Saturday, May 21, 2016

May-born Baby



hahahaha.. only my sister and my best friends know these...

Take5: Duduk dan ambil tahu

 Dalam hidup ni, kita kena keluar dan lihat apa yang sedang berlaku disekeliling kita..
Ambil tahu sebanyak mungkin.. Tak salah. Jadi berani. :D

Hidup kita ni terlalu singkat untuk rasa semua pengalaman yang orang lain rasa..

Maka, tak perlulah kita tunggu something jadi kat kita, baru timbul rasa nk belajar atau menyesal..

Tengok orang lain, lihat alam..

Bila hatimu resah dan gundah, lihatlah langit ciptaanNya.

Setiap sesuatu itu ada pengajarannya kalau kita berfikir..

Bila bercakap tentang belajar dari pengalaman itu bukan bermaksud belajar dari pengalaman kita saja.. belajar dari pengalaman orang lain juga.. kerana adakalanya kita tak mampu mencapai sehingga ke tahap mereka..

Namun, apa yg dia silap, jangan kita ulang.. Apa yang dia betul, jangan malu segan nak tiru..

Dan sebaik-baik  insan yang kita kita nk tiru ialah RASULULLAH sallahualaihiwassalam..

Allahummasolli'alaMuhammad! :)..


p/s: rindu dan cinta yang menggunung padamu Rasulullah SAW. moga diberi peluang bertemu denganmu lagi, Kekasih Allah.

Sunday, May 15, 2016

Take5 : Mana yang penting ?

Lately banyak ternampak post2 status.

“mana yang penting dalam cinta: dicintai atau mencintai?

~ seperti biasa Hana tersenyum melihat status sahabat-sahabat. Semua semakin matang dan sudah memikirkan dan sudah ada yang bersedia untuk fasa berikutnya.  ^_^ smile emoticon
bagus2. Tumpag gembira for you all.


Petang ini, seperti biasa dan rutin harian akan tengok pokok-pokok di bahagian belakang rumah dari tingkap sliding bilik..




Tiba-tiba ternampak seekor bangau yang terbang naik ke dahan pokok dibelakang rumah.. Dari jauh Hana perhatikan..




Tiba-tiba Allah hadirkan jawapan bagi persoalan yang diri sendiri monolog saat melihat post status dicintai atau mencintai?


Cuba kita lihat pada burung, mana yang penting, sayap kiri ke sayap kanan?


 Mestilah kedua-duanya, kan? Ke ada yang boleh terbang sebelah saja... Penguin is not included ek.. dia tak boleh terbang...


So, bagi menjawab persoalan tadi.
 "Dicintai atau mencintai?"

 Sebenarnya hidup adalah mengenai kesediaan diri kita. Apabila melibatkan relationship, sebenarnya ia lebih menjurus kepada Give and Take. dan bertolak ansur. .. Jadi mengenai status ini, tak boleh la jika hanya satu pihak saja. dua pihak kena saling memainkan peranan dan mempunyai perasaan. Untuk mencintai dan sedia untuk dicintai..


Sama juga hubungan kita dengan Allah. Kita tidak boleh la asyik minta Allah jea bagi nikmat kat kita. Kita tunggu je nikmat tu jatuh dari langit.. NO..No...
If in life pun we give and take, so in our relationship with Allah, kita pun kena la patuh pada ajaran-Nya. Jaga solat, puasa, zakat dan hubungan sesama manusia serta cintailah kekasihNya Rasulullah saw.. Barulah ada rasa mencintai dan dicintai olehNya.. barulah hidup kita bahagia. Biarlah apa yang kita beri setimpal dengan nikmat yang kita terima.

Dan sebab tu kalau kita sayang seseorang, tapi orang tu tak sayang kita balik, lupakan saja. Kenapa perlu dibazirkan air mata? fikir lama-lama. termenung melayan perasaan. Jangan buang masa.



Lagipun bukankah Allah yang lebih berhak kita CINTA melebihi segalanya. daripada buang masa, lebih baik LUANGkan masa untuk mencari ilmu pada jalanNya.
smile emoticon ^_^

~sedikit perkongsian.



p/s: Hope this post will help you my friend... InsyaAllah, Allah akan hadirkan seseorang yang terbaik pada waktu yang tepat . Pada saat engkau dah bersedia. So, dont worry.. Be strong..

Sunday, May 8, 2016

Resipi Mudah : Bebola ayam berkeju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.. Lama tak mencoret disini, agak sibuk sedikit dengan komitmen dan urusan di sekolah. 
Alhamdulillah weekend ni. Dapat bercuti 2 hari. Sabtu Ahad. Selama ini sehari ja..

Ok. kali ni Hana nak kongsikan resipi bebola ayam keju. Tq kepadaAsmawaty N Sofian yang share resipi ini.  Dah cuba buat.. ikut sama macam resipi ni. Cuma ada modify sikit macam letak lada hitam lebih sikit...  

Nak buat? Jom. Ni resipinya di bawah.. Moga bermanfaat.


Bahan-Bahannya.

  • Dada Ayam segar @ Ayam Kisar segera Ramly / Ayamas  (suggested Ramly, tapi Hana guna dada ayam je.senang.. cincang sebab tak ada food processor.. 
  • Cheddar Cheese Block / Ketul (kalau tak ada yg slices pun boleh) 
  • Kiub Ayam 
  • Lada Sulah 
  • Lada Hitam serbuk (ni nak bagi sedap je, tak nak letak pun tak apa) 
  • Telur 
  • Serbuk Roti Oren  (Nestum pun boleh kalau tak jumpa serbuk roti) 
  • Minyak masak
Ok itu bahan-bahan dia. Ni cara nak buat pula.

  1.  Cincang dada ayam segar. Kalau guna daging ayam kisar, unpack terus tuang dalam mangkuk dan biar defrost. Part time mencincang ni la teringin sangat nak food processor. Kalau guna ayam segar dan tak ada food processor, potong-potong dulu ayam baru cincang. Senang lagi macam ni. Lagipun isi ayam lembut..  bajet ala-ala MasterChef masa mencincang tu.. 
  2. Untuk cheese,potong besar dadu atau ikut suka anda sebab nanti kita akan masukkan dalam bebola. Kalau besar sangat, nanti terover besar bebola uolls. 
  3. Bila bahan-bahan sudah siap.  Boleh la kita gaul-gaulkan ayam tadi dengan lada sulah dan lada hitam, nak sedap tambah kiub ayam . Separuh je untuk 400g ayam. Sukatan lada sulah dan lada hitam tu ikut suka anda. Hana pun main agak-agak ja.
  4. kalau adunan lembik sangat, anda perlu tambah 2 sudu tepung jagung. Gaulkan. Kalau rasa masih lembik lagi tambah lagi tepung jagung sampai dapat tekstur yang agak-agak mudah kita nak bulatkan . 
  5. Dah siap ambik agak2 untuk jadikan bebola, leperkan atas tangan masukkan cheese, golek-golek bagi bulat atas tangan. Pastikan tangan basah, supaya takda adunan tu melekat kat tangan.
  6. Boleh sediakan untuk part celup-celup.... Ambil telur dan pukul rata. Celupkan dalam telur dan golekkan dalam breadcrump (serbuk roti).
  7. dan goreng..

TIPS PENTING!!

Minyak kena banyak dan pastikan tak panas sangat sebab nanti bebola jadi hitam. Isi dalam tak masak.

dan jangan goreng terlalu lama. Takut nanti cheese keluar.. Tak sempat masuk mulut korunk. 
Ingat... Api tak boleh terlalu besar sepanjang menggoreng.

Nak elakkan tangan melekat-lekat dan breadcrump tak melekatt. Hana cadangkan untuk buat dulu semua bebola yang nak.. Dah siap part ni, baru golekkan dalam breadcrump. senang lagi macam ni.... ^_^


Ini la rupanya bebola ayam berkeju.. Gambar daripada google. Maafla bila masak, time makan lupa nak snap dulu... Tak dapat tahan bau dia.. Menggoda jiwa. Bila makan, rasa cheese meleleh... Makan panas-panas memang soodappp...



Saturday, May 7, 2016

Isra' Dan MIkraj di SK Tatau.

Alhamdulillah.. buat pertama kalinya Sekolah Kebangsaan Tatau telah berjaya mengadakan sambutan sempena Isra' dan Mikraj.

Program ini telah Berjaya dilaksanakan pada 6 Mei 2016 mengikut perancangan yang ditetapkan oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam dan juga Pengerusi JAKIS. Program yang melibatkan seramai 20 orang ibu bapa murid dan seramai 38 murid Islam telah dijalankan di Surau SK Tatau. Program ini dimulakan seawal jam 7.30 pagi dengan pendaftaran bagi ibu bapa dan seterusnya tetamu yang hadir berada di dalam surau bagi menunggu majlis bermula.

 


  

 Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis oleh cikgu Nazerin dan bacaan doa oleh Ustaz Shauqay. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Tuan Guru Besar. Guru Besar menyatakan dalam ucapannya bahawa kehadiran murid boleh ditingkatkan dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang dapat menarik minat mereka untuk menyertai program. Selesai ucapan , majlis diteruskan dengan slot solat sunat dhuha yang diimamkan oleh Ustaz Saiful Ridhuan.








 Selepas itu, majlis diteruskan dengan slot sembang-sembang ilmu oleh penceramah, Ustaz Mohd Faizal yang menyampaikan mengenai peristiwa Isra’ dan Mikraj.







dan akhir sekali yang dinanti-nantikan, pertandingan mewarna dan pertandingan kuiz. Pertandingan mewarna ini untuk Tahap 1. dan Kuiz bagi tahap 2. Disebabkan pada awal paginya, hujan turun sangat lebat, jadi tidak ramai murid Tahap 1 yang hadir pagi untuk tujuan sambutan ini..


Bersungguh-sungguh murid tahap 1 mewarna. Nanti sama-sama kita nantikan pemenang yang akan diumumkan pada perhimpunan akan datang

Walauapapun, tahniah kepada pihak pengajur. Panitia Pendidikan Islam dan semua ahlli dan AJK JAKIS SK Tatau yang berusaha untuk menjayakan sambutan pada kali ini.. InsyaAllah, semoga dengan kerjasama yang kita lakukan dapat mengeratkan hubungan dan menambahkan ilmu kepada murid dan juga dalam kalangan guru..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.