Monday, March 18, 2013

Allah sentiasa bersamamu dan mendengar rintihan mu..

Namun sunnatullah tidak membantu mereka yang lemah 

dan menangsi nasib semata-mata. 

Tetapi sunnatullah membantu mereka yang merintih dan bangun berjuang 

untuk membaiki nasib mereka...

Sunday, March 17, 2013

:: HAtiku begini ::



Bukan tak suka, bukan tak cinta dan bukan tak rindu.
Tetapi jihad yang satu ini baru sahaja bermula.
mungkin bagimu aku tiada apa, kerana masih belum berpunya..
namun percayalah bahawa aku ada pengalaman, pengalaman dari teman-teman..
aku tidak mengatakan aku alim, aku tidak mengatakan aku baik..

tapi aku sedang berusaha untuk menjadi yang terbaik agar suatu hari nanti kita dapat berpimpin tangan ke syurga yang Dia sediakan buat kita sahabat..

Ku akui kadang-kadang sikapmu dingin denganku. meskipun aku tak mengerti apa namun ku tahu mesti ada sesuatu yang kamu tidak berpuas hati dengan ku. lafazkanlah.. luahkanlah.. jangan bukukan di dalam hati. kerana apa jua yang terbuku di hatimu membuatkan aku semakin sakit dan lemah hari demi hari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.