Sunday, July 31, 2011

:: Salam Ramadhan ::







Antara aku dan Ramadhan. Banyak perkara yang ingin dikecapi namun apa yang pasti ana menginginkan Ramadhan kali ini memberi seribu makna dan kebaikan. Tiada lagi persengketaan, permusuhan, kekeliruan, ketidak stabilan. Apa-apapun selamat Menyambut Ramadhan. Maaf zahir batin

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna. Agar dapat ku lalui dengan sempurna.


Salam Ramdhan buat semua umat Islam. Bersama kita memperbanyakkan amal ibadat dalam bulan inni. Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

:: Kata-kata itu ::

Salam.

Dalam kesibukkan, kesempitan waktu, ana rasa diri ini sudah tak mampu menahan lagi. Dengan pelbagai perkara yang berlaku. Kesihatan, kwan2, masalah peribadi, tugasan, pensyarah. Kadang2 ana akui ana menemui jalan buntu. Diri ini duduk seorang diri. Bermuhasabah lagi. Hendak diceritakan kepada kawan, masing2 mempunyai kerja dan masalah tersendiri. Ana tak mahu menyusahkan. Lagipun, ana percaya InsyaAllah, ana akan mampu mengatasinya.



Kemudian teringat mengenai kata2 Ustaz Pahrol,

"selesaikanlah urusan kita dengan Allah, barulah Allah akan membantu kita 
menyelesaikan urusan kita dengan manusia"

Azan Asar dah berkumandang. Berhenti di sini dahulu. Jumpa lagi

:: Jadilah, maka jadilah ::

Salam

sudah lama rasanya tidak mengupdate blog nih. Rindu pula untuk meneruskan hobi yang jarang2 sekali ditinggalkan. Tapi kerana kekangan masa , ana terpaksa melaksanakan mana yang 'satu' dulu. Tujuan utama diletakkan di tampuk tertinggi. Ana datang ke sini dengan misi dan visi. Intai post ini.


Tugasan dan komitmen yang semakin bertambah membuatkan rata-rata pelajar di kampus ini ingin pulang ke rumah masing2. Bertemu keluarga. Rindunya kampung halaman. Memang memerlukan kekuatan dalam keadaan sekarang. Semalam, 

mesej masuk 

"sedekahkan al-Fatihah kepada sahabat kita,
Razidi (ZD) yang telah kembali ke rahmatullah petang semalam.
Mga Allah meletakkan dia di kalangan orang2 yang beriman."

Jari ini pantas membalas dengan bertanya. pelbagai persoalan yang bermain di minda hendak saja ana ajukan tapi kemudian ana akur bahawa semua yang hidup akan mati. Dan yang pergi itu kerana Allah lebih menyayangi mereka. 

Ana masih lagi dalam keadaan terkejut. Kerana dalam seminggu 3 berita sahabat yang ana kenali dan sayangi telah terlebih dahulu pergi menemui Ilahi. [Al-Fatihah]. Sedih, pilu dan kadang kala terkilan kerana tidak sempat lagi ana untuk berkongsi2 crita dan ilmu dengan mereka. Selalunya mereka lah tempat ana berkongsi pendapat dan luahkan idea mengenai pelajaran dan juga kehidupan. Selalu sahaja ada nasihat2 yang ana sentiasa ambil dan jadikan panduan. Untuk membantu diri yang tidak sempurna.

Semalam, ana menanti sahabat yang keluar sebentar. melihatkan jam sudah menghampiri 11 dia masih belum pulang. Bimbang. Hati sahabat mana yang tak bimbang bila tidak langsung mendengar khabar berita.
Menipu lah kiranya ana katakan ana tak bimbang. Selalunya sebelum itu, dia da berada bersama di dalam bilik

Terkejut lagi, ana dapat tahu bahawa ada kenalan yang mengalami kemalangan. Ya Allah, selamatkanlah mereka. Itu sahaja yang terpinta. Gusar. Tapi bila ana lihat telefon, adde miss call dri sahabat ini. Lalu ana bertanyakan keadaan yang sebenarnya. Alhamdulillah, bersyukur. Kerana mereka selamat. dan rumate ke hospital untuk melihat keadaan mereka yang terlibat. Keadaan kereta teruk. Remuk. Itulah yang dikhabarkan. Tetapi mereka yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan. Luaran atau dalaman. Ya Allah, betapa hebatnya kekuasaanMu. Inilah kebesaranNya. Dan ini juga yang dikatakan kun fayakun.

Memikirkan hal ini. Muhasabah. Allah menyelamatkan kita dan memberi kita ujian kerana sayangkan kita. Kepada tuan empunya kereta, bersabarlah dan kuatkan diri. InsyaAllah, sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui baik dan buruknya sesuatu kejadian. Mungkin ada hikmahnya di sini.

Diri ana bermuhasabah lagi. Hendak diluahkan kepada seseorang tetapi diri ini hanya sendiri. Akhirnya berakhir dengan cuba mencari ketenangan.. Terlelap.


p/s: mga ini menjadi pengajaran buat diri ana. Jangan sangkakan ajal itu hanya akan wujud bila di hari tua. Dan yang paling penting "Berhati-hati di jalan raya."

Wednesday, July 27, 2011

Saturday, July 16, 2011

:: Malam nisfu syaaban ::

Salam.

petang2 ni sebelum nak sambung kembali tugasan, ana ingin berkongsi sesuatu. 

Tentang Nisfu Syaaban.

Ramai orang pernah mendengar tentang malam nisfu syaaban dan sebagainya namun rata-rata kurang memahami pengertian ia yang sebenarnya. Ana mengakui ilmu di dada ini masih lagi cetek. Namun apa yang ingin ana kongsikan adalah mengenai beberapa amalan sunat yang boleh dilakukan untuk meraikan malam ini [jika malam tahun baru disambut gilang gemilang, kenapa tidak malam2 bulan islam disambut dengan meriah]

Antara amalan yang digalakkan/boleh dilakukan :

1. Membaca yassin selepas maghrib [sekurang-kurangnya tiga kali]
Tetapi penting, bacaan itu biarlah TERTIB, TENANG dan memberi keinsafan kepada kita dan bukannya semata-mata mahu mengejar pahala

2. Memohon doa
Selepas bacaan yassin yang pertama, boleh memohon doa agar diselamatkan dunia dan akhirat
Selepas bacaan yassin kedua, mohonlah agar dipanjangkan umur.
Selepas bacaan yassin yang ketiga, berdoalah agar dianugerahkan rezeki yang halal.

3. Melaksanakan amalan sunat yang lain
Segala amalan sunat yang lain seperti solat sunat taubat,hajat,istikharah dan sebagainya juga digalakkan.

4. Puasa Sunat Syaaban
Digalakkan untuk berpuasa sunat pada keesokkan hari. [Ahad, 17 Julai]

5. Berzikir
dan akhir sekali memperbanyakkan zikir.

Malam nisfu syaaban, malam kedua terbaik selepas Lailatul Qadar.




p/s: ini pesanan emak ana kepada ana, dan ana rasa lebih elok ana dapat kongsikan dengan kawan2 di sini. Moga semua beroleh manfaat darinya. ;)

:: Sunyi, and Alone ::







thanks to :hikari.

:: Rintihan hati ::

Hati ini sekali lagi. Merintih.

“Andaikata tidak panjang umurku untuk terus berjuang di muka bumi ini,semoga ada ilmu yang boleh ku kongsi bersama semua buatbekalanku di akhirat sana.

Andai tidak terdaya untukku menghapuskan musuh-musuh Islam, semoga ada usaha dan semangatku untuk mengekang kejahatan mereka.


Andai tidak terlihat dan terjaga olehku saudara2 ku di luar sana, semoga ada rasa untuk mereka merasa bahawa sayangku ada dan sentiasa ada untuk mereka. Andai sudah tiba masaku menyahut seruan Illahi,semoga ada sahabat-sahabat yang sanggup mengiringi pemergianku dengan doa dan kasih sayang…”


Indahnya dunia tidak seindah Islam.

:: Hebatnya ::

salam. 
ini hasil pembacaan yang ana lakukan beberapa hari ini

dan ini hasilnya : Lihatlah kekuasaannya dan renung-renungkanlah

tahun ini kita akan mengalami 3 tarikh yang jarang berklaku dalam setahun iaitu 1/11/11, 11/1/11 & 11/11/11 serta bukan itu saja,cuba ambil 2 nombor akhir tahun kelahiran kita & tambah dgn umur kita pada tahun ini keputusannya ialah 111!!!..pd bulan oktober nnti akan ada 5 kali hari isnin,5 kali hari ahad & 5 kali hari sabtu...ini hanya akan terjadi setiap 823 tahun.


Berlalunya masa bukan untuk kita isikan dengan gembiranya dunia, tetapi dengan menyediakan bekalan untuk akhirat kelak
 

:: Pagi ini ::

salam. 

Akhirnya berjaya juga ana melawan perasaan malas+bertangguh-tangguh yang asyik-asyik singgah di pintu hati ini. Hurm, kerja dan tugasan yang masih banyak membuatkan ana berasa agak sempitnya waktu. [mungkin gara-gara last minute]. Sejak kebelakangan ini,tidur seakan menjadi satu rutin yang susah nak dilaksanakan. [terutama waktu malam]. Insomnia?? Tidak. Nauzubillah. Tidur yang nyenyak pun kadang-kadang terganggu.

Pagi ini, niat di hati teringin sangat untuk berjogging di stadium sana. Tetapi tak ada orang yang menemani. Lagipu, ana tak ada kenderaan sendiri. Nak pinjam kereta kawan, ana rasa itu hanyalah kehendak ana. Tak penting. Lagipun, lebih baik ana tunggu untuk pergi bersama rumate yang tercinta nanti dan kawan yang lain nanti. Bley la nanti kami berjogging dan beriadah sepuasnya, mengosongkan fikiran dari segala benda yang serabut mabut nih. hehe. Lagi satu. Bley la kan kalau ana berjogging dalam maktab ini. [alasan hati]

kita tunggu masa lain ya diri. ;)

Jom2 ayuh kita siapkan semua kerja.
[breakfast dulu yok ] 


:: Ini sebenar-benarnya SAHABAT ::

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’







p/s : Inilah sebenar-benarnya. Moga aku menjadi yang dapat membawa ke syurga sana.

Friday, July 15, 2011

:: Malam ini, sekali lagi ::

salam.

agak lama sudah ana tidak mengupdate blog ini. Malam ini malam minggu. Sambil buat tugasan yang lain, lagu berputar2 dengan ligatnya guna player yang ada dalam laptop yang serba guna ini. Dan tiba-tiba, satu lagu berkumandang dan tanpa disedari membawa perasaan ana kepada memori lalu.. Kepada seorang sahabat yang telah lama pergi, tapi masih lagi diingati selalu. Pemberi semangat dalam ana meneruskan perjuangan di sini. ^^.

lagu apa ea? mesti ramai yang tertanya. Ini ana kongsikan bersama.

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Chorus:
Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah


lagu ini banyak membuatkan ana terkenangkan dia

seorang yang mengajar ana apa itu kasih sayang yang sebenarnya.

seorang yang mengajar ana bahawa dalam hidup ini biarlah kita selalu membuat kebaikan daripada keburukan yang akhirnya menyakitkan seseorang yang amat kita sayangi [ibu bapa, keluarga, dan teman2]

seorang yang kuat semangat. Sentiasa tersenyum. pandai bergurau kerana baginya, membuatkan yang lain tersenyum adalah kepuasan baginya.

Seorang yang sentiasa rajin memberi. Tak kira sama ada dalam pelajaran, atau harta benda.

Seorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan kebahagiaan sahabatnya. Tingginya pengorbanan

Seorang yang sentiasa memberi teguran, nasihat, dan kata-kata semangat..



kepada kamu di sana,
saya disini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan ketenangan kamu di sana,
sungguhpun betapa rindunya saya kepada seorang sahabat seperti kamu, 
belum tentu lagi dapat membawa kamu kembali,
seperti yang pernah kita cakapkan bersama, 
saya tak akan pernah bersedih dengan peninggalan kamu..
terima kasih.. kerana dengan nasihat dan teguran kamu. 
Saya sedang mencuba menjadi seseorang
seorang yang mengejar mardhotillah,
sama seperti kamu..

Seseorang sebaik kamu, InsyaAllah.

if you see someone without a smile, give them one of yours :)
 
 

Monday, July 11, 2011

Semoga....



Moga nafsu dan perasaan tidak menjadi penghalang utama.  INSYAALLAH..

Tuesday, July 5, 2011

:: Today is better than yesterday ::

Salam..

topik ini memang familiar kan. Yup, its a common question.
tapi memang itu pun yang sepatutnye kan?
hari ni lebih baik dari semalam..
esok lebih baik dari hari ni..

pendek kata, kita improve diri kita dari hari ke hari..
tp...
ana tak rasa ana seperti itu.. Kadang-kadang macam lagi teruk jea..


hurm, kenapa dengan diri ini? Tertanya-tanya dan terpinga-pinga. Kenapa ayat ana? nampak mood seakan dibuai-buai dalam buaian..
berayun sana-sini.

hari ni tak boleh langsung nak concentrate nak buat kerja..
semua tergendala..macam dah nak meletup je kepala ni..
kadang-kadang kaki ingin saja nak lari kuat+jauh2.. 
mulut pula nak jea jerit kuat-kuat...

Tapi selepas itu, ana perkara yang terbaik terlintas dalam kotak pemikiran. MUHASABAH.
Yup. tapi masih menunggu dan menanti. Reason kenapa ? hehehe



whatever hapen, i won't explain. ;P


:: Perjuangan bermula lagi ::

Kuatkan diri kamu ;) Pedulikan apa yang berlaku. Kentalkan hatimu dengan misi dan visi.

:: Menanti hari esok ::

salam

Tak sabar hendak memulakan kelas dan kehidupan esok. 

Bersabar. Kamu kuat!!

:: Tersenyumlah untuk hidup ::

apabila engkau tersenyum sedangkan hatimu yang penuh dengan duka nestapa,maka sesungguhnya engkau sedang meringankan beban dan membuka satu pintu untuk kebahagiaan..jangan ragu2 untk tersenyum kerana dalam diri ada kekuatan besar yg meluap dengan tersenyum..ketika tersenyum di hadapan org lain, maka engkau sedang memberikan kpda mereka kehidupan yang indah, optimis dan khabar gembira yang diharapkan..Jadi senyumlah selalu...seyumlah seindah suria..


Menjadi wanita itu bukan mudah tetapi indah dengan cara mengikut syarak. ;)

~la tahzan~

Monday, July 4, 2011

:: La Tahzan ; Life is just a Pit stop ::

salam.

malam ni berlalu seakan ana tak sedar dengan waktu. Mimpi yang sama asyik berulang. Terjaga dari mimpi.Nauzubillah, moga ianya tidak benar.

Duduk sebentar. Dan akhirnya membawa diri ke meja. 


hurm, semakin tinggi iman kita smakin kuat cubaan dariNya utk mnguji keutuhan iman kita... betul x??
ana teringat kata-kata sorg pak cik merangkap seorang ayah tentang betapa sungguhnya kita dalam meninginkan ilmu Allah, kita tidak akan merasa penat, kita tidak akan merasa kesunyian. Lagipun, bukankah menuntut ilmu ini juga dikira sebagai jihad pada jalanNya. Ana rasa rindu pada suasana ketika menunaikan umrah cuti lalu. Betapa ketenangan itu tak lagi ana dapat kecapi di sini. Kadang2 sayu rasa hati.

Kemanisan iman yang ingin dikecapi masih belum berjaya dilaksana. Tetapi sejujurnya di sana ana merasakan satu ketenangan. Kebahagiaan. Kegembiraan. Kesyukuran. Mungkinkah ini yang dinamakan kemanisan iman.? Hanya yang mengalami dan berilmu yang mengetahui. Ana tidak sempurna, tetapi sesungguhnya diri ini memberikan yang terbaik. MISI dan VISI dalam hidup baru. ;)

Mesej masuk :
11.11pm
"salam. Salah seorang sahabat kita, marisah telah selamat kembali ke rahmatullah. Sedekahkan Al-Fatihah ke atasnya."

Beristighfar panjang ana. Seakan kebetulan kerana baru beberapa hari yang lepas ana baru sahaja terkenangkan  kenangan kami bersama. Di saat menghadiri usrah masa di bangku sekolah dan teman perbincangan untuk menyertai perbahasan. Ya Allah, sesungguhnya Engkau lebih menyayangi dia. 

Rindunya ana. Terkilan. kerana ingatkan hendak menghubungi dia sebelum ini. Tetapi kesibukkan itu terlebih dahulu membuat ana leka dan terlupa. Pergi lagi seorang sahabat dan teman  rapat. T_T

aku mahukan sahabat turut melangkah ke syurga sana. ;)

Peristiwa ini membuat ana terkenang kembali, kerana kesibukkan dan keseronokkan yang dikecapi ana lupa,leka. Beristighfar panjang. Mengenang perbuatan yang membawa kepada dosa. Moga taubatku diterima. Itu yang ana mahukan. Takut juga disaat gembira ini, diri ini dijemput oleh Yang Maha Esa. Ana mahukan syurga tempatnya nanti. Jadi, buat masa sekarang haruslah jaga diri dan mempersiapkan diri dengan bekalan-bekalan yang perlu dan meninggalkan perkara yang membawa beban untuk melangkah ke sana.

Misi : Berjuang pada jalanNya. Adakah ana sbagai pejuang djlnNya???
Visi : Mardhotillah (Mencari keredhaan Allah)

ya Allah moga aku sntiasa kuat dijalanMu... Moga ini menjadi pegangan hidupku.

Ujian semakin hari semakin berat. Semoga hari2 yang mendatang dapat ditempuhi dengan lebih matang sebagai seorang hamba kepada yang Maha Satu dan Insya Allah dalam menuju redhaNya yang sejajar dengan umur yang meningkat dan usia yang semakin singkat (dh tua dh...) Ana bukan lagi ana yang sama masa mula2 mendaftar masuk PPISMP yang masih kebudak-budakkan... yg tak pandai reti nk manage masa dgn baik..

Semester ini harus dimulakan dengan nafas baru. Jiwa yang lebih kuat dan hati yang kental. Insya Allah, ana mahu menjadi hamba yang disayangiNya dan dicintai kekasihNya. Sesungguhnya dalam misi mencari cinta itu. ;)


Di sini ku temui ketengan yang sukar dicari. Moga beroleh rezeki untuk ke sana lagi ;)

Sunday, July 3, 2011

:: La Tahzan ::


wahai hana, usahlah bersedih. Lupakanlah perkara yang lalu..
Segalanya telah ditentukan untukmu.

:: It doesnt last long ::

salam

new hot topics. DIET. hehe. now it is the HOTTEST issues being talk in my campus especially my classmates. hehehe.. actually i was thinking about having joining the same group as they are. hehe. i'm slim and fit already.heheh...[yea ke? is always be the statement + with a BIG question mark]. Every one is so obsess with their weight and how big their size are. hurm.. me? yup, i've been thinking about it. But not till skip my breakfast, lunch, or dinner.

girls biggest fear
hehehe.. ;)

Second week at campus, busy with work. And there goes my first week that cramped with jog, volleyball, badminton and anti-ice ;P.. [or avoiding cold drinks] as we had a MEALs of KFC chicken and float + PEPSI.. and have no time at all to exercise. Busy teacher. ;)

For me a good diet, is based on food pyramids and our individuals needs.
and here are few tips :

1. Eats lots of fruits/vegetables for fibre and vitamins
2. Drinks a lot of water to lessen the concentration of sodium 
3. Eat rice once a day
4. Dinner before 8. At 6pm is the best. 
5. Choose healthy cook. Non-oil, steamed, and fruit salad is encouraged
6. You choose what you eat, and you are what you eat.

So choose wisely and think deeply. ;)

Talking about health make me remember an advice from my former physical edu teacher, exercise is also important. Either to stay healty or fit.  It gives both the benefits.

i miss the evening with tennis, basketball with my friends... jogs around the area. Owh, sometimes i wish that time that be switch to the time that i want. How i miss schafi,fats,leeya, pak zaf and for sure all favourite, Pak Syed. Here,  there's nothin be the same that i used to have in Langkawi..Oh,craps.. now i started to have this kind of nonsense talk. [Off record please]

My Playground. All fav;)
Every evening fav spot. ;)

here they are ; Pak Zaf [white] and Pak Syed [orange]
 
My fav game too. And how I miss them so much

Now, I'm glad that White Eagle is back. Coz then i have time and good sleep at night. Healthy mind comes from a healthy body.


Love white eagle. ;)


p/s: lakukan apa pun dengan sepenuh hati. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam

:: Pelajaran Hari Ini : Merehat-rehatkan diri ::

Salam.

Alhamdulillah. Dah tamat sudah kelas ari ni. Eh, cepatnya habis? hehe...sebenarnya kelas ari ni cuma sejam jea. Semuanya gara-gara perhimpunan yang berjalan dari 7.45-9.45pagi. Lama kan? Kenapa lama sangat? Sebenarnya ari ni perhimpunan ini diadakan untuk pelancaran tabung [xpasti untuk apa, xsmpat pegi td].

hari ini satu lagi hari baru untuk ana memulakan kehidupan di sini. Bersyukur sangat-sangat bila dapat bangun pagi dan melihat keadaan bilik terutamanya jiran katil sebelah. ;) Sangat2 gembira sebabnya Dia telah memberikan ana peluang untuk meneruskan lagi kehidupan dan meneruskan misi dan visi ana sebelum ini serta meneruskan pengajian bersama teman-teman yang lain.

Walaupun kelas tidak sepadat yang selalu, tetapi tugasan yang diberikan cukup untuk membuatkan kami tidak cukup tidur.  Mungkin tersalah membahagikan masa. Tapi entahlah. Mungkin terlalu banyak fb,twitter, dan blog. [salah sendiri ;P]

Tugasan yang perlu diselesaikan [blum sempurna lagi] :

1. Tutorial Decision Math
2. ISL Murid dan Alam Belajar
3. Presenatation Konsep main dan demonstrasi Permainan Tradisional
4. Presentation Mathematics 
5. Rutin harian 
6. Mengusik roomate [ini pun termasuk dalam tugasan yang perlu ada] :P

sebenarnya sedikit sahaja kan? hurm, mungkin sebab kerana perasaan malas yang membelenggu diri. ISh2... Hana.. Wake Up!!! Rajinkan diri. ;) Jiayou2..

Rutin harian yang selalu dinanti ;P.

Lebah itu kecil, tetapi semangat dan kerajinannya tinggi, kalau tidak masakan kita dapat merasai nikmat manisnya madu. 

p/s: semuanya bergantung kepada diri kita dalam menjadikan sesuatu perkara itu mudah atau sukar untuk kita. JAngan amalkan sikap bertangguh kerana masa itu ibarat pedang yang tajam.

:: semuanya sekali ? ::

Salam

dah lama dh x update nie... blog dah teruk bsawang... jgn batuk+besin ek... nie dlm proses nk cuci swang ar nie... hehehe...

fuh... hari-hari penat dlm hidupku...

3 hri bln...
pembelajaran bermula buat Julai 2011... Ya allah!!! maybe lantaran terlalu banyak kerja dan lama bertapa di umah masa cuti lepas, hari2 yg dlalui drasakan terlalu memenatkan...[semester baru, subjek baru]

hurm... rsa macam x nak ke kelas saja esok. tambah lagi dgn subjek2 bru yg sgt2 memeningkn kpala [bru blajr skit sbenrnya...hoho] msuk klas skit kpala... semua skali nak belajar? hehe.. mungkin gara-gara jadual tido yg dah xsama masa di rumah.. sekarang ini pun blum jumpa lagi tutor yang kata nak jumpa.Kadang-kadang ana terfikir juga kenapa la masa 24jam ni rasa sekejap sangat. tak sempat buat apa-apa lagi dah malam. Bila malam, tengok2 da pagi. hurm.. tersalah manage time kah??

tp bila difikir-fikirkan kmbali... itulah kehidupan... kehidupan tidak lari dr ujian terutama bg seorg muslim...ksenangan dan kesusahan yg silih bganti semuanya adalah cubaan yg mngandungi hikmah tesendiri dlm mematangkan diri kita... 

hurm.. malam pun dah lewat. nanti kita sambung semula cerita.  Banyak lagi yang nak diberitahu. InsyaAllah, ana akan cuba update blog ni supaya xlagi bersawang teruk. ;)



p/s: esok ada klass. jadi nanti sambung semula ya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.