Thursday, January 15, 2015

Part 1 : PERKARA YANG PERLU DIBUAT BAGI POSTING

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog ini..

Saya doakan moga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah.. Sekolah sudah bermula, maknanya tak lama lagi akan tiba giliran PISMP semester 8 yang dah tamat pengajian untuk menjadi guru di sekolah nanti..

Jujur. Awalnya Hana sendiri keliru dan agak blur.. Apa yang perlu dibuat nanti? Nak buat macam mana? Apa yang perlu?

ok.. disini Hana nak kongsikan panduan yang dapat memberi manfaat kepada mereka yang masih lagi tercari-cari atau tertanya-tanya nak buat apa.. Credit to Reza Badiuzzaman.. Hana cuma compilekan maklumat-maklumat yang saudara Reza kongsikan di page FB.. Yang Hana kongsikan untuk bagi phase sebelum kita tahu dapat posting mana (Untuk masa sekarang). Yang lain, insyaAllah Hana akan kongsikan dalam next entry..


5 PERKARA YANG PERLU DIBUAT SEMASA TUNGGU RESULT POSTING

1. SPP
Check portal SPP, sama ada lulus SPP atau tidak dan jika berjaya teruskan download surat tawaran perlantikan SPP(selalunya dihantar ke alamat rumah, ikut tahun semasa) dan Dokumen lain. Printkan semua dokumen yang dah download. Bawa bersama surat tawaran untuk medical check up nanti sebab ada sesetengah tempat nak tengok surat ini. Kalau buat di hospital/klinik kerajaan FREE OF CHARGE


2. Medical Checkup dan Surat Akuan Sumpah
Buat Dahulu Medical Check Up dan Surat Akuan Sumpah. Bawa sekali surat tawaran yang dah print tu masa nak pergi medical check up. Sebab ada sesetengah tempat perlukan ni. Tentang X-Ray, ada yang cakap perlu ada yang cakap tidak, tetapi tak rugi kalau kita dah buat siap-siap, sebab ada yang bila ke sekolah X-Ray ni perlu. Buat awal dapat elakkan kita dari gelabah nanti..

Surat Akuan Sumpah ni boleh nak buat di Mahkamah atau Pejabat Pesuruhjaya Sumpah. Kalau di Pejabat Pesuruhjaya ni Hana buat hari tu dikenakan bayaran RM5 je.. Bagi yang dekat dengan Jitra, boleh pilih nak gi mahkamah atau Pejabat Pesuruhjaya dekat Pos Laju Jitra tepi Klinik Aman.


3. Akaun KWSP
Buka akaun KWSP bagi yang belum pernah ada. Kalau yang dah ada mungkin boleh kemaskini. Ini FREE OF CHARGE juga.. Cara dia sama je, kena ambil nombor giliran dan tunggu sampai dipanggil.. Jangan lupa bawa KAD PENGENALAN. Kejap je buat ni, masa menunggu yang mungkin lama.

KWSP ni penting sebab nanti kita kena minta statement yang ada maklumat diri seperti nama dan no.KWSP. Gaji anda akan dipotong 10% dan dimasukkan ke dalam KWSP setiap bulan sehingga anda SAH jawatan dan memilih Skim Pencen atau KWSP. Tempoh sah 1-3 tahun. Kenaikan gaji setahun rm225 untuk DG41. dan time based DG adalah 8 tahun.


4.  Isi E-Vetting
Kepada yang belum isi e-vetting, boleh klik link [E-vetting].
E-vetting ni tapisan keselamatan.. Penting untuk pengesahan jawatan kita nanti. E-vetting ni boleh juga buat secara manual selepas posting bersama surat iringan dari sekolah dan dihantar ke tapisan keselamatan Putrajaya. Memakan masa 3-6 bulan. Better isi awal-awal online.. dah bila dah Berjaya, jangan lupa PRINT


5. Semak Laman web KPM - Keputusan Posting
Buka laman Web KPM kalau boleh setiap hari. untuk update.. sebab sini maklumat rasmi.. Jadi takdelah rasa cuak dan berdebar-debar dengan rumours....

Bila diumumkan penempatan untuk tahun negeri dan sekolah yang dipostingkan. Call Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) jika dia hanya nyatakan negeri untuk mengetahui daerah dan nama sekolah. Selalunya untuk semenanjung ke sabah, Sarawak akan ditanggung tiket flight. tetapi untuk sarawak ke sabah, sabah ke sarawak dan antara negeri di semenanjung ditanggung sendiri. pastikan call sekolah untuk tahu kemudahan sekolah seperti kuarters dan tempat tinggal. (sekolah pendalaman selalunya akan berkumpul di PPD dan diambil oleh GB atau wakil GB sekolah masing2).

Buat masa sekarang ni mungkin kita boleh selesaikan perkara-perkara 1 hingga 4 dulu.. sebab yang nombor 5 tu di luar kawalan kita... Buat masa sekarang, kita doakan sama-sama, moga dapat dipostingkan. dan dipostingkan di negeri pilihan. Doakan yang terbaik. InsyaAllah..


Semoga dapat memberi manfaat kepada semua.. 







2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian maklumat.

    ReplyDelete
  2. salam, saya nak bertanya, sijil e vetting sah laku untuk tempoh berapa tahun? saya dan isi sewaktu awal kemasukan ke IPG dan dah dapat sijil tersebut. adakah masih boleh digunakan untuk uursan posting tahun ini?

    ReplyDelete

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...