Monday, May 8, 2017

Part 2 : Perkara yang perlu dibuat setelah posting


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama tak mencoret disini. Kekangan masa kerana core bussiness harus diutamakan.


Pertama sekali, Hana nak ucapkan Tahniah dan Selamat Berposting buat adik-adik junior yang sudah tahu tempat dan tarikh melapor diri.. Teringin masa pertama tahu dipostingkan dulu. Excited tapi berdebar juga hati. Dup dap dup dap... Sebab waktu itu Hana hanya tahu dipostingkan ke Sarawak. Tetapi bahagian mana, sekolah mana, tempat mana, semua akan diberitahu semasa kami Kuching.. Rasanya mungkin sebab nak elakkan ada yang melarikan diri kut. hihi

Jadi sebaik sahaja flight kami sampai di Kuching, kami dibawa ke Hotel dan disitu la dapat tahu tempat penempatan/ sekolah.

Sekolah Kebangsaan Tatau.

Tatau?Tatau? taktau??

macam-macam di fikiran waktu tu. Dimana pula tempat ni.. Kapit pernah juga dengar, Song, Nanga, Long... ini Tatau. Fuhh.. memang waktu tu taktau langsung dimana sekolah SK Tatau ni.. Tapi dalam hati waktu tu, sungguh-sungguh berdoa kepada Allah..

" Ya Allah, Kau telah tetapkan tempat daku mencari rezeki di SK Tatau, maka permudahkanlah segala urusanku. Dan tabahkan la hatiku... aamin.

At the end, alhamdulillah. Sudah hampir masuk tahun ketiga di SK Tatau. Bermacam pengalaman dan kenangan yang dikutip disini..

Ok. Sebab dulu Hana selalu blur-blur. Whatsapp juga senior-senior minta pendapat dan nasihat. Mak dan ayah juga banyak membantu..

Jadi, Hana nak sharekan disini.. Apa yang anda perlu buat setelah dipostingkan.. Kalau nak tahu persiapan untuk sebelum posting, boleh baca disini.


1. Pastikan anda melapor diri seperti yang dinyatakan dalam surat penempatan.
Selalunya anda akan tahu lebih awal negeri yang dipostingkan di dalam web. Jika nak tahu penempatan, boleh segera hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Selalunya akan ambil masa sedikit kerana kebanyakan orang akan menghubungi JPN.

Selepas anda dah tahu nama sekolah dan tarikh melapor diri. Google atau dapatkan maklumat tentang sekolah anda. Tentang kedudukan sekolah, pentadbir dan apa-apa maklumat yang ada. Pastikan tahu.
dan pergi melapor diri pada hari dan tarikh yang telah ditetapkan.


2. Berkenalan dengan pentadbir dan warga sekolah.
Selalunya apabila baru pertama sekali ke sekolah, sebaiknya berjumpa dengan Guru Besar terlebih dahulu. Jangan terus memandai jalan-jalan keliling sekolah pula ye. hihi. Berjumpa la dengan pihak pentadbir terlebih dahulu. Waktu ini sedikit sebanyak anda akan berkenalan dengan Guru Besar, dan akan buat Akujanji.


3. Pastikan update dengan rutin sekolah tersebut.
Minggu pertama cuba lihat persekitaran dan rutin sekolah. Contohnya ada sekolah yang masuk sekolah jam 7.30 pagi kelas bermula jam 7:40pagi. Sebelum kelas murid beratur di luar kelas, berhimpun di tapak perhimpunan dan sebagainya.

Be observant. Sebab yang ini dikira common sense juga. Takkan la kelas mula jam 7:40pagi kereta cikgu baru muncul jam 7:40 kan? Jadi, kiranya ini lebih kepada sikap dan common sense sebagai seorang guru.

4. Kemaskini borang-borang dan maklumat yang diperlukan untuk dihantar ke pihak SPP
Ini adalah bahagian paling penting. Pastikan segala keperluan dan diisi mengikut checklist yang telah diberikan. Sebab nanti, kena kumpulkan dan serahkan kepada kerani sebelum disahkan oleh Guru Besar dan dihantar ke SPP.

yang ini, bergantung ada sekolah yang tolong hantarkan. Ada juga yang perlu uruskan semuanya sendiri..

Daftar Program Transformasi Minda. PTM ni antara syarat wajib bagi membolehkan disahkan jawatan. Jika tak mendaftar awal kemungkinan anda akan lewat dipanggil. Lewat PTM maka lambat la anda nak disahkan jawatan.

Tetapi kes Batch Hana, kami dah menghantar lebih awal. Tetapi masalah ekonomi dan kekangan bajet, kami masih lagi belum dipanggil. Jadi anda bayangkan la.. Jika kami belum, giliran anda bila ?

Tetapi ini mungkin di Sarawak sahaja kut.

5. Kenalpasti tugas, jawatan, jadual waktu dan juga tempat duduk anda.
Selalunya anda akan diberikan jawatan, tugas-tugas lain dan juga jadual waktu seawal hari kedua. Ada yang hari melapor diri dah mula dapat jadual waktu dan perlu masuk mengajar. Ada yang seminggu pun masih belum dapat apa-apa . Nasib la. yang belum dapat ada masa lebih untuk kenal sekolah..

Tempat duduk. Rajin-rajinkan diri bertanya kepada guru baru. Jika boleh elakkan anda duduk dengan geng anda. Bergaullah dengan cikgu-cikgu lain. Tak rugi... Percayalah.

HAl-hal berkaitan RPT, RPH rasannya anda dah tahu caranya. Dah 3x berpraktikum. Banyak membantu pengalaman praktikum.


6. Update dengan sistem-sistem online terutamanya E-Operasi, APDM
Sebaik sahaja anda dah dapat tahu tugas dan sebagainya. Pastikan ada mempunyai maklumat untuk mengakses ke E-Operasi dan APDM. E-Operasi ini adalah berkaitan dengan diri kita. APDM adalah untuk data murid. Siapa yang menjadi guru kelas perlu alert dengan ini. Kerana setiap hari kita akan mengisi kehadiran murid.

Sistem-sistem lain seperti SAPS, LINUS, VLE Frog, HIP anda perlu tanya dan belajar daripada guru-guru senior perlahan-lahan. Tak ada la kejutan budaya sangat apabila terpaksa berdepan dengan sistem-sistem ini.


7. Bergaul dengan guru-guru dan staff sekolah
Ini terpulang kepada anda bagaimana cara anda nak lakukan. Janganla asyik dimeja 24jam. Jika ada guru yang ajak minum atau ke kantin sekali, join la mereka. Cuma pastikan anda tak ada kelas waktu itu saja.

Terima tugas yang diberi dengan hati yang terbuka. Cuba usahakan yang terbaik. Jika kurang mahir, tanya dengan guru-guru senior, mereka ilmu penuh didada..


8. Kenali anak murid anda.
Pertama kali anda masuk kelas, jangan terus mengajar dan mengajar. Pastikan anda berkenalan dahulu. Setidaknya daripada situ dah dapat kenal sedikit sebanyak murid kelas.

Tetapkan peraturan ketika sesi kelas. Nyatakan kesan jika peraturan itu dipatuhi dan sebaliknya.. Selalunya murid akan faham.

9. Tanam azam dan semangat menjadi guru yang terbaik.
Ini adalah kunci yang paling penting. Niatkan di dalam hati mengajar dan menyampaikan ilmu kerana Allah.. Supaya bila ada perkara yang tidak menjadi sepertimana yang kita mahu, kita akan lebih sabar..

Azam. dan tetapkan target.
Seawal Hana di SK Tatau, menjadi guru kelas Tahun 1 dan Guru Bahasa Inggeris yang sama. Hana dah letakkan target untuk dicapai.

1. Murid menjadi murid yang beradab dan bersopan.
2. Murid dapat memahami arahan dan Bahasa Inggeris
3. Murid seronok belajar.
4. Kelas yang berdisiplin.
5. 92% murid akan dapat membaca dalam Bahasa Inggeris dan bercakap Bahasa Inggeris sebelum mereka naik ke sesi pagi (tahap 2)

Sejujurnya bukannya mudah untuk mengajar murid yang bahasa utama mereka ialah Iban. Mereka langsung tak faham arahan yang diberikan dalam bahasa Melayu apatah lagi Bahasa Inggeris. Fuhhh.. Memang cabaran betul pada waktu itu. Nak mengangis bila teringat kembali. Memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Sekarang alhamdulillah... kesemua target hampir 100% dapat dicapai. Perlu lebih usaha untuk mengekalkannya.




Nampak gayanya boleh sudah Miss Hana mereka ini berpindah. Mencurah bakti pada anak negeri sendiri pula. Aamin.. doakan semoga Hana dapat berpindah ke Kedah EG-Tukar kali ini..


Bukannya kerana tidak suka lagi disini. Tetapi kerana komitmen dan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga.. PJJ banyak dugaannya. Apatah lagi jika sudah mempunyai anak nanti.. Doa-doakan Hana supaya dapat bersama suami dan keluarga tahun ini. Aamin..


Tak sedar dah jam dah pukul 11. Nak memasak pula. Pagi tadi sarapan shake ESP, patutla kenyang lagi.. ok. Bersua nanti. terima kasih sudi singgah di blog IniEpilogInsan

1 comment:

  1. tahniah kak hana, sangat bagi inspirasi pada afiqah, doakan afiqah ye . ya Allah kak hana hebat. all the best kak hana. semoga Allah permudahkan urusan kak hana sekeluarga ye. Aamiinn

    ReplyDelete

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...