Sunday, December 28, 2014

5 Makanan Anda Wajib Cuba Di Makassar

Assalamualaikum semua.. hana doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan.. Seperti yang dah dijanjikan dalam entry [klik disini], jadi Hana nak kongsikan perkara yang paling Hana suka.. semestinya makan..dan makanan.. ^_^. Takdelah.. Hana suka kalau travel adalah tentang local die, sejarahnya, alam semulajadi tempat-tempat macam laut ke air tejun ke.. dan ofkos.. makanan.. hehe.. memang tak boleh lari..


InsyaAllah, tak sabar nak pergi trip yang dapat Hana selam dan tengok ikan... oh..sangat suka...*wee.. ok.. back to the story.. Hana ada konngsikan makanan yang anda wajib try kalau pergi Makassar..sangat rugi mereka yang tak try.. sebab nyam..nyum.. serius sedap. Tak rugi.. Percayalah.. *macam lagu Datuk Siti Nurhaliza...



5 Makanan Anda Wajib Cuba di Makassar

1. Coto

Makanan khas Makassar ni lebih kurang macam bakso dan soto. Tetapi yang sedikit berbeza mungkin dari segi rasa. Yang lain-lainnya masih lagi sama. Sup.Nasi himpit/ ketupat galas. Coto ni memang sangat terkenal di seluruh Makassar. Masa naik bas pun boleh tengok kedai-kedai coto.. dan Coto ni memang kaya dengan rempah ratus. Ada Coto campur dan Coto daging. Yang campur tu macam sup campur kita (Ada perut, lidah dan etc.) Kepada yang tak makan organ-organ dalaman macam saya ni, kita pilih je Coto daging. Confirm abis.. :)








2. Sup Konro dan Konro bakar

Pada awal dengar nama ni, Konro? Macam dalam animax tu ke.. Excited nak mencuba sebab dari nama memang susah nak teka apa makanan ni. Memang berdebar juga la. Sebab risau juga kalau tak kena dengan tekak. Kedai yang kami pergi ni nama Konro Karebosi. Kedai ni antara yang dah paling lama di sini. Dari tahun 1968 lagi. Tak percaya? Tengok ni..

Setelah menunggu hampir 22 minit (sebab tempat ni tak booking sebab kami yang suggestkan untuk pergi) maka terhidanglah.. Fuh.. bau die mampu membuatkan nasi bertambah-tambah dari sepinggan ke berpinggan-pinggan. Rupanya konro ni adalah tulang rusuk lembu.. memang tulang la yang dihidang.. fuh.. mula-mula fikir juga, "Eleh, sikit je. Mana kenyang ni".. Rupa-rupanya bila dah makan memang kenyang, nasi yang dalam pinggan memang cukup-cukup kenyang.. Sambal yang macam sos juga ada sedia..untuk kita cicah dan makan sekali.. Tapi, makan sup konro dengan konro bakar ni saja dah cukup rasa. Memang double LIKE...




3. Pisang Epe

Masa pusing-pusing di sekitar Pantai Losari, nampak banyak gerai-gerai tulis pisang epe. Dalam hati, teringin nak cuba, pisang epe.. Macam mana ek? Tanya kepada pemandu pelancong yang membawa kami, pisang epe ni sebenarnya pisang yang telah dikupas. Kemudian, dibakar atas api, dialih-alih dan kemudian diangkat dan dileperkan sedikit. dan bakar lagi.. Setelah bau harum terbakar dan lembek sedikit, letak atas piring dan kemudian diletak topping.

Ada 2 jenis topping, Modern dan Klasik..


yang klasik ni topping die gula merah campur dengan air daun pandan dan ada lagi bahan-bahan yang direbus sampai jadi macam chocolate syrup tu..





yang jenis modern ni, dia tambah keju cheddar yang diparut-parut..


Pisang Epe ni memang murah. 10000rupiah je. ada 3 pisang dalam piring kita. Nasib baik sebelum tu dah makan, kalau tak, nak juga bungkus bawa balik hotel...




4. Es Palu Butung

Yang ni mula-mula Hana tahu mesti ada kaitan dengan ais.. hehe.. es=ais. Es Palu Butung ni lebih kurang macam ABC di Malaysia. Ala-ala dessert. Sedap dan sesuai makan waktu cuaca panas. Bahan-bahan dia simple je, pisang hijau yang dipotong-potong dan diletak di atas santan yang lembut macam jeli-jeli dan dimasukkan susu. Sedap-sedap sampai menjilat jari..





5. Es Pisang Ijo
Awal-awalnya dah dapat teka mesti pisang ini warna hijau.. sebab Ijo..Hijau.. Hijau..Ijo.. kan nak sama tu? hehe. Baru beberapa hari dah pandai cakap sini.. A good progress ni.. Tetapi bila tengok depan mata, ternyata tekaan tu tersilap. Sebenarnya pisang ijo ini bukanlah diperbbuat dari pisang hijau macam Es Palu Butung,.. tetapi tepung pembungkus pisang ni berwarna hijau..

sedap bagi something new. Rasa macam makan pisang dengan tepung kuih ketayap.. yum..yum




Maka demikianlah, makanan yang patut dicuba seandainya anda ke Makassar..


nampak sangat kesukaan makan makanan di Makassar.. Sampai kembung pipi.. dan tak perasan pula ada candid ni.. 


Ok la.. cukup dulu setakat ni... Nanti Hana akan ceritakan tempat-tempat yang menarik untuk yang suka photoshoot dan melawat..



Sebelum tu, jom kita sama-sama doakan keselamatan untuk mangsa banjir di Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang). Semoga Allah memberikan kekuatan dan kesabaran buat mereka. InsyaAllah, beroleh ganjaran pahala yang besar buat mereka yang redha dan bersabar dengan ujian Allah...


p/s : Tak sharing tak semestinya tak caring.. only Allah know my feelings towards them..

You are my Heart

Selamat Ulangtahun kelahiran buat emak yang disayangi selalu.. 

Dulu duduk jauh..sekarang dah ada di rumah...


Semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki..
Akak sayang emak..

Tanpa emak, I am nobody..


Semoga dipostingkan dekat dengan mak.. ^-^


P/s: kata itu doa..


"Ya Allah, Kau jagakanlah kedua ibu bapaku. Kurniakan kesihatan yang baik buat mereka agar dapat sama-sama kami beribadat kepadaMu.. Murahkan rezeki mereka.Permudahkan lah segala urusan mereka dunia dan akhirat.. kerana mereka aku mengenalMu Ya Allah. Aamin.."

Credit to : Mohd Firdaus

Sunday, December 21, 2014

Kisah Yang Pasti Membuatkan Anda Menangis

Siapakah lelaki ini? dan apakah yang sedang beliau lakukan? Ini punca sebenar yang membawa kepada perkongsian pada hari ini..




Gambar ini mampu menceritakan perasaan Hana pada saat membaca cerita ini. Sangat menyayat hati.. Kasih sayang itu dapat dirasakan..


Mr. He memeluk erat isterinya.. dan menemani isterinya sehingga anaknya sampai dan mengambil mereka pulang ke rumah. Dengan suhu 24°C beliau menemani tubuh isterinya yang sudah kaku. 


Isterinya mengalami serangan jantung di saat dalam perjalanan ke farmasi. seorang pejalan kaki yang ditemu bual memberitahu bahawa "wanita tersebut masih sedar ketika jatuh, namun beliau pengsan sebelum sempat memberi nombor ahli keluarganya"..


Mr. He yang bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dihubungi oleh pihak polis yang mendapat nombornya melalui kad perubatan isterinya. Sebaik sahaja sampai dia terus merangkul tubuh isterinya dan memeluk sekuat hatinya. Tidak berkesempatan untuk mengucapkan walau sepatah kata namun rata-rata yang hadir dapat merasai kehangatan cinta terhadap isterinya..



Meskipun beberapa kali ditawarkan untuk dihantar ke rumah oleh pihak yang berkuasa, namun Mr He menegaskan untuk menunggu anaknya yang masih dalam perjalanan mendapatkan mereka.. sayu.. sungguh tabah di dalam kesejukan itu, beliau memeluk dan menemani isterinya sehinggalah anak mereka sampai. Mereka yang lain turut membantu dalam memberi bahan seperti kotak sebagai alas untuk mengatasi kesejukan jalan yang semestinya mampu membuatkan sesiapa sejuk beku...



Seperti kata seorang guru
Pertemuan, jodoh, dan ajal maut semuanya di tangan Allah. 

Semoga cerita ini menyedarkan kita untuk menghargai insan disekeliling kita. Keluarga terutamanya.. mereka berhak merasa bahagia dengan kita. Bahagiakan mereka setiap saat dengan kemampuan kita.. Beritahu mereka, bahawa anda sayangkan mereka... kerana mungkin lambaian pagi ini, adalah lambaian terakhir kita untuk mereka... 



sumber : CCTVNews.

Wednesday, December 17, 2014

7 Barang Wajib untuk Travel



Assalamualaikum wbt..
Saya doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah swt.

Alhamdulillah..selamat tiba di Malaysia tepat jam 8.30pm Jumaat lepas. dan selamat tiba di bumi Jitra jam 4.30am. Tahniah kepada pilot dan krew kabin flight AK333 dari Makassar ke KUL. Dan terima kasih kepada driver bas . ^_^

Masa di sana, ramai yang tanya tentang trip.. Alhamdulillah, sangat enjoy.. walaupun cuaca tak berapa mengizinkan untuk beberapa ketika tetapi masih ada best moments.. nanti Hana akan kongsikan di sini. Sebelum tu macam yang dijanjikan...Hana nak kongsikan tentang travelmate Hana yang memang wajib bawa.


Best Travelmate


Berjalan ke mana pun, harus bawa barang-barang ni..

1. Tiket flight/bas
- yang ini memang mandatory ni.. wajib ada dan pastikan date, time to departure dan check in.

Jika mampu usahakan paling lewat untuk beli tiket 2 atau 3 bulan lebih awal dari tarikh yang ingin anda pergi melancong. Beginilah selalunya kalau nak dapatkan tiket murah. pastikan plan percutian awal-awal dan booked tiket. Hanya dengan cara beli tiket awal inilah baru kita akan dapat harga murah.

Selalu juga tengok web AirAsia sebab ada juga buat promo jejalan. Kawan Hana pula suka travel dengan MAS lagi.. walau apapun, masing-masing ada pro and cons.. terserah kepada kita untuk buat pilihan


2. Passport
- yang ini paling penting sekali.. Sebab memang tak lepas la nak keluar Malaysia kalau tak bawa yang ni..

Jika yang belum ada, pastikan anda pergi Jabatan Imegresen yang berdekatan dan buat permohonan. Selalunya dalam sejam dua atau sehari dah siap. Bergantung kepada service tempat itu. Bayaran hanya RM100 untuk 2 tahun manakala RM300 untuk 5 tahun. Cadangan Hana, buat 2 tahun tu dah cukup.

Bagi yang dah ada, pastikan tarikh expired passport. Pastu lagi satu, pastikan ada balance 6 bulan lagi sebelum dia expired.. Sebab kalau tak cukup 6 bulan minima, anda tak dapat la nak jejalan oversea..dan sila la buat passport baru. *based on experience..

Bila tiba destinasi, berjalan bawa passport.. a friend of mine always said "passport tu nyawa".. mungkin ini macam kelakar pada sesetengah orang tetapi jujur Hana nak katakan memang betul. Passport ni ibarat nyawa. Jadi, jaga ia dengan berhati-hati.. ramai orang nak passport Malaysia ni... :P


3. Visa
- pastikan negara yang anda nak lawati tu perlu visa atau tak. Paling senang nak tahu google jer laman web imegresen negara tersebut. Nak senang lagi, tanya kawan-kawan yang pernah pergi situ..

Visa ni boleh apply secara online. Tetapi kalau nak murah, pergi je ke mana-mana travel agent tempatan di Malaysia untuk minta mereka yang applykan. Bayaran ni bergantung kepada travel agent. Tapi walau apapun, pastikan passport dah ada dulu, baru apply visa..


4. Kamera
- ini memang berkepit 24 jam lagi. Paling tidak kamera handphone pun boleh. Untuk rakamkan moments... dan untuk video recording juga.. Jika anda mampu untuk usung DSLR yang minimum weight 1.7kg tu pun boleh.. atau anda lebih selesa membawa kamera compact pun boleh.

Jika anda menggunakan camera handphone pastikan memory card dikosongkan dan ada power bank. in case tiba-tiba battery habis sebelum next visit..


5. Lip gloss aka pelembap bibir
- yang ni memang wajib bawa. Especially bila tempat tu cuaca terlalu sejuk atau terlalu panas. Nak elakkan bibir merekah..oleskan ringan.. Ni kira penyelamat la.. Kalau tidak, mau lari orang lain...tak pun boleh berdarah bibir sebab terlalu kering..


6. Pakaian
- bawalah pakaian yang bersesuaian dan selesa mengikut cuaca dan keadaan di tempat percutian anda nanti. Macam tak kena je kan kalau bawa baju T-shirt lengan pendek masa bercuti di Jepun time winter.. :D

Bagi yang melawat kawasan 4 musim,
pastikan anda tahu keadaan cuaca pada waktu lawatan anda.. supaya dapat buat persediaan lebih.
contohnya kalau musim macam Winter : bawa long john, stoking tebal, gloves, scarf, winter jackets, boots/kasut sukan (yang penting bertutup).

InsyaAllah, kalau nak tahu/ nak tanya lebih lanjut boleh komen di bawah, dan Hana akan bantu sedaya yang mampu.


7. Barang keperluan/Lain-lain
Of course la perfume dan toothbrush toothpaste, compact powder... Yang ni rasanya memang semua orang bawa kan...paling tidak nak gi kedai depan umah pun mestila wajib guna, keperluan asas.. Tak dapat nak bayang kalau bangun-bangun tak basuh muka terus gi makan roti canai.

dan bawa juga sedikit biskut untuk isi perut sepanjang perjalanan.. dan Hana semestinya bawa vitamin C Sustained released as back up. Rasa macam ada nak selesema atau demam, telan 2 biji dengan air suam sebelum tidur. InsyaAllah, esoknya da ok. Ini memang terbukti.

 Ok.. Take care semua

Selamat bercuti...


Saturday, December 6, 2014

It's all about effort

Pagi-pagi dah dihiburkan dengan telatah anak gajah melukis wajah die sendiri...

Teramatlah Comey.. Rasa nak konyok2 je  ni..

Its all about effort and a little bit of talent. Jika bukan kerana effort penjaganya, mustahil gajah ini terus dapat melukis sendiri wajahnya.

Dan talent. Gajah juga makhluk Allah. Ada keistimewaan yang Allah beri. Cuma perlu seseorang/sesuatu untuk membantunya menemui dan menonjolkannya..

Kisah ini sama juga dengan kita manusia.. Allah kurniakan kita akal dan keistimewaan tersendiri.
Cuma kekadang kita tak menyedari.

Jadi, kekadang seseorang datang atau sesuatu terjadi yang membuatkan kita kenal diri...potensi.

Dan kekadang kita perlukan seseorang (mentor) untuk membimbing kita.. Menunjukkan cara.. Dan insyaAllah, kita juga boleh berjaya... Yang penting usaha dan keyakinan padaNya..

Ni bukan nak samakan kita dengan gajah. Sebab mustahil la nak sama kan.
Fizikal pun gajah dah berkaki 4. Kita berkaki 2..

Ke ada yang nak jadi macam gajah.comel lagi tu.. ahaks.. Maaf. Nak gurau pun tak boleh ke? ^-^

Friday, December 5, 2014

Kenangan

Bilamana masih ada yang mampu membuatkan kamu tertawa meskipun berjauhan...
Mungkin ini yang dinamakan manisnya sebuah ikatan..
Ukhwah. Persahabatan...
-----------------------------------------
Selama 5 tahun setengah di bumi Terengganu.. Tidak pernah Allah membiarkan saya keseorangan..
Sentiasa ditemani teman-teman..kenalan.. Disaat perlukan bantuan dan bimbingan, pensyarah-pensyarah sentiasa sudi menghulurkan bantuan..
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat pensyarah-pensyarah. Jabatan Matematik terutamanya atas segala Ilmu dan jasa dalam mendewasakan kami dengan Ilmu perguruan..
Semoga Allah sentiasa merahmati, memberi kemurahan rezeki dan nikmat kesihatan kepada pensyarah-pensyarah yang tak ubah seperti Ibu dan ayah sepanjang kami berada di IPG KDRI..
Sungguh.. Bumi Terengganu ini banyak berbakti dalam manjadikan siapa diri ini pada hari ini.. Pengalaman merantau di bumi Allah ini tak pernah disia-disiakan.. Segala peluang dan cabang cuba diceburi..
InsyaAllah, semoga suatu hari nanti kami berjaya menjadi murabbi. Guru. Cikgu. Teacher yang bukan sahaja mengajar Ilmu dengan penuh kasih sayang tetapi dapat melahirkan insan yang berakhlak mulia.
Ingat Allah..
Menghormati yang lain..
Berkeyakinan..
Rajin berusaha..
Sentiasa bersemangat...
Perkara ini harus sentiasa diterapkan.. Disebut-sebut... Bukannya apa..tetapi sebagai ingatan buat kita manusia yabg sering sahaja terlupa..


P/s: entry 'pemanas badan' (warm up)





 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.