Friday, May 15, 2015

Kaya Jiwa

Tidak semua yang zahirnya nampak senang itu hakikatnya sedang senang,
Cuma saya berpegang pada prinsip,
Bukanlah kita sentiasa memberi itu sebabnya kita ini banyaknya "ADA",
Namun kita memberi atas sebab kita sendiri merasa maknanya "TIADA"

Kadang gurau tawa itu menyembunyikan beban sedih seketika.
Namun kita kenal asbab kita berkongsi rasa yang sama  ^_^

Istighfarlah moga kita kaya jiwa.




Salam Jumaat penuh barakah untuk semua. Jom rebut peluang baca al-Kahfi. Semoga semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah..

Thursday, May 14, 2015

Hati kita lain-lain

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Hana doakan semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah swt. Alhamdulillah, genap sudah 3 bulan 15 hari Hana di bumi Tatau..dalam kiraan hari 105 hari. Allah, Sekejap sahaja masa berlalu.

Sudah banyak cerita, pengalaman,kenangan, suka dan duka, ujian dan cabaran yang dilalui setakat ini. Alhamdulillah, ditempatkan di sini beri Hana peluang lihat bahagian bumi ciptaan Allah yang lain. Dari Tatau juga Hana sudah ke Sibu, dan ke Miri. InsyaAllah, akan ada lagi trip selepas ini... dan macam yang dijanjikan Hana akan cuba kongsikan perkara yang menarik tentang setiap trip.
InsyaAllah, moga Allah berikan kesempatan.

Bila disebut tentang ujian, cabaran .. sama seperti yang Hana kongsikan pada entry yang lepas.. [klik di sini] teringat pada seorang sahabat... Apa yang Hana cakapkan pada dia, dia cadangkan untuk Hana kongsikan beberapa di sini. Jujur.. I'm not so good in giving advices.. but when it comes to friends. I've try my best to help.

Semoga entry kali ini dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.


Dewasa.
Semakin kita dewasa, semakin besar ujian, cabaran dan dugaan itu... dan we go through one by one.
Jika dahulu, kita hadapinya dengan hanya memikirkan tentang diri sendiri. Contohnya kegembiraan bagi anak kecil [angry birds], mungkin adalah hanya memikirkan untuk kemenangan diri sendiri.. tetapi kini, kegembiraan dalam hidup bukan sekadar bermain game untuk menang, atau dapat keputusan cemerlang dalam exam.

Apabila semakin kita dewasa, kita akan lebih kenal realiti kehidupan.. dan kegembiraan itu akan menjadi subjektif.


Hidup kini lebih kepada how to survive, who are we going to live with, where are our next destination and what are our future planning. ya.. sama seperti 5 Wh-Question.

 How, who, where, when, what, and why?

Apa jua yang kita hadapi, keputusan yang kita pilih atau tindakan yang kita lakukan bukan lagi sekadar 'I' atau 'you' tetapi kita sudah perlu lebih kepada 'we' dan 'they'.. and why.. yup. why.The reason for every action.. and applying all of these will eventually brings happiness.



ada seorang sahabat pernah menyebut tentang ini..
"cara kita berfikir dan bertindak itu lah level of maturity kita. nak happy nak suka buatlah yang mana menggembirakan."


Ya. ada benarnya kata-kata dia.. cara kita menangani sesuatu itu jugalah yang menunjukkan aras kematangan kita. Mungkin ada diantara kita yang diuji dengan ujian yang sama. Tetapi percayalah, walaupun kita diuji dengan ujian yang sama, namun rasanya tak sama.

Sebab?
Sebabnya hati kita lain-lain. Tiada yang faham apa yang kita rasa melainkan diri kita sendiri dan Allah.  Terkadang apa yang kita rasakan terbaik untuk kita mungkin adalah yang sebaliknya. dan apa yang kita tidak suka, mungkin adalah yang terbaik buat diri kita..


so, for my dear friend..
Sabarlah. Allah ada. Sentiasa ada. Hanya Dia yang tahu apa yang kita rasa.
Walaupun hana pernah lalui apa yang kamu lalui hari ini, Hana tahu hana tak mampu nak selami apa yang kamu rasa hari ini. Tapi, ingatlah, Allah itu dekat. Allah itu ada. Allah akan bantu kita harungi semua ujian ini. No matter what.


Mungkin kata-kata ini selalu meniti detik perbualan kita..and i know its your favourite quote.
dan juga rakan sekelas yang lain. selalu menyebutnya kepada Hana ^_^


"tapi saya tak sekuat ana"..

kuat? InsyaAllah.. Sama-sama kita cuba. Hana pun sama sahaja..Tak sekuat yang disangka semua. Hanya diri sendiri dan Dia sahaja yang mengetahui segala rasa..



so, to all my friends who I love so much...

Kuat
Kuat tu tak semestinya bila ada benda yang terjadi, kita tak menangis.
Kuat tu tak semestinya bila ada benda yang terjadi, kita sentiasa boleh telan dan hadam macam makanan.
Bagi Hana,kadang-kadang kuat tu bila ada benda yang terjadi, kita sedih, menangis sampai keluar hingus tapi kita tetap teruskan hidup.

Itu la kuat sebenarnya...

and for me, bila ada sesuatu benda itu terjadi di luar jangkauan/ kemampuan atau bertentangan dengan kehendak kita,kita rasa hati tu rasa bagai nak patah, retak, berkecai macam kaca jatuh atas lantai..tapi kita still usaha untuk bangkit..

and from that moment, you'll know. You are strong. Stronger..

Tak ramai daripada kita yang perasan atau sedar akan hal ini.. tetapi kita tahu diri ini kuat bila berterusan diuji tetapi tetap bangun semula setiap kali terjatuh..

Kita tahu diri ini kuat bila kita tetap bertahan walaupun saat merasa sudah tidak mampu,

dan kita tahu diri ini kuat apabila Allah uji kita dan kita tetap percaya pada Dia. dan kita sabar dengan ujianNya. Tak pernah berputus asa. dan saat itu kita tahu diri kuat sebab kita ada Allah..



Sahabat..
aku juga pernah jatuh.. pernah gagal dan pernah kecewa.. dan seperti kamu ada juga keinginan yang tidak dipersetujui ibu bapa.Walaupun tidak mudah untuk sembuh seperti sediakala, tetapi aku masih tetap mencuba menghadapi segalanya dan bangkit semula...Tabahlah. kekadang ada yang kita tidak menyedari, tetapi mereka tahu.. Terima seadanya.. Yang penting percaya Dia. dan yang teramat penting jangan berputus asa duhai sahabat. Jangan mengeluh. Jangan berpaling dari Allah. Jangan jauh dari-Nya. Jadikan ujian ini sebagai asbab untuk kita lebih dekat dengan Allah bukan menjauh. Jadikan ujian ini sebagai kekuatan. Ingatlah, andai tiada yang mampu bersamamu mengharungi ujian ini, Allah pasti ada.  Dan inilah sebenarnya rahsia kekuatan diriku..Percaya akan Dia.



Akhir kata,







To you..
" Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, semua hadirnya bersebab.. sama seperti kamu. 
Hadirnya kamu sebagai sahabat, seorang kakak dan mentor..."

My Hero

Assalamualaikum wbt.. May Allah bless all of us and ease us in everything we do..

Today is a special day.. I kept on waiting for this day. And now here it is.


14th May 2015


Dikesempatan ini, akak nak ucapkan....
Happy Birthday Ayah!
Semoga Allah sentiasa kurniakan ayah kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...and may all your wishes come true!


Thank you ayah. 
Thank you for everything you have done for akak. Thank you for be my hero. I am not a princess but you always make me feels like one..

You are my Hero. always be
Akak nak ucapkan banyak-banyak terima kasih. Thank you. xie-xie. kotoluadan.
and again Thank you for :

held my hand when I was small,
caught me when I fell, 
bought me my first bicycle and taught me to ride it,
treated me when i'm injured, 
helped me with my schoolwork, 
drive me to school, swimming class, night class... and everywhere I want to.
bought me my favourite foods,
cook food for me when i'm hungry at night :)

take care of me when I'm sick...
guide and teach me to know Him,
taught me how to be independent,
you're the hero of my life.. not only my childhood but my later years as well..

Thank you for never ending love. and for taught me to be a tough person. To get to know life.. 
All of these helped me a lot..


In laughter and sorrow, In sunshine and through rain, I know you're watching over me...  right? ^_^
you always said you are getting old, and not handsome anymore. But for me, you're always be the greatest no matter what..  ^_^


I love you forever and always! I'll promise will make you proud and happy for having me..



Allah, forgive me and my parents. Love and take cara of them
 as they love and take care of me when i'm little.. 

Aamin. 



Dear ayah, I may find a prince someday, but you will always be my KING..



sincerely
your princess in Tatau.

Tuesday, May 12, 2015

From Tatau to Miri

Assalamualaikum wbt semua. Hana doakan semua pembaca blog ini sentiasa sihat dan dirahmati Allah. Alhamdulillah.. Selesai sudah tugas. Menggubal soalan untuk peperiksaan Mei bagi anak muridku. Semoga semua berjaya dengan cemerlang.

Seperti yang dijanjikan Hana kongsikan trip ke Miri pula kali ini..
Untuk info semua, perjalanan dari Tatau ke Miri adalah selama 8 jam.. Semuanya kerana bas dari Tatau ke Bintulu sudah mengambil masa kira-kira 1 jam setengah (bergantung kepada trafik).

Sebaik sahaja sampai di Bintulu, terus ke kaunter bas yang masih lagi ada kekosongan untuk menerima penumpang ke Miri. Agak gamble di saat ini. Back up plan sentiasa ada. Worse come to worst, akan menginap dahulu di medan Inn berdekatan dan akan mengambil bas keesokan paginya.

Alhamdulillah, Allah sudah tetapkan bahawa diri ini akan ke Miri pada hari yang sama.
Disebabkan perjalanan adalah pada waktu malam, jadi tak ada sebarang view atau gambar yang dapat diambil. Namun, bulan ciptaanNya sentiasa menerangi. subhanallah.. cantik. Tiba tepat jam 12.30 malam, alhamdulillah selamat tiba di bumi Miri. Menunggu sahabat untuk datang menjemput di stesen bas.

Pesan emak masih diingatan, agar sentiasa menjaga diri di tempat orang. Beringat..

 
di Miri, suasananya berbeza dengan di Bintulu. suasananya lebih hidup. Lebih bersemangat... Mungkin juga sebab pertama kali menjejakkan kai, jadi rasa bersemangat.. :D

Panjang pula berceloteh.. Hana biar gambar pula berbicara.



berjalan di sekitar Miri dan bertemu sahabat, kenalan IPG..




What I love most when travel is the foods... 










( Top (right) : Nasi Goreng AAA, (left) Laksa Sarawak
Bottom (right) bakso, (left) lamb chop)

Actually i forgot the real name of nasi goreng.. Apa yang pasti sedap. dan affordable.. with variety of lauk.


The besties in Miri. A great gathering. I really enjoy listening to their stories.











p/s: maaf tak dapat banyak menulis/ bercerita tentang ini. Keadaan diri kurang mengizinkan.
InsyaAllah, next time akan berkongsi lagi.

Merantau



Merantaulah.. Agar kamu tahu bagaimana rasanya rindu dan ke mana kamu harus pulang.

Merantaulah...engkau akan tahu betapa berharganya waktu bersama keluarga.

Merantaulah ... engkau akan mengerti alasan mengapa kau harus kembali

Merantaulah.. akan tumbuh cinta yang tak pernah hadir sebelumnya..
pada kampung halaman, dan pada mereka yang engkau tinggalkan.

Merantaulah dan engkau akan menghargai tiap detik
yang kamu lalui bersama ibu, ayah, adik, abang, ketika kamu pulang ke rumah.

Merantaulah.. dan engkau akan tahu mengapa orang tuamu berat melepaskanmu pergi jauh..

Merantaulah.. engkau akan lebih mengerti erti sebuah perpisahan..

Merantaulah.. semakin jauh tanah perantauan, semakin jarang pulang, semakin terasa betapa berharganya pulang..


Merantaulah.. engkau akan tahu mengapa kau harus pulang 
dan engkau akan tahu siapa yang akan  kau rindu

Mereka yang merantau tak kan pernah kesunyian dari pengalaman dan kenangan.. 
itu yang pasti.


mei 2015

Sunday, May 10, 2015

I love you!

In the family, I'm the one who not really know how to express my feelings through words..
When I'm sick, sad, hurt or injured I just smile and pretend that nothing happened... And when I'm happy, I also smile..

When I want something, I dont ask.. I put my effort and work for it..
When I want to join competition/something I write a note to tell my parents about it..

Yes.. All of these because I dont really know how to say it in words.. Or in simple words. I dont really talk much about my feelings.. ^°^

But.. There is a person..
No matter how hard i try to hide my feelings, she will always know..
She knows the meanings behind my smiles...
She knows how I really want something just by looking into my eyes..
For everything I've done, she always knew and be there for me...

Thank you Mom..
For every great things you have done for me.
For every good foods you cook,
For everything you have stand for me,
For every moments together,
For your optimism,
For your tenderness,
For every happiness you bring,
And
For you everlasting LOVE....

They make me who i am today.
A good girl. A teacher...

I love you. 
Forever and always..
I'll promise to make you proud for having me... ^-^


Happy Mother's Day...

Which is EVERYDAY, EVERY HOURS, EVERY MINUTES AND EVERY SECONDS....

Wednesday, May 6, 2015

#Wednesday

Assalammualaikum... And may Allah bless us always...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.