Sunday, September 30, 2012

:: cheer up :D ::


wake me up when september ends.

our favourite song. 

yup.
we use to sing together.
especially after playing bb and tenis 
laughing out loud with others

 its already the end of september but its never the same anymore.

I miss you my friends.. 


p/s : this evening i wrote a song for you.. :( 
iwanttohaveinstaxphotowithmybestfriendefeo.maymywishcomestrue.

Saturday, September 22, 2012

::suka suki::

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah, urusan kerja sedikit demi sedikit mula berlalu.. Terasa ringan sedikit hati.

namun, belum siap sepenuhnya lagi. InsyaAllah, sedang dalam proses..
ini pun curi-curi masa berblogging sebentar....

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan kita peluang untuk bernafas sehingga kini.
ini sebagai memenuhi permintaan sahabat lama yang ingin masuk entry. hehe.. comey kan request ea...



'senyum sokmo"

bila imran mula bercakap ;p

cikgu dan anak murid. sama muda. :))

ketua pengawas :)

sue dan tiqah.. :))

Tuesday, September 18, 2012

:: :D ::

Apabila saya berpura-pura menjadi kuat, 
tiada siapa yang melihat air mata yang tersembunyi saya melainkan ALLAH.



Apabila saya sedih dan perlu bahu untuk menangis di atasnya, 

tiada siapa yang menyokong saya tetapi ALLAH.




Menyenangkan hati manusia adalah sangat susah, 

menyenangkan Allah adalah yang paling mudah.




Kadangkala manusia menghukum saya untuk kesilapan yang tidak saya lakukan, 


Namun Allah mengabaikan dan memaafkan atas apa yang telah saya lakukan.

Dialah ALLAH, Yang Maha Besar Maha Kuasa, 


Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, dan segala puji hanya pada Allah.

:: Be strong ::


setiap saat dalam hidup adalah 'peperiksaan dari Tuhan'...
berjaya atau gagal bukan ukuran...
yang penting sejauhmana kita berusaha untuk lulus cemerlang...
dan sejauhmana kita bersedia menerima apa juga hikmah yang ingin disampaikan Tuhan...

akhirnya nanti, yang menang adalah mereka yang sabar, redha dan syukur atas apa jua keputusan Tuhan...
dan yang kalah adalah mereka yang merasa kehebatan diri bila menghadapi kejayaan, dan berputus asa bila berdepan kegagalan...

Sometimes we love things that we can’t have. Sometimes we want things that are not good for us. And sometimes we love what Allah does not love. To let go of these things is hard. Giving up something the heart adores is one of the hardest battles we ever have to fight.So in letting go, the answer lies in love. Fall in love. Fall in love with something greater. Fall in love with the Real thing. See the Mansion.

Only then, will we stop playing in the dollhouse.

~Yasmin Mogahed.

Allah tidak pernah menjadikan sesuatu tanpa hikmahnya. :)
credit to : my sahabat.


# Yes, letting go the worldly temptations is hard, ask those who have tasted it but make yourself fall in love with akhira and u'd find it easier to let go of worldly temptations.

:: Sahabat vs kekasih ::

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah indah sungguh kan pagi ini? syukur kerana Allah masih lagi memberikan peluang kepada kita.

Pagi-pagi ni mencuri sedikit masa untuk mencoret di sini.. Alhamdulillah satu lagi kerja kursus sudah terbang pergi. :) ada lagi 5 menanti masa.

ok2.. cukup tentang ana. entry ni macam kontroversi jea kan? hehe.. sebenarnya tak terniat untuk mencetuskan gosip2 hangat tetapi untuk mengajak teman-teman semua untuk kita muhasabah sebentar..

kalau soalan diajukan " Mana satu yang lebih hebat, cinta sahabat atau cinta kekasih?".. rata-rata persoalan ini akan membuatkan ramai berbelah bagi.. Bagi yang pentingkan sahabatnya akan menjawab sahabat, dan bagi yang sudah mempunyai kekasih akan menjawab cinta kekasihnya.

Jadikan Al-Quran sebagai teman yang paling rapat :)


nak jawab pun macam berat sikit kan.. ok2..kita tengok dulu situasi yang terkadang berlaku disekeliling kita



Kes 1:
antara sahabat dan kekasih, mestilah kekasih yang aku paling sayang, teman hidup tu. Nanti nak kahwin dan hidup sama-sama. Sahabat selepas habis belajar sama-sama dah jarang jumpa.


kes 2:
sahabat nasihatkan kita berkali-kali untuk kebaikan, kita dengar tapi tak amalkan itupun ingat-ingat lupa dan kekadang kita kata mereka ni busybody. jagalah diri sendiri dulu ni sibuk jea hal orang, tapi kalau kekasih cakap something kat kita biarpun sekali dua, pasti kita rasa mudah jea untuk ikut. dan rasa seronok sangat sebab 'dia' sweet sangat. caring lagi..


kes 3 :
life is normal to have a fight. Gaduh-gaduh dengan sahabat takpe. nanti2 baik la. tak effect mana pun kalau xde sahabat. Biarla dia minta maaf dulu. penat da asyik-asyik benda yang sama jea. tak pernah berubah.
tapi kalau bergaduh dengan kekasih biarpun seteruk mana perbuatannya, sesakit mana yang 'dia' buat pada kita, hati ini akan selalu dipujuk untuk menerima kembali. Biarpun mulut lain, hati lain. C.I.N.T.A kan?


yup, cuba kita muhasabah. saya akui perkara ini selalu bermain-main disekeliling liku kehidupan seorang insan bergelar remaja. Antara sahabat dan kekasih selalu membuatkan kita berbeda.

bagi sahabat yang pernah melalui seperti ini bersabarlah. kepada mereka yang melakukan perkara ini, bermuhasabahlah. Niatkanlah kita bersahabat dengan seseorang iklas kerana Allah. InsyaAllah, Allah tak akan pernah membuatkan kita sedih atau sunyi. :) Dia sentiasa bersama kita kan?

ya, saya juga ada kekasih. Kekasih yang amat dicintai, seringkali dirindui dan ingin sekali menemuinya. saat pertama mengenalinya hati rasa sungguh bahagia. bila tahu betapa sayangnya kekasih kepada saya, saya rasa sangat bahagia. dan rasa terharu juga kerana sayangnya melebihi segalanya.

 tetapi pesan kekasih bahawa
"sayangilah sahabat/saudaramu sepertimana kamu menyayangi dirimu sendiri". 

jadi, saya sayang sahabat saya. bukan hanya diri sendiri tetapi sahabat lebih disayangi daripada diriku. Disebabkan itu, bila menerima kematian sahabat, hanya doa dan Al-Fatihah yang mampu mengiringi kepergian mereka. T_T. Allah lebih sayangkan mereka dari kasih sayang saya. Tiada kasih sayang yang dapat melawan cinta dan kasihnya Allah SWT.

dan tentang kekasih saya, kasih sayangnya bukan hanya untukku tetapi untuk semua umat Islam di dunia. kerana sesungguhnya saya menjadikan Rasulullah SAW sebagai kekasih di hati ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat. sungguh aku cinta dan rindu padamu.








Sunday, September 16, 2012

:: Attach your heart to Allah ::

Assalamualaikum smua.. Alhamdulillah. segala pujian kepadaNya atas kesempatan yang diberikan sehingga saya dapat menulis lagi. dan syukur sekali lagi, kesihatan bertambah baik.

terima kasih Ya Allah, semalam kami semua selesai melaksanakan program rekreasi matematik di Pantai Merang. Semuanya berlangsung dengan baik sekali. Meskipun hujan seketika di waktu petangnya, nescaya tidak menghampakan kerana pemandangan selepas hujan itu lebih menenangkan mata yang memandang. Indah. Subhanallah. itulah yang dapat disingkapkan. Tapi sayang saya tidak membawa bateri extra. Kamera kehabisan bateri dicelah-celah kekaguman saya terhadap alam ciptaanNya. Tenang. perasaan dibawa belayar bila melihat teman-teman semua gembira. Tiba-tiba seorang kawan mencuit dengan suaranya memecah kesunyian, " Seronokkan buat kat sini, cantik". "yup, cantik. Alhamdulillah" balasku pendek.

masing-masing terdiam. mungkin mencari modal untuk bercakap. saya hanya mampu melihat alam sekeliling dan menatap setiap genap dengan penuh minat. tiba-tiba " Ana ok x?" terkedu saya. lalu saya segera membalas. "kenapa?" lalu kawan itu berkata " ....perasan macam ada yang tak kena jea ana dan ...." bergaduh ke? kalau bergaduh janganlah sedih-sedih. cuba baik-baik semula. korunk da lama berkawan kan?" ..

hehe..panjang pula cakap dia. mungkin sebab ni la lama mendiam tadi. bila saya mengatakan tiada apa yang berlaku. dia menafikannya. lalu saya cakap, " ana tak pernah bergaduh dengan ..., dan sebenarnya ana tak pernah rasa sedih... sebabnya...

nak tau sebabnya... *inilah yang saya katakan pada dia.

kalau kita ikhlas dengan sumone, InsyaAllah Allah tak kan pernah membuatkan kita sedih.

jadi menjawab segala persoalan kawan-kawan yang mengambil berat tentang kami,
kami tidak pernah bertelagah, tetapi salah saya yang banyak membuatkannya terkecil hati. Jadi, dia memberikan saya masa sebenarnya untuk mencari diri yang sebenar. Redha itu sentiasa ada kerana saya adalah hambaNya. tak layak untuk membahagiakan melainkan dengan pertolongan dari Allah Ya Rahman.




p/s: terimakasihkeranamengambilberat.tapianatakmahuramailagiyangsalahfaham.takpernahmenghalang.

Tuesday, September 11, 2012

Assalamualaikum wbt. lama rasanya tidak mencoret di sini. terlalu padat jadual dengan assignment dan aktiviti. tetapi yang pasti masa yang berlalu tak mungkin dapat memadam segalanya...



diriku dulu dan sekarang??

ingat lagi masa dulu kalau rasa down, cepat-cepat cari sahabat..
sahabat mendengar dan bagi nasihat,

masa dulu, kalau bergaduh dengan orang yang paling sayang, sahabat juga dicari,
sahabat bagi nasihat lagi...

masa dulu kalau rasa susah sangat nak buat assignment, cari sahabat lagi,
bukannya nak minta tolong buatkan tapi ingin berkongsi cerita..
masing-masing punya cerita tersendiri.. saya akui saya lebih suka mendengar.. tetapi mereka selalu menggalakkan saya untuk memberikan pandangan dan nasihat..




dan bila buat assignment tak pernah pula rasa sangat susah, sebabnya sahabat selalu bertanya dan menghulurkan bantuan.. tak minta tolong pun sentiasa ada saja tangan yang dihulurkan.

bila rasa sunyi, rasa keseorangan sahabat juga yang dicari,
tetapi sahabat berpesan jangan hanya mencari sahabat tapi carilah cintaNya kerana sayangnya Allah kepada kita lebih daripada kasih sayang seorang sahabat kepada sahabatnya...
Allah yang sebenarnya membantu dan memberikan kekuatan kepada kita tapi ditunjukkan kepada kita melalui sahabat..

Kini, Allah membuktikan kasih sayangNya kepada sahabat-sahabatku,
tak pernah marah dngan itu tetapi bersyukur kerana kasih sayang Allah itu lebih tinggi daripada sayangku kepada sahabat...

Al-Fatihah.

dan kini, saya perlu berdiri atas kaki sendiri. berbekalkan semangat, nasihat dan doa. :)
saya masih ada sahabat yang menyayangi diri ini meskipun selalu saja ada silap dan salah..

maafkan saya dan kita selamanya :) BFTJ Engku Farahah


:: syukur Ya Allah ::




Alhamdulillah. rasa itu kembali. petunjuk kepada perkembangan positif antara mereka.

"Ya Allah, Kau tautkanlah hati-hati mereka dalam mencintaiMu dan sesama sendiri. Aku mahu melihat mereka bahagia sebelum pergi"


Monday, September 3, 2012


i can post that i'm alone now but thanks to your advice i never feel lonely because I always have Him.. LIfe must go on rite ^_^.

Thank you Allah for giving me chance to have these lovely people in my life. BFTJ in my heart and till we meet. :) And Allah I love my friends but i know You love them more. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.