menentang kanser dan mengurangkan parut : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali



Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan kesihatan atau produk Shaklee:
Nurul Farhana [Hana Farhana]
Shaklee ID: 1073775
sms/whatsapp/telegram :  019-4025851
FB page : Be Fit Together, Be Healthy Together
Penghantaran ke seluruh Malaysia, Brunei,Indonesia dan Singapura

Wednesday, June 4, 2014

:: Manfaat air kosong kepada kesihatan diri ::

assalamualaikum wbt. Selamat pagi semua. ^_^

dah sarapan? jika sudah alhamdulillah, jika belum boleh dah slow2 cari makanan untuk breakfast. Penting tau breakfast tu. Its a kickstart for a better day.

Hari ni pagi-pagi lagi balas whatsapp BFTJ. Siap tanya resepi agi. Resepi ayam goreng berempah. hehe. senang je. rindu sangat la tu nak makan ayam goreng berempah kitew kan. haha.. gurau2.

biasa-biasa je rasa die. but the simplest thing. mudah sangat. Nak tau? kalau sape yang nak tahu bleh komen kat bawah. Nanti Hana emel or sharekan dengan semua.

okay. lama dah tak buat perkongsian dari segi kesihatan. Bila tengok keadaan cuaca dan que di klinik selalu je panjang, rasa macam nak kongsikan dengan semua. This thing may look simple dan maybe semua dah tahu. macam Hana juga kekadang tu tahu tapi tak buat. Tak guna juga kan? tapi tu dulu. sekarang ni bila tengok balik dan selidik-selidik, Hana perasan benda ni penting dan beri banyak manfaat. dan Hana apply in my daily life. Alhamdulillah, membantu sangat-sangat dalam menjaga kesihatan diri ni. so why not kita share kan? Sharing is caring.



Manfaat minum air putih

tau tak? Air putih /air masak/air kosong sebenarnya adalah minuman yang banyak bagi manfaat kepada badan kita. Selalu juga kalau sembang dengan kawan-kawan masing2 nak order sky juice. Sky juice. Nama pun dah hebat. Hebat juga manfaatnya. Ni hana sharekan manfaatnya.



bukan setakat tu je tau, ada lagi manfaatnya. kalau secara umum minum air kosong :

1. membantu meningkatkan tenaga
minum air selepas bangun tidur boleh tolong tingkatkan kadar metabolisme kita, sebab ia tingkatkan tenaga kita, kita akan jadi lebih peka dan segar.

2. buang toksin
bila kita banyak minum, memang kita akan selalu pergi bilik air. dan selalunya perkara ni buatkan ramai orang kurang minat untuk minum banyak air. Especially the elders. Tapi tau tak dengan urinate (buang air kecil), toksin-toksin yang ada dalam badan kita akan di'flush' keluar. aiyah, keluar la kau toksin...
*Kadar toksin yang tinggi boleh membahayakan kesihatan

3. Jadi kurus
Seriously? Tipu ar.. mesti ramai yang tak percaya kan. "Gemuk air la nanti kalau minum air banyak-banyak". No.No.. tiada istilah gemuk air ni. Umm.. macam mana nak buat bagi faham ek? memang Hana dulu pun pernah fikir macam ni.

analogi.
Ada sebaldi air tapi dalam baldi tu ada habuk. Tapi kita tak boleh nak ceduk buang habuk tu. jadi, salah satu cara, kita akan tuang lebih banyak air ke dalam baldi tu. Jadi, bila air dah penuh sampai tahap melimpah, habuk tu akan keluar sekali dengan air yang berlebih tu. 

Nampak tak? macam ni la lebih kurang. One more facts, Mara Z. Vitolins, seorang pakar nutirisi dari Wake Forest University pernah berkata kebiasaannya badan kita tak dapat membezakan diantara lapar dan dahaga, jadi dengan meminum air ia dapat membantu kita mengenalpastinya.

ini la sebabnya kalau kita tengok program diet or fitness ke, memang selalu tekankan untuk minum air kosong banyak-banyak..


Kelebihan Minum Air Putih semasa perut kosong.
Sebenarnya kan minum air kosong time perut kosong memang satu tabiat yang baik. Rasulullah saw juga sentiasa amalkan minum air kosong lepas bangun sahaja dari tidur. *selawat ke atas nabi

baik untuk :

  • penyakit sakit kepala
  • sakit badan
  • perbaiki sistem jantung
  • artritis
  • buah pinggang dan air kencing
  • muntah-muntah
  • gastrik
  • sembelit
  • kanser dan gangguan haid
  • singkirkan toksik yang menggalakkan penyakit seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis dan strok
Setiap 25kg berat badan perlukan 1 liter air untuk perkembangan otot yang sihat supaya mampu membakar lebih banyak lemak.

Bagaimana nak tahu pengambilan air yang cukup?
sekiranya warna urine anda jernih, maka anda telah mendapat air yang cukup dan terhidrasi dengan baik. Manakala kalau warnanya kekuning-kuningan, anda perlu minum lebih dari yang biasa..

macam mana nak pastikan boleh minum air banyak-banyak ni? nanti kembung la perut..
ok. Ni hana nak kongsikan tips Hana yang selalu buat.


Jika anda rasakan entry ini bermanfaat, anda boleh klik button share supaya lebih ramai lagi tahu manfaat air kosong kepada kesihatan kita. Terima kasih kerana sudi luangkan masa. ^_^

"Be Fit, Be Healthy Together and Be Happy"

Tuesday, June 3, 2014

:: Nikah de Besut : Part 2 ::

Assalamualaikum wbt.
apa khabar semua? Harap semua sihat sentiasa.

aha.. macam yang Hana dah janjikan sebelum ni. nak tahu janji apa boleh klik Akad de Besut.
Alhamdulillah, akad nikah pada malamnya berjalan dengan lancar.

malamnya memang tak lena tido malam. sebab excited nak tunggu resepsi. ehehe. mengalahkan pengantin pula. tapi apa yang pasti pengantin cool je.

The next morning.
pagi-pagi lagi siapkan apa-apa yang patut. siapkan props untuk photobooth dan susun hantaran semua.
goodies.. memang semua dah siapkan. tunggu tetamu datang je nanti.



ni site untuk photobooth dan guestbook. semua disediakan sendiri oleh pengantin tau. Kite cuma tolong-tolong je. She's good in making nice guessbook. yang lain semua cantik-cantik, tuan punya pun buat last minute. nasib sempat siapkan. kalau berminat nak order, boleh tinjau sini





















antara klasmates yang hadir. Sangat-sangat suke tengok semua gathering sebelum last semester. Going to miss everyone.. maaf ye kite culik gambar instag awok, dani. Nanti kite belanja makan eskrem..







at last, ini la satu-satunya gambar yang ada 3 of us. The King, The Queen and me.. (the dayang kuwt.. haha)
sengih sampai ke telinga tu.. memang excited bila dapat tengok diorang berjaya ke jinjang pelamin. 
Their love story? hehe.. Is an interesting one. Lebih best kalau minta diorang citer sendiri.
 =P






left : lovely bride's mom.. A caring and loving mom.
terima kasih makcik sebab selalu terima saya ke rumah biarpun saya ni jenis kuat makan. nasi berpinggan-pinggan. malu tapi mahu. sudahla kuat makan pastu setiap kali balik mesti ada surprise. Dapat itu la, ini la. yang paling best, memang rasa at home. malu chek (saya dlm kedah) walaupun ada jauh dari kedah, tak pernah rasa sunyi sebab they treat me as a family.

mesti rindu nanti nak jumpa dan sembang-sembang... 




the bride. jenis motherly type. buktinya: baby ni nangis mula-mula tu, pengantin pegang terus diam dan tertido. nampak sangat sedap kan pengantin dukung.. hehe





Mr Right? hehe. ni klasmate Hana. Syazwan. One of the boys yang hadir. Yang lain tak sempat nak amik gambar. maaf la. tau tak? tulisan die memang macam font komputer gitu.. jeles sangat. and a bright student ni.. highly recommended kalau ada makcik2 nak buat jadi menantu.. :D






and this is the bride and hana. sembunyi belakang pengantin sebab malu segan nak bergambar. caya tak? ahaks..tudung kami serupa but it doesnt mean anything k. Ada juga yang sempat usik, tudung dah sama, tak lama da tu nak bagi kad.. kad? ada-ada, kad bussiness .. haha




she's looking for Prince Charming. Ops.. found sudah..






tulang belakang majlis. They help make it runs well. Going to miss you.
Nik Zulaikha dan Tasneem







Ika... friendly one. itjust takes a second for you to get in well with her. Believe me. eh, tengok gambar ni baru perasan. Tak sempat amik gambar kat photobooth. haha.. memang thorbaik..


ok lah. setakat ni saja Hana sharekan.. Mata da mula nak pejam. hari ini sibuk sikit dengan urusan di rumah..
Maafla. banyak ke laut. dan maaf juga kepada yang menanti gambar photoshoot. Hana tak ikut sekali dengan pengantin sebab malam tu dah nak bertolak pulang. sayangnyer tak join skali? hehe.. yup. wedding only once but doesnt mean i'm not there for photoshoot saya tak sayang die kan?

InsyaAllah, nanti Hana akan cuba usahakan untuk semua dapat tengok gambar-gambar tu.. sekarang ni tak boleh lagi, pengantin nak gi jejalan dulu. nanti die akan share dengan Hana.



 Papepun, hope you enjoy the entry...

selamat malam..

p/s: Tenkiu ah n jemi sebab hantarkan kitaorang kat stesen bas walaupun you guys obviously penat. 
sayang korunk ketat-ketat

:: Nikah de Besut : Part 1 ::

Assalamualaikum semua. 
Alhamdulillah, selamat sampai ke Jitra,Kedah.

Rindu giler suasana Jitra. Memang la orang cakap "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri" memang best hujan batu di negeri sendiri. hehe.

Minggu lepas, Hana bertolak balik ke Terengganu . Cuti da abis? On no.no.. belum lagi. Tapi ke Terengganu untuk majlis perkahwinan rumate yang tercinta dan chuwiit gitu. 

pelbagai dugaan nak ke sana. dari kisah tiket bas, sehinggalah ke wad kecemasan. Tapi alhamdulillah, we still manage to be in Terengganu like we want. yup. Hana bertolak ke Terengganu bersama adik. Nak bawa dia jalan-jalan tengok negeri Pantai Timur kononnya. 

Tepat pada 28 Mei 2014, jam 7.30mlm. Kami menjejakkan kaki ke bumi Besut Terengganu. Tak sempat nak ambil gambar masa ni sebab masing-masing letih naik bas. 12 jam. memang letih pusing sana pusing sini. Nasib baik tak sampai jalan-jalan keliling bas. Maklumlah penumpang campur dengan driver semua 6 orang je. Awesome tak? memang rasa bas tu Hana yang punya. 

Malam tu kami (bakal pengantin, kak yin, Ika) semua pakat-pakat busy dengan majlis berinai. Inaikan jari jemari pengantin dan juga jari jemari sendiri. Nak juga merasa kan.. hehe..

dan esok paginya, busy bergotong-royong. Kenduri ni semua sendiri tau. Dari pelamin, baju pengantin, dulang hantaran semuanya sendiri. Memang daboom la. Kagum Hana. memang syok (gumbira sangat). potong-potong bawang, basuh ayam, susun itu, susun ini... 

dan malamnya baru sempat nak santai-santai pegang kamera. hehe.. hana tak pandai selfie jadi tak banyak gambar sendiri. Ni Hana ada gambar-gambar untuk tatapan semua.


ni gegurl Matematik yang sampai awal. geng kami buat hingaq (bising yang mesra). 
1 sudah lagi 24 in the row.



ini gegurl maths yang memang santai. yang paling kanan sekali tu memang otak puitis abis la. 
memang sekali update status, pergh... mantap.. ^_^ nampak je cenggitu.




ni sesi dengan pengantin. Nampak tak semua excited. Tak sabar nak tunggu turn masing-masing.. hehe




dan ni la pengantinnya. My only rumate and bestfriend. 
5 tahun kami bersama. suka dan duka, gila2 bersama. 
but now, she is someone's wife. Tak boleh buat perangai gile2 da tau? hehe




and this is her. the Queen of the night. and the little princess of my heart. Engku Nur Hanee.
Hanee ni memang sebijik macam ciksu die. Cute.Manja.Nakal.Degil. Hahaha.. selalu tengok rumate, tengok hanee. dan rasa macam sekejap je masa berlalu. Time do flies kan.. 
but I love both of them forever.



setakat ni dulu, Hana share tentang majlis ni. InsyaAllah, nanti Hana akan update time resepsi pula. 

dear my rumate sayang and incik suami,semoga berbahagia hingga ke anak cucubercinta sehingga ke syurga,Life is about give and take.

ah,I believe that you can be a good wife, a bestfriend, and a good mom to your hubby children soon. InsyaAllah, till Jannah you'll be together. Life will help you to get through things.

Dear Incik Suami rumate,
 I believe you can take care my soul sister. be a good husband and her bestfriend till forever k. Dont hurt her feelings. She maybe not a great cook, but she cook from her heart. hehe..

cepat-cepat proses baby tau. :) sayang semua. xoxo

:: Pak pak bum bum... Pengantin Baru ::

Assalamualaikum semua.
Lama tak jenguk sini. Cuti pun tak sempat juga. Hehe..
Penuhi jemputan teman dan sahabat-sahabat yang mendirikan ‘masjid’.
Cuti kali ni memang banyak sangat kenduri kahwin. Tumpang gembira untuk semua. Sebelum tu, saya nak ucapkan

“SELAMAT PENGANTIN BARU dan
 semoga BERBAHAGIA HINGGA KE SYURGA”

kepada

Farahah & Nazmi (30 Mei 2014)
Syazwani & Firdaus (1 Jun 2014)
Muna Wahida & Muhammad Amirul (31 Mei 2014)
Nik Azey & Nurul Safwani (31 Mei 2014)
Zulaiha & Taufid (31 Mei 2014)
Mus & Mira(31 Mei 2014)
Nabilah & Athif (1 Jun 2014)
Mohamad Fahmi & Nur Athirah (3 Jun 2014)
Husna & Haikal (3 Jun 2014)

dan tak lupa juga blogger terkenal Cik Epal.. ^_^

Dan juga kepada bakal pengantin baru

Ilham & Firdaus (5 Jun 2014)
Hafizah dan Suhaimi (Jun 2014)
mohd Hafiz Azahari dan Nur Sabilah (9 Jun 2014)
Muhammad Syafiq dan nurul Hidayah (14 Jun 2014)
maisarah dan Walshalafah  (15 Jun 2014)

insyaAllah, yang mana sempat Hana hadir dan akan update kat sini. J


HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...