Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Monday, May 22, 2017

Resipi : Sup Cina ala-ala Sup Shark Fin Simple dan Sedap..

Assalammualaikum semua.. Lama tak mencoret di sini. Hari-hari scroll FB nampak gambar makanan semua sedap-sedap.. Terliur pula. Tapi apakan daya, di sini tak banyak kedai makan muslim. Sebab itu Hana lebih senang memasak di rumah..

Nak makan apa pun google jer.. Tengok resipi. Dan ofkos perlu juga intai bahan-bahan dalam peti. Tak kan nak masak sotong celup tepung tetapi sotong tak ada dalam peti. Ada ayam ja.. Disini kami agak terhad sikit bahan mentah, jika nak banyak pilihan boleh ke Bintulu.. Namun, tidaklah sehingga tidak ada langsung. Kadang-kadang ke pasar ada ikan, tetapi mungkin hanya ada ikan sardin dan ikan kembong.

Kalau uncle ikan tak datang, ikan sungai ada juga dijual oleh penduduk sini. Tapi housemate tak makan ikan sungai, rugi pula kalau beli nanti..

Kebelakangan ni selalu ja teringin nak makan macam-macam.. Teringin dia bukan sekadar biasa-biasa tapi sudah ke tahap yang extreme terlampau.. Simptom mengidam ke ni?


Semalam Hana teringin sangat nak makan makanan berkuah. Selalunya sup, singgang, asam pedas dan tomyam saja. Jarang Hana buat gulai-gulai, kari, dan kurma.. Mungkin dari kecil selalu dibiasakan dengan sup, singgang, asam pedas dan tomyam. Jadi lidah lebih gemar memilih yang tanpa santan..


Semalam terlihat gambar makanan Cina. Yum..yum.. Macam sedap je. Macam sedap je.. Cari punya cari baru Hana tahu Sup Shark Fin rupanya..Jadi Hana try la.



Harini Hana nak kongsikan resipi sup cina ala-ala sup shark fin. Tapi versi bajet la.. Guna apa yang ada..

Bahan-bahan

1 bahagian dada ayam
2 kek ikan/ tofu
sayur kobis
1 biji telur
1 batang lobak merah
1 biji telur
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1sb sos tiram
1sb kicap
1/2 kiub ayam


Cara membuatnya

  1. Tumiskan bawang putih, halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan kek ikan. Gaulkan sehingga agak garing. 
  2. Tuangkan air. Masukkan sayur dan lobak. air ikut sukatan sendiri. Jika sukakan lebih kuah, banyakkan air. waktu ni perlahankan api.
  3. Sebaik sahaja lobak sudah lembut, masukkan ayam, kiub ayam, sos tiram dan kicap. Kacau sehingga sebati. Kadang-kadang Hana masukkan batang sayur sawi. Tetapi versi kali ini letaklobak sahaja.
  4. Kemudian pecahkan telur. Pukul telur. Masukkan telur sikit-sikit agak tinggi sikit daripada periuk dan tunggu sehingga 10 saat. Atau cara mudah adalah anda lihat telur sudah beku sedikit barulah kacau. Dengan cara ini barulah dapat terhasil telur yang macam bertali-tali tu, Jika anda terus kacau sebaik sahaja masukkan telur, telur akan pecah-pecah dan kurang cantik sedikit. Sebenarnya ini semua bergantung kepada citarasa masing-masing.
  5. Kalau ada sayur sawi, waktu ini masukkan bahagian daun. dan agak masak. Bancuhkan tepung jagung.Masukkan dan kacau sehingga sedikit pekat. Akhir sekali,tutupkan api dan sendukkan ke dalam mangkuk. Tabur sedikit daun bawang atau bawang goreng untuk lebih sedap. Tetapi Hana tak letak. Sebab versi bajet.. hihi
Sedapp... Sehingga bertambah-tambah makan dengan housemate..
Maaf tak sempat nak ambil gambar. Dah habis makan baru teringat nak ambil gambar.

Selamat Mencuba.. Semoga bermanfaat..
Google Courtesy





Friday, September 16, 2016

Kuih Siput Kruk Kruk Simple dan sedap

Image result for kuih siput
google picture
Dari kecil sehingga dah besar sekarang, masih lagi ini yang menjadi favourite Hana.. Selalu juga beli bila ada makcik jual kuih datang rumah.. buat minum petang-petang.. Sebungkus RM5. Banyak juga.. memang puas makan..


Tapi bila dipostingkan ke Tatau, terpaksa la menunggu raya ataupun cuti baru dapat nak melepas mengidam ni .. Last-last haritu, jumpa resipi ni..  memang ikut 100%..(al maklumlah saya budak baru belajar)


jadi, hana nak kongsikan dengan yang lain.. semoga owner resipi ni sentiasa dimurahkan rezeki. ada credit to the owner...


ok. meh kita lihat dulu

Bahan-bahan:

  • 1kg tepung gandum
  • 1 cawan marjerin - dicairkan
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 pelepah daun kari - dimayang halus
  • daun sup dan bawang - dimayang halus
  • 2 sudu besar jintan manis - dikisar bersama cili - pada sy lagi byk lagi sedap tapi jangan banyak sangat ye
  • 1 biji telur ayam
  • 1 cawan air
  • 2 sudu kecil garam - dilarut dalam air
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat kuih siput:
  1.  Tepung gandum dan marjerin cair digaul rata dengan menggunakan tangan hingga menjadi serbuk dan diketepikan.
  2. Cili kering dikisar bersama jintan manis,
  3. Cili kering yang telah dikisar dan daun sup dan bawang yang telah mayang halus dibancuh bersama air, garam dan telur kemudiannya dituang ke dalam adunan tepung tadi, diuli sehingga rata.
  4. Jika adunan agak keras, tambah air sedikit-sedikit, jika agak lembik tambah gandum sedikit sedikit, terus menguli hingga adunan menjadi lembut dan sekata. Ikut masin sendiri ye.
    Doh digentel bulat-bulat berdiameter lebih kurang 1 cm, kemudian digelek di atas acuan kuih siput, selepas siap ia digoreng dengan minyak yang banyak dibalik-balik agar masak sekata. Kuih siput sudah masak apabila kelihatan keperang-perangan, diangkat dan ditoskan
  5. Dah agak-agak sejuk, boleh la disimpan ke dalam bekas kedap udara,,, Perlu DIINGATKAN DI SINI, simpan di dalam bekas kedap udara.. Baru sedap makan kuih siput ini.. Kruk..Kruk gitu...

Credit to: Fb Zuhana Ju

Sunday, May 8, 2016

Resipi Mudah : Bebola ayam berkeju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama tak mencoret disini, agak sibuk sedikit dengan komitmen dan urusan di sekolah. 
Alhamdulillah weekend ni. Dapat bercuti 2 hari. Sabtu Ahad. Selama ini sehari ja..

Ok. kali ni Hana nak kongsikan resipi bebola ayam keju. Tq kepadaAsmawaty N Sofian yang share resipi ini.  Dah cuba buat.. ikut sama macam resipi ni. Cuma ada modify sikit macam letak lada hitam lebih sikit...  

Nak buat? Jom. Ni resipinya di bawah.. Moga bermanfaat.


Bahan-Bahannya.

  • Dada Ayam segar @ Ayam Kisar segera Ramly / Ayamas  (suggested Ramly, tapi Hana guna dada ayam je.senang.. cincang sebab tak ada food processor.. 
  • Cheddar Cheese Block / Ketul (kalau tak ada yg slices pun boleh) 
  • Kiub Ayam 
  • Lada Sulah 
  • Lada Hitam serbuk (ni nak bagi sedap je, tak nak letak pun tak apa) 
  • Telur 
  • Serbuk Roti Oren  (Nestum pun boleh kalau tak jumpa serbuk roti) 
  • Minyak masak
Ok itu bahan-bahan dia. Ni cara nak buat pula.

  1.  Cincang dada ayam segar. Kalau guna daging ayam kisar, unpack terus tuang dalam mangkuk dan biar defrost. Part time mencincang ni la teringin sangat nak food processor. Kalau guna ayam segar dan tak ada food processor, potong-potong dulu ayam baru cincang. Senang lagi macam ni. Lagipun isi ayam lembut..  bajet ala-ala MasterChef masa mencincang tu.. 
  2. Untuk cheese,potong besar dadu atau ikut suka anda sebab nanti kita akan masukkan dalam bebola. Kalau besar sangat, nanti terover besar bebola uolls. 
  3. Bila bahan-bahan sudah siap.  Boleh la kita gaul-gaulkan ayam tadi dengan lada sulah dan lada hitam, nak sedap tambah kiub ayam . Separuh je untuk 400g ayam. Sukatan lada sulah dan lada hitam tu ikut suka anda. Hana pun main agak-agak ja.
  4. kalau adunan lembik sangat, anda perlu tambah 2 sudu tepung jagung. Gaulkan. Kalau rasa masih lembik lagi tambah lagi tepung jagung sampai dapat tekstur yang agak-agak mudah kita nak bulatkan . 
  5. Dah siap ambik agak2 untuk jadikan bebola, leperkan atas tangan masukkan cheese, golek-golek bagi bulat atas tangan. Pastikan tangan basah, supaya takda adunan tu melekat kat tangan.
  6. Boleh sediakan untuk part celup-celup.... Ambil telur dan pukul rata. Celupkan dalam telur dan golekkan dalam breadcrump (serbuk roti).
  7. dan goreng..

TIPS PENTING!!

Minyak kena banyak dan pastikan tak panas sangat sebab nanti bebola jadi hitam. Isi dalam tak masak.

dan jangan goreng terlalu lama. Takut nanti cheese keluar.. Tak sempat masuk mulut korunk. 
Ingat... Api tak boleh terlalu besar sepanjang menggoreng.

Nak elakkan tangan melekat-lekat dan breadcrump tak melekatt. Hana cadangkan untuk buat dulu semua bebola yang nak.. Dah siap part ni, baru golekkan dalam breadcrump. senang lagi macam ni.... ^_^


Ini la rupanya bebola ayam berkeju.. Gambar daripada google. Maafla bila masak, time makan lupa nak snap dulu... Tak dapat tahan bau dia.. Menggoda jiwa. Bila makan, rasa cheese meleleh... Makan panas-panas memang soodappp...



Monday, April 11, 2016

Cheesecake sedap guna 3 Bahan Jerr


Tengok cheesecake... *Drooling.

Haish awat sedap sangat.. Sini dah la susah jumpa kedai kek. Yang ada pun, faham-faham je la..
Luckily ada resipi ini.. Senang ja. Tak perlu banyak-banyak bahan...

Nak tahu cara untuk buat cheesecake ni boleh klik video di bawah..






Make things easier for me...

Dalam banyak-banyak perkara selain reading dan doing DIY. Hana suka memasak.. Biarla tak pandai mana pun..


Google..gooler..googling... haha.

Disebabkan tak pandai masak jadi selalu la Google menjadi sumber rujukan.. Zaman sekarang senang je. Nak makan apa taip saja.. Tak perlu susah-susah nak tunggu keluar pergi kedai buku dulu baru beli buku masakan dan boleh memasak...  Taip saja 'Resipi Ayam Masak Merah Mudah' hihi.. * selalunya pilih yang simple-simple sahaja.. Sebab disini kekangan nak cari bahan-bahan... So, daripada resipi yang ada 8 bahan untuk masak ayam merah, mungkin kita dapat jumpa yang guna 5 bahan ja.. Tapi zup zap zup jadi sedap juga ayam masak merah yang anda buat.. Lagipun, simple is better.. haha


Selalu juga time online FB jumpa resipi yang memikat hati. Dan rasa mampu buat dan akan buat masa ke depan-depa nanti.. Terus like dan share.. (berpuluh rasanya..eh da beratus rasanya share) .
Mudah kan?

Tapi....
Selalu ja time nak masak tu, nak cari semula resipi. Jenuh scroll turun (*jenuh = penat. Bahasa Kedah.) Susah juga la.. time nak masak tu baru nak online FB memang tak akan la...nak tunggu screenshot sempat semangat dan mood memasak hilang...

Jadi, timbul idea untuk masukkan dalam blog.. Hana akan creditkan kepada owner asal resipi dan gambar.. Sebab bila di blog senang sikit Hana nak cari dan guna. Klik tag resipi keluar la... Minta dihalalkan ilmu yang dikongsi..InsyaAllah, semoga bertambah saham akhirat owner resipi sebab sharekan ilmu yang bermanfaat....

Bestnya... selagi mana orang guna dan masak-masak makanan.. selagi tu la tak putus pahala masuk ibarat macam masuk duit dalam tabung...


InsyaAllah.. Harap dengan share resipi disini makin senang la nak cari. Dan semoga dapat la masak-masak selalu..yeay.... Nanti kalau korunk nak resipi boleh ja klik kat resipi. Senang sikit... Boleh ja klik di resipi..

Moga satu hari nanti Hana pun pandai masak macam orang lain. hihi.. Food lover mesti la kena pandai kan.. hahaha..

ok. Nanti Hana akan datang tulis-tulis sini lagi.









Friday, July 10, 2015

Resipi simple : Serawa @ Pengat Pisang

Assalamualaikum wbt semua. Hi, how are you? Ni hao ma?

The excitement. Semakin terserlah. Minggu depan sudah minggu akhir persekolahan. *yeay..
Oleh kerana excited dan sentiasa teringatkan kampung halaman, jadi craving for food semakin menjadi-jadi..

Teringin nak makan itu. Nak makan ini.. Kadang-kadang tergugat iman melihat news feed di facebook dengan gambar makanan yang *Waahh sedapnya.. (read this with feeling).. dengan status seronoknya dapat berbuka dengan juadah *****, Terima kasih mama masakkan lauk kegemaran hari ini...


Haip..haip.. *wake up.
and this is how it end.. Last three days I'm craving for something sweet. Haip Sejak bila kegemaran benda-benda manis pun tidak pasti (smiling). and first thing that come across my mind is serawa/ pengat.. atau nama yang seangkatan dengannya yang saya tak pasti..

Bila I tour around my house (macam besar je kan :P), I saw bananas.. A lot of them. Even it is behind my house.. I've meet my neighbour that eventually called me from her kitchen when she saw me..

"Farhana, pisang di belakang tu da nak masak da. Ambil la nanti."

"Tak apa ke akak?"

"Belakang rumah farhana. Farhana punya la. Tak apa la. Orang yang tinggal di sini dlu yang tanam.."

"Oo.. ok. Tq akak.. (I left with a smile). Ini la namanya pucuk dicita ulam mendatang...(sorry tak pandai sangat berseloka/ bergurindam/berpantun)



----- but still.. i'm thinking how will i'm going to get the bananas.. That still hanging on the tree (banana plant =  banana tree for me haha). Thinking and thinking.. Tick tock tick tock...

"Ya Allah, macam mana aku nak buat ya? Kalau biarkan nanti sayang pula tengok pisang tu busuk macam tu saja"

dan Allah itu Maha Mendengar. Tiba-tiba suami Kak Dora turun ke bawah sambil bawa parang. Rasanya nampak sangat saya asyik melihat pisang tu. :P. Tak sampai 5 minit, setandan pisang dah ada dalam tangan. Tak pernah lagi in my life.. dapat or beli pisang sebanyak itu. selalu sesikat dua je.

Maka bermulalah,
Tanya housemate tau tak nak buat pengat/ serawa pisang.. Housemate cakap perlu santan, pisang, sagu, gula melaka... "Ni pisang dah ada. Yang lain-lain nanti saya carikan..." semangat betul kan :P


Maka petang itu juga, venture to pekan Tatau untuk mencari bahan-bahan.. Alhamdulillah..sempat petang itu kami masak serawa pisang. Oleh kerana buat banyak, maka dapatlah beri pada jiran-jiran dan abang serta akak ipar housemates...


Rezeki kita, rezeki orang juga.


jadi, sini Hana nak sharekan resipi. Simple je. Versi kami :)

Resipi Serawa @ Pengat Pisang
Bahan-bahan
Pisang
santan (1 kotak) kami guna yang kotak ja. fresh tak ada dijual
Gula Melaka/ Gula Merah (separuh)
Gula (2 sudu makan)
Sagu ( 1/4 paket kecil)
Air (200ml)
secubit garam *jika perlu


Cara membuatnya:
  1. Rendamkan sagu terlebih dahulu. Supaya cepat kembang nanti(kami gunakan sagu biasa saja, ada yang warna warni) tapi prefer yang asli. :)
  2. Tuang air ke dalam periuk. Air ni kira untuk kita jadikan kuah serawa ni nanti. Jika banyak, nanti terlalu cair pula. Pandai-pandai la anggar ikut kuantiti pisang. Main agak-agak je time tu
  3. Masukkan sagu. dan masukkan pisang. Pisang ni boleh nak masukkan sebiji-biji terus atau potong kepada dua. Biarkan dan kacau sekejap sehingga sagu yang putih-putih tu dah jadi warna macam lutsinar.. eh lut cahaya. ^_^. 
  4. Dah agak-agak ok, masukkan gula melaka. Gula melaka ni kami hancurkan dan cairkan dulu. Takut nanti masuk dalam periuk dia masih lagi berketul-ketul. hihi. 
  5. Masukkan gula dan kacau sekejap.. dah agak-agak macam da sebati semua. Masukkan santan akhirnya. Kacau dan siap... ^_^

Sedap dimakan suam-suam panas. Kalau dimakan, panas-panas nanti takut terbakar lidah pula. Dah hilang pula deria rasa. hihi.

Sedap juga dimakan bersama biskut keping Hup Seng @ cap Ping Pong...

** boleh masukkan daun pandan supaya wangi aromanya. Tak jumpa mencari daun pandan sekitar rumah jadi tak masukkan.



Maaf tak ada gambar proses sebelum atau selepas. Handphone tak sihat seperti dulu lagi..
Inipun courtesy from google... Tapi memang sama.. sama dengan apa yang kami buat..


Itu sahaja. Resipi yang ringkas tapi semestinya menyenangkan hati. sebab perut kenyang malam tadi. hihi.


Salam 23 Ramadhan
Lots of love
Farhana
Tatau, Sarawak

Saturday, October 25, 2014

Resipi : Jeruk Pelam Asam Boi senang dan sedap

Assalamualaikum semua.Semoga semua pembaca blog ni sentiasa dirahmati Allah.

Sebelum tu Hana nak tanya, siapa pernah makan jeruk pelam asam boi? Tak pun jeruk mangga muda asam boi yang tengah viral sekaranng ni.. meletop-letop..  Tengok ramai yang up kat FB. Teringin. Serius terliur. ramai juga yang jual tapi malas nak beli. Bila beli mesti kena tunggu barang sampai dulu kan? Betul tak? So, buat sendiri je mudah. Lagi laju la makan. Boleh makan sampai puas. hehe.

Kebetulan pula rumah memang ada pokok mempelam. Dah berbuah pula tu. Banyak bakti pokok ni pada famili. Tak pernah takde buah. Bila berbuah ibarat macam nak makan petik je. Petang tadi, masa tolong mak masak makan malam, sesajer je sembang dengan abang. Tetibe je abang cakap, "teringin nak makan jeruk pelam asam boi.. Rumah kita ada dak asam boi?" . Selaku adik yang memang teringin juga nak makan laju jer cakap "Ada-ada, tapi yang serbuk la. sama tak?"

"Boleh ja"
"Ok set. Abang kait buah. satgi kakak buat" (3 beradik : Abang, akak, adik)

Maka, bermulalah.. keje godek-godek pak cik Google. Cari resipi. Ada tengok sana sini. Last-last mak cakap, anak murid mak ada bagi resipi. Excited bukan main lagi. *sengih-sengih

Tunggu punya tunggu last-last abang masuk bawa bakul. Fuh.. ni bukan 4 biji ni. Ni dah 14 biji (*maaf hiperbola jap). Ada la dalam 10 biji kut dalam bakul tu. "Ni nak buat semua ka?". "Boleh ja, akak buat pastu simpan dalam peti"

Memang pesta la. Terima kasih abang. Semoga sentiasa panjang umur murah rezeki. Mempelam kami bulat-bulat dan kecik sedikit.  Jadi, bermulalah..


Resipi nak buat jeruk ni senang jer. Ni resipi yang buat semalam. Boleh buat terus kalau ada bahan-bahan. Ni pun men campak-campak sesedap rasa. Nak sedap lagi. Letak lebih sikit asam boi.

8 Buah mempelam (mangga muda) 
sepaket Asam boi/ Asam Ko ( serbuk punya)
8 sudu gula 
Garam secubit (sikit je ni)

Ni jer bahan-bahan.




Buah mempelam dipotong-potong. Boleh sesuka hati nak macam mana. Ni Hana buat ikut sedap nak masuk dalam mulut nanti. Tak kira dah sama bentuk or saiz. Janji rasa tak berubah. Dah potong, basuh dan toskan air. letak dalam besen/ bekas


Letakkan gula. Pastu gaul-gaul sesuka rasa. :)




Selepas itu, masukkan pula asam ko/asam boi. Terserah yang mana suka. *inipun guna yang mana ada




Jadi la lebih kurang nampak macam ni la nanti. Nak sedap tambah lebih asam ko.
Ikut citarasa masing-masing ni.




Last sekali, potong cili padi sikit. supaya ada kick bila makan. nak pedas-pedas lebihkan cili. Tapi cili padi ni fuh, 2 biji je da terangkat. dan akhir sekali gaul-gaul lah sampai semua sebati. Senang jer kan?


Dah gaul sebati semua, selepas itu masuklah dalam peti lebih kurang 3-4 jam. Nak sejuk lagi, lama lagi la simpan. Makan sejuk-sejuk memang sedap.. Tapi semalam nak makan tak dan dan (tak sabar) maka setengah jam je dalam peti pun layankan je. Masuk mulut kunyah same je sedapnya. 

Oh ya. lupa nak pesan. Nak buat jeruk ni TAK PAYAH LETAK or TAMBAH AIR. Sebab nanti gula ni akan cair. Automatik akan berair jeruk ni.  Memang sedap kalau makan dengan air die. 


Malam ni jer, da berapa kali refill bekas. Last-last stop juga sebab dah tengah malam, nak masuk tidur.



Kepada yang nak mencuba, selamat mencuba!!



Ok. Nanti Hana nak share resipi lain pula. Cuti-cuti ni memang fefeeling masak-masak.
Thats why I love home and holidays...

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...