Apa khabar semua? semua sentiasa sihat dan dirahmati Allah.
seminggu sahaja lagi. Seminar Penyelidikan Kajian Tindakan. fuh..dup dap.dup dap... berdebar sangat-sangat. dah sampai tahap cuak dan tak tahu nak buat apa lagi. Presentation slide masih in the process.. Penulisan juga masih begitu..
InsyaAllah, alang-alang dah 'susah' biar susah terus.. Tn Hj Nordin pernah cakap di dalam kelas. Anggapan Hana, Tuan Haji sarankan kami alang-alang buat, biar buat betul-betul.. Chaiyok-chaiyok... 3 bulan sahaja lagi. Pejam celik, dah tahun akhir..
Ok. Memandangkan seminar dah dekat dan kami perlu memakai blazer semasa seminar nanti. Jadi hari ini Hana nak kongsikan tips dengan kawan-kawan yang tengah mencari blazer atau hendak membeli blazer nanti. takde lah nanti pergi kedai, kena try hampir semua blazer untuk cari saiz yang sesuai dengan kita. penat tau..mau berpeluh-peluh nanti. hehe
TIPS MUDAH MEMBELI BLAZER |
Sekiranya anda membeli jaket, kot atau blazer, pastikan ianya menepati ukuran bahu anda. Biasanya, bahagian lain boleh diubah – dari mengecil atau membesarkan bahagian pinggang atau memendekkan jaket. Tetapi bahagian bahu jaket tidak boleh diubah.
Jadi pastikan ukuran jaket tadi terletak betul-betul di bahagian atas tulang bahu.
Tetapi disebabkan kita pakai baju kurung, jadi kena consider juga span-span di baju kurung yang mungkin tebal sampai 2 inci tu.. :) pape pun, cuba ambil blazer yang dalam range ukuran bahu kita dan try. Paling tidak pun kita hanya kena try 2 atau 3 blazer je untuk cari yang benar-benar kita selesa.
Ini hanya panduan untuk kawan-kawan. Yang lain-lain terserah pada diri masing-masing. Taste semua orang tak sama. Ada yang suka betul-betul fit dengan badan dan ada yang suka ada ruang sikit.. untuk bernafas... hehe
dan kepada yang tak tahu nak cari dimana, Hana suggest untuk korunk cari di Mydin, Xiri kawasan bandar KT, Kamdar. Selalunya kat sini ada dijual dan harganya pun berpatutan. Dan kepada yang save bajet, boleh juga try cari di kedai-kedai bundle..
dan jumpa hantar dry cleaning. bawah RM5 je Hana hantar. InsyaAllah, ahad ni ambil..
so, Hana nak ambil kesempatan ni siap-siap untuk wish all the best pada semua. Selamat menyiapkan apa-apa yang patut. Ini AR kita, pembentangan kita dan masa depan kita.. jadi, anda pilih dan tentukan hendak yang bagaimana.. InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.
No comments:
Post a Comment