Thursday, August 25, 2011

:: nothing more ::



Remembering all the times you fought with me
I’m surprised it got so far


just because of IDK 


its weird for a friendship to be broken because of the third party, (feelings)
wtheck

Monday, August 22, 2011

:: kaktus ::




"Menyayangi seseorang yang tidak menyayangi kita semula ibarat memeluk kaktus. Lebih erat kita peluk, lebih banyak ia menyakitkan kita."








:: KCH 12 : PEnat sudah ::

Assalammualaikum.
Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan menconteng blog ini dalam kesempitan waktu untuk menyiapkan eseimen yang menimbun.
Sekali lagi bersyukur kerana satu eseimen sudah pun selamat dihanta di atas meja pensyarah.

** terhenti sekejap* [lihat telefon]

11.11. ade orang rindu . *detik hati. ;) hehe.. tapi siapa? ntah la. Mungkin mak dan ayah yang rindu menanti anaknya yang jauh di perantauan untuk pulang. Ana pun sangat rindukan mereka. Buah tangan hari raya? sudah. Semua ada. Mak,ayah, abang,akak , adik.. smua ana da blikan. tiba-tiba rasa raya nih macam nak hadiahkan sesuatu kepada mereka terutamanya kepada mak dan ayah. Rindu3.. sangat-sangat.


Ada lebih kurang tiga  hari lagi sebelum ana akan berangkat pulang. Gembira tapi ada perasaan lain yang menidakkannya di dalam hati ini. Entahlah. Dua minggu kebelakangan ini semuanya serba tak kena. Mungkin banyak melakukan dosa yang sengaja atau tidak. Ya Allah, kena segera bertaubat nih. Minta maaf pada mak dan ayah sebelum balik. Takut-takut nanti dalam perjalanan terjadi apa-apa pula.

Sejujurnya, dua minggu dan minggu-minggu sebelum ini kosong. yea. KOSONG. kenapa? Entahlah. Malas nak memikirkan. Dah penat rasanya. Setiap minggu ada-ada sahaja masalah yang ana timbulkan. Jadi lebih senang jika ana duduk diam dan berehat dari semua keserabutan. eh,bukannya nak lari. dah cuba berdepan dengan masalah tapi ternyata tak berhasil. SABAR~ hanya itu yang mampu. *saya nak sampai akhirat sana, bukan setakat didunia. Sabar ea hati... Dia yang terbaik.




Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi cabaran dan ujianMu dan Kau lembutkanlah hatiku dalam berhadapan dengan orang yang berbuat jahat kepadaku, Kau tanamkanlah kasih sayang dalam hatiku supaya aku menyayangi mereka yang menyayangiku. Dan selamatkanlah aku dari perkara-perkara yang tidak baik. ;) Aminnn..


:: for you ::


Sunday, August 21, 2011

:: Somewhere deep ::

Somewhere there's someone who dreams of your smile,
and finds in your presence that life is worthwhile. 
So, when you are lonely remember it's true: somebody, somewhere is thinking of you...
 
Goodnight :)
 
 
I LOVE MY MOM AND MY DAD... 
 
 
 
p/s:xplu pening-peningkan kepala.;)

:: sometimes ::


Sometimes I just dont deserve it. Need to bear that in my mind.

A best friend. 
Love.
Friendship
Care
Smile
Trust
and 
Laugh..
......
.......
..........
......
......
....
...
..

Forgiveness..

Maybe thats the hardest things that you can give to me. 

I'll be OK. ;( because maybe i dont deserve to ask anything. Fullstop.



p/s: but dont u think that at least i deserve an explanation. Or maybe NOPE. I likethe way u did this. [fullstop]

:: Ramadhan ::

 
andaikan ini Ramadhan terakhir untukku, Kau izinkanlah aku untuk bermunajat padaMu..

Saturday, August 20, 2011

:: 3 jenis sahabat ::

Assalammualaikum. sebelum itu ana nk kongsikan satu komik yang dibaca td.
moga mendapat sesuatu dari komik ini.
Semalam , ana bertemu dengan seorang kawan. Dia memakai kain telekung yang hampir sama dengan kawan yang seorang lagi. Cuma kawan yang seorang lagi tu, xhadir atas keuzuran. Jadi, ana bertanya khabar sahabat yang memang sudah lama ana tidak mempunyai kesempatan untuk bertegur sapa.

Lantas diajukan soalan, adakah mereka membeli telekung itu bersama? dan gembiranya hati ana kerana jawapnnya adalah 'ya'. Sejuknya hati kerana sudah tentu bila kita menggunakan hadiah itu, kita akan teringatkan sahabat. dan alangkah gembiranya persahabatan mereka, kerana masing-masing saling mengingati dalam mengingatiNya, Maha Pencipta.


p/s: Ya Allah, jadikanlah aku sebagai seorang insan yang memberi kemudahan dan ketenangan kepada sahabat-sahabatku dan bukannya menggusarkan hati mereka. Tapi sekiranya ujian ini yang Kau berikan, aku terima dengan redha. Kerana mungkin ada hikmah disebaliknya.

Friday, August 19, 2011

:: hard to..... ::




but i'm accepting my fate now
AND seeking for His love now. 
the ETERNAL LOVE. ;)

Thursday, August 18, 2011

:: I ask ::

Dear Allah, please bless my beloved friends, always. Shift their sorrow to me, give all my smiles to them. Thank you~
 
I miss you, your talks,your smile, your laugh, and what i miss the most is yourself. 
 

Wednesday, August 17, 2011

:: Wordless Wednesday #2 ::


:: silent ::


:: Tanda cinta Bahagia ::

Assalammualaikum. Baru sahaja singgah di blog merah td. Terbaca satu entry yang menarik. Kalau nak tahu apa yang menariknya, jenguk2 la blog merah yea. Rasanya terlalu panjang kalau ana nak ceritakan disini.



“Jangan impikan suami sesempurna Saidina Ali andai diri tidak seindah Fatimah Az-zahra

:: KCH 11: Aku,Kami,we're A family::

Assalammualaikum...
Hari ini bangun dengan penuh semangat. Jam 2.00 pagi. Menanti dan menunggu dengan penuh debaran. Adakah perancangan kami semua akan berjaya? Tertanya-tanya sendiri di dalam gelap malam.Ditoleh ke kiri, masih lagi dibuai mimpi. Akhirnya, berakhirdengan berguling-guling bersama lappy tercinta.



TIK,TOK,TIK,TOK..




lamanya masa berlalu. Semakin berdebar rasanya. Jam menunjukkan 2.30pg. Sabar-sabar masih awal lagi.
Tunggu.

3.00pg.
Menunggu panggilan yang dinanti . Berdebar. Sejuk tangan-tangan. Nasib baik belum sampai tahap mengigil-gigil.

3.11pg- setelah panggilan tak muncul-muncul akhirnya, aku memulakan langkah. Men'sms' dan 'miss call' semua yang terlibat.

menanti....
penuh kegembiraan dan tanda tanya




menanti............



dan menanti............................




dan akhirnya................


TADAAA................



Sahur di McD



MISI : Sahur
JAM  : 4.05 pg
LOKASI : McD, GIANT



Kami



Friends share a moment at McD



"Share a Moment with your family" at McD.
yup. they're my FAMILY
Friends are family that we never had...

Sangat best keluar dengan kawan-kawan. Tak sabar untuk menanti outing yang seterusnya..
Yeay... ;)



p/s: with friends i enjoy myself and be myself. And for friends, I smile.
And friends they always be there forever.

Eventhough sometimes we had a small fight, 
it just add in sweetness to our friendship...
and that make what life is..



we are always together..



:: Most powerful, but hard to be done ::



Sometimes it is easier said that done...
It is a situation of a border either to give up or keep moving on 
It depends on both side. One means nothin.. 

:: OK ::


Tuesday, August 16, 2011

:: Baby E ::

Assalammualaikum wbt..

semua sihat? tajuk ape nih? hehe..semua orang ada perasaan dan kasih sayang. dan terkadang sesetengah menggelarkannya fitrah. dimana seorang insan itu ingin disayangi dan ingin menyayangi. bercakap tentang sayang-sayang ni. saya ada nak cakap tentang yang tersayang saya.

my parents tersayang

rumate tersayang....

 nih nk cakap tentang baby E saya aka peneman dikala bosan. selalu saja mengisi kelapangan dan kekosongan. :) mne die... nnt kan ea. :D

:: I'm smiling ::




:: KCH 10 : Masih lagi ::

Assalamualaikum..
Lama rasanya ana tidak mengupdate blog ni. rindu pula rasanya nak menulis tinta di sini. Tetapi pelbagai kekangan membuatkan ana terpaksa mendahulukan yang mana lebih utama. Assigment banyak yang menanti dan perlu diselesaikan dalam masa terdekat.

Koleksi cerita hati 10 : Masih lagi

Pernah tak kekadang apabila sesuatu perkara itu berlaku ke atas diri kita, kita akan bertanyakan kenapa?
Baru-baru ini, ana sendiri mengalaminya. Entah mana silapnya. Ana telah buat salah seorang teman berdiam diri. Tiada lagi usikan manja. bunyi kami tertawa. Ana asyik bertanya pada diri, am i do anything wrong again? [speaking sekejap ;P]. hurm, dan seperti yang sebelumnya ana masih lagi belum mengetahui punca. Apa yang buat ana pasti, perubahan yang berlaku menunjukkan sesuatu. Takut untuk mengajukan pelbagai soalan. nanti dipanggil apa pula. Ana cuma seorang kawan bukan inspektor polis. hehehe..

Tapi itulah, ana cuba mematangkan diri. Mempositifkan segala penjuru pemikiran yang berlegar-legar ni.
Bagi ana, seorang yang matang itu adalah seorang yang mampu mengawal perasaan dan emosinya. meskipun pelbagai masalah yang dihadapi , segalanya dihadapi dengan tenang dan tidak membuatkan orang lain. Seperti kata seorang rakan sekelas, Ana, kalau  patah hati, jangan buat orang lain patah hati juga macam awak. Sekurang-kurangnya buatkan dia gembira dan bahagia kerana setidak-tidaknya nanti bila dia tersenyum gembira, awk akan sentiasa dalam ingatan dia. ;) Ana hanya mampu membalas dengan senyuman.



Monday, August 8, 2011

Saturday, August 6, 2011

:: A look into my heart ::

:: KCH 9 : Tak semestinya::

Assalamualaikum..

5 Ramadhan. Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk melalui hari-hari ini. Muntah-muntah. Masih lagi. Tak tahu mengapa mungkin tersalah makan ataupun ada alergi mana2 makanan kuwt. Takpun memang hati yang membawa lara. Selera makan. Ntahlah ke mana hilangnya. 

Semalam, ku pujuk diri untuk mengikut salah seorang sahabat ke bazar Ramadhan, yang jauh sedikit dari yang selalunya. Bazar Ramadhan Gong Badak. Best di sini. Macam-macam ada. Hati ini dipujuk moga selera makan dapat ada semula. Tapi ternyata usaha gagal. Semua yang dipandang ibarat melihat padang yang kosong tanpa ada apa-apa yang menarik hati.

Sakitnya hati. Melihat makanan kegemaran ana. Bubur Lambuk.  Kuih kegemaran arwah nenek dulu. Tak ingat nme ape dah. Tapi bila memikirkan ke mana akhirnya makanan itu akan pergi selepas 5 minit ditelan membuatkan ana untuk berfikir dan memilih makanan yang tidak terlalu berat untuk perut. Lantas, pulang dengan tangan yang berisi air, dan kuih-muih. Bersyukur juga kerana akhirnya membeli kuih pada saat-saat akhir setelah sahabat ana, Fiqah asyik bertanya makanan apa untuk ana berbuka nanti. maaflah sebab buat korunk bimbang.

Bukan niat untuk buat semua bimbang. Tapi yang sebenarnya ana juga bimbang dengan diri sendiri kenapa jadi sebegini. Sebelum ini Ana tak begini. [hurm, ye ke? pkir2]. Yup, rasanya takdelah samapai patah hati begini. Punca sebenar? Ntah la.. Banyak sangat masalah yang difikirkan. eh, apa kaitan pula post ana dengan tajuk entry kali ini. hehehe~ ni dah terlebih-lebih kepada melalut pla.. ok2.bagi memenuhi isi kandungan yang sebenarnya...


tak semestinya kita memahami keadaan seseorang itu dengan mendengar cerita tentangnya, 
tak semestinya kita melihat keadaan seseorang itu kita memahami apa yang dilaluinya.
dan tak semestinya kita dapat diterima seseorang dengan menjadi diri kita.
[pengalaman lepas memberitahu diri bahawa ada sifatku yang tak dapat diterima org ;(]

Thursday, August 4, 2011

:: KCH 8: Antara Aku dan kata hatiku ::

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bersyukur kepadaNya kerana masih lagi memberikan Ana peluang untuk meneruskan ibadah puasa pada hari ini. Moga kekuatan dan ketenangan itu dapat Ana kecapi sepanjang Ramadhan ini.
Sudah lama rasanya Ana tidak menyambung KCH. [Koleksi Cerita Hati]. Sebab musababnya, hanya diri yang mengetahui. Antara aku dan diriku. Mungkin rata-rata pembaca yang datang ke belog ana selalu saja terlihat atau terbaca tajuk entry yang sama. Jika ya, terimalah ia sebagai versi EpilogInsan pula yea.

Minggu ini semuanya serba tak kena. Rasa hati yang selalu saja membuatkan Ana berfikir panjang.  Singgah di belog sahabat sebentar tadi, dia pun mengatakan bahawa dia sememangnya mempercayai kata hati. Oleh itu, memang Ana tau bahawa kata hati itu selalunya betul. Dan yea, kata hati yang selama ini cuba memberitahu Ana untuk mempercayai sesuatu adalah benar. Segala yang berlaku pada minggu ini adalah benar mengikut kata hati. Lalu ana bermuhasabah. Dulu aku tak mahu mendengar kata hati. kerana mengikut kata hati, ana telah melukakan hati seorang sahabat yang sangat ana sayangi. Ana yang selalu menjadi punca segalanya. Itu yang pasti. Sahabat, maafkan ana. Ajakan tadi, klau diikutkan kata hati ana. Ana teringin sangat ikut sahabat pulang. jumpa mak abah sahabat. Makan ayam golek untuk berbuka nanti. Tapi, ana mengalami masalah dengan diri ana sendiri. Oleh itu, ana terpaksa menolak meskipun sudah lama ana nantikan untuk pulang ke rumah kedua buat ana.  Ana perlukan masa. Bermuhasabah dan memikirkan kembali mana silapnya diri ini yang membuatkan kita sebegini.

Melihatkan sahabat ana yang tidak berselera makan. ana patah hati. Bukan kerana dia. Tapi patah hati dengan diri sendiri kerana selama ini Ana ingatkan ana adalah sahabat. Ana menjadi yang terbaik untuk bersahabat disamping menyambung ukhwah atas nama Allah S.W.T. Tapi ternyata kata hati ana yang selama ini adalah salah. Berputus asa. Tidak berselera. Meskipun makanan ditelan namun ternyata diri ini yang menolak semuanya kembali. Adakah kerana kata hati? Entah la. 

Kini, apa yang ana pentingkan adalah untuk kebahagiaan dan keselamatan kamu, sahabat. Maafkan ana kerana membuat sahabat begini. Sahabat bukannya seorang yang lemah, tetapi kamu lebih kuat daripada apa yang kamu sangkakan. Cuma kadang-kadang dunia yang membuat kita berfikir sebegitu. Itulah yang sedang ana alami. Harap sahabat mengerti bahawa dari hari pertama kita begini, Ana sudah memaafkan sahabat. Setiap malam. dan setiap detik waktu. Dan ana juga harapkan sahabat mampu memaafkan kekilafan ana. Ana tidak sempurna.  Cuma masalahnya sekarang ana masih lagi mencari jalan untuk memaafkan  diri.

"Ya Allah, bantulah aku. Tunjukkanlah jalan kepadaku. Dan kuatkan lah diriku dalam mempertegakkan syiarmu dan menjaga persahabatan ini agar kami terus bersahabat sehingga ke syurgaMu Ya Allah.."

Tuesday, August 2, 2011

:: Kerana manisnya Pengorbanan ::


klik untuk gambar yang jelas


















p/s : Ya Allah, alangkah baiknya andai aku memiliki sifat seperti Firdaus. Sentiasa Memaafkan. Dan seorang yang sabar dalam menghadapi cabaran dan ujian mahupun hinaan. Kuatkan lah diri ku. Ukhwah harus dipelihara. Berilah aku peluang untuk menghargai kawan dan teman sebelum aku mengetahui mereka sudah pergi menghadapMu. Kuatkanlah aku . Ini saja pintaku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.