Wednesday, February 18, 2015

Sarawak, ke Tatau la kita

Assalammualaikum wbt.. Hana doakan semoga semua pembaca blog ini sihat selalu.. Dan dipermudahkan segala urusan..
Alhamdulillah.. selamat melaporkan diri ke tempat bertugas yang pertama.

2 Februari 2015
SK TATAU
97200 Tatau, 
Sarawak

Suasananya alhamdulillah... di sini aman dan tenang.. Jauh dari kesibukkan kota. Moga Allah mempermudahkan segala urusan-urusan kami yang lain.

Bakal menempuhi kehidupan baru. Di tempat yang baru.. 

Terima kasih mak ayah, abang, adik.. maksu, pakcik N dan saudara-mara yang lain atas segala sokongan, kata-kata nasihat, bimbingan dan dorongan. Moga Allah sentiasa memelihara semua. Moga berjumpa lagi di lain masa. Doakan saya disini..

Buat cikgu-cikgu dan lecturer semua, insyaAllah segala ilmu dan bimbingan akan digunakan sebaiknya di bumi ini. Bakal meneruskan perjuangan. Mendidik anak-anak di sini.

Things To DO
1. Cari rumah/ tempat tinggal
2. Bekalan makanan/ keperluan
3. Settlekan hal-hal berkaitan SPP
4. Lain-lain (tiket, claim, baju)

Akan diupdate nanti.. Maaf jika ada yang lambat direply mesej atau sebagainya.. Kawasan di sini kekadang line tak menentu..

buat teman-teman seperjuangan, bersabarlah. Ada hikmah yang Allah berikan. Syukur kerana kita semua dapat dipostingkan sedangkan ada lagi teman-teman yang belum diposting. Tak sabar menantikan masa untuk berkumpul dengan semua.. InsyaAllah ada kesempatan berjumpa nanti.

salam sayang dari Tatau, bumi Kenyalang.. 
Cikgu Farhana Ismail



Credit to : HFYi

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...