Tuesday, February 24, 2015

Roda kehidupan

Assalamualaikum wbt.. Hana doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah.. InsyaAllah..

Alhamdulillah..syukur kepada Allah.. cuti Tahun Baru Cina ini berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan daripada IPG KDRI.. Sebelumnya Allah mempertemukan kami semua di Bintulu atas nama tugas.. Orientasi Guru Baru bagi daerah Tatau dan Sebauh.
kak B, Saifu, Faizal, Aina, Khairi, nini, ruby, yod, dan ramai lagi...

Pelbagai cerita yang dikongsi.. Dari saat pertama menjejakkan kaki di Sarawak sehinggalah melaporkan diri di sekolah masing-masing.. Pelbagai cerita yang pastinya akan disusuli gelak ketawa kerana mengimbas kembali kenangan di IPG.. Ternyata kehidupan kini berbeza tetapi kenangan yang lalu memberikan kami kekuatan.. Untuk sama-sama memulakan khidmat di bumi Kenyalang ini...  Sempat juga mereka menceritakan pengalaman bertemu pensyarah-pensyarah ketika di Kuching.. Dan pengalaman saat pertama masuk ke kelas.. Ternyata masing-masing mendapat pengalaman baru..sama seperti Hana.. Perbezaan bahasa dan budaya.. Akan perlahan-lahan kami pelajari.. InsyaAllah..

Bersama dengan mereka..mendengar cerita mereka.. Membuatkan Hana tersedar.. Dan jauh membawa diri ini berfikir..

Tentang kehidupan....

Tak semuanya indah
Tak semuanya manis
Tak semuanya bahagia

Tak semuanya pahit
Tak semuanya derita..

Inilah kehidupan.. Gabungan diantara kesemuanya..

Derita yang dirasakan sebenarnya adalah kasih sayang daripada Tuhan.. Kerana dalam keadaan ini ramai manusia pulang mencarinya...

Dalam keadaan ini ramai manusia mulai sedar.. Betapa beruntungnya mereka selama ini.. Termasuklah diri sendiri ini..

Percayalah.. tak selamanya kita akan berada di atas.. Dan tak selamanya kita akan berada di bawah.. Kehidupan itu kan ibarat roda.. Ada masanya kita di atas. Ada masanya kita di bawah.. Berada di bawah tidak selamanya bermakna kita sentiasa akan berada di bawah dan sebaliknya...

Kerana roda itu bulat.. Dan bergantung kepada kita untuk membiarkan roda itu terus bergerak atau terhenti terus di situ...

Jujur, kekadang bila hidup ditimpa masalah atau ujian.. Ramai yang memilih untuk mengeluh dan memikirkan tentang masalah.. Hanya sedikit yang memikirkan cara penyelesaian serta ibrah daripadanya... Hana juga tak lari daripada itu.. Anda manusia normal.. Kerana itulah lumrah manusia.. Bila diuji.

Sebenarnya it takes us time to actually realize about everything.. About the hikmah and reason why Allah give us this and that.. But trust me, as soon you get to know that Allah love you. You'll be fine.. No matter how hard challenge you'll face.  You will walk through it.. Thanks to a person that never give up upon me.. Someone who makes me realize that there's always be a good reason why behind everything.. For someone that always see me good in every aspect, makes me feel special and believe in myself.. I'm touched. Thank you Allah..

Ya Allah, Kau peliharakanlah insan ini. Permudahkanlah segala urusannya..kurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berterusan kepadanya.. Aamin..

Apa jua yang berlaku ada banyak perkara yang bermain di akal fikiran. Tipulah jika Hana katakan Hana terima dengan senang hati pada mulanya.. It takes time.. Alhamdulillah. By adjusting and adapting, perlahan-lahan Hana mula menerima.. Perancangan Allah itu kan selalu yang terbaik...

Alhamdulillah.. Tq Allah for giving me a loving,supporting family, teachers and friends.. I love them so much. Bless them always and may You ease them in everything.. Aamin..

Saturday, February 21, 2015

Sekolah pertamaku

Assalammualaikum semua.. Semua sihat? Alhamdulillah..hana disini sihat seadanya..

Like always.. Believe it or not. Its my second week in Tatau.. Alhamdulillah.. Allah grant me with good health and strength.

Sk Tatau is a really nice school. Situated only 5 minutes from Pekan Tatau. Having only one building with 900 pupils make this school has two session.. Morning and afternoon session.. Morning is for standards 4 to 6. And evening is for standards 1 to 3.. And guess what? I manage to be afternoon session teacher.. Teaching small kids...  InsyaAllah.. Moga dapat menjadi guru yang terbaik..

First class. New experience..
New experience gains by every minutes that pass.. me be a class teacher for year 1C, coach for scrabble, dan bendahari for panitia Matematik, naib Setiausaha utk Jakis and many more.. Actually I was quite nervous.. As I don't really good in handling all these tasks... But having my parents and lecturers that always motivate and give support make me feels relieved..

"You can do it..and I believe you can make it. With all the guidance and knowledge gained in IPG"

So, to all new teachers...and my friends that I always remember and love. We can make it. I know that some of us lagi banyak cabaran yang dilalui. Having new life in P3. With limited facilities.. Tak ada line telefon. Hard to find foods..and having tough time to actually travel to school.. I know how you guys feeling.. But from a bright sight, I know Allah sent us here for a reason..

There's always be a good reason behind everything. It only takes us time to realize about it...

I know.. For now, some of us and wven myself think that
Life sometimes might seem unfair..

But frankly.. In my heart, I know and believe things that happened actually comes from the Most Merciful Allah.. He knows us better..

Even we don't even know our strength.. But believe me.. One day we will thank Allah for sent us this chance....

Ok. That's all for now.. Will update later.. With limited time and internet connection..I'll try my best.

Hana doakan moga semua selamat dan sentiasa dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Bersabarlah.  InsyaAllah, there is always be a rainbow after heavy rain...

Sentiasa berdoa kepada Allah. He will listen to you... Jaga solat dan jaga diri...

Salam sayang dari Tatau.bumi kenyalang

Wednesday, February 18, 2015

Surat Cinta Tentang Solat

Rindu langit malam. 


Bilamana solat itu dianggap hanya penggugur kewajiban, maka kau akan terburu-buru  mengerjakannya.  

Bilamana solat dianggap hanya sebuah kewajipan, maka kau tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya..

 Anggaplah solat itu pertemuan yang kau nanti dengan Tuhanmu.
 Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah swt.
 Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau berkeluh kesah dengan Allah         swt.
Anggaplah solat itu sebagai seriusnya kamu dalam bermimpi.

Bayangkan ketika "azan berkumandang", tangan Allah melambai ke depanmu untuk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya.

Bayangkan ketika kau" takbir", Allah melihatmu, Allah senyum untukmu dan Allah bangga terhadapmu.

Bayangkanlah ketika "rukuk", Allah menopang badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau rasakan damai dalam sentuhan-Nya.

Bayangkan ketika "sujud", Allah mengelus kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua telingamu: "Aku Mencintaimu hambaKu".

Bayangkan ketika kau "duduk di antara dua sujud", Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan "Aku tak akan diam apabila ada yang mengusikmu".

Bayangkan ketika kau memberi "salam", Allah menjawabnya, lalu kau seperti manusia berhati bersih setelah itu...

Subhanallah sungguh nikmat solat yg kita lakukan.

Tidak rugi org yg membacanya
Beruntunglah org yg mengamalkannya.
ILMU IMAN AMAL

Sarawak, ke Tatau la kita

Assalammualaikum wbt.. Hana doakan semoga semua pembaca blog ini sihat selalu.. Dan dipermudahkan segala urusan..
Alhamdulillah.. selamat melaporkan diri ke tempat bertugas yang pertama.

2 Februari 2015
SK TATAU
97200 Tatau, 
Sarawak

Suasananya alhamdulillah... di sini aman dan tenang.. Jauh dari kesibukkan kota. Moga Allah mempermudahkan segala urusan-urusan kami yang lain.

Bakal menempuhi kehidupan baru. Di tempat yang baru.. 

Terima kasih mak ayah, abang, adik.. maksu, pakcik N dan saudara-mara yang lain atas segala sokongan, kata-kata nasihat, bimbingan dan dorongan. Moga Allah sentiasa memelihara semua. Moga berjumpa lagi di lain masa. Doakan saya disini..

Buat cikgu-cikgu dan lecturer semua, insyaAllah segala ilmu dan bimbingan akan digunakan sebaiknya di bumi ini. Bakal meneruskan perjuangan. Mendidik anak-anak di sini.

Things To DO
1. Cari rumah/ tempat tinggal
2. Bekalan makanan/ keperluan
3. Settlekan hal-hal berkaitan SPP
4. Lain-lain (tiket, claim, baju)

Akan diupdate nanti.. Maaf jika ada yang lambat direply mesej atau sebagainya.. Kawasan di sini kekadang line tak menentu..

buat teman-teman seperjuangan, bersabarlah. Ada hikmah yang Allah berikan. Syukur kerana kita semua dapat dipostingkan sedangkan ada lagi teman-teman yang belum diposting. Tak sabar menantikan masa untuk berkumpul dengan semua.. InsyaAllah ada kesempatan berjumpa nanti.

salam sayang dari Tatau, bumi Kenyalang.. 
Cikgu Farhana Ismail



Credit to : HFYi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.