Wednesday, July 22, 2015

Smile ^_^

Smiling doesn't always mean you're happy
Sometimes, it simply means that you are a strong person.

 

 and the best  and happiest part of my life is make others smile..and seeing them smiling

I always love to see smile on people's faces...

especially my parents, family...

and their smile brings sunshine to cloudy days....

I love you mom. I love you ayah...

Thursday, July 16, 2015

Ramadhan


Assalamualaikum wbt. Apa khabar semua? Hana doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dirahmati oleh Allah swt.

29 Ramadhan 1436H
Ini bermakna tidak lama lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Tetapi apa yang pasti ia akan kembali semula. Cuma yang belum pasti adalah kita. Masihkah kita ada disaat Ramadhan datang menjengah kembali?

Alhamdulillah.
Lengkap sebulan diari Ramadhan di Tatau. Dipenuhi dengan pelbagai perkara dan perasaan. tak kurang juga yang menduga iman di dada.Ini pertama kali Hana tidak berkesempatan berpuasa bersama keluarga. Sebelum ini meskipun berjauhan. Masih lagi pulang ke Kedah. Kesempatan cuti hujung minggu semasa di Terengganu dahulu, semestinya akan sampai juga sesekali balik ke rumah.
Balik Terengganu semula malam sabtu, sampai IPG pagi ahad, masuk bilik, urus diri solat.. terus pergi perhimpunan.. kekadang terlambat, selalu dapat jelingan manja daripada encik-encik pensyarah.. Setiap kali melintas depan encik mesti dalam hati akan cakap
"maaf encik lain kali saya tak buat lagi..." ^_^

dan bila part balik beraya. kami selalu dapat bercuti awal. Itu yang seronoknya masa belajar. Balik beraya akan konvoi beramai-ramai. Bagi Hana yang penumpang setia SP BUMI, sememangnya kami akan meluangkan masa bersama kawan-kawan. Best. Makan sama-sama. eh..silap.Berbuka bersama-sama.  dan tunggu bas sama-sama sambil buat drama raya kat stesen bas MBKT..hihi. (*nostalgia betul)

Selalu ada yang tanya mengapa tak naik flight, kerana diriku malas. Hahaha.. 
Malas menunggu bila perlu transit..kerana untuk ke Kedah tiada direct flight dari Kuala Terengganu.
Sekarang ni kes lain.. terpaksa menunggu. kalau tak perlu naik kapal/tongkang la.. ^_^ haha

.
Meskipun  Ramadhan kali ini berjauhan , masih ada hikmahnya. Hikmah dapat kongsi resipi. dan dapat kasih sayang yang mencurah-curah ke ladang gamdum daripada semua orang.. Yang jauh..yang dekat.. yang depan mata.. yang dah lama tak jumpa... (Terima kasih...saya sayang semua)

dan yang paling manis, dapat bercinta dengan Dia. sungguh. awal waktu sahur disini, banyak memberiku masa untuk bermuhasabah dan berbual dengan Dia...dan dapat kejutkan family.. hihi..
Bangun..bangun.. sahur.. sedangkan jam baru pukul 4 pagi.

Adik selalu cakap...
"awalnya kejut.. Tunggu la pkui 4.30 ka, 4.45 ka baru call"..  

ok. ubah sikit...
"bangun..bangun.. tahajud..tahajud.." (boleh kan?)

Ramadhan bulan rahmat.
Ya. Benar. Sebaik sahaja awal Ramadhan, Allah uji dengan sakit dan demam. Hingga kehilangan suara. Mungkin Allah nak hapuskan dosa-dosa yang ada.. saat ni baru sedar akan nikmat Allah.. dulu lupa.. Allah, maafkan hambaMu ini.

Moga Ramadhan kali ini telah memberi sinar rahmat dan keberkatannya dalam hidup kita. 
Moga Ramadhan kali ini juga mengajar kita erti seorang hamba.




* untuk orang jauh di Kedah.. ^_^




Nak buat ucapan raya sikit :

"Assalamualaikum semua.. Buat semua yang mengenali diri ini, sama ada di alam realiti atau alam maya.. Mohon ampunkan segala salah dan silap hana.. Mungkin ada gurauan yang tak kena masa. Ada kata-kata yang mungkin silap ditafsir makna. Dan jika ada tingkah laku atau kata-kata yang melukakan hati. Saya manusia biasa. Tak lepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan... 

Maafkan saya. Maafkan.. maafkan saya.

Salam lebaran. Salam Eidul Fitri buat semua..



p/s: maaf juga buat semua membaca coretan kosong ini. sekadar mengisi waktu menunggu flight seterusnya.. aku mahu pulang..

Ooooo balik kampung..oooo balik kampung... hati girang. 


16Julai2015
29 Ramadhan 1436H


Lots of love from
Farhana
Now at Kuching Airport, sarawak

Sunday, July 12, 2015

Survive..survival

Assalamualaikum wbt and hi guys!

May Allah ease us in everything and shower us with His bleesing.. Its only few days of Ramadhan left. Surely this Ramadhan gives me a new experience. A new feeling.

During my study in IPG, my first Ramadhan in Terengganu is fun, enjoyable and memorable. I used to share stories with some of my schoolmates and they are basically all over the world..scattered. :D
USA, Canada, Russia, Japan, Korea, Egypt and India.. Its a good feeling to keep in touch even though we only chat in FB and sometimes we skype.. We always ecThey always told me how envy there are with me. Being able to study and enjoy Ramadhan in Malaysia... With the foods that surely they are going to miss.. and surely all of us really miss our ifthar in Langkawi.

And like always, I always bombarded them with questions.. Hihi.. How are you guys manage your time and how about the weather? How long is puasa at there? Do you cooks? Is there any muslim restaurant or shop that we can go and buy our food there? How about these..How about that...? I bet if i compile all my question it will be a 2-pages long. Full with questions..  *Thank you for being patience with me. ^_^. 


This year. I'm no longer a student. Still in Malaysia.
But I started to understand their feelings. I slowly get to know how they are able to survive in a stranger's land.


And yes, we cook our own food.. 





A few buat pengubat rindu.. Maaf la post gambar makanan bulan puasa..



p/s: Cant wait to go back home for raya with family..
Oooo Balik kampung.. Ohooo oo balik kampung... * listening to neighbour's singing lagu raya..

Saturday, July 11, 2015

Asking our soul....



Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.
 
Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?

Ma fi qalbi ghairullah.

Friday, July 10, 2015

Always remember your beauty and self worth

I love writing. Most of the night I write.. and i keep it in my diary.

But tonight, I share one of them...



If you’ve ever doubted yourself, walk deep into any forest.
Notice how the trees still stand even though they are given no recognition.

Walk along any stream. The water still flows, though no one stops to praise it.

Watch the stars late at night; they shine without acknowledgment.

Humans are just the same. We are made out of the same elements as these beautiful wonders.

Always remember your beauty and self worth. 



:)
23 Ramadhan 1436H
11:11PM



love
Farhana
Tatau, Sarawak

Resipi simple : Serawa @ Pengat Pisang

Assalamualaikum wbt semua. Hi, how are you? Ni hao ma?

The excitement. Semakin terserlah. Minggu depan sudah minggu akhir persekolahan. *yeay..
Oleh kerana excited dan sentiasa teringatkan kampung halaman, jadi craving for food semakin menjadi-jadi..

Teringin nak makan itu. Nak makan ini.. Kadang-kadang tergugat iman melihat news feed di facebook dengan gambar makanan yang *Waahh sedapnya.. (read this with feeling).. dengan status seronoknya dapat berbuka dengan juadah *****, Terima kasih mama masakkan lauk kegemaran hari ini...


Haip..haip.. *wake up.
and this is how it end.. Last three days I'm craving for something sweet. Haip Sejak bila kegemaran benda-benda manis pun tidak pasti (smiling). and first thing that come across my mind is serawa/ pengat.. atau nama yang seangkatan dengannya yang saya tak pasti..

Bila I tour around my house (macam besar je kan :P), I saw bananas.. A lot of them. Even it is behind my house.. I've meet my neighbour that eventually called me from her kitchen when she saw me..

"Farhana, pisang di belakang tu da nak masak da. Ambil la nanti."

"Tak apa ke akak?"

"Belakang rumah farhana. Farhana punya la. Tak apa la. Orang yang tinggal di sini dlu yang tanam.."

"Oo.. ok. Tq akak.. (I left with a smile). Ini la namanya pucuk dicita ulam mendatang...(sorry tak pandai sangat berseloka/ bergurindam/berpantun)



----- but still.. i'm thinking how will i'm going to get the bananas.. That still hanging on the tree (banana plant =  banana tree for me haha). Thinking and thinking.. Tick tock tick tock...

"Ya Allah, macam mana aku nak buat ya? Kalau biarkan nanti sayang pula tengok pisang tu busuk macam tu saja"

dan Allah itu Maha Mendengar. Tiba-tiba suami Kak Dora turun ke bawah sambil bawa parang. Rasanya nampak sangat saya asyik melihat pisang tu. :P. Tak sampai 5 minit, setandan pisang dah ada dalam tangan. Tak pernah lagi in my life.. dapat or beli pisang sebanyak itu. selalu sesikat dua je.

Maka bermulalah,
Tanya housemate tau tak nak buat pengat/ serawa pisang.. Housemate cakap perlu santan, pisang, sagu, gula melaka... "Ni pisang dah ada. Yang lain-lain nanti saya carikan..." semangat betul kan :P


Maka petang itu juga, venture to pekan Tatau untuk mencari bahan-bahan.. Alhamdulillah..sempat petang itu kami masak serawa pisang. Oleh kerana buat banyak, maka dapatlah beri pada jiran-jiran dan abang serta akak ipar housemates...


Rezeki kita, rezeki orang juga.


jadi, sini Hana nak sharekan resipi. Simple je. Versi kami :)

Resipi Serawa @ Pengat Pisang
Bahan-bahan
Pisang
santan (1 kotak) kami guna yang kotak ja. fresh tak ada dijual
Gula Melaka/ Gula Merah (separuh)
Gula (2 sudu makan)
Sagu ( 1/4 paket kecil)
Air (200ml)
secubit garam *jika perlu


Cara membuatnya:
  1. Rendamkan sagu terlebih dahulu. Supaya cepat kembang nanti(kami gunakan sagu biasa saja, ada yang warna warni) tapi prefer yang asli. :)
  2. Tuang air ke dalam periuk. Air ni kira untuk kita jadikan kuah serawa ni nanti. Jika banyak, nanti terlalu cair pula. Pandai-pandai la anggar ikut kuantiti pisang. Main agak-agak je time tu
  3. Masukkan sagu. dan masukkan pisang. Pisang ni boleh nak masukkan sebiji-biji terus atau potong kepada dua. Biarkan dan kacau sekejap sehingga sagu yang putih-putih tu dah jadi warna macam lutsinar.. eh lut cahaya. ^_^. 
  4. Dah agak-agak ok, masukkan gula melaka. Gula melaka ni kami hancurkan dan cairkan dulu. Takut nanti masuk dalam periuk dia masih lagi berketul-ketul. hihi. 
  5. Masukkan gula dan kacau sekejap.. dah agak-agak macam da sebati semua. Masukkan santan akhirnya. Kacau dan siap... ^_^

Sedap dimakan suam-suam panas. Kalau dimakan, panas-panas nanti takut terbakar lidah pula. Dah hilang pula deria rasa. hihi.

Sedap juga dimakan bersama biskut keping Hup Seng @ cap Ping Pong...

** boleh masukkan daun pandan supaya wangi aromanya. Tak jumpa mencari daun pandan sekitar rumah jadi tak masukkan.



Maaf tak ada gambar proses sebelum atau selepas. Handphone tak sihat seperti dulu lagi..
Inipun courtesy from google... Tapi memang sama.. sama dengan apa yang kami buat..


Itu sahaja. Resipi yang ringkas tapi semestinya menyenangkan hati. sebab perut kenyang malam tadi. hihi.


Salam 23 Ramadhan
Lots of love
Farhana
Tatau, Sarawak

Thursday, July 9, 2015

The Lies and Truth

For every laughter, they hide their tears
For every smile they show, the hide their problems...
For every words they said, they try to get up and moving on...

Sometimes not everyone shows or tell their problems.. 


Some of them chose to keep it to themselves.. Or hide their sad story in pages of their diary...
So, never thought that they who always smile never had problems.. 

We dont know.. 

As maybe every things they do are because they are actually looking for strength to get up again.... 


 It is okay for you to look up and cry. Cry do bring strength. From the inside


 Never stop praying as we will never know when Allah going to grant our wishes.



 Being away from family and friends does not mean that you are being apart from Him too.
Sometimes it bring us closer to Him. As we have more time to think. and reflect. Yes. Reflect..

and it teaches us to be grateful..




 
 Last but not least, we are not forever alone.. We have Allah, family and friends.. 
With today's technology I bet there is always be a way to stay connected...

and yes.. we dont need wireless or good coverage to actually stay connected with the Most Merciful.



May Allah bless our journey and ease us.. 
And may we meet with Lailatul Qadr. A night that is so special...

InsyaAllah...



Lots of Love
Farhana
Tatau Sarawak


9 Julai 2015
22 Ramadhan 1436H


Aku sukakan...

Something to share
______________________________________________________
Pada suatu hari Rasulullah saw duduk bersama sahabatnya & bertanya kepada mereka.
bermula di tanyakan kepada Saidina Abu Bakar:

"apa yg kamu suka dari dunia ini?" dan berkatalah Saidina Abu Bakar ra
"aku suka dari dunia ini 3 perkara:
1.Duduk-dudukbersama Rasulullah saw.
2.melihat wajah mu ya Rasullah saw.
3.aku korbankan harta ku untuk mu ya Rasulullah saw "

Lalu Rasullah saw bertanya dengan Saidina  Umar ra. "bagaimana pula dengan mu ya Umar?"
jawab Saidina Umar ra. "ada 3 perkara juga yang aku suka:

1.membuat kebaikan walaupun dalam keadaan manusia tidak mengetahuinya.
2.mencegah kemungkaran wlaupun dalam keadaan terang-terangan
3.berkata yg benar walaupun pahit"
"dan bagaimana pula denganmu wahai Uthman?"berkata Saidina Uthman ra.
"ada 3 perkara yang aku suka:

1.memberi makan
2.memberi salam
3.bersolat malam di waktu manusia tidur"

"bagaimana pula dengan kamu wahai Ali ra ?"
"aku juga cintakan 3 perkara:

1.memuliakan tetamu
2.berpuasa di musim panas
3.dan memukul musuh dengan pedang"

kemudian bertanya Rasulullah saw pada Abu Dzar. ra
"apa yg kamu suka di dunia ini?" berkata Saidina Abu Dzar ra "aku suka 3 perkara di dunia ini:
1.lapar
2.sakit
3.mati"

kemudian Rasulullah bertanya, "kenapa wahai Abu Dzar?"
berkata saidina Abu Dzar ra,

"aku sukakan lapar kerana untuk membersihkan hati.
aku sukakan sakit kerana untuk mengurangkan dosaku.
aku sukakan maut kerana untuk bertemu tuhanku"

kemudian bersabdalah Rasulullah saw "aku cintakan dari dunia ini 3 perkara:
1.wangian
2.wanita yang solehah
3.sembahyang menjadi penyejuk hati ku"
Kemudian di waktu itu turunlah malaikat Jibril as memberi salam pada Rasulullah saw & para sahabat.

kemudian malaikat Jibril mengatakan "aku sukakan di dunia kamu ini 3 perkara" :
1.menyampaikan risalah
2.menunaikan amanah
3.cinta terhadap orang miskin"
kemudian malaikat Jibril naik ke langit & turun sekali lagi ke bumi & berkata 
"Sesungguhnya Allah swt mengucapkan salam kepada kamu semua & Allah swt berkata sesungguhnya Allah suka pada dunia kamu ini 3 perkara:

1.lidah yang sentiasa berzikir
2.hati yang sentiasa khusyuk
3.jasad yang sabar menanggung ujian"



CNP :Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Mereka kata, jika cinta kita akan melakukan semua perkara kesukaan orang/ apa yang kita cinta..
Cinta Allah, cinta Rasul.

Wednesday, July 8, 2015

The feeling and marriage. #1

Assalamualaikum semua.. Hana doakan semoga semua pembaca sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh Allah yang Maha Kaya dengan sifat Pemurah dan Lemah lembutnya.

Seminggu yang lepas agak padat dengan pelbagai aktiviti dan program. Maaf pada whatsapp yang tidak direply. Maafkan Hana ya rakan-rakan. ^_^. Maaf juga kepada mereka yang tiba-tiba Hana tersilap sent message... It happens a lot bila Hana cuba nak whatsapp beberapa orang ASAP.. :P

first of all...
Tahniah kepada sahabat-sahabat family maths yang sudah mendirikan rumah tangga pada cuti yang lepas, dan tak dilupakan juga kepada kak Ana kita yang bakal menjadi seorang isteri pada raya ke-3 nanti.. Ada juga yang sempat bergurau , kak Ana dah beri kad..Ana bila lagi... Ternyata group whatsapp kami pasti meriah dengan ikon senyuman dan gelak tawa Hahaha.. ^_^.

Apa yang pasti, senyuman sahaja yang mampu diberikan. Kerana jodoh itu adalah rahsia Allah kepada hambanya.

ok. Hari ini hari untuk menjawab segala persoalan yang dah diajukan (compile ikut phase na) :


1) Macam mana nak tahu orang tu jodoh kita?
semestinya Hana sendiri pun tidak pasti. Sebagaimana yang selalu dikatakan. Jodoh itu rahsia Allah. Sama juga seperti rezeki, ajal maut dan juga kelahiran. Apa yang pasti, jodoh itu akan datang pada waktu yang tepat dengan orang yang tepat.

Jadi sebelum sampai waktunya, jom perbanyakkan dan terus berdoa. Allah itu kan Maha Mengetahui dan Maha Mendengar..



2) Boleh tak nak je kahwin terus, malas nak fikir dan cinta-cinta ni...
^_^ boleh. Tapi sebaiknya kenali la pasangan dahulu. Tak perlu terburu-buru.







3) What if dah lama kenal/ bercinta tiba-tiba mak dia tak setuju?
*fuh... tough soalan ini. Kerana tak pernah melalui lagi.
From my opinion, setiap ibu mahukan anak dia bahagia. InsyaAllah, boleh dibawa berbincang. Yang penting banyakkan sabar.. dan berdoa. ^_^



4) Apa yang Hana rasa tentang cinta, dan kahwin.. macam mana nak tahu kita sedia?
*ketawa kecil

Nak bercerita tentang ini pun Hana masih belum melaluinya.. tapi rasa macam ini dah soalan wajib dari sahabat-sahabat sekarang.. *ketawa sekejap

For me... Bercinta tu ibarat naik bas. Boleh berhenti di mana-mana yang kita nak kalau destinasi akhirnya kita tak suka. Tapi berkahwin ni ibarat macam naik flight. Suka atau tak suka, tak boleh berhenti tiba-tiba di mana-mana yang kita nak. Bahaya.
  
Bagi Hana, (based on what i've see,heard,read and people told me)
Marriage is not just living together but loving together and completing each other.
Perkahwinan itu bukan hanya untuk suka-suka atau cuba-cuba malah ia lebih besar maknanya dari itu.  Its about comitment. And accepting a stranger  (someone new) into your life.

Perkahwinan bermaksud perkongsian hidup dua orang manusia yang berbeza dari segala macam benda. Perkahwinan bermaksud, kalau selama ini segalanya di tempuhi sendiri, tapi kali ini ada seseorang disisi. Menangis bersama, ketawa bersama, jatuh bersama, bangkit bersama. So, for someone that always be independent (do things on your own), this

Lengkap melengkapi.
Konsep ini harus ada dalam perkahwinan. Tiada diantara kita yang sempurna. Ada masanya kekadang seorang memberi seorang lagi menerima. Terkadang kita menjadi pemberi, terkadang kita menjadi penerima. Harus ada tolak ansur dan saling percaya kerana adat dalam perkahwinan tak semuanya indah dan manis macam gula.

Pasti ada masa tergigit lidah. Tak sependapat itu ini.
Ini la asam garam kehidupan dan alam perkahwinan...
yang pasti, bersikap matang dan rasional, bertolak ansur. Ini lah rahsia kebahagiaan.
*pinjam ayat Dr AFL

Tentang sedia atau tak.
Hanya diri kita sendiri mengetahuinya. Tepuk dada, tanya diri..bersedia atau belum menjadi isteri @ suami.. ^_^ yang pasti akan tiba masanya nanti

*terpanjang pula bahagian ini...



5) dah habis soalan tentang bab ni, nanti Hana akan compilekan lagi soalan tentang life in Sarawak. InsyaAllah... akan diupdate dalam entry seterusnya. Doakan moga Hana sentiasa sihat dan kuat.. Rajin dan line internet laju.. Baru dapat update.. hihi

tentang soalan bila pula turn Hana...
Hana serahkan semua kepada family and my parents. They know what the best for their daughter yang agak nakal, degil dan selalu berjauhan... (you know me :P )

Lagipun, redha ibu bapa akan hadir redha Allah bersamanya.. InsyaAlah...
For the mean time, enjoy and cheerish the moment.. :)





 
for my friends...

Kahwin dengan orang yang kita cintai itu ialah impian
Kahwin dengan orang yang kita tak sangka itu ialah jodoh.
Menikahi orang yang kita cintai itu ialah kemungkinan.
Mencintai orang yang kita nikahi itu satu kewajipan.
Segalanya adalah kerana Allah  
kerana takdir yang menentukannya.





salam sayang
Farhana
from Tatau Sarawak

8 Julai 2015

Monday, July 6, 2015

Ramadhan kali ini

Assalamualaikum wbt. Lama sudah tidak menulis disini. Hana doakan moga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Keadaan kesihatan kurang mengizinkan untuk terus mengupdate di sini. Ditambah dengan tugas dan komitmen yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu. Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan kesempatan untuk merasai dan menjalani ibadah berpuasa Ramadhan pada tahun ini.

Pelbagai perkara yang berlaku. Peristiwa, majlis, program, kursus.. dan tak kurang juga ujian daripada Allah yang kekadang mengetuk pintu hati. Agar supaya sentiasa ingat Dia...

Ramadhan kali ini.
Berbeza dengan yang sebelumnya..

Namun, mempunyai dan memberi seribu kenangan... yang akan diingati sehingga ke akhirnya.


* datang sapu-sapu habuk dahulu... ^_^

Salam 20 Ramadhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.