Sunday, February 26, 2012

::Emas dan Berlian ::

Terkadang bagi seseorang 
persahabatan tidak akan kekal. Ia berubah kerana beberapa faktor besar dan kecil. 

Bijak pandai ada menyatakan, “persahabatan umpama buku. 
Membakarnya hanya memerlukan beberapa saat. Menulisnya memerlukan masa yang panjang!” 

Namun ada masanya buku-buku tersebut perlu dibakar. Jika tidak, ia mungkin membawa mudarat.


Bijak pandai yang lain juga pernah berkata, “teman-teman lama umpama emas, teman-teman baru umpama berlian. Namun sebutir berlian memerlukan emas untuk diikat. Jadi, ada berlian jangan lupakan emas”.

Namun ada masanya, emas dan berlian tidak lagi menarik minat. Ia sudah tidak bernilai lagi.

~~renungkanlah~~

Friday, February 24, 2012

:: Moga menjadi sepertimu,ana ::

Assalammualaikum.. ini nak dikongsikan sebuah cerita yang dilihat di sini..

terasa ada perkaitan dengan diri. Selamat Membaca

Cerpen: Kerana Ku Cinta Padanya

Dalam samar hubungan kita, masih ada cinta padanya
~picture by Laila Jihad of Deviant Art~
“Ana!!!” jerit Aisyah dari hujung talian. Ana terpisat-pisat menadah telinga menahan jeritan Aisyah dari sana. Panggilan bersambut belum sempat menghulurkan salam sudah terdengar jeritan namanya dipanggil di talian sebelah sana.
“Ya Allah…waalaikumussalam Cik Aisyahku sayang. Nape terjerit-jerit ni? Hehe…excited dengar suara kite ke?”
“Good news and great event! Cuba teka.”
“Hmmm….awak nak grad this coming August?” tekanya secara rambang.
“Bukanlah…of course kite grad tahun ni. Tapi sebelum tu, kite ada plan baik punya nak share dengan awak.” Girang suara Aisyah di hujung talian bagaikan membuak-buak ingin meletus memberitahu Ana tentang sesuatu.
“Ok…I’m listening.” Ana memfokuskan telinganya rapat dengan telefon bimbit.
“REUNION!!! Kite plan nak buat reunion bulan Julai ni. Dan awak will be the person in-charge..full stop, sebarang surat menyurat bantahan tidak akan dilayan….hehehehe.” sempat Aisyah tertawa sebelum mengakhiri ayat.
“Wow!!! Great….but it’s a NO. Mana boleh kite yang in-charge. Kite kerja la…Kalau kite jadi pembantu awak boleh. Which means, awak pengarah kepada our 1st batch Reunion. Deal?” rayu Ana.
“Alaaa…” Aisyah mengira-ngira dalam kepala. “OK, deal.” keputusan dibuat.

Kertas Kerja REUNION
Pengarah : Izara Aisyah
Timb. Pengarah : Ana Raffali
~tet tet~
SMS diterima masuk ke peti mesej telefon bimbit milik Ana.
‘Aik? kita berdua je ke dalam board reunion ni?’
Aisyah membalas. ‘Yup…hehe… takpe, kecil-kecilan je. By the way, kawan-kawan dari overseas pun balik so dorg akn join skl.’
Ana. ‘Yes yes…oh my rindunya kat kawan-kawan semua’.

Pertemuan setelah hampir beberapa tahun terpisah dek jarak dan masa, kerana masing-masing merantau ke negeri orang menuntut ilmu benar-benar mengeratkan kembali ukhuwah mereka. Mereka berpelukan dalam tangisan, melepaskan rindu di dada, meluahkan sayang dalam simpulan tangan dan pelukan mereka. Allah…bagai ingin menjerit di segenap pelosok jiwa mereka memohon Allah memelihara hubungan ini hingga ke akhirnya. Mereka membesar di sekolah tarbiyah bersama-sama. Tidur di asrama usang itu, makan setalam, belajar dan menempuhi proses tarbiyah hingga tingkatan lima. Setelah hampir tujuh tahun selepas keluar dari sekolah, mereka bertemu dengan satu janji ingin terus menyintai dan menyayangi sahabat-sahabat sefikrah mereka dalam ikatan kasih sayang Allah. Pertemuan untuk saling menguatkan.
Tiga hari dua malam mereka menghabiskan program reunion. Bermusafir, gotong-royong masak bersama, tidur, solat berjemaah dan saling ingat-mengingati dengan pengisian-pengisian rohani buat jiwa-jiwa yang hidup yang sentiasa dahagakan peringatan-peringatan dari Allah.
“Ingatlah sahabat-sahabat sehati sejiwa ku sekalian. Inilah ukhuwah yang ingin kita simpan, pelihara dan bawa menghadap Allah kelak. Inilah ikatan yang ingin kita tunjukkan bahawa simpulan kasih yang kita bina ni adalah atas dasar ingin mencari keredhaanNya. Reunion ni bukan sekadar suka-suka. Reunion kita ialah ingin mencari redha Allah. Ukhuwah kita bukan sekadar di bibir sahaja. Tapi inilah ukhuwah yang ingin kita bawa menghadap Allah kelak di akhirat sana.” Salina menyampaikan sedikit tazkirah sebelum mereka beransur pulang mengakhiri program reunion tiga hari dua malam itu.

“Kite ada terbaca satu perkongsian tentang ukhuwah. Alamak, tak ingat la pulak di mana. Dalam kata-kata tu ada menyebut, tiga kunci kekuatan ukhuwah iaitu, tidur, solat dan musafir bersama.” Salina menambah lagi di hujung bicaranya.
“Wah…maksudnya kita dah capai ketiga-tiganya la kan sepanjang tiga hari dua malam ni!” Aini menjerit keriangan mengejutkan yang lain. Mereka ketawa sambil mengangguk.
“Ya Aini ku sayang. Kita dah laksanakan ketiga-tiga syarat tu. Solat berjemaah, tidur sama-sama dan musafir sampai lah ke destinasi terakhir hari ni. Alhamdulillah.” sahut Salina dalam senyuman.
“Terima kasih pada Aisyah dan Ana kerana berjaya merencanakan program reunion kita kali ini. Last minute perancangan, but you girls did an awesome job.” Dina menepuk-nepuk bahu Aisyah.
“Alahai sebab rindu sangat ni, last minute ke tak last minute ke, reunion mesti ON. Betul tak Ana?” Aisyah membalas sambil menyorot pandangan pada Ana.
“Hehe..betul-betul.” Ana menyahut. ‘Ya Allah Kau peliharalah ukhuwah ini. Sungguh aku sangat mencintai sahabat-sahabatku ini.’ Berdoa Ana dalam hati sambil mengamati dalam-dalam wajah setiap sahabat di hadapannya. Biar yang indah sahaja tersimpan kemas dalam memorinya, biar kebaikan menutupi segala kekurangan kerana mereka sahabatnya sampai syurga.
Mereka berpisah. Berharap akan ada lagi pertemuan sebegini. Mengharapkan jua teman-teman lain boleh turut serta. Memohon Allah terus memelihara kasih sayang mereka. Pelukan terakhir dileraikan, huluran salam dan ciuman di pipi sahabat-sahabat menyorot langkah masing-masing pulang.

Beberapa bulan kemudian mereka terus berhubung di laman sosial. Gambar-gambar kenangan yang diambil sepanjang reunion yang lalu menjadi santapan tatkala kerinduan membuncah di jiwa. Hingga satu saat, ujian Allah datang mengetuk sebuah ikatan.
“Weh Ana…awak jangan masuk campur la hal saya. Awak sahabat saya, jangan sampai saya benci awak sebab hal ni.” Dina membentak di hujung talian.
“Kite cuma nak tegur awak. Awak tak payah la buat macam tu. Secara tak langsung awak mengaibkan maruah kawan kite.” Ana membela diri.
“Fine…sekarang awak pilih. Saya atau dia!”
“Ya Allah Dina!!! Kite tiada hak untuk memilih dan tak mahu pun memilih antara kalian. Dua-dua insan yang paling kite sayang. Salahke kite nak tegur awak?” Ana merayu, matanya mula berair menahan getar di jiwa. Risau, teguran yang kasar sebentar tadi telah menaikkan amarah sahabatnya itu. Tapi niatnya hanya ingin menegur. Sahabatnya membuat kesilapan. Salahkah?
“Baik…kita putuskan persahabatan ni. Awak bukan lagi kawan saya!” Ya Allah, bergetar jiwa Dina melaungkan perkataan itu. Tapi hatinya nekad. Ana harus menanggung akibat dari perbuatannya. Tegur? Itu bukan teguran namanya. Ana benar-benar telah melukakan hatinya. Sahabat yang dia kenal lebih dari tujuh tahun, akhirnya telah merobek jiwanya yang paling dalam dan kemaafan bukan penyelesaian.

“Dina…maafkan kite Dina. Kite tak sangka kata-kata kite buat awak terluka sampai macam ni. Kite pun terluka awak buat macam tu pada kawan kite.” Ana memohon maaf. Sesal kerana terlepas bicara. Niatnya hanya untuk menegur, tapi tersilap menggunakan bahasa. Ya Allah.
Dina memutuskan talian. Dibuang segala profil diri ana dalam simpanan telefonnya dan segala bentuk perhubungan alam maya. Dina nekad. Luka jiwanya tak mampu diubati dengan hanya sebuah kemaafan. Ana sahabatnya. Kesilapannya itu tidak dapat diterima langsung. Dia tidak sanggup untuk meneruskan ikatan persahabatan antara mereka. Biar terlerai asal hatinya puas menghukum Ana. Biar terpisah, asal egonya menang. Untuk itu, dia memilih melupakan Ana yang pernah hadir dalam hidupnya.
Ana kesal. Nasi telah jadi bubur. Dia sedar kesilapannya. Dia sedar bicaranya yang kasar merobek jiwa sahabatnya. Maaf sudah dihulurkan tapi itu tidak mampu meruntuhkan sebuah amarah. Ana mengaku kesilapannya, mengaku dirinya yang khilaf, tapi itu juga tidak mampu mengembalikan cinta sahabatnya. Benarkah ukhuwah antara mereka sudah tiada? Ya Allah pedihnya.

Sikap Ana yang murung dan tiada mood  sepanjang minggu itu telah disedari beberapa teman serumahnya. Kerja hariannya beres seperti biasa, tapi auranya seolah-olah kelabu, muram dan tiada seri. Senyumnya seakan-akan terpaksa pabila bertegur sapa dengan yang lain. Diamnya tak seperti kebiasaan. Ada sesuatu yang membuatkan dia gundah gulana. Risau untuk menegur takut dikata busy body, tapi terdetik..’aah bukankah kami ini sahabat sefikrah tinggal serumah? Peha kanan sedang sakit, peha kiri patut terasa juga.’ Hidayah menghampiri. Berbekalkan sedikit ilmu psikologinya yang dipelajari di kampus, dia ingin mencungkil masalah teman serumahnya yang seorang itu.
“Ana…” tegur Hidayah sedang Ana melipat kain.
“Ya Kak Dayah” Ana membalas tanpa berpaling dari kain-kain di tangannya.
“Hmm Kak Dayah nak tanya sesuatu boleh?”
Ana berpaling, tangannya masih ligat melipat. Matanya melihat jauh ke dalam mata Hidayah.
“Ana ada masalah ye?” teka Hidayah. Ana tunduk menahan sebal.
“Ada la sikit. Nape Kak Dayah? Muka Ana ketat sangat ke?”. Muka ketat, terma popular dalam rumah tu pabila ada ahli rumah yang kurang memberikan senyuman terutama kalau sedang tertekan membuat tugasan kampus. Selalunya, Hidayah yang mendapat gelaran muka ketat, dan Ana yang seringkali mengusik Hidayah dengan gelaran itu. Tapi kali ini,terbalik pula.
“Hehe…ketat la jugak.Ana nampak diam tak macam selalu. Ada apa-apa nak dikongsikan dengan kak Dayah?”
“Hmm… ada masalah. Tapi rasanya berdiam itu lebih baik kan kak Dayah. Takut nanti berkongsi hal ini dengan orang lain, dikhuatiri tidak sengaja membuka aib orang lain.”
“Tapi kalau disimpan sampai boleh buat kita tertekan, bahaya juga. Sekurang-kurangnya jangan pendam sorang-sorang. Sebab Ana nampak runsing benar dengan masalah yang satu ni. Fasal thesis ke?”
Ana menggeleng dioles sedikit senyuman di bibirnya.
“Bukan thesis. Thesis pun satu masalah juga. Tapi ada masalah lain.”
“Ok kalau tak bersedia nak berkongsi sekarang tak pe. Tapi kalau nak cerita, kak Dayah sentiasa ada untuk Ana.”
Ana senyum lagi. Sedikit lega ada yang prihatin. Masalah itu benar-benar menggusarkan jiwa raganya. Terasa bersalah jua kerana menyebabkan ahli rumah kurang selesa dengan tingkahnya sejak masalah itu timbul.

Satu hari Ana merapati Hidayah.
“Kak Dayah… kenapa ya, orang yang sudah mengalami proses tarbiyah sekian lama pun masih buat kesilapan macam orang yang tak pernah melaluinya?” Ana bertanya, cuba menahan getar di jiwa. Hatinya membuak-buak ingin mendapatkan kepastian.
“Hmm.. adikku sayang. Proses tarbiyah tak mampu menjanjikan insan sehebat malaikat. Sebab itu hanya proses, hanya sebuah didikan. Allah yang punya kuasa untuk menentukan corak dan acuan bagaimana yang akan lahir dari sebuah proses tarbiyah. Macam kita masuk sekolah agama la. Tak semua student sekolah agama end up jadi ustaz ustazah. Mereka terima didikan yang sama, tapi pilihan terletak di tangan mereka. Ada yang ingin berakhir sebagai Doktor berIman, ada yang ingin keluar menjadi Ustazah pilihan. Ada juga yang keluar nak jadi terbaik, tapi Allah izin menjadi masalah kepada masyarakat menambah beban kepada ummah.”
“Tapi dia lahir dari keluarga tarbiyah. Masuk sekolah tarbiyah. Dan proses tarbiyah tu terus berlangsung hingga sekarang. Kenapa masih dia buat kesilapan macam orang yang tiada tarbiyah?” Ana menggasak lagi dengan persoalan. Jiwanya dahagakan jawapan. ‘Dia’ yang dia maksudkan tidak lain ialah dirinya sendiri. Dan ‘Dia’ itu juga merujuk kepada sahabat sefikrahnya, Dina. Ana inginkan kepastian, diakah yang salah atau Dina yang khilaf dalam hal mereka.

“Sebab kita tak sempurna Ana. Sebab kita akan sentiasa diuji dan melakukan kesilapan. Yang akan menjadi benteng ialah Iman dan kesan proses tarbiyah tadi. Ada yang memilih untuk memenangkan Iman, maka Allah akan pelihara dia dari kesilapan. Ada yang memilih untuk memenangkan nafsu dan syaitan, maka Allah akan menjahanamkan. Ingat firman Allah dalam Al-Quran yang selalu kita baca dalam usrah rumah kita, petikan dari Surah Al-Baqarah ayat 214.” Hidayah membacakan ayat itu dengan tenang.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).

“Ana khilaf kak Dayah. Ana telah melukakan hati sahabat Ana.” akhirnya terhambur jua masalah yang terpendam di jiwanya. Hidayah menghulurkan bahunya. Ana menangis semahunya. Sebelum ini dia hanya mampu menangis bila menatap tohmahan sahabatnya yang terpampang di dinding laman sosial. Memarahi dirinya kerana telah mengkhianati sebuah ikatan persahabatan. Hari ini, baru dia mampu menghamburkan segalanya.

“Sabar dik. Allah sedang menguji Ana. Allah nak lihat sejauh mana Ana cakap Ana sayangkan sahabat Ana ni. Sebab tu Allah uji. Allah nak kuatkan cinta Ana pada dia.” Hidayah menenangkan. Risau dia melihatkan esak tangis Ana tadi.
“Ana dah minta maaf, tapi kenapa dia perlu hebahkan kisah yang berlaku antara kami pada umum? Ana malu. Ana tau silap Ana, tapi…” menangis lagi. Rupanya ini yang dirunsingkan selama ini. Bukan saja persahabatan diputuskan, malah aib dirinya telah diketahui umum. Oh Allah… rintihnya dalam hati.

“Jadi apa yang Ana buat?” soal Hidayah.
“Ana diam. Ada yang bertanya, tapi Ana diam. Ada yang tahu, Ana nampak pandangan mereka pada Ana lain macam saja. Ana tahu mereka tahu. Ana malu. Apa lagi yang Ana mampu buat? Ana diam. Ana nak bela diri. Tapi Ana tak kuat untuk berhadapan dengan mereka. Mereka hanya tahu kisah sebelah pihak. Mereka tak dengar bahagian Ana.” Ana membela diri dalam jawapannya yang panjang.

“Ana kuat sebenarnya. Kak Dayah tahu Ana kuat. Hanya orang yang kuat mampu diam tatkala marah, mampu diam tatkala dirinya punya hak untuk bangkit membela.” Hidayah meyakinkan Ana. 

 Hatinya juga tidak pasti adakah benar nasihat yang dia berikan. Tapi dia yakin, Ana cukup kuat untuk menghadapi ujian ini.
“Habis sampai bila mereka hanya nampak aib Ana, khilaf Ana, salah Ana?”
“Sabar…Allah bersama-sama orang yang sabar. Allah akan singkap kebenaran tu suatu hari nanti.”
Ana seolah-olah disuntik kekuatan setelah meluahkan pada Hidayah. Dia sedang bersabar, dan dia mesti terus bersabar.
Beberapa hari kemudian, wajah ceria Ana kembali menghiasi rumah sewa kecil mereka. Hidayah sedar perubahan Ana. Dia tak lagi muram dan diam.

“Ana ok?” Hidayah menegur.
“Alhamdulillah, thanks a bunch my dear sister. Ana ok. Hmm kak Dayah nak tahu tak, bila fikir-fikir balik kan, Allah sebenarnya nak tegur Ana la.”
“Tegur apa?”
“Ana terluka sebab sahabat Ana tinggalkan Ana, abaikan Ana, aibkan Ana dan layan Ana macam ini. Sebenarnya kan, situasi ni pernah Ana buat pada sahabat yang lain.”
“Maksud Ana?” Hidayah masih bingung.
“Hmm Ana pernah memberi layanan yang tak baik pada seorang teman serumah kita. Ana juga tak suka sikapnya dan kesilapannya tak dapat diterima. Walaupun dia dah minta maaf, tapi Ana masih terus-terusan dingin dengan dia.” keluhan dilepaskan. Menyedari selama ini sikapnya yang tidak baik dengan seorang teman serumah mereka.
“Patutlah kak Dayah macam sedar hubungan Ana dengan dia nampak kaku. Tak macam Ana dengan kak Dayah, senang bergurau.” Kak Dayah meneka. Dia juga sedar situasi itu, tapi sangkanya Ana dan teman serumah itu tiada apa-apa.

 ”Kak Dayah, Allah nak didik Ana supaya menghargai nilai persahabatan. Allah nak suruh Ana belajar lagi menyayangi sahabat meskipun dia hanya teman serumah, dia tetap dikira sahabat.”
“Tambah-tambah, teman serumah yang melalui proses tarbiyah sama-sama. Tak sama tau dengan teman serumah yang biasa. Kita yang lalui proses tarbiyah, kena lebih baik dalam setiap tindakan dan perasaan kita. Kadang-kadang kita kena ketepikan kepentingan peribadi demi memelihara sebuah ikatan. Mudahan Allah pelihara hati-hati kita.” Hidayah menambah, mengingatkan juga dirinya. Apa yang terjadi pada Ana, turut mendidik diri dia.

“Ana dah maafkan sahabat tu?” soal kak Dayah lagi.
“Ana dah maafkan sahabat tu dan juga teman serumah kita. Ana fikir, eloklah Ana diam dari bangkit membela diri jika dengan cara ini Ana dapat tutup aib dia. Ana khuatir kalau Ana bersuara, Ana hanya akan menangkan ego sendiri, tak sedar membuka aib orang lain pula. Dan Ana nekad, ingin melayan teman serumah dengan lebih baik. Hehe… Tak gemar juga dengan sikap dia, tapi kalau dengan cara ini dapat mendidik sabar, makanya pejamkan je la mata. Hehe…” Ana ketawa dalam tenang wajahnya. Hati masih terluka, tapi dia harus teruskan hidup dan mendidik diri dia dengan Iman, sabar dan redha.

“Takpe la, kita tegur slow-slow kawan kita yang sorang tu.” Kak Dayah menyarankan. “Bersabarlah Ana. Allah pasti akan menunjukkan kebenaran itu. Tapi suatu masa ana kena bangkit juga membela diri. Jangan biar maruah kita dirobek. Andai ini hanya antara Ana dan dia sahaja tahu, tak apa la. Tapi kalau melibatkan perhatian sahabat-sahabat lain, Ana patut membela diri. Tak salah nak bersabar dan mengalah. Tapi jangan sampai sahabat lain pula salah faham dengan Ana nanti.” ulas Kak Dayah panjang lebar memberikan pandangan.

“Hmm Kak Dayah…ana nak membela diri. Tapi masih belum punya kekuatan.
Hati Ana terluka. Namun, masih dapat memaafkan. Buat masa ni, berdiam diri lebih baik untuk Ana dari mengeluarkan sebarang kenyataan. Kak Dayah, Ana akan terus ingat kebaikan-kebaikan dirinya. Jika dengan cara ini Ana dapat lupakan perbuatan dia pada Ana, jika dengan cara ini Ana dapat kekalkan cinta Ana pada dia, Ana akan terus mengingati dia sebagai sahabat yang baik. Kerana Ana cintakan dia sahabat sampai syurga Ana.”

:: ^_^ , senyum ana ::


Biar yang indah sahaja tersimpan kemas dalam memoriku, biar kebaikan menutupi segala kekurangan kerana ku mahu kami sahabat sampai ke syurga.

Berikanlah kekuatan untuk menghadapi segalanya. Ini semua adalah ujian dariMu untuk menguji kekuatan ukhwah kami. Aku percaya kepada ketentuanMu, Ya Allah

:: Musim Assignment ::

Assalammualaikum wbt... lama tidak menulis di sini. gara-gara tugasan yang makin bertambah-tambah..   Rasanya ini semua tak terkecuali kepada sahabat-sahabat yang lain kan?

sampaikan kekadang tersa 24 jam yang diberikan Allah kepada kita adalah tidak cukup. Kekadang emosi menjadi tidak stabil gara-gara tekanan kerja. Dateline yang perlu dikejar. Bahan-bahan yang tidak mencukupi.Rakan sekumpulan yang tidak memberikan kerjasama. Ini belum lagi masuk fasa tugasan yang dihantar di'reject' oleh lecturer [mohon tidak]. Dan semua ini kekadang membuatkan kita sedikit terleka dalam mengingatiNya yang Maha Esa.

Masa cepat berlalu.

pesan saya untuk entry kali ini :

1. banyakkan bersabar tatkala ada ujian yang tiba2 menghalang.

2. banyakkan senyuman kerana "when you smile there's nothing you can't overcome"

3. cuba mengawal emosi. Kekadang bila rasa nak marah cuba muhasabah kembali. Jangan lupa 
syaitan sangat suka kepada orang yang marah-marah. kerana sama dengan sifatnya diperbuat dari api. Oleh itu, bila rasa nak marah-marah orang jea, cepat-cepat pergi ambil wudhuk. Lagi bagus andai dapat buat solat sunat. InsyaAllah, rasa itu akan hilang.

4. buat To-do List atau list keutamaan. bukan apa kerana tugasan yang terlalu banyak mungkin kita akan ter'miss tentang salah satu. bila da selesai satu kerja tick kn atau cross the list. seriously, akan rasa satu kepuasan bila melihat banyak list tersenarai tu di'cross atau tick.

5. banyakkan memohon kepadaNya kerana Allah adalah segalanya. Dia yang Maha Kuasa dalam menentukan sesuatu. Dalam ini, kerja yang susah akan menjadi senang. InsyaAllah.

6. Jangan tinggal solat 5 waktu. Ini kewajipan kita umat Islam. Orang yang menjaga solatnya dapat memelihara dirinya daripada berbuat perkara mungkar dan membantu dalam menjaga perasaan diri sendiri juga. Tak ada swinging mood suda. :) [khusyukkan diri]

7. Banyakkan membaca Al-Quran. Selalunya hati yang serabut akan merasa tenang tatkala membaca Al-Quran. lagipun, Al-Quran adalah kalam Allah dan panduan bagi orang Islam. Jom sama-sama dekatkan diri kepadanya dan Allah, pencipta kita.


setakat ini dulu pesan saya, semua ini adalah berdasarkan pendapat dan pengalaman saya sendiri. Moga ini dapat membantu sahabat2 dalam menghadapi musin 'assignments' ;) Good luck!!


Wednesday, February 15, 2012

:: I'll be just like you ::

****************************************************************************
 
Dear you,
 
Since day one we've shared something incredible, something that most people only dream of. I'm always searching for a friend that really knows and understand me, but i doesnt realize that someone that i logged to is already in front me. You have made me the happiest I have ever been. You are sincere, caring, loving, and I wouldn't trade you for the world. I am so thankful and blessed that you loved me as a friend. and i also loved you, and that what make us became best friend.

We have been friends for almost nine months, and I have cherished every moment since the day we met. Sometimes i wonder why you chose me to be your friend as i'm just an ordinary person. And sometimes we're talking about future of our friends and laugh out loud when there are ridiculous theory being spoke out . :P We make the perfect best friend team, and I cannot wait to hear you jokes and laugh.

selalu buat surprise so that saya tersenyum2. ;D

Dear you,

you always be a friend who always listened to me,
you always be a friend that comfort me when i'm sad,
you always be a friend who forgive me when i'm doing something that hurt your feelings,
you always be a friend who stand beside me through thick and thin,
you always be a friend that still want to befriend with me
even though i'm too busy with my other friend,
you always be a friend that give me surprises [even though at first i hate it, but now i miss it a lot]
you always be a friend that bear with me when i'm mad.:P
you always be a friend who give me advices,
you always be a friend that motivates me up when i'm down,
you always be a friend that always smiling even though i scold you for no reason,
you always be a friend that really knows how to appreciate others and be grateful,
you always be a friend that i'm waiting to meet in Jannah. InsyaAllah..

Bila sedih, kamu selalu ada membantu. dan tidak pernah kamu menolak walaupun sibuk

selalu motivate kn sy so that nanti jadi someone berguna to agama, famili,bangsa dan negara

Always be my side tak kira apapun

selalu belikan my favourite food. memang temok la masa tu ;P

selalu jea tolong orang lain yang dalam kesusahan. Rajin dan baik hati ^_^

Our life story together was already amazing. I will forever be grateful that you came into my life and made all my dreams come true. Together we're perfect team. I miss you my best friend. May Allah put you with orang2 yang beriman & good people . Amin..

*************************************************************************


p/s : sorry for maybe you guys have thought that i'm writing this for my bf. [boyfriend]. Actually, i writing this for my BFFTJ [Best Friend Till Jannah] Mohd Hafez Iskandar and Mohd Ariff Daniel.
Both of them were loved by Allah more than i did. Al-Fatihah..And this entry is actually credit to both of them as they do taught me on how to be a good friend, to appreciate others, just be yourself, and be brave for truth of Islam. They such a good people and it shows that there are still good people [friends] in this world. Maybe we just need more time to realize it.

:: The Victim ::

Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua?
[soalan yg wajib ana tanyakan kawan2 yang singgah di sini]
Harap semuanya sihat dan ceria-ceria selalu. Insya Allah. Hari ini kelas abis awal. Jadi, yahoooo... sangat-sangat happy. Sebab dapat balik bilik untuk berehat dan sarapan pagi. hehe :P xsmpat untuk makan di cafe tadi. Tapi dah belikan makanan bungkus. Alhamdulillah, ada rezeki untuk hari ini.

Hari ini dah masuk hari ke 4 bagi minggu ini, eseimen dan KKBI mula menerjah ruang-ruang kosong dalam jadual harian. dan nanti kemungkinan semua ruang kosong akan terisi. :) sebenarnya, nak dikatakan excited dapat eseimen nih xdelah sampai so excited. Maybe it just being psycho by the burden that need to escape asap.

Assignment week. You're always welcome into my life. So, please be nice. ^_^
Okay enough of that.

Add caption

back to the point. Yes, today Mdm Hazlifah has told us a story about a nice young girl aged 9 years old and was raped by her uncle at early aged of 8-years old. The uncle is a man around 40-years old and had HIVs. Madam said that ,Her uncle raped her and said something that are not very nice to be mentioned here. This has cause her to have HIVs too.These things  make the girl promise to take revenge on his uncle by doing prostitution. Not that kind of prostitute [club or road]. She just became a girl that easily asked a boy or man to sleep with. And in the end she died after slept with almost 50 mens. Astaghfirullahalazimm..

Seriously i feel pity of her as she is the real victim here. But her actions of take revenge is not the best way because this will affect many people afterwards...

Hopefully before she dies, she make a taubah to Allah. And may Allah forgives her on whatever she had done.


Sesungguhnya untuk mengelakkan penyakit ini, Jauhilah dirimu daripada zina.

 
Dan apabila puan beritahu kami bahawa kadar pesakit yang menghidap HIVs semakin tinggi, ini membuatkan kami semua tertanya-tanya. macam manakah keadaan di masa depan nanti? 

selamatkah bakal suami/isteri, selamatkah anak-anakku nanti, selamatkah bangsaku nanti? MasyaAllah.. sesungguhnya Dia Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Sebenarnya semua ini adalah peringatan daripada Allah kerana kita manusia semakin lama semakin lalai dan alpa dalam kehidupan. 

Oleh itu, bagi kawan-kawan yang seagama dengan ana, ayuh kita pelihara harga diri dan pelihara keselamatan diri. Semuanya bukan untuk kita saja tetapi untuk kesejahteraan semua. Keluarga, kawan,bangsa dan negara..



Tuesday, February 14, 2012

:: The cutest tomey baby, Hanee... ::

Assalammualaikum.. entry kali ini saya tak nak cakap banyak.


Just nak wish "Happy Birthday" to baby Hanee. :)


comey kan die?? hehe.. nge.ngee.. memang tak kan tertutup mulut ana sebab asyik tersengih-sengih macam kerang busuk jea. Sangat obvious bila saya excited. sangat-sangat malu dengan famili roomate saya. Siyes segan. Tapi tak dapat dinafikan memang selalu juga ternanti-nanti bila nak pergi lagi.. Bukan sebab baby hanee jea. Maybe because I love Besut and them.. InsyaAllah, after i got my first camera, i'll upload them up :D

for now, enjoy the cute tomey anak buah rumate sy.

 Engku Nur Hanee


suka tersenyum

sangat geram dengan jari-jari comel nih ;P

eh, die senyum lagi ;D

hanee tengok sape tu?? ;)

ok. saya da sedia nak gi jalan-jalan  :D


sangat photogenic

"inilah cik su sy"

"comey tak saya ikat rambut camni?"


a 1-year old Hanee. sangat tomey. ^_^

Sunday, February 12, 2012

:: Terima kasih Kawan-kawan ::

 Assalammualaikum... apa khabar semua? rindu2.. rindu nak kongsikan cerita bersama semua. Takde la cerita gempak atau gosip terhebat pun, just a story about what i'm doing for LAST WEEKEND jea. hehe :) yup, last weekend. :)

Friday
10.02.2012
Alhamdulillah, today is a nice day. with the warmth of the sun that embrace my face for the first time i stepped on this track. guess what? I actually arrived at Kompleks Sukan Gong Badak for my very first jogging time in terengganu. Quite excited now. Thanks to my roomate for actually make my wish come true. dah lama sangat2 rasanya memendam rasa. sangat-sangat 'green' raksasa bila  tengok kawan-kawan lain yang post or upload their pictures jogging around the such a beautiful lake..

enough about it. :P .
siyes, sangat-sangat happy bila pagi tadi dapat pergi. Terharu pun ada juga.meskipun macam-macam hal yang kena urus sebelum pergi. yang juga menyebabkan saya terlambat. Sepatutnya jam 7 dah bertolak tapi tepat 7.20 baru kereta bergerak meninggalkan kawasan kampus . sori. jangan tiru macam saya [sambil menyanyi, lalala]

sangat-sangat la seronok. udara yang nyaman. tasik yang cantik. tak sabarnya nak ada DSLR nnt. nak lagi datang sini dan abadikan kenangan ni. Kami datang bertiga, saya rumate  dan pqah [jiran depan]. Semua semangat pagi ni. Alhamdulillah, tamat satu pusingan tanpa henti. Semput-semput tu tetap ade. Bukan budak sukan katakan. hehe ;)

after jog
muka yang sangat2 excited+ angin sepoi2 bahasa



papepun, terima kasih buat kamu kamu sebab bawa saya joging dan fulling my wishes. hehe :P

my Fitness Friends :)

The one that tomey that fulfilled my dream


suka minum air barli,
minum sambil makan roti,
sangat suka saya hari ni,
kalau boleh nanti bawa lagi..

hehehe..


Saturday
11.02.2012 
Hari ini adalah hari yang cukup gembira dan penat. Latihan fitness hari ni adalah menaiki bukit. Bukit yang kami naik ini adalah Bukit Besar. Awalnya semua bersemangat. Kami pergi menaiki 2 kereta. Semua sekali 9 orang. Tujuan sebenar adalah untuk berpiknik sambil beriadah..
Tak dapat nak fikirkan apa lagi untuk dicakapkan.

tengok gambar yuk..
Picnic which end up at Pantai Batu Buruk


A little for you


posing while along the way down :)



Saturday, February 11, 2012

:: a Diamond friend::

Assalammualaikum.. being awake after fall asleep.
alhamdulillah, He give me chance to live in the tranquility. 

and yes, maybe i'm just to tired for not having a rest for today till just now..

nothing much to say because i'm want to go in bed for now. 


-Today I caught myself smiling for no reason... then I realized I was thinking about you-

i miss you my friend ^_^


Friday, February 10, 2012

:: UNderstaNDing ::


I think I know what you mean ..
this feeling that your heart is squeezing in a lovely way when you pray ..
or like as if your heart is taking a shower XD ..

I really miss that..

Wednesday, February 8, 2012

:: my twinkle ::




Hopefully you're okay.
I pray for your health and happiness  ^-^

:: ^_^ ::


When it is so hard to get through, I hope I can smile. yup. 

SMILE

as i believe, 

just smile and there's nothing you cant overcome

Tuesday, February 7, 2012

:: bukan senang nak senang, bukan susah nak susah

Assalammualaikum wbt.. how have you've you been? Hopefully everything is well. Alhamdulillah.. all praise to Allah.

Malam ini baru terasa keindahannya, dan indahnya malam itu. sekarang sudah masuk hari kedua saya di sini.  Setelah pulang bermalam di rumah rumate tersayang.


[credit to: fireflies-light]
Hidup ini, "bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah". 
Betul tak apa yang saya katakan?
kekadang apabila kita dihimpit dengan masalah dan juga kerja yang menimpun kita berkata susahnya jadi student. 
akui saya juga pernah begini.
Tetapi segalanya dilakukan demi memenuhi kehendak pengajian

dan akhirnya apabila tibanya musim peperiksaan dan akhirnya keluar keputusan,
dengan keputusan yang cemerlang itu membuatkan kita tersenyum. 
Alhamdulillah kerana tatkala itulah "bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah". 
Segala usaha dan penat lelah yang dahulu telah pun mendapat hasilnya yang sangat.. manis. :)

dan sekarang ini, semua cuba dilakukan dengan seikhlas hati,
bukannya kerana untuk pengajian niat sebenarnya,
tetapi sedang mencari keikhlasan dalam melakukan sesuatu berpaksikan Dia semata-mata.
InsyaAllah..ini tidak mustahil

lagipun, "bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah" betul x?


:: Salam Maulidur Rasul

Assalammualaikum... dah lama rasanya tak menulis di sini. Rindu rasa nak mencurahkan dan menceritakan segala cerita yang berlaku sepanjang minggu baru ini. :) dan sebelum itu saya ingin mengucapkan Salam Maulidur Rasul .
[credit to : Engku Farahah]
Sungguh tak dapat ditahan rasa rindu kepada baginda. :)
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s..a.w
Hari Khamis ini, InsyaAllah Kampus saya akan mengadakan sambutan Maulidur Rasul. Tak sabarnya nak berarak sambil berselawat. Rindu zaman sekolah :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.