Sunday, September 16, 2012

:: Attach your heart to Allah ::

Assalamualaikum smua.. Alhamdulillah. segala pujian kepadaNya atas kesempatan yang diberikan sehingga saya dapat menulis lagi. dan syukur sekali lagi, kesihatan bertambah baik.

terima kasih Ya Allah, semalam kami semua selesai melaksanakan program rekreasi matematik di Pantai Merang. Semuanya berlangsung dengan baik sekali. Meskipun hujan seketika di waktu petangnya, nescaya tidak menghampakan kerana pemandangan selepas hujan itu lebih menenangkan mata yang memandang. Indah. Subhanallah. itulah yang dapat disingkapkan. Tapi sayang saya tidak membawa bateri extra. Kamera kehabisan bateri dicelah-celah kekaguman saya terhadap alam ciptaanNya. Tenang. perasaan dibawa belayar bila melihat teman-teman semua gembira. Tiba-tiba seorang kawan mencuit dengan suaranya memecah kesunyian, " Seronokkan buat kat sini, cantik". "yup, cantik. Alhamdulillah" balasku pendek.

masing-masing terdiam. mungkin mencari modal untuk bercakap. saya hanya mampu melihat alam sekeliling dan menatap setiap genap dengan penuh minat. tiba-tiba " Ana ok x?" terkedu saya. lalu saya segera membalas. "kenapa?" lalu kawan itu berkata " ....perasan macam ada yang tak kena jea ana dan ...." bergaduh ke? kalau bergaduh janganlah sedih-sedih. cuba baik-baik semula. korunk da lama berkawan kan?" ..

hehe..panjang pula cakap dia. mungkin sebab ni la lama mendiam tadi. bila saya mengatakan tiada apa yang berlaku. dia menafikannya. lalu saya cakap, " ana tak pernah bergaduh dengan ..., dan sebenarnya ana tak pernah rasa sedih... sebabnya...

nak tau sebabnya... *inilah yang saya katakan pada dia.

kalau kita ikhlas dengan sumone, InsyaAllah Allah tak kan pernah membuatkan kita sedih.

jadi menjawab segala persoalan kawan-kawan yang mengambil berat tentang kami,
kami tidak pernah bertelagah, tetapi salah saya yang banyak membuatkannya terkecil hati. Jadi, dia memberikan saya masa sebenarnya untuk mencari diri yang sebenar. Redha itu sentiasa ada kerana saya adalah hambaNya. tak layak untuk membahagiakan melainkan dengan pertolongan dari Allah Ya Rahman.




p/s: terimakasihkeranamengambilberat.tapianatakmahuramailagiyangsalahfaham.takpernahmenghalang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.