Thursday, September 18, 2014

:: Kerja itu menekan dan tertekan ::

Assalamualaikum semua. Apa khabar? semoga semua sihat sentiasa...

Cuti tinggal berapa hari saja lagi.. Kemudian akan balik ke negeri penyu kesukaan ku. eh, kesukaan ke.. Kesayangan.. Yup. I love it. dan orang-orang Terengganu (Roomate,Klassmates, deskmates). Jadual bakal dipenuhi dengan timbunan kerja dan tugasan. Perlu bersedia kesihatan jasmani dan mental

InsyaAllah, akan gunakan masa yang berbaki untuk laksanakan amanah yang diberi dengan sebaiknya. Alhamdulillah, baru-baru ini sudah laksanakan satu. AJK Seminar. Terima kasih kepada co-partner yang banyak membantu. Kalau nak harapkan Hana seorang memang tak menang tangan la jawabnya..  Terima kasih banyak-banyak... ^_^

Baru-baru ni ada yang bertanya Hana.. "Ana mesti stress kan dengan keje PKU lagi, AJK lagi, lecturer lagi, Puan M lagi, Encik itu suruh ini. Mesti penat. Apa la sian ana". dan Hana senyum..

Jujur. Tanggungjawab dan amanah itu berat. Namun, insyaAllah mampu digalas. Dulu, Hana pernah bertanya sahabat yang belajar di luar negara. Seorang yang setiasa mempunyai tugasan dan jawatan namun masih mampu menjadi pelajar cemerlang serta dikenali semua. Soalan yang sama.

"ko tak penat ke? Jadi wakil pelajar lagi... Tolong kawan lagi. berpersatuan lagi. usrah lagi.."

dan jawapan jujur daripada mereka >>>

Jawatan/kerja itu memang berat apabila .....

  • Apabila perlu mendapatkan kerjasama ramai orang untuk lakukan sesuatu. Tetapi tak berhasil
  • Apabila ada yang meletakkan harapan kepada kita untuk lakukan sebaik mungkin. Tetapi tidak mendapat sokongan yang lain.
  • Apabila ada mengharapkan kita untuk melakukan sesuatu yang kekadang tidak mungkin dapat dicapai oleh kita.
  • Apabila ada yang mengharapkan kita untuk melakukan sesuatu membantu mereka
  • Apabila ada yang meminta diluar kemampuan kita



tapi Jawatan/kerja itu ringan apabila....


  • Niat kerana Allah.
  • Kita laksanakan dengan cara yang betul. Tak melanggar undang-undang/peraturan
  • Buat sebaik mungkin dengan kemampuan yang ada.
  • dan yang paling memudahkan ialah apabila ada kerjasama..
  • Masing-masing buat kerja. InsyaAllah, semua jadi mudah. 
  • Jangan buat sorang-sorang. Minta tolong daripada kawan. 


Kawan tak nak tolong. Tak nak bantu. Tak nak kongsi masalah. Tinggalkan... Time ni baru kita kenal siapa kawan yang intan. Siapa yang permata. Banyak-banyak meminta pertolongan daripada Allah, insyaAllah, Dia tak pernah mengecewakan..

dan yang paling penting :


  1. Urus masa
  2. Solat di awal waktu
  3. Banyakkan membaca Al-Quran
  4. Zikirullah
  5. Hormati ibu bapa - contact selalu tanya khabar, balik ziarah
  6. Bersahabat - jalinkan silaraturrahim
  7. Hormati guru/pensyarah

Sebenarnya Hana sendiri turut merasai apa yang mereka rasa. Betapa 'beratnya' tugas itu. But I try to work it all out.. Bukannya susah nak susah, dan bukannya mudah nak mudah. InsyaAllah, kalau buat benda baik takkan rugi. Lagipun siapa tak suka kebaikan, syaitan je kut yang benci orang buat baik.. hehe


ok lah. Dah nak masuk waktu . salam maghrib semua. Jom sama-sama baca surah Al-Kahfi



Saturday, September 13, 2014

:: Pelbagai guna : Herbal Blend Shaklee ::

Krim Herbal Blend ini memang merupakan krim serba guna. Antara produk yang paling HOT di Shaklee. Mana taknya, baru dapat tahu.. pergi ke HQ tak sampai 2 jam dah habis.. memang lama mencuba nak membeli.. Alhamdulillah, kali ini sempat beli..

tadaa... 
Alhamdulillah, rezeki. dan untuk yang dah order. Barangan akan sampai kepada anda asap. 



Kelebihan Herbal Blend Shaklee


Dan banyak lagi kebaikan Herbal Blend Multipurpose Cream ini antaranya:


1. Ruam

2. Calar

3. Luka kecil

4. Demam (sapu keseluruh badan suhu akan turun),

5. Eczema

6. Masalah kulit gatal

7. Menghilangkan parut

8. Melembutkan kulit yang kasar

9. Elokkan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

10. Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.

11. Memecahkan Lemak / Pembuangan Angin dengan cara urutan terutama pada bahagian perut

12. Losyen kegunaan harian

13. Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox



Tak percaya??

Anda perlu cuba dahulu.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya, Hana di whatsapp/sms 019-4025851 atau emel ke nurfaies16@gmail.com untuk dapatkan harga (RM) setiap set dan sebarang tempahan.

Dapatkan juga konsutasi percuma apabila anda membeli produk shaklee dari saya pada bila-bila masa anda perlukannya!!.

Friday, September 12, 2014

:: Kedah Darul Aman ::

Assalamualaikum wbt.Apa khabar semua?
semoga semua sentiasa sihat dibawah payungan rahmat Allah.

Alhamdulillah,selamat sampai di Kedah. Nyaman je rasa. Memang excited sangat hinggakan dari jam 3 pagi dah terjaga sebab menanti-nanti nak lihat pemandangan ketika bas pandu masuk ke negeri jelapang padi. Sebaik sahaja sampai jam 5.30 pagi,dah nampak ayah menunggu. Time tu memang rasa nak berlari-lari je, tapi gagahkan diri mengusung beg masuk ke kereta.

Its good to be back home. Lagi seronok bila pagi ini bacaan imam subuh mengingatkan tentang suasana ketika di Tanah Suci dulu. Rindu.

Minggu ni going to be anak tunggal sebab adik tak balik...  baru plan nak ajak jejalan.
takpe..nanti gi jalan sana.
so, nak rest dlu.. tata


xoxo



Saturday, September 6, 2014

:: Vendeur Festival Terengganu : Jom kita gi situ ::

Assalamualaikum semua.
Diharapkan semua ceria-ceria pada hujung minggu ini. Alhamdulillah, cuaca hari ini baik. Hari ini juga berlangsungnya vendeur festival di TTC buat julung-julung kalinya..

mesti ada juga yang first time dengar vendeur ni mesti tertanya-tanya. sambil buat muka pelik. Vendeur ? Apa tuh? fuh.. jangan tanya Hana. Hana pun tak tahu sebenarnya... tapi apa yang Hana tahu. Vendeur festival ni merupakan jualan peniaga-peniaga online. tak pun bahasa mudahnya. On9 Shop Festival...

fuh.. memang tak sabar-sabar masa awal-awal tau dulu. memang dah siap-siap list.. al maklum la.. selama ni tengok ig dan beli.. itu je keje.. tapi hari ni boleh pegang, tengok dan try skali.. jadi, apa ditunggu lagi...

Hana, yaya dan atieq... kami pengunjung terawal...
dan bermula lah misi mencari.. dan membeli..

ramai betul manusia... tapi memang happening pusing-pusing cari barang.. sambil-sambil tu online instagram. tengok jika online shop favourite pun join sekaki..  pejam celik. pejam celik.. memang gelap mata.. nak itu ini. fuh.. sabar. tahan... cari yang betul-betul nak dan suka..


Festival ni berlangsung selama 2 hari. Jumaat dan sabtu. jadi hari ni sabtu kan. hari ni hari last....
Apa lagi? cepat-cepat pegang kunci. Ajak kawan-kawan gi festival ni..

Tempatnya di TTC. [Terengganu Trade Centre].

Thursday, September 4, 2014

:: Tips Mudah Cari Blazer ::

Assalamualaikum wbt semua..

Apa khabar semua? semua sentiasa sihat dan dirahmati Allah.

seminggu sahaja lagi. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan. fuh..dup dap.dup dap... berdebar sangat-sangat. dah sampai tahap cuak dan tak tahu nak buat apa lagi. Presentation slide masih in the process.. Penulisan juga masih begitu..

InsyaAllah, alang-alang dah 'susah' biar susah terus..  Tn Hj Nordin pernah cakap di dalam kelas. Anggapan Hana, Tuan Haji sarankan kami alang-alang buat, biar buat betul-betul.. Chaiyok-chaiyok...  3 bulan sahaja lagi. Pejam celik, dah tahun akhir..


Ok. Memandangkan seminar dah dekat dan kami perlu memakai blazer semasa seminar nanti. Jadi hari ini Hana nak kongsikan tips dengan kawan-kawan yang tengah mencari blazer atau hendak membeli blazer nanti. takde lah nanti pergi kedai, kena try hampir semua blazer untuk cari saiz yang sesuai dengan kita. penat tau..mau berpeluh-peluh nanti. hehe



TIPS MUDAH MEMBELI BLAZER |

Sekiranya anda membeli jaket, kot atau blazer, pastikan ianya menepati ukuran bahu anda.  Biasanya, bahagian lain boleh diubah – dari mengecil atau membesarkan bahagian pinggang atau memendekkan jaket. Tetapi bahagian bahu jaket tidak boleh diubah.

Jadi pastikan ukuran jaket tadi terletak betul-betul di bahagian atas tulang bahu.



Tetapi disebabkan kita pakai baju kurung, jadi kena consider juga span-span di baju kurung yang mungkin tebal sampai 2 inci tu.. :) pape pun, cuba ambil blazer yang dalam range ukuran bahu kita dan try. Paling tidak pun kita hanya kena try 2 atau 3 blazer je untuk cari yang benar-benar kita selesa.

Ini hanya panduan untuk kawan-kawan. Yang lain-lain terserah pada diri masing-masing. Taste semua orang tak sama. Ada yang suka betul-betul fit dengan badan dan ada yang suka ada ruang sikit.. untuk bernafas... hehe


dan kepada yang tak tahu nak cari dimana, Hana suggest untuk korunk cari di Mydin, Xiri kawasan bandar KT, Kamdar. Selalunya kat sini ada dijual dan harganya pun berpatutan. Dan kepada yang save bajet, boleh juga try cari di kedai-kedai bundle..

dan jumpa hantar dry cleaning. bawah RM5 je Hana hantar. InsyaAllah, ahad ni ambil..

so, Hana nak ambil kesempatan ni siap-siap untuk wish all the best pada semua. Selamat menyiapkan apa-apa yang patut. Ini AR kita, pembentangan kita dan masa depan kita.. jadi, anda pilih dan tentukan hendak yang bagaimana.. InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.





:: 3 Cara untuk bahagia ::

Dalam hidup.. Tidak semuanya indah.

Namun, kitalah yang mencorakkannya.. dengan seyuman, tawa, tangis, suka, duka..
percayalah..semua itu ada pada kita untuk memilih..

sama ada untuk memilih yang positif atau negatif.

Jika kita positif, insyaAllah, semua yang positif akan tertarik kepada kita
Hati tenang, jiwa gembira.. hidup pun bahagia..


Jika ada yang negatif...
Buat semua yang ada rasa benci, buanglah jauh-jauh kerana rasa itu akan buat kamu ketinggalan jauh.
Jauh dari rahmatNya,jauh dari kasih sayangNya.

Berlapang dadalah selalu dan hentikan semua buruk sangka. Cari Dia dalam semua perkara.
Cari ibrah dalam setiap ujian/mala petaka.


Monday, September 1, 2014

:: Masa ::

Dalam kehidupan masa ada 3 sahaja

semalam
                                                 hari ini
                                                                                                 dan esok


Semalam telah berlalu, esok belum pasti. Yang ada hanya hari ini. Gunakan kesempatan ini
untuk membuat kebaikan sebanyak mungkin yang kita mampu...

InsyaAllah, kita mulakan dengan langkah membuat kebaikan. Mudahkan jangan susahkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.