Friday, February 21, 2014

:: Fadhilat Solat Dhuha ::

Assalamualaikum semua. dan salam Jumaat.

Kepada yang lelaki dan berkemampuan, ingat..hari ni ada sembahyang jumaat tau.:)

Dikesempatan pagi ni, Hana nak share tentang fadhilat solat Dhuha.

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan...

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:

Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).

dan alhamdulillah, hana sendiri sudah merasai nikmat dan kemanisan janji Allah kepada kita. Sungguh meskipun banyak perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan sekarang. Rasa cukup itu sentiasa ada. dan alhamdulillah, rezeki Allah mencurah-curah hadir di hadapan mata. Segala urusan rasa mudah je.



walau sesibuk dan sebanyak mana pun kerja, alhamdulillah ketenangan itu ada. InsyaAllah, sama-sama kita merebut fadhilat solat sunat Dhuha. Mendekatkan diri kepada Dia, Maha Pencipta. :)

Thursday, February 20, 2014

:: Al kisah belon ::

Assalamualaikum . Apa khabar semua? Semoga semuanya sihat dan dalam lindungan rahmat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Lama rasanya tak menjengah ke sini. Rindu untuk menulis dan berkongsi. Minggu praktikum sememangnya sibuk. Namun, alhamdulillah berusaha untuk menyesuaikan diri dan seimbangkan antara menjadi guru kepada anak murid, seorang anak kepada ibu bapanya, seorang akak kepada adik, seorang adik kepada abangnya, seorang sahabat kepada teman-teman dan yang paling utama seorang hamba yang taat kepada Penciptanya. InsyaAllah, semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan nikmat kesihatan kepada kita semua.

malam ni, Hana nak share satu cerita..

[alkisah belon]

Sekumpulan 100 orang dewasa mendaftarkan diri ke seminar SENYUMLAH bersama Ustaz Rahim.

Sebelum menamatkan kuliah, Ustaz memberikan setiap seorang peserta belon dan meminta para peserta untuk menulis nama mereka di atas belon. Belon yang ditiup besarkan diberikan kepada Ustaz Rahim.

Ustaz Rahim melepaskan 100 bij belon tersebut ke dalam sebuah bilik. 100 peserta ini disuruh untuk mencari belon yang tertulis nama mereka secara serentak dalam amsa 5 minit tanpa memecahkan sebarang belon. Lima orang yang pertama akan mendapat hadiah.

Keadaan di dalam bilik terus menjadi kelam kabut. Para peserta berebut, tolak-menolak antara satu sama lain untuk mencari belon masing-masing.

Suasa cukup melemaskan.
Lima minit berakhir, dan tiada seorang pun yang dapat mencari belon mereka sendiri.

Ustaz tersenyum dan meminta para peserta untuk mengambil satu belon seseorang dan memberikan kepada pemiliknya berdasarkan nama di atas belon.

dalam masa tiga minit, semua mendapat kembali belon masing-masing.
Ustaz Rahim tersenyum lagi.

Wahai anakku,
Inilah yang berlaku dalam kehidupan manusia. Semua orang mencari kegembiraan sendiri, tetapi tidak tahu di mana dan bagaimana. Walhal, wahai anak kesayanganku, kegembiraan kamu bersangkut paut dengan kegembiraan orang lain. Buat orang lain rasa gembira, kamu akan mendapat kegembiraan.


Seperti kisah di atas, jika para peserta tidak mementingkan diri kerana tamakkan hadiah, mereka akan terfikir untuk mencari belon orang lain dan bukannya belon sendiri. Akhirnya belon milik sendiri juga akan datang daripada orang lain. Jika semuanya berebut, suasana akan menjadi kelam kabut dan akhirnya semua orang akan rugi.




dan di sini juga dapat kita lihat, dalam kehidupan kita sehari-hari. Apabila kita dapat memberi kegembiraan pada yang lain, kita akan juga turut tersenyum melihat kegembiraan mereka.

macam hari ini, Hana cuba membawa anak murid tahun 2 ke luar kelas untuk pembelajaran bahasa Inggeris. Sejujurnya, bukan mudah untuk menjadi seorang TEACHER.. kerana masalah komunikasi seringkali menyebabkan kelas menjadi huru hara. Namun, hari ini anak murid tahun 2 gembira. kerana hari ini kami bermainan permainan "Where To Go" by train.

Meskipun pada awalnya nampak sedikit tidak terkawal. namun, murid-murid gembira dengan aktiviti pada hari ini. Alhamdulillah, mereka lebih mendengar kata berbanding sebelumnya. saya beri apa yang mereka suka. dan pada ketika ini juga saya dapat merasakan, mungkin beginilah kegembiraan ibu bapa apabila mereka dapat memberikan kegembiraan kepada anak-anak... ^_^


dalam kehidupan kita, cuba kita biasakan diri untuk lebih banyak memberi berbanding menerima. Tidak kiralah sama ada dalam bentuk wang ataupun ilmu. Senyuman juga boleh diberikan sebanyak yang mahu. PERCUMA.  Senyum lah selalu. InsyaAllah, jika kita membiasakan akan jadi kebiasaan. dan manusia dan kebiasaan akan menjadikan sesuatu itu mudah. Saya tidak hebat dalam ilmu agama untuk berkata itu atau ini salah, ini patut dan itu tidak. saya juga manusia biasa yang kadang kala ada  salah dan silapnya. namun, jika mahu dan tahu. Kita mampu berubah. Kita adalah insan biasa tetapi kita MAMPU menjadi insan yang BERJIWA LUAR BIASA jika kita MAHU dan TAHU.



Jika kita merasakan diri kita sudah banyak berbuat kesilapan, ingatlah bahawa tidak semestinya pengalaman dan kesalahan lalu menjadikan kita lebih teruk pada hari ini, tetapi ia dapat menjadi satu titik tolak dalam melakukan perubahan kepada kebaikan dengan lebih mendekati yang Maha Pencipta. Kembalilah kepadaNya. Allah sangat suka kepada hamba yang ingat dan merayu kepadaNya.



walau sehebat mana pun kita, ingatlah bahawa kita masih lagi seorang hamba. Hamba kepada Sang Pencipta yang Maha Besar dan MAha Kuasa. Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah atas segalanya. Jom perbanyakkan selawat dan zikir dalam kehidupan kita.

Senyum


"Ya Allah, Kau lembutkanlah hati anak-anak muridku. dan Kau bukakanlah pintu hati mereka supaya mudah menerima ilmu dan yang aku sampaikan. Permudahkanlah juga bagiku untuk mendidik mereka menjadi seorang hambaMu yang soleh dan solehah"



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.