Friday, January 24, 2014

:: My favourite Music : Trust In Allah by Saif Adam



Very lovely and inspiring. ^-^

I always listen to the song and listen carefully to the lyrics while get prepared for class..
And this make my day, as I trust Allah and I believe love will keep us whole..
the best way of dakwah..

Happy listening

:: masih ada yang lain ::

Assalamualaikum wbt semua.

Diharapkan semua sihat-sihat hendaknya. Dan ceria-ceria selalu. Esok dah hujung minggu. Sabtu ada kursus Sorotan Literatur dan ahad akan ke sekolah untuk Praktikum 3 selama 3 bulan.

"Ya Allah, Kau berikanlah kami kekuatan dan permudahkanlah bagi kami untuk membantu anak-anak murid dalam mempelajari ilmu agar dapat menjadi insan yang berguna. Dan Kau bantulah daku untuk membantu yang lain hidup sihat dan lebih dekat kepadaMu"

Alhamdulillah, hari ini tamat sudah Pilihanraya Kampus bagi memilih Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2014/2015. Tanggungjawab untuk mengundi sudah Hana laksanakan. Tahniah dan syabas kepada yang memenangi pilihanraya ini. Jadikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan ini sebagai satu peluang anda untuk membantu yang lain. InsyaAllah.

Minggu ni memang sibuk. Jujur. Hana akui agak penat dengan jadual yang pack dan tugasan sampingan yang lain. Ini belum lagi diambil kira Kajian Tindakan dan proposal yang perlu dilaksanakan. Alat dan kaedah yang telah ditunjuk pada pensyarah penyelia perlu ditukar tajuk atau beri inovasi yang baru. Awal-awal lagi dah kena reject. Sabar-sabar. Slow-slow. Pasti ada jalannya. Tak akan ada jalan buntu selagi kita belum berusaha dan kerah segala kudrat untuk ini. Allah itu ada


AJK SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN 2014

dan pagi tadi juga ada mesyuarat bagi AJK Seminar Penyelidikan Tindakan yang bakal diadakan tidak lama lagi. Yang ini Hana sukarela untuk menjadi AJK bila mana Ketua Unit mencari wakil kelas untuk dilantik sebagai AJK. InsyaAllah, akan cuba beri komitmen sebaik mungkin.  Program ini akan menjadi program yang GRAND kerana pada tahun ini merupakan giliran IPG KDRI untuk menjadi tuan rumah bagi SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN ZON TIMUR. Banyak tugas yang perlu dilaksanakan secepat mungkin seperti membuat kertas kerja, mencari tempat seminar (Hotel/dewan) yang bersesuaian untuk menempatkan seramai 300+ peserta.

dan memang di dalam hati "Ya Allah, banyaknya kerja. Proposal tak jalan lagi. Portfolio praktikum ke mana. Buku rekod lagi. Ini tak buat lagi. Laporan Persatuan. Itu tak buat lagi. mampukah aku? Untuk beri komitmen pada semua? "

Ya Allah, PERMUDAHKAN LAH..

dan benarlah Allah itu Maha Kuasa. Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Disaat Hana rasa tidak mampu Dia tunjukkan jalanNya. Disaat merasa diri ini susah, Dia tunjukkan bahawa ada yang lain lebih susah hidupnya. Dan dari situ Hana tahu. Allah tidak akan menduga hambaNya dengan ujian dan dugaan yang tidak mampu ditanggung oleh hambaNya itu. Percayalah kepadanya.

dan hari ini Hana nak berkongsi satu cerita yang mungkin akan membawa diri kita untuk kembali bermuhasabah dari diri yang selalu mengeluh kesah.

Kisah ini Hana baca dari DailyMail.co.uk. Boleh klik di sini untuk versi bahasa Inggeris.
dan disini Hana akan ceritakan secara ringkas.

Guo Shijun, seorang remaja di China yang mana membawa ayahnya yang sakit ke universiti bersamanya. Shijun berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Hidupnya semasa kecil amat sukar di mana, ibunya mempunyai masalah mental disebabkan penyakit meningitis dan dia dan ayahnya menjaga ibunya sejak itu. Walaupun begitu, Shijun tetap berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dan seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

Namun, kehidupan benar-benar menduganya apabila ayah Shijun mengalami kemalangan di tempat kerja dan lumpuh dari paras pinggang dan ke bawah. Dia bertuah kerana atuk dan neneknya sanggup menjaga ibunya namun mereka tidak dapat membantunya menjaga kedua-dua ibu bapanya. jadi, Shijun mengambil keputusan untuk menjaga bapanya sendiri.

Dia seringkali menjaga bapanya yang sakit dengan berulang-alik. Namun, dia berjaya membuat rayuan kepada pihak universiti untuk memberikan kebenaran kepadanya untuk membawa bapanya bersama. disebabkan Shijun sentiasa menjadi pelajar terbaik universitinya, pihak universiti memberi kebenaran. dan dia telah menyewa sebuah bilik serta membina sebuah katil istimewa untuk bapanya. Shijun juga memperoleh biasiswa untuk menampung kos pelajarannya. Hingga kini, dia masih menjaga bapanya sepenuh masa di biliknya. Dia sentiasa melawat bapanya meskipun hanya mempunyai ruang masa antara waktu kuliah dan lunch

Chinese student Guo Shijun (right) prepares a meal for his father in his dorm while his father (left), who is paralysed from the waist down, rests in the specially installed bed

Guo Shijun takes a picture with his father. For most of his life he has been a young carer, and his workload only doubled when his father became disabled

Despite insurmountable odds, Guo Shijun has managed to earn top marks at university, and a scholarship for his good grades
Guo Shijun installed his father in his dorm room so that he wouldn't have to go far to check on him between lectures


Hebat kan pengorbanannya. Pengorbanan yang dilakukan demi menjaga ayahnya. dan Hana juga cuba me'relatekan' dengan keadaan di Malaysia. Kini sudah jarang ada anak-anak yang berjiwa besar sehebat Shijun. Bukannya tidak ada langsung, ada tetapi bilangannya sedikit. dan cerita benar ini membuatkan Hana bangkit dari mimpi. bangkit dan keluar dari belengu keluh kesah yang rata-rata pelajar sama bangsa dengan Hana lakukan. dan Hana katakan pada diri, 

"Jika Shijun mampu untuk teruskan kecemerlangan di saat dia diduga dengan ujian sebegini, mengapa tidak aku? mengapa tidak daku yang masih lagi sihat, mempunyai ibu bapa yang masih lagi sihat? dan daku masih mampu untuk memperoleh pembelajaran yang baik, lebih baik dari Shijun. tidak perlu bersusah payah sepertinya. sudah tentu daku mampu untuk melakukan yang terbaik juga. Ini semuanya bergantung kepada tekad dan keinginan. :)

Tetapi kisah Shijun ini menyedarkan Hana bahawa bila mana kita menjaga kedua ibu bapa kita, Allah tidak akan mempersia-siakan usaha kita. Dia akan memberi lebih kejayaan dan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka. Jadi kepada anak-anak semua, ingatlah bahawa tanpa kedua ibu bapa kita, tidak mungkin kita akan lahir ke dunia ini. dan tidak mungkin kita akan dapat mencapai seperti apa yang kita ada pada hari ini. Ucapkan terima kasih kepada ibu bapa kita. 

Salam dan beri pelukan mesra. bagi yang berjauhan macam Hana, teknologi sentiasa ada untuk kita menghubungi mereka.. Jangan jadi manusia yang hidup di pulau alasan. Kerana kita mahu menjadi mereka yang berjaya, beriman dan kaya jiwa.

dan Hana kagum dengan Shijun

'I can't say life is easy but the only way out of the problem is through hard work so I'm not complaining. 
'I think once I graduate things will get much better.'





jadi, jika anda rasa share ini bermanfaat, boleh tekan like supaya ramai lagi yang dapat beroleh manfaat daripadanya.






Tuesday, January 21, 2014

:: Kita belajar ::

Kita belajar daripada ujian,
kita belajar daripada pengalaman,
kita belajar untuk menerima ketentuan,
kita belajar untuk yakin pada janji Tuhan,
kita belajar untuk faham erti memahami dan kasih sayang.

Kita belajar dari segalanya yang kembali membawa kita kepada Dia
tak kira jika belok ke selatan atau utara sekalipun.


Moga dijauhkan kami daripada menjadi orang yang hanya hampir padaMu di waktu susah ya Allah.
Moga kami menjadi hambaMu yang bersyukur di waktu susah dan senang.

Amin.

dengan mengingatiNya hati menjadi lebih tenang.
untuk mengingati kita perlu mengenali.
dan untuk mengenali, kita perlu belajar mengenaiNya. :)


Salam Maghrib semua.
Ayuh kita ke Dewan Al-Farabi, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail
Malam Cinta Rasul

Saturday, January 18, 2014

:: 2 in 1 buat daku tersenyum ::

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, minggu lepas agak sibuk dengan jadual kelas yang padat. Kelas 3 jam kuliah Kajian Tindakan dan 4 jam Bimbingan dan Kaunseling sudah membuatkan diri ini lali. "Alah bisa tegal biasa bukan?"
Pejam celik, pejam celik, hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Praktikum Fasa 3 bakal bermula. Berdebar juga sebenarnya. Walaupun ini adalah praktikum terakhir namun debaran itu masih ada. Dan kali ini, Hana akan mengajar subjek Matematik dan juga Bahasa Inggeris.

"Ya Allah, Kau permudahkanlah bagiku untuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridku. dan Kau bukakanlah pintu hati mereka supaya mereka mudah menerima ilmu yang disampaikan"

Amin.

Doakan supaya Hana dapat menjalani praktikum selama 3 bulan ini dengan jayanya.. :)

SK DURIAN MAS, MANIR. 26 Januari : Aku Datang

uruskan masa
Hari ini ada terima tetamu di bilik. Berbual lama setelah sekian lama tak berjumpa. Pelbagai cerita dikongsikan bersama. Tengah sembang-sembang tetamu tanya "Hana makan Shaklee ke jual Shaklee ni?" kebetulan pula dia terlihat kotak-kotak Shaklee yanng baru diambil semalam.

"Dua-dua ada. Saya makan dan tolong belikan". sambil tersenyum. soalan ditanya satu demi satu.
dan ESP menjadi tajuk bualan hangat.. Hot hot from bilik . hehe. Dia cakap Hana ni selalu sibuk, sempat lagi buat bisnes. Alhamdulillah, dengan ni juga Hana belajar untuk manage masa dengan lebih baik. Manfaatkan sepenuhnya masa yang ada untuk membantu yang lain. :) yup. My expertise, HELPING OTHERS. :)

If you want someone to listen and ignore, dont find me. But if you want someone to listen and help you. Yes I am here for you. :)


Jadi, malam ni Hana nak kongsikan dengan kawan-kawan dan pembaca blog Hana manfaat dan kebaikan ESP ni.



apa itu ESP?
selalunya kalau disebut ESP, ramai orang akan tahu bahawa ESP ni dalam canister dan kena shake dan sebagainya.

jadi,hari ni Hana nak share banyak lagi details tentang ESP ni. Daily drink untuk breakfast Hana ni. :) Hana ambil untuk kesihatan dan alhamdulillah, kesannya 2 in 1. Sihat dan cantik. hehe :)

ESP ni sebenarnya adalah Energizing Soy Protein. Kalau semua nak tahu, ESP ni sebenarnya telah mendapat pengiktirafan seantero dunia kerana proses ujian klinikal yang dijalankan berkali-kali. Yup. berulang kali. Ini adalah untuk memastikan kualiti protein yang tinggi bersumberkan tumbuhan semula jadi dapat dihasilkan untuk manfaat yang optimum kepada bakal pengguna. dan Hana nak bagitau kat sini, bahawa ESP ni bukan untuk IBU yang MENGANDUNG sahaja tau, tetapi sesuai untuk semua. Lelaki pun boleh minum tau.
Untuk kesihatan boleh. Untuk kecantikan boleh. dan untuk kurus pun boleh. Kurus? Yup. :)

ESP Shaklee ni sentiasa HOT DEMAND dan BEST SELLER. Kejap je beli, dah kena order lagi. sebab ramai yang berminat.

Kenapa ESP menjadi HOT SELLER dan ramai orang mengambil ESP Shakle
1) memberi tenaga, kurang letih dan kesihatan semakin bertambah baik.
2) menjadian kulit muka cantik, gebu, halus dan berseri-seri
3) awet muda- kerana ada asid amino yang penting untuk membina otot, rambut, darah,  
                  organ dan lain-lain.
4) cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan
5) membantu dalam menghilangkan parut jerawat di muka- protein membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.
                            6) merangsang semula kulit & otot, megurangkan kedutan
7)bagi ibu-ibu MENGANDUNG, ESP bantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu berada pada tahap yang optimum
8) bagi ibu-ibu yang MENYUSU pula, ESP adalah milk booster yang dapat bantu hasilkan susu dengan lebih cepat, lebih pekat.
9) ESP juga membantu menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalian kecantikan payudara anda.
10) berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit.


ada juga yang pm dan whatsapp/sms Hana, tanya tentang cara ambil ESP dan tahan berapa lama..

Ini cadangan sukatan dan waktu minum ESP
Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air kegemaran anda.

macam Hana sendiri, pagi-pagi agak rushing untuk ke kelas. 7.30 dah perlu turun untuk ke kuliah. so, breakfast Hana akan ambil ESP + air suam/air kosong. Memang kenyang. Tahan sampai ke petang. Tapi lunch Hana ambil nasi juga sebab waktu dinner nanti tak perlu ambil nasi dah. Perut orang Melayu. hehe. Nasi tu WAJIB ada. :) Tapi sejujurnya memang best ambil ESP ni, perut takde bunyi-bunyi pelik da. rasa kenyang dan memang kekal bertenaga lama. Kalau tak percaya boleh tanya klasmate Hana, betapa semangatnya bentangkan presentation kat depan. haha.

ESP ni 850g. dan kalau amik satu sudu sehari, boleh tahan 2-3 bulan. Yang Hana sendiri makan setiap hari, beli dari bulan Oktober 2013 hingga Januari 2013 pun tak habis lagi. Tapi kalau ada yang nak tak nak ambil makan malam, boleh gantikan dengan ESP. dan yang penting, pastikan ambil air kosong yang cukup setiap hari.

25 kg berat = 1 liter air



ada juga yang bertanya. "Ada pantang larang tak?" So, kat sini Hana kongsikan terus

tips-tips nak ambil ESP

              => Jangan bancuh dengan air panas/air kafein/ air berkarbonat sebab ini boleh hapuskan nutrisi. jadi rugi la kalau makan setin ESP tapi dengan kopi.
=> gunaan tumblr atau shaker. Kalau takde, boleh je gunakan botol tupperware untuk goncang- goncang/shake bancuhan ESP. Lebih mudah larut dan takde la rasa berketul-ketul (kalau guna sudu je)
=> jangan ambil lebih daripada 3 SUDU sehari kerana akan membebankan buah pinggang untuk proses.


SHAKER SHAKLEE sekarang OUT OF STOCK. kalau ada Hana akan bagitau. dan yup,Hana akan guide semua yang membeli dengan Hana. Jadi, jangan bimbang jangan risau. kalau ada musykil atau terkonfius mana-mana boleh direct tanya sama ada melalui FB/ Email atau whatsapp/sms/. FREE CONSULTATION dan Hana akan share cara-cara makan yang betul. InsyaAllah.



FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!





Shaklee ID : 1073775
019-4025851 (Call, SMS, WhatsApp)
nurfaies16@gmail.com


Thursday, January 16, 2014

:: ^_^ Life is a lesson that taught you to be mature ::

Assalamualaikum semua..

lama tak menjengah ke sini. STUDY perlu diutamakan dulu. Life as a student memang tak lengkap kalau tiada tugasan atau assignment. Belum sempat siap satu dan dapat satu lagi.. Sehinggakan pernah je terasa "betul ke sehari ada 24 jam ni?".. ish..ish.. teruk betul kan Hana?

jadi, sekarang ni kena ubah cara pemikiran dan the way we look at things. Dulu memang sangat-sangat busy tetapi at the end of the semester rasa macam tak tahu apa-apa je. Kini, alhamdulillah, walaupun hari-hari kelas full dan balik kelas reply soalan customer dan ambil order secara online dan offline, Hana tak pernah miss untuk hantar tugasan pada masa yang ditetapkan. Alhamdulillah. Mungkin ini yang dikatakan, andai kita niat untuk menolong orang kerana Allah, Allah akan mempermudahkan pula urusan kita. Mudahkan bussiness? =)

dan semester ni Hana perlu mengambil subjek Penyelidikan Tindakan 1 serta Bimbingan dan Kaunseling. 

Nampak sikit je? Mungkin ada yang kata "Eleh, 2 subjek je. Kitaorang sepuluh!"

Yup. Untuk pengetahuan semua, di Institut Pendidikan Guru (IPG) wajib mengambil 2 subjek ini untuk guru pelatih semester 7. dan bila disebut sebagai guru pelatih, kami tidak terlepas daripada praktikum di sekolah. Praktikum tu apa? Praktikum tu umpama masa untuk buat praktikal di sekolah-sekolah berhampiran . Dan alhamdulillah, praktikum 1 dan 2 berjalan dengan baik. Banyak cabaran dan dugaan, namun itu semua pengalaman untuk mematangkan diri ini..

Nampak macam mudah kan? but trust me, nak jadi cikgu bukannya sesuatu yang mudah. dan nak habiskan final year ini pun masih jauh perjalanan yang perlu ditempuhi. Belum lagi disebut tentang amanah untuk mendidik anak murid menjadi orang yang berjaya dan dapat menyumbang kepada diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Dlam masa terdekat ini juga, Hana akan menjalani Praktikum 3 selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Durian Mas, Manir, Terengganu. Pelbagai contoh kajian dan bacaan yang perlu dilakukan, membuat dan menghantar proposal, bertemu dengan penyelia, dan sekarang ini tengah musim Pilihanraya Kampus. Guru Pelatih Semester 7 bertanggungjawab untuk mengendalikan Pilihanraya Kampus ini. dan kepada ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kampus yang dilantik, laksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Semoga dengan pilihanraya ini, kita dapat melihat bakat kepimpinan adik-adik yang selama ini mungkin masih terpendam diam.

dan hari ini alhamdulillah selesai Kursus Dokumen Matematik dan Literature review yang diadakan di Bilik Mikro 1, Teltrac.

Bersarapan sebelum kursus. Rezeki hari ini. Matematik 2 hadir awal. Alhamdulillah, menu bihun goreng+nugget ayam yang sangat sedap daripada cafe kak Yah. :)

4 daripada 7 sekawan Matematik 2

sesi menjamu selera. *baca doa dan aminn. terus makan..
jadi, gambar-gambar semasa memang tak ada. sebab photographer pun nak menjamu selera. :) hehe..

mama kami  (Puan Mas Norbany) memberikan penerangan, memang sangat-sangat berguna. Semua bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberikan untuk menyediakan template bagi memudahkan urusan kami untuk melakukan penulisan kajian nanti. Tak perlu dah untuk scroll panjang-panjang. Cuma klik dan tulis je. Nak tahu apa yang puan ajarkan dan macam mana cara untuk memudahkan penulisan kajian boleh tulis komen kat bawah nanti. Sama-sama berkongsi ilmu.

"Ilmu yang bermanfaat akan menjadi cahaya di sana nanti"

Peserta kursus semua rajin menyalin nota dan mencuba
Semua diwajibkan membawa laptop. Hana punya laptop batery dah tenat. Umur dah hampir 4 tahun setengah. jadi memang patut la die sakit-sakit.. Tapi dah well prepare dengan extension panjang supaya dapat guna direct je sepanjang kursus. :D

agaknya time ni ramai yang pening-pening nak guna perisian bagi jadi sebijik macam puan.
hehe.. sebab Hana pun sama. Baru tersedar bahawa ilmu masih perlu dicari..
Kongsi ilmu.


khusyuknya yaya. Tak berkedip pun. hehe



Puan meronda kelas time ni. Tengok ada lagi tak yang ada masalah untuk buat apa yang diminta. 
Nampak tak ada rumate saya dalam gambar ni? hehe.. try to spot her. :)

Antara pensyarah-pensyarah yang turut mengikuti kursus ini..

Semua khusyuk tengok laptop. :) laptop ultra thin tu hehe

and out of all of these, I'll grow to be matured and be a better person. InsyaAllah, may Allah ease everything for us friends..

Baiklah. malam pun dah makin lewat. Sampai disini dahulu Hana kongsikan cerita.
Terima kasih sudi menjengah di blog Hana. 
Selamat malam


"Moga Allah sayang, moga Allah redha"







Tuesday, January 14, 2014

:: Salam Maulidur Rasul ::

Bismillahirahmanirrahim..

12 Rabiulawal.


“SubhanAllah aku mencintainya

SubhanAllah aku menyayanginya

Dari ufuk timur hingga ke barat 
Selalu dihatiku”



Sanah Helwah buatmu, Nabi Muhammad SAW. kekasih Allah.
Salam Maulidur Rasul buat semua..



jom kita berselawat
[1000x sehari. InsyaAllah]

Antara kelebihannya: 




rindunya daku untuk ke sana. ^_^

Jom hayati Sirah Nabi……
InsyaAllah akan lebih bermakna selawat dari dalam hati.
Jom!



:: PERSISMA : Mission DONE::

bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, selesai sudah Program Perjumpaan Pelajar Matematik 2014 Anjuran PERSISMA dan Jabatan Matematik IPG KDRI. Feeling? berbaur rasa sebenarnya. namun, rasa lega tu tetap ada. Walau apapun syukur dan terima kasih kepada semua AJK PERSISMA sesi 2013/2014 yang lepas atas segala sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan.

Antara selayang pandang buat semua. [sikit je gambar yang ada sbb external hard disc rosak]

hamper untuk pertandingan Futsal

Team Matematik 1

Team Matematik 2

sememangnya aktiviti futsal ni memang best. It makes us fit quick. haha. mahu lelah juga sebenarnya. dengan tak warm up betul-betul pagi tu. sedih juga sebab adik-adik Matematik tak dapat join time ni. Hanya semester 8 dan semester 6 yang dapat main. Namun, TAHNIAH kepada unit Matematik semester 6 kerana bolot kesemua title johan bagi Team lelaki dan Team Perempuan. Menang game dengan mata 6-0 sememangnya memang awesome. hehe.. Tq juga kepada penyokong [nana, anis, fuzah, kinah]



Program Minggu Matematik

Program Minggu Matematik ini sebenarnya yearly program yang melibatkan kerjasama semua ahli Persatuan dan unit Matematik. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar meskipun berbagai-bagai halangan yang muncul tetibe. Memang rasa semput dan sesak dengan jadual kelas yang full dan terpaksa memberi komitmen kepada Minggu Matematik ini. Namun, kerjasama yang padu dari ahli persatuan telah memastikan Minggu Matematik ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dan alhamdulillah, a new experience for me to handle one more BIG PROGRAM after the Tennis Tournament . Rindu pula. 

Different environment do make different. Lain sangat-sangat bila kita deal dengan pihak luar dan dengan pihak dalaman. Out there, we have to be punctual and professional. Everything need to be systematic and organize. Kalau buat main-main mahu kena sound dengan pihak tertinggi. Dan yang pasti I do LOVE anjur Tennis Tournament. Hopefully nanti dapat buat untuk daerah Langkawi pula. dapat jumpa Pak Syed dan Pak Zaf. Eh, dah ke laut ni. Ok2.. back to PERSISMA.

annual Dinner 2013 at Sutra Beach Resort

dan aktiviti penutup bagi 2013 adalah Annual Dinner yang dilangsungkan di Sutra Beach Resort Merang, Terengganu. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPG KDRI, En. Ghulam Salver bin Mobarak Ali. Terima kasih Tuan Pengarah sebab sudi datang. :) Majlis berlangsung dengan lancar dan meriah dengan senyuman dan gelak tawa teman-teman. Terima kasih kepada AJK-AJK. [asmaa, pqah, Tuan Ismail, Keri, Anis, Yaya, Nana dll] Without you guys, mau terbaring buat keje ni sorang-sorang. Pengalaman.. Pengalaman. Hanya Allah yang tahu what is in my heart. Happy and smile. ^_^

# nak kena baiki external hard disc. Nanti Hana update gambar-gambar lagi k.. tq sudi singgah dan baca entry

:: pohon epal dan budak lelaki ::

Assalamualaikum semua. apa khabar hari ini?

hari ini Hana nak share satu video yang memang kalau nak diikutkan duduk di hostel ni tak dapat nak tengok live on TV. tapi Allah Maha Kuasa, Alhamdulillah dapat juga Hana tengok live di Besut. sama-sama tengok dengan family rumate Hana..

jom tengok video ni..


macam mana tengok video tazkirah oleh Dr Ridhuan Tee di Mimbar Pencetus Ummah Akhir?
banyak sungguh pengisian. sangat menyentuh hati 


dan hal ini membuatkan Hana teringat tentang kisah sebatang pohon epal dan seorang budak lelaki.



Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu
gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari. Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.

Masa berlalu…
Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.
" Aku bukan lagi kanak- kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu.
" Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli
permainan yang kauinginkan." Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagiselepas itu. Pohon epal itu merasa sedih.

Masa berlalu…
Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pohon epal itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu.
"Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.
Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.

Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu,remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pohon epal itu."

Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untukdijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon epal itu.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia,datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untukdiberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…" kata pohon epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epal mu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohon epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


Tahukah anda??
Sebenarnya,pohon epal yang dimaksudkan didalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka.Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk
meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.


Anda mungkin terfikir bahawa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa
kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.
dan pada yang merantau untuk menuntut ilmu seperti Hana, why not kita at least call mak dan ayah setiap hari. Kalau kata tak sempat la, sibuk la, no credit la...cuba muhasabah balik, did our parents say NO pada setiap apa yang kita minta? dan adakah pernah mereka meminta untuk dibalas segalanya...


so, anak-anak sekalian (diri saya juga), appreciate our parents and thanks them by showing them your love. sesungguhnya doa ibu bapa adalah doa yang diperkenan Allah. Balik cuti, pastikan salam,peluk cium mak dan ayah.. *touching jap. Yup. Duduk jauh di Terengganu ni selalu buat Hana ingat rumah dan nak balik makan masakan mak. =) Alhamdulillah, I try to make sure at least I called my parents everyday.. dan Hana selalu pastikan my call list phone kalau mencecah 3 caller dah, Hana akan cepat-cepat called mak. Lately, abang Hana menang dulu sebab setiap kali called ayah yang akan jawab. Our motivators.. ^_^

tapi tak rugi, sembang-sembang dengan ayah dah dapat hilangkan rindu. yang best sekali dapat tahu Terengganu pun cuti ahad nnt sempena Tahun Baru Cina. yeay..

#Jika anda rasa entry ni bermanfaat untuk yang lain, feel free to like and share. Tq. ^_^

Monday, January 13, 2014

:: Syukur, senyum ::

Bismillahirahmanirrahim..

Salam semua. Apa khabar? Semoga pembaca blog Hana sentiasa sihat dan dilimpahi rahmatNya yang tak terhingga.. Sebelum tu, Hana nak ajak semua untuk mengucapkan "Alhamdulillah". tapi sekarang say Alhamdulillah dengan seikhlas hati kita.

Sebutkan juga dalam hati,
"Ya Allah, terima kasih atas nikmat Islam, hidup, keluarga dan kesihatan yang telah Kau berikan kepada ku. Terima kasih Allah"..

ada rasa kelainan? bila mana kita hanya sekadar menyebut dan betul-betul memberi maksud kepada perkataan yang kita sebut. Jika ada, alhamdulillah. Jika tidak jangan gusar. sesungguhnya Allah lebih mengetahui isi hati kita.  =D

kebiasaannya bila ditanya khabar oleh lecturer ataupun sahabat-sahabat, Hana akan selalu meluahkan syukur kepadaNya. sebab nikmat kesihatan ini tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Meskipun kita ni BILLIONAIRE ataupun MULTIBILLIONAIRE, jika Allah ingin menguji kita dengan menarik nikmat kesihatan. Duit yang jutaan atau ratusan jutaan itu juga masih belum mampu untuk memberi penawarnya. Semuanya dengan kehendak dan izinNya.

habit Hana ni selalu senyum ["Alhamdulillah" *senyum] bila ditanya khabar. sampailah ada yang mengusik manja. kononnya senyum ada makna. hehe..



ada juga yang mengusik. "Amboi, bisnez sekarang ni asyik senyum je. masuk bonus ke?". Selalu Hana akan membalas dengan senyuman juga.  =D . Frankly speaking, Senyum tak perlu ada makna. Namun, ingatlah bahawa senyum itu sedekah. dan senyuman mampu membuatkan hati yang berbunga.



pasak SENYUMAN
ok. macam ni lah, katakan kita gi pasar malam dan ada dua gerai yang menjual makanan yang sama. harga pun sama. namun peniaganya yang berbeza. Gerai A peniaganya sentiasa tersenyum dan ramah  dengan pelanggan. dan gerai B pula, peniaganya masam mencuka pelanggan datang pun macam layan tak layan je.
Yang mana satu gerai yang kita tergerak nak pergi? A atau B?

cuba komen kat bawah ni.. =)

nanti Hana akan ceritakan apa dan kenapa senyuman ni amat penting dalam kehidupan.




Sunday, January 5, 2014

:: Hujan dan aku ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ini cuaca baik. namun, ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan lebat sekejap di tengahari. Kelas habis awal, namun amanah sebagai setiausaha PERSISMA masih lagi berjalan. Selagi belum dianjurkan perjumpaan tahunan mahasiswa Matematik, selagi itu juga hati ini tidak tenang. Amanah. Amanah.

Terkena tempias hujan walaupun sedikit mula membuatkan diri terasa tidak sihat. Sakit pening. Sampai sahaja di bilik, sudah azan zohor. Pening kepala. teringat pula dulu masa kecik main hujan tak kira masa susah nak jatuh sakit tetapi sekarang terkena hujan setitik dua dah mula nak jatuh sakit. Aduhai terasa manja sungguh diri ni. hehe..



Tapi bila difikirkan kembali mungkin Allah cuba memberi ingatan buat Hana supaya sentiasa bersyukur atas nikmat kesihatan yang Dia berikan. 2.30petang nanti ada perjumpaan bagi Suruhanjaya Pilihanraya Kampus pula,jadi Hana cepat-cepat telan vitamin C dua biji dengan air suam dan melelapkan mata sebentar.

Alhamdulillah, bangun-bangun pening kepala hilang. rasa segar dan terus bersiap untuk ke perjumpaan.

Disini Hana nak kongsikan sedikit info berkaitan vitamin C.

fungsi Vitamin C



Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema. 


Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. 

Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 


 Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar. 

Memerangi kanser 
Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan. 


Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. 

Mengekalkan kolestrol sihat
ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan scurvy

[credit to Kak Ijie]

bila dah baca-baca ni ada tertanya-tanya pula siapa lagi ya orang yang boleh mendapat manfaat daripada vitamin C?

1. Orang yang mudah stress. Jadi, kalau rasa diri memang cepat stress, cepat-cepat amik vitamin C. InsyaAllah.

2. Orang yang nak cantik kulit, ada masalah kulit atau ekzema. sebab apa tau tak? sebab vitaminC diperlukan untuk bina kolagen kulit yang sihat dan tolong baiki tisu-tisu kulit kita. :)

3. orang yang makan pil perancang. (sebab pil ni memusnahkan vitamin C yang ada dalam badan.

4. Orang yang sentiasa demam atau selsema yang berpanjangan. Bagus ambil vitamin C sebabnya menyokong imum. Tu ada kat atas sana tu. hehe


dan vitamin C juga dapat membantu mengurangkan alahan, penyakit resdung serta asthma apabila diambil bersama minyak ikan, Omega 3.


itu sahaja yang Hana nukilkan dahulu. Ada tugasan kuliah yang perlu dilunaskan. InsyaAllah, Hana akan cuba menjawab dan berkongsi manfaat vitamin dan juga cara untuk menjalani hidup sihat. InsyaAllah, moga Allah permudahkan.

#Moga Allah redha, moga Allah sayang.

:: Apa salahnya? ::

Apa salahnya jika dulu susah dan hari ini nak ubah jadi senang?

Apa salahnya jika dulu banyak gagal dan hari ini nak lebih berjaya?

Apa salahnya jika dulu kita hidup dalam resah gelisah dan hari ini nak hidup lebih tenang?

Apa salahnya jika dulu kita tidak pandai dan hari ini kita nak jadi lebih pandai?

Apa salahnya jika dulu kita bercerai berai dan hari ini kita nak hidup bersatu padu?

Apa salahnya jika dulu kita kurang bersedekah dan hari ini kita ingin banyak memberi?

Apa salahnya jika dulu kita miskin dan hari ini kita nak hidup dengan lebih bagus kewangan?

Apa salahnya jika dulu negatif dan hari ini kita nak hidup kita lebih positif?

Apa salahnya jika dulu bersikap seperti "biawak" merendahkan usaha orang lain dan hari ini kita lebih menyokong kejayaan orang lain?

Apa salahnya jika dulu banyak gagal dan hari ini ita nak hidup dengan banyak kejayaan?

Apa salahnya?

hentikanlah menjatuhkan orang lain dan belajarlah menyokong kejayaan orang lain, atau jika tidak, PERBAIKI DIRI SENDIRI

[credit to: Dr Azizan Osman]

Apa salahnya dulu kita hanya melihat burung terbang, dan kini kita mahu terbang? :)

when we look back up above, there's nothing that is wrong or right. Betul tak?
dan sebenarnya ini juga adalah suatu cara untuk kita bermuhasabah dan cuba meningkatkan amalan kita dalam menjadi hambaNya yang beriman dan bertakwa.

Jadi, pada mereka yang masih tecari-cari azam tahun baru 2014, apa salahnya kalau ita muhasabah diri dan cuba PERBAIKI DIRI. You dont have to be a perfect man to be happy, you just have to be yourself and change for a BETTER YOU to be Happy. Mudahkan?

Friday, January 3, 2014

:: Alhamdulillah syukur ::

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana melimpahkan rezekinya.

Order masuk tanpa disangka-sangka. Facebook dan whatsapp masuk laju-laju sehingga kan roomate sendiri cakap "Amboi, lajunya bisnes masuk". Alhamdulillah, Allah beri peluang untuk bantu yang lain.

Mudahnya bisnes.
Ada juga sahabat-sahabat yang bertanya, "Ana, .... tengok dah la sibuk dengan setiusaha PERSISMA lagi, macam mana nak handle bisnes?. Bila masa cari pelanggan?"

Hana senyum-senyum. PERSISMA tu amanah. InsyaAllah, akan laksanakan sebaik mungkin dengan kudrat yang Allah beri. Pelanggan? Hana tak cari sebenarnya. Mereka yang mencari. Sebab ada post online at FB. Online business sebenarnya mudah jika kena pada caranya. dan jika kita ada mentor untuk membimbing kita. dan alhamdulillah, Hana ada family dan mentor yang baik yang selalu guide Hana dalam business.

Semalam selesai hantar order. Sempat berbual-bual sekejap. Rasa gembira sangat bila mereka beritahu bahawa ada perubahan. Walaupun sedikit, masih lagi perubahan. And changes means A LOT. Alhamdulillah, tumpang gembira. Tercapai hasrat untuk membantu yang lain. ^_^ siap suruh saya ambil tulis testimoni lagi. InsyaAllah, nanti saya akan up kan testimoni sis tu.

:: Perubahan itu dan dosa semalam

Bismillahirrahmanirrahim...

3 Januari. New year. Almost semua batchmates yang bercakap tentang azam. Azam nak belajar sungguh-sungguh. Taknak bazir masa. Nak keep fit, nak jaga kulit, kesihatan dan tak kurang juga yang azam nak kahwin bila dah grad nanti. hehe dan ada juga yang berazam untuk berubah. Dari kurang baik ke baik. daripada baik kepada yang lebih baik. InsyaAllah, anda boleh.

dan bila mendengar mereka bercerita tentang itu. Hana terfikir. Benar. Kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Dan untuk dapatkan yang terbaik kita perlu berubah. :)  Sejujurnya untuk berubah itu bukanlah suatu perkara yang mudah. Untuk mengubah penamilan...dari tak tutup aurat, ke tutup aurat sepenuhnya..mungkin mudah...tak sampai satu hari pun dah boleh buat  

tapi untuk ubah sikap dan gaya hidup kita..itu bukan perkara yang mudah ( i admit) perlukan kekuatan yang berlipat ganda..kalau lemah, takut tersesat ditengah jalan..

sebabnya sikap selalunya dah jadi darah daging kita, takes time and even nak ubah pun perlu step by step  bila orang nak berubah, jangan kita provoke pula, jangan pula kata "eleh,jadi baik konon, Dulu ko tu.....". No.No. No.. be a positive person. beri sokongan kepada mereka yang mahu berubah dengan sama-sama lah hulurkan tangan..semoga kita sama-sama dapat tempias nak berubah menjadi yang lebih baik..insyallah :) dan jangan lupa untuk doakan mereka juga..

Emak pernah menceritakan tentang seorang budak lelaki, seorang lelaki tua dan starfish

pada suatu hari itu, budak lelaki dan lelaki tua ini berjalan-jalan di tepi pantai. dan apabila tiba di tepi pantai. Mereka melihat banyak starfish yang ada di atas pasir. dan apa yang berlaku ialah budak lelaki ini segera mengambil seekor starfish demi seekor starfish dan membalingnya semula ke dalam laut.

lalu lelaki tua ni berkata 
"Kamu tak mungkin dapat membaling semula kesemua starfish ini ke dalam laut. Kenapa kamu buat perkara yang sia-sia?"

dan budak lelaki itu menjawab
"meskipun tak dapat kesemua dibaling ke laut, setidak-tidaknya saya berjaya membawa perubahan kepada starfish yang tadi"


yup. memang betul. Kita tak semestinya dapat berubah sepenuhnya dan mengubah yang lain untuk berubah bersama-sama dengan kita. tetapi at least we start to make a change. To change for a better life. dan hanya yang berani keluar daripada comfort zone adalah mereka yang benar-benar mahu berubah.

Perubahan ini merupakan satu perjuangan...
ianya tak mudah..ibarat di medan perang..
banyak persiapan perlu dilakukan..
tapi ianya tidak mustahil selagi kita yakin Allah sentiasa ada untuk hulurkan pertolongan pada hambaNya. Yakin dan percayalah. Dia sentiasa ada untuk kita.

Doa. Berdoalah agar diberi kekuatan daripada Allah dan semoga perubahan diri kita ini tidak ditarik balik olehnya. Doa itu senjata orang mukmin...

perubahan ni,
"Ia diibaratkan jika dari dulu kita menconteng sikit demi sedikt dinding yang luas sehingga pada suatu masa kita nak padam balik contengan tu, pasti kita tak mampu kita nak padam balik semua sekaligus."

Tetapi kita boleh padam sedikit demi sedikit, sehingga contengan itu dapat kita padam bersih semuanya sekali. memadam sedikit demi sedikit itu ialah istiqamah. Untuk berubah itu memang sukar. tapi sebenarnya untuk istiqamah dalam perubahan itu adalah jauh lebih sukar dari yang kita sangkakan.. 
[credit to Cik Lemon]

Andai kita ada berbuat dosa kepadaNya, bertaubatlah. Andai kita rasa jauh daripadaNya, maka kembalilah dengan mulakan langkah untuk berubah menjadi hambaNya yang beriman dan bertakwa. Tak semestinya berubah itu perlu secara holistik, drastik... tetapi perlu diamalkan secara berterusan.
Apa yang penting? Yang penting ialah istiqamah.
Mujahadah itu pahit, kerana SYURGA itu manis

:: Tahun Baru 2014: Mulakan langkahmu ::

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Harapnya masih belum terlalu lewat untuk Hana mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014. Diharapkan tahun baru ini memberikan anda semangat dan kejayaan yang diimpikan. Semoga dengan kejayaan yang dikecapi juga lebih mendekatkan diri kita dengan Maha Pencipta.

Terengganu

Alhamdulillah, kami ( Hana & Azimah) selamat sampai ke IPG Dato' Razali tercinta dengan selamat. Kali ini perjalanan mengambil masa agak lama berbanding dengan apa yang dirancang. Tetapi sebagai yang kita sudah sedia maklum, "kita merancang, Dia yang menentukan". betul tak?

After maghrib, ramai-ramai berkumpul di aras bawah ( tinggal di hostel). Masing-masing membawa makanan sendiri. Berkongsi-kongsi makanan dan cerita. "Potluck".. new vocab yang Hana dapat belajar time ni. hehe. Kepada sesiapa yang tertanya-tanya apa itu potluck. Potluck ni macam jamuan makan yang masing-masing bawa makanan sendiri untuk dikongsi makan bersama.


dan alhamdulillah, makan malam pun sangat sedap. Nyum..Nyum...  Perut pun kenyang. Rezeki hari ini. Terima kasih semua. semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki anda. :D

First Assembly dan First Class
Yup.. Assembly atau perhimpunan. macam kat sekolah dulu-dulu. kenapa assembly? Sebabnya Hana seorang bakal guru nanti. InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan.


Subjek Semester 7
Penyelidikan Kajian Tindakan

Bimbingan dan Kaunseling. 

berdebar juga sebenarnya bila melangkah ke tahun akhir. kerana ini bermakna tak lama lagi Hana dan rakan-rakan akan melangkah masuk ke alam pekerjaan. rasa seakan ilmu didada masih belum cukup .

"Ya Allah, Kau kurniakanlah daku ilmu yang bermanfaat, bukakanlah pintu hatiku supaya mudah menerima ilmu dan permudahkan urusanku dalam mencapai cita-citaku untuk membantu anak bangsa dan menyumbang kepada jalanMu".


dan masuknya semester baru ini bermakna Hana perlu melepaskan jawatan yang dipegang. adik-adik Math akak bersiap sedia ya! hehe.. InsyaAllah, segala kerja dan amanah akan dipastikan telah dilaksanakan sebaiknya. Semoga apa yang dilakukan dapat memudahkan pemegang tampuk yang baru untuk melaksanakan amanah yang telah diberikan. Ingat, "ini amanah".  Kalau anda terpilih, ikhlaskan hati. Buat kerana Allah. sebab there's always be a HIKMAH behind everything. Dan yang paling seronoknya adalah pengalaman. 

Tak sama apa yang didengar dan dibaca dengan pengalaman orang yang melaluinya sendiri [credit to cikgu Nazri]

2014 datang bukan sekadar membawa hari-hari untuk kita hitung sehingga menjelang pula tahun 2015. Tidak datang kosong. Tetapi 2014 datang bersama harapan dan peluang. Harapan dan peluang untuk menjadi menjadi seorang yang berjaya dan menyumbang ke jalan yang diredhai Allah, anak yang soleh/solehah kepada ibu bapanya, seorang suami/isteri yang beriman serta menyayangi ahli keluarganya dan seorang hambaNya yang bertaqwa.

Mulakan Langkahmu..
Ayuh mulakan langkah untuk merebut peluang dalam mencari bekalan untuk ke sana nanti. Dunia ini bukan sahaja tempat persinggahan, tetapi juga merupakan tempat untuk mencari bekalan ke destinasi kita di sana nanti, SYURGA. Memberi alasan itu ini hanya sekadar menyedapkan hati. Ia tidak akan membawa kita ke mana-mana. Fikirlah. Muhasabahlah.

Semoga tahun 2014 ini lebih mendekatkan kita kepada Allah yang Maha Besar.

Baiklah. setakat ini dulu Hana menulis. Mata kejap terpejam kejap celik ni. Zzz dulu.
# Moga Allah sayang, Moga Allah redha

[source : tiaraless]

_______________________________________________

di sini Hana ada sertakan link untuk ebook percuma . Kisah motivasi. Sebab Hana pun suka baca buku motivasi. Boleh klik link kat bawah gambar tu untuk download free.yup.FREE je InsyaAllah, moga bermanfaat.
 http://www.ebookniaga.com/sorryboss/hanafarhana


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.