Friday, September 11, 2020

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara mengisinya.


Tatacara: ➡Login HRMIS menggunakan ID masing-masing ➡Pilih Data perjawatan➡deskripsi tugas ➡Tekan Fungsi➡selenggara komponen deskripsi tugas ➡Dashboard Deskripsi Tugas ➡Klik nama yang berwarna biru



DOWNLOAD DOKUMEN INI 

1. Link untuk kod Senarai Jawatan & Ringkasan Jawatan;
https://drive.google.com/file/d/1ogWUy8F4ccj1OX9HMPG4wU7QFnUGn0YN/view
KLIK LINK untuk DOWNLOAD

2. Link untuk Manual JD Guru Akademik;
https://drive.google.com/file/d/1Rr4sexML7glkYJ3lfOQYoSgLSdPaaL6M/view


DAN UNTUK CARA MENGISI HRMIS masing-masing, boleh tontoh video ini. Jelas dan terperinci.
https://www.youtube.com/watch?v=J7810wb83kI


AKHIR SEKALI >>>>>>>


PENGESAHAN JD HRMIS:
i) Semak semua butiran terlebih dahulu sebelum membuat pengesahan. ii) Klik pada bahagian PENGESAHAN, pilih PPP gred semasa cikgu. iii) Klik pada 'TIADA PENGESAH', kemudian klik pada butang 'Pemilik Kompeten'. iv) Taipkan No. Kad Pengenalan KP pada ruangan Pegawai Pengesah (rujuk KP sekolah masing-masing utk mendapatkan no.kad pengenalan beliau), dan klik TERUSKAN. v) Klik pada link kod senarai jawatan sebenar yang berwarna biru, nama Pegawai Pengesah akan dipaparkan. vi) Ulang langkah (iii), KLIK 'TIADA PELULUS' dan teruskan seperti tadi hingga langkah (v) untuk Pegawai Pelulus (Pengetua/Guru Besar).
vii) Setelah selesai, klik HANTAR.dah siap bolehla dapatkan No Kad Pengenalan Pegawai Pengesah.
dah masukkan ikut arahan seterusnya dan hantar

selamat mengisi.

credit to: cikgu Hasnitah

Wednesday, May 20, 2020

Saturday, March 28, 2020

Tuesday, December 12, 2017

A 3 years Journey in SK TATAU as a teacher

Alhamdulillah.. 3 tahun sudah berlalu. Sekejap sahaja masa berlalu. Terasa bagaikan semalam baru sahaja menerima tugas menjadi guru kelas anak-anak kecil ini. Tanggal 3 Februari 2015, pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kelas anak-anak 1 CERDIK. Allah. saat itu komunikasi semasa kelas ibarat ayam dan itik. Kebanyakan mereka kurang faham bahasa Melayu. Allah.. Macam mana aku nak ajar Bahasa Inggeris dengan mereka ? BM sudah cukup membuatkan kepala ini pening dalam nak memastikan mereka faham arahan cikgu.

wajah-wajah 2015

Always be my favourite in neat work.

Kelas kedua belakang. Sememangnya banyak mengajar Miss kesayangan mereka ini erti kesabaran, erti ketekunan dan kasih sayang. Kelas ini berjaya kekal kelas tanpa rotan sehinggalah akhir tahun 2017.
Akhir 2015. Jamuan akhir tahun. 15 orang sahaja yang hadir

Kelas Hero-hero 


Tetapi hari demi hari, bulan demi bulan sehingga beranjak tahun .Anak-anak murid pun da besar semuanya. Daripada tidak fasih ABC, kini alhamdulillah syukur mereka sudah dapat membaca dengan lancar dalam Bahasa Inggeris. Daripada takut dan tak ada keyakinan diri mereka sudah berani tampil mencuba. Harapan dan impianku semasa mula-mula memegang tanggungjawab sebagai guru kelas dan guru subjek BI hanya satu. Mendidik mereka menjadi manusia berguna pada diri sendiri, dan keluarga. Yang penting bersopan dan beradab.
Year 3 with the most students in Year 3 SK TATAU


Sejujurnya bukannya mudah untuk mengajar kelas yang majoritinya murid lelaki. Tetapi pengalaman bersama mereka sejak Tahun 1 sudah membuatkan mereka cukup kenal dengan miss kesayangan mereka ini. Ada masanya Miss menjadi singa mereka akan menjadi anak singa yang cukup comel sambil memujuk. Tak jadi marah lama-lama. Sebab nak tergelak saja. haha. 

Tetapi seperti kebiasaan murid mana yang tidak nakal. Kelas 3 Uranus ini pun tidak terlepas daripada hal disiplin kerana kenakalan mereka. Pengaruh rakan sebaya lagi. haiishh. Pening kepala miss. Tetapi syukur alhamdulillah nakal mereka masih terkawal. 














Kelas Matematik.
Tahun ini Hana mengajar kelas hujung sekali dalam darjah. 38 murid pelbagai ragam. Kebanyakan mereka masih tidak mengenali nombor. Membilang 1 hingga 10 merupakan satu perkara yang hampir mustahil buat mereka.

Sungguh inilah cabaran dunia pendidikan. Disaat Hana mahukan anak-anak ini untuk dapat mengenal nombor dan mengira terlebih dahulu. Sistem pendidikan negara kita mahukan mereka mampu mengira dan memahami masalah. Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi sememangnya 'membunuh' minat mereka perlahan-lahan.  Ramai yang akhirnya datang ke sekolah sekadar untuk bermain bersama kawan-kawan.

Untuk yang bercita-cita menjadi seorang guru.
Disini sebenarnya cabaran sebenar seorang guru. Kesabaran diuji.







Semoga lebih banyak cikgu dapat membantu kamu Tahun hadapan. aamiin.

Sunday, October 8, 2017

Promosi Shaklee Oktober 2017 : ESP Shaklee.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Kepada peminat ESP dan pengguna tegar ESP Shaklee. Hana ada berita baik untuk semua.

Bulan ini Shaklee buat promo ESP. Beli 4 dapat 5% off.

Memang jimat habis.
Hana memang peminat tegar ESP. Setiap pagi memang wajib sarapan ESP. Selalu ternanti-nanti. Merindukan promo ESP. Dulu Shaklee pernah adakan promosi ESP Buy 6 free 1. Tapi itu tahun lepas. Masa itu belum lagi jatuh cinta dengan ESP hihihi..

Akhirnya Shaklee mendengar suara rindu semua peminat tegar ESP. Jadi bulan ini bulan promo ESP.
YEAYY...




Anda tahu tak?
1 canister ESP ialah RM170.93, so kalau beli ESP 4 tong, korang perlu bayar RM 694.32 termasuk postage betul tak?

TETAPI! Bulan ini bulan Istimewa..
ISTIMEWA SANGAT-SANGAT. Sebab itu Hana tak sabar nak kongsikan dengan anda semua.


Istimewa bulan Oktober ini sahaja, Tahu tak dengan promo bulan ini anda akan dapat:


  • 4 canister ESP
  • Automatic free membership Shaklee (worth RM68.90)
  • Free postage (worth RM10.60)




Semua ini hanya sebanyak RM600. Anda jimat hampir RM100. Tambahan pula, anda akan menjadi ahli secara percuma dan barang siap dihantar siap ke depan pintu rumah anda. Memang jimat habis laaa... Rugi kalau tak rebut peluang ni.

4 canister banyak sangat? Berkongsi dengan kawan, family dan kenalan yang berminat, join order sekali.. Rugi jika tak rebut peluang sebab memang jimat habiss..Hana pun dah order untuk ready stock diri sendiri. Almaklumlah diri sendiri peminat tegar ESP.

Anda nak tahu tentang kelebihan ESP, boleh lihat di sini. Ada Hana kongsikan. Ada juga Hana kongsikan resipi menggunakan ESP. Hana juga ada satu RAHSIA BESAR CARA NAK HILANGKAN WHITE HEAD menggunakan ESP. Yang ini Hana akan kongsikan dengan customer Hana saja ya. Priviledge kepada mereka..


Nak dapatkan harga BEST PRICE ESP daripada Hana? Meh whatsapp 019-4025851
.







Saturday, September 30, 2017

Famousnya ESP Shaklee

Kenapa ESP ini tersangat famous dalam family SHAKLEE? Kenapa ESP ni mendapat tempat di hati customer? Sebabnya, dengan mengamalkan secara konsisten InshaaAllah dapat manfaat KULIT CANTIK , FLAWLESS, selera makan lebih terkawal untuk BENTUK BADAN MAINTAIN, lebih rasa BERTENAGA dan TAK CEPAT LETIH.

ESP pujaan hati Hana semenjak Hana kenal Shaklee.. Cuma dulu tak konsisten ambil. Sebab ambil je. Tak sempat sarapan. Jadual kuliah full. So, nak elakkan gastrik dan sakit perut, pagi-pagi Hana bancuh ESP je. Kekadang campur madu. Kekadang dengan susu.

Tahu tak kenapa Hana memilih ESP dan sekarang memilih untuk konsisten dengan ESP? ye la. Dulu main telan ja. Asalkan kenyang. Tetapi sejak Hana dah tahu kebaikan dan manfaatnya, setiap pagi mesti Hana tak miss ESP.

ESP Shaklee adalah yang TERBAIKKK!!


  • ESP diperbuat daripada non-GMO food. Dan cara pembersihannya serta pemprosesan tidak menggunakan alkohol seperti kebiasaan produk soya di pasaran. Ini nanti Hana akan ceritakan.
  • ESP mengandungi 9 jenis asid amino yang diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan.


Nak kulit cantik, licin, gebu?
Nak badan bertenaga dan sihat serta tak cepat letih?
Nak bentuk badan yang cantik?
Nak kuku dan rambut cantik?
Nak otak cerdas dan daya ingatan yang baik?


SAY BYE-BYE kepada semua persoalan di atas kerana Hana ada JAWAPANNYA..

Nak CANTIK - ESP memberikan kulit yang cantik, otot, kuku dan rambut yang sihat.
Nak KURUS   - ESP mengawal selera makan dan rasa kenyang dengan lebih lama.
Nak SIHAT     = ESP menyihatkan tubuh keseluruhannya dan mengurangkan risiko kanser.
Nak Otak Cerdas dan Daya Ingatan yang baik - ESP membekalkan tenaga supaya anda kekal fokus.


Malahan bukan itu sahaja tauu...
Nak PUASA   - ESP membekalkan tenaga sepanjang hari.
Nak TAMBAH SUSU IBU- ESP menggalakkan penghasilan susu dan susu menjadi lebih pekat serta menyokong perkembangan bayi.
Nak SUBUR / HAMIL -  ESP dapat membantu keseimbangan hormon dan kurangkan gejala menapos.
Nak KAWAL KENCING MANIS - ESP mengawal kepekatan gula dalam darah.
Nak KAWAL KOLESTROL -ESP menyokong paras LDL kolestrol yang sihat .

Jadi, no wonder lah ESP ini adalah salah satu supplement WAJIB consume untuk semua orang sama ada baru nak cuba-cuba consume supplement Shaklee atau yang dah lama consume Shaklee.


Nak dapatkan harga BEST PRICE ESP daripada Hana? Meh whatsapp 019-4025851
.


Monday, September 11, 2017

Kecoh Anak Muridku bawa Baby.



SUSPENS

"Cikguuuuuu.. Ada orang bawa baby. "
 "Apa?😱😱"
 "Ya.. Dia bawa baby.. Itu dia." (Sambil tunjukkan pada beg kawan tu)

Dalam hati.
Baby apa pula diorang ni?😂😅 Nak kata baby👶 macam impossible saja. Tak dengar bunyi nangis-nangis pun..

Dalam hati, sungguh-sungguh cikgu berdoa. Harap bukan baby haiwan yang pelik-pelik🐍🐸🐌🐛...

"Ini dia cikgu. Sebotol ni"

No automatic alt text available.

Haish.. Buat suspens saja. Cikgu punya la takut awak bawa baby lipas ke, cicak ke, tikus ke...
Nasib baik baby ni je..

Oh anak muridku😅


HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...