Thursday, December 26, 2013

:: Alhamdulillah. Allah yang punya ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, hari ini result keluar.
ada yang suka ada yang duka. ada yang dah siap-siap telefon bertanya result. Tetapi maaf la sahabat Hana tak dapat bercakap selain sepatah dua. Masih belum sembuh sepenuhnya..

Kepada yang dapat 4 rata. Tahniah Hana ucapkan. Tumpang gembira melihat kejayaan sahabat-sahabat. You deserve it.. ^_^ moga Allah memberikan peluang kepada Hana pula semester hadapan.

sekembalinya ke rumah petang tadi, Ana berehat sebentar sebelum bersiap untuk solat maghrib. dan tiba-tiba mendapat panggilan telefon daripada kamu, sahabat.  Ana ingatkan mahu bertanya result, jadi hana berbual biasa sambil bertanyakan khabar. Rindu sungguh pada kamu. Lama tak berjumpa..

tiba-tiba terdengar suara kamu berubah. Soalan ku diberi jawapan dengan esakkan..


wahai sahabat, ana juga tidak hebat. ana insan biasa..
mungkin kali ini bukan rezeki kamu, bukan rezeki ana untuk merasai 4 rata,
tetapi bersyukur kerana tidak ada subjek yang gagal. dan itu sudah lebih dari cukup buat ana.

Tipulah kalau ana cakap,ana tidak mahu kejayaan seperti itu..
tetapi kita yang berusaha. Allah yang memberi.

Kamu insan hebat..
Cuba lihat kembali betapa kuatnya kamu dari awal perjuangan hingga kini,
siapa yang memberi kekuatan kalau bukan Dia,
ana faham perasaan kamu.
ana juga pernah begitu dahulu.. tapi Allah tunjukkan jalan, Hana jumpa jalan..
pointer bukan segala-galanya.. tapi ilmu. ILMU..
Alhamdulillah, ana tanya tadi bagaimana kalau nak cari ID, kamu dapat jawab dan ingat tentang definisinya.. jadi kamu faham dan ingat walaupun paper tu dah lama habis.. da dapat pun keputusan..

InsyaAllah, setahun lagi berbaki. Ana di sana, kamu di sini.. tetapi tu tak bermakna kita tak boleh berkongsi cerita. Jangan malu untuk bertanya. Jangan malu untuk menelefon saya. Saya bukan hebat. saya biasa-biasa. cuma mungkin sikap saya yang sedikit LUAR BIASA. hehe :D InsyaAllah, sama-sama membantu untuk jadi berjaya.

untuk kamu ingatlah ini,

Andainya ditakdirkan kecemerlangan, itu sebenarnya dari ALLAH, 

Andainya ditakdirkan kegagalan, itu juga sebenarnya dari ALLAH ,

TAPI ingatlah walau kita cemerlang atau tidak,

berjaya atau gagal, 

hakikatnya kedua-dua itu pasti ada hikmahnya.. 


Yang penting,

 kita dah usaha yang terbaik dengan kudrat dan iradat yang diberikan ALLAH.

insyaAllah, rezeki itu adalah dariNya juga. Jangan putus berdoa.




Maafkan Hana sebab tidak mampu membalas dengan kata-kata. InsyaAllah, sebaik sahaja sembuh. Hana kol ye. Kita sembang nanti. InsyaAllah. ada hikmahnya. pointer bukan segalanya. nanti Hana ceritakan kenapa pada kamu. InsyaAllah..

Friday, December 20, 2013

:: Mengukir senyuman ::

Bismillahirrahmanirrahim..

hari ni 19 Disember 2013. Jadi, boleh dikatakan tak lama lagi sekolah dah nak buka.
Anak-anak kecil time ni memang excited habis nak beli baju, beg, buku, kotak pensel (pencil case) baru. itu la. ini la.. Kalau boleh nak semua baru..

betul tak?

Dulu saya masa kecik-kecik dulu pun macam ni juga. Sebulan awal dah siap semua barang-barang untuk buka sekolah nanti. Buku-buku pun sudah siap dibalut. Complete! hehe. anak cikgu memang laju la sebab ayah selalu cakap "buku teks tu dapat takkan tak buka sikit". jadi, memang selalunya sebelum masuk darjah baru, saya dah habis belek-belek semua buku. (belek je, bacanya tidak pun ) hehe.

memang kenangan masa kecil dulu cukup untuk membuat saya tersenyum sendiri. Tetapi masa itu sudah berlalu. Sekarang zaman sudah lain. gaya pembelajaran dan nak ke sekolah pun dah lain. dulu sebagai anak murid, kini sebagai seorang pelatih guru (bakal jadi cikgu =D )



Tengahari tadi keluar ke pekan Jitra sekejap, teman emak ke kedai. Di sana saya nampak masih ada lagi ibu bapa yang membeli barang keperluan anak-anak. Ya. Senyuman dan suara memang jelas bahawa adik-adik ni seronok nak ke sekolah. Bagus2.. Nanti pergi sekolah belajar elok-elok ye. dan tak kurang juga ada ibu bapa yang berkira-kira dalam membeli barangan untuk anak-anak. Mungkin kerana keadaan kewangan. saya juga kurang pasti tapi riak wajah itu saya faham.

dan tiba-tiba saya teringat tentang post Master Maria Firdaus

Ada wakil dari Surau Kampung Kedah, Parit Buntar datang berjumpa dengan saya. Mereka mohon sumbangan.

Projek mereka adalah, mereka ingin membuat sumbangan berupa kelengkapan pakaian dan beg sekolah untuk pelajar pelajar miskin dan juga anak yatim di kawasan sekitar rumah saya.

Mereka nak beri sumbangan kepada 25 pelajar. Seorang pelajar perlukan RM100. Mereka akan membeli barangan keperluan buat anak anak ini memulakan sessi persekolahan nanti.Ada wakil dari Surau Kampung Kedah, Parit Buntar datang berjumpa dengan saya. Mereka mohon sumbangan.
Setakat hari ini, hasil kutipan daripada orang kampung sudah berjumlah RM1450. Jadi, mereka datang berjumpa saya kalau kalau saya boleh tampung keperluan mereka ini. Mereka agak kesuntukan masa. Program ini akan berlangsung hari Sabtu ini. Tapi duit kutipan masih jauh lagi.

Long Story Cut Short

Saya beritahu mereka. "Insya Allah, berapa tak cukup. Saya akan cover."
So, saya nak buka peluang kepada anda.
Berapa ramai di antara anda yang berhasrat untuk menyertai saya dalam program ini. Insya Allah, ganjarannya sangat besar. Kita memberi peluang kepada anak anak yang terdiri dari keluarga yang kurang bernasib baik ini untuk mendapat kelengkapan peralatan sekolah yang sempurna.

dan baru saya tersedar, kita masih ada ibu dan ayah yang mampu untuk membelikan segala keperluan. Jadi, bagaimana kalau kita sama-sama bantu adik-adik ini supaya mereka juga dapat merasai pengalaman yang telah sama-sama kita lalui dahulu. Boleh juga kita tambah pencen kubur.

Jika anda ingin memberi sumbangan, anda boleh bank in ke akaun berikut :

Mohd Firdaus Bin Mat Saad. 1521 1604 0160. 
Emel : mariafirdausblog@yahoo.com

Jika masih belum mencukupi Master Maria Firdaus akan cover yang selebihnya. dan sekiranya terlebih mereka akan mencari pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim di kawasan sekitar kediaman mereka. InsyaAllah, semoga sumbangan kita yang sedikit ini dapat membawa kegembiraan kepada anak-anak ini dalam menuntut ilmu.

Wednesday, December 18, 2013

:: Alhamdulillah, ku gagahi langkah ini ::

Bismillahirrahmanirrahim..

malam ni dingin tapi sesekali angin timur mula terasa.

Hana nak tanya pernah tak bila anda nak buat sesuatu ada mulut yang berkata-kata

 "Kenapa nak buat ...ni, buat penat jer"

"eleh, pura-pura baik. Pada hal bodek tu"

"ek, eleh.. setakat nak buat macam tu tak payah la.. ramai lagi yang hebat dari ko"

"nak dapat 4 flat konon, study tak hebat mana. pastu dok perasan (syok sendiri) nak dapat 4.00 flat"

"dari ko buat yang ni baik buat yang tu.. yang A lagi baik dari B.. tapi C pun bagus juga. tapi nak selamat tak yah la ko cari pasal"


pernah tak? berapa kerap anda kena hentam macam ni? cuba beritahu saya

Tak pernah? WOW, tahniah!! dan syabas Hana ucapkan sebab ini tandanya orang disekeliling anda adalah mereka yang berjiwa bersih dan minda yang positif. Hargailah mereka ni. kerana sukar untuk kita mencari orang yang sebegini.

Adalah juga. Ya, Hana pasti paling tidak pun kita pernah hadapi sekali seumur hidup. Sekali ini pun sudah dikira hebat. tetapi realitinya hanya kita yang tahu..

ya, Hana juga tak terlepas dari kata-kata mulut manusia. Betul la ada kata pepatah kawan hana bagi  "mulut tempayan boleh ditutup tetapi bukan mulut manusia". bila difikirkan balik. yup its true. memang susah diri kita kalau kita hidup nak puaskan hati orang lain. No,no,no.. tak perlu stress, pening kepada fikir " macam mana nak buat ni, si A cakap bahan K tak bagus. si B pula suruh aku buat projek guna bahan K" ish..ish... macam mana ni?"

STOP. Stop peningkan dan bebankan kepala anda dengan tanggapan apa orang kata. sebab kalau kita terlalu take it too much nanti jadi la macam kat bawah ni.. 


Pengalaman saya sendiri, masa awal-awal saya mencuba Shaklee. 
"Kenapa kau ambik ni, bahaya la. rosak buah pinggang nanti". 
"Alah, tak payah la makan benda-benda macam ni. Makan seimbang cukup. ni mahal giler, tak berkesan pun."

macam-macam orang kata. Tapi alhamdulillah, Hana cuba cari kekuatan diri. Cari maklumat tentang Shaklee ni sebenarnya dan Effect after consume. Semua cari sebab time tu memang Hana kosong tentang ni. tapi lama-lama bila ada ilmu tentang hal ni, Hana tau bahawa supplemen ni bantu kita untuk mencegah sakit dan bukannya merawat sakit. atau dalam bahasa mudahnya 

BUKAN DAH SAKIT BARU NAK MAKAN SUPPLEMEN. KITA SAKIT MAKAN UBAT. MAKAN SUPPLEMEN NI UNTUK CEGAH DARI JATUH SAKIT.
Bila selepas sebulan makan, ada perubahan sikit. Lalu ada yang tanya " nampak lain sekarang, pakai produk apa?"
 jawap saya ringkas. "saya makan. tak pakai produk kat muka". bila ada yang mula tanya saya bagaimana dan di mana nak dapat sama macam saya, masa itu la saya terjun ke dalam bidang Shaklee. Abang saya daftarkan sebab untuk mudahkan saya bantu kawan-kawan yang nak dapat sama macam saya.

Tapi tetap juga dihentam, bila ada yang kata "Ni produk Amerika ni, kata sokong SAVE PALESTINE, ni terang-terang beli produk US watpe"

masa tu saya terkedu. sebab saya terlupa untuk ambil tahu asal usul atau susur galur syarikat ini.. setelah bertanya kepada beberapa orang yang merupakan mentor saya. Saya dapat gambaran yang jelas

Ya, memang Shaklee produk US. Tapi ini bukannya menyumbang kepada Israel untuk bom dan senjata.
kalau anda nak tahu barangan keluaran syarikat mana yang membantu Israel boleh lihat seperti yang dibawah:


Shaklee memang merupakan produk US tetapi dia tak menyumbang kepada masalah Palestin. Di US pun kita ada orang Muslim, jadi tak bolehkah kita pergi ke US sebab dia negara 'jahat' sebab sokong Israel?

apa yang Hana nak jelaskan di sini, why not dengan peluang yang Shaklee berikan kepada kita, kita manfaatkan sepenuhnya untuk bantu umat Islam. Rasanya kita sendiri sudah sedia maklum dengan status ekonomi masyarakat Melayu dan orang Islam. Rata-rata bidang ekonomi dipelopori oleh orang bukan Islam. Lihat sendiri di Malaysia. Cuba kira berapa bilangan pasaraya yang sentiasa penuh dengan pelanggan adalah milik orang Melayu/ orang Islam? Boleh dikira dengan jari.. Maafkan saya seandainya ada yang terkecil hati. tetapi Hana cuba untuk membuka mata kepada semua supaya kita bangun. BANGUN. dari tidur yang lena. 

BANGUN DAN BANTU SAUDARA KITA. 
KITA MAMPU BERI LEBIH DARI SEKADAR DOA.

dan alhamdulillah, kini Hana bersyukur kerana Allah memberikan Hana rezeki melalui Shaklee. sekarang Hana bukan sahaja dapat membantu orang dapat jalani hidup sihat tetapi Hana juga dapat membantu mereka yang serba kekurangan lebih banyak daripada sebelum ini. membantu mereka yang dalam kesusahan. dan yang paling gembira buat Hana adalah Hana dapat belikan mak dan ayah hadiah sempena hari lahir mereka. 28hb ni akan beri pada mak hadiahnya. Semuanya saya dapat dari hasil jualan Shaklee. dan semuanya saya beri pada mak. :) Tak sabar menghitung hari. 


saya dah BERTINDAK. Anda bila lagi ?

dan akhir sekali, Hana memohon semua untuk mendoakan
" Ya Allah, Kau jadikanlah Nurul Farhana bt Ismail orang yang berjaya, kaya dunia dan akhirat, dapat menjadi insan yang memberi nilai tambah kepada masyarakat, mampu berbakti kepada semua ahli keluarga, agama dan masyarakat."

Robbi yassir, wala tu'assir..




Tuesday, December 17, 2013

:: No Harm of Trying ::


Alhamdulillah.. pagi tadi da settlekan semua urusan yang tertangguh. dari bungkus barang, pos barang sehingga la beli barang dapur. Ok, yang part beli barang dapur tu bukan urusan tertangguh. tapi baru masuk checklist. hehe

Ok2.. nak bagi tau kepada yang menerima hadiah daripada saya,

Tahniah saya ucapkan.
\

bersama barangan, saya sertakan sekali hadiah dan peluang. Semoga kesemuanya memberi manfaat. InsyaAllah.Jangan lupa baca bismillah dan selawat. 

Biar bukan sahaja kita sihat badan, tetapi SIHAT dan KAYA JIWA...






Wednesday, December 11, 2013

:: Mencari nilai tambah ::

"Ai.. asyik tengok buku ja. Tak dak pi jalan-jalan ka? Shopping ka? "

jiran hadapan yang kebetulan lalu di laluan tepi rumah menyapa. Hana tersenyum. Petang itu kebetulan pula Hana baca buku di luar. Sebab angin sepoi-sepoi bahasa time tu. Sedap sangat. Nasib baik tak bawa bantal kecil baring-baring je lagi..

Sebenarnya time tu Hana tengah baca buku "Semuanya Soal Hati" hasil karangan Ustaz pahrol Mohamad Juoi. dan kebiasaannya bila khusyuk membaca memang tak perasan apa yang berlaku di sekeliling. Get digest into the book. hehe.

Ya.. saya memang selalu mencari sesuatu yang dapat saya up kan motivasi diri. Selalunya apa yang saya baca, yang baik jadi amalan yang tidak saya jadikan pedoman.. supaya suatu hari nanti saya dapat menangani masalah yang berlaku dengan baik. Mungkin sebab ni juga ramai menyangka saya berumur 25 tahun ke atas dari gaya cakap.

gaya cakap? Saya tak tau pula tentang tu. tapi kalau Hana dan membaca memang ump.. macam isi dengan kuku rapatnya. tak boleh nak pisahkan. Kadang-kadang dalam beg yang selalu sandang tu mesti paling kurang tidak ada sebuah buku. Kecik besar tu yang mana muat la. :)

Bagi Hana, membaca boleh mengajar Hana tentang sesuatu yang pernah Hana lalui. dan boleh bawa Hana melancong. Yup, melancong ke tempat-tempat yang menarik di seluruh dunia. "Eleh, apa trill baca buku ja. ko gi la jalan-jalan.Simpan duit pastu gi. Baru best". Pernah ada kawan-kawan yang mengusik. dan macam biasa Hana senyum. "insyaAllah, suatu hari nanti. Ni tengah ambil feel dan pilih tempat nak pergi nanti la". Selalunya memang perbualan dan sembang-sembang kami akan diakhiri dengan ketawa. :D Angan-angan dulu.. tulis dalam wishlist. InsyaAllah, usaha,usaha...

dan mungkin sebab hobi Hana ni la, hana selalu bawa buku cerita kanak-kanak hana ke sekolah yang tengah buat praktikum (yup, saya bakal cikgu :D). Lpas tu kalau ada kelas before rehat, dah bagi tau awal-awal murid "kalau ada yang nak baca buku cerita cikgu, boleh datang dan ambil. Tapi kena minta izin dulu. dan jaga buku elok-elok. Kalau da rosak, cikgu tak nak bagi pinjam dah"

dan alhamdulillah, walaupun buku tu 5 buah je. Anak-anak murid kerap datang meminjam. Syukur juga meja dalam bilik guru berdekatan pintu jadi tak ada la mereka mengganggu mana-mana cikgu yang lain. Ingat lagi masa mula-mula perkenalkan pada anak murid. ada sorang ni dia masuk sorang-sorang lepas ketuk pintu. Selepas tu dengan suara terketar-ketar

"Cikgu, saya nak..pinjam buku hok ni bley?" (loghat terengganu)

" Nama kamu apa ye? Cikgu tak ingat lagi.."

" Adam Danish" sambil takut-takut...

"jangan la takut, meh dekat sini. Kamu kelas 3 intan kan?"

"ho.."... "bukan jawab ho tapi jawab ya".. celah saya.

"ya"... "ok..buku ni cikgu bagi adam pinjam dulu. tapi jaga baik-baik tau. buku ni cikgu sayang ni. "
Dia mengangguk.

alhamdulillah, keesokkannya time loceng tamat sekolah berbunyi, adam tercegat dekat pintu bilik guru sambil pegang buku cerita yang dipinjam. Dan selama 2 bulan di sekolah tu, adam dan kawan-kawannya rajin meminjam buku. Bukannya mereka tidak ada perpustakaan atau malas nak ke situ. tapi perpustakaan dan bilik darjah mereka agak jauh. Library tingkat 3 dan bangunan tahap 1 dua blok dari situ. waktu rehat yang singkat dengan jiwa kanak-kanak mereka sudah tentu digunakan untuk bermain bersama rakan"

Pengalaman yang bermakna. Walaupun suka, tetap ada masa duka. ada juga kenalan dan sahabat yang bertanya kenapa la buat macam ni. Membazir je. bukannya lecturer tengok pun nanti. ya, memang lecturer tak tengok. tapi saya suka bila kerana sekurang-kurangnya dalam 2 bulan saya di sekolah tersebut anak murid saya rajin membaca. mereka belajar untuk yakin diri. Minta izin. Lecturer tak tengok pun tak apa. :) yang penting Allah tau niat saya. Itu dah cukup. Duit? Membazir? Bukankah banyak kita memberi, banyak juga yang kita dapat? lagipun duit memang tetap akan habis tak kira apa jua yang saya buat.

dan mungkin sebab itu juga suatu perkara yang masih saya cuba kekalkan adalah mencari sahabat-sahabat yang baik kerana saya tahu saya mudah lemah apabila berseorangan. Maksud saya jauh dari keluarga. Justeru, itu di bumi ini juga saya masih berusaha mencari hati-hati mereka yang baik untuk saya duduk dalam suasana yang baik bersama mereka...

Jadi, walaupun jauh dari keluarga, saya tidak pernah keseorangan kerana saya ada sahabat-sahabat. dan saya tidak pernah kesunyian kerana Dia selalu ada. :)




:: Menangi hadiah istimewa ::

Bismillahirahmanirrahim..Alhamdulillah seperti yang saya janjikan. Promosi bulan Disember ini. Memang jimat. dan segala pesanan untuk vitamin/ produk Shaklee boleh dibuat sekarang. Dan saya menjanjikan harga yang terbaik. Memang jimat habis!! JIMAT HABIS...

Promosi ini akan berlangsung dari 11 Disember 2013 sehingga 28 Disember 2013 sahaja. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi pembeli yang bertuah yang bakal mendapat hadiah istimewa bersama barangan yang dibeli. 

Kepada pembeli yang pertama, ke-11 dan yang ke-28, anda akan menerima hadiah istimewa daripada saya. dan kepada rakan-rakan student yang berminat untuk mencuba/mengetahui tentang ini tapi risau budget tak cukup. jangan bimbang, anda beritahu saya masalah anda saya dapat bantu. InsyaAllah .

Antara hot items!! 






baru 15 minit, post kat fb ada yang tanya."tak kan yang ni je kak?"

tak.tak bukan ni sahaja..
banyak lagi.. tapi ini antara hot items yang saya tawarkan. Ada juga yang lain.


Saya juga ada sedia ready-stok bagi pengguna yang inginkan dengan kadar segera
(maksudnya anda bank-in hari ini, petang ni juga barang dihantar).


Senarai produk Shaklee yang ditawarkan :


Sustained released vita C 500mg (180tabs)

Collagen powder (15sachets)
Omega Guard (90tabs)
Vita-Lea Iron formula (120tabs)
Zinc Complex (120 tabs)
Vita-E Complex (120tabs)vitamin B-Complex (120 tabs)
Lecithin (180 tabs)
Alfafa (330 tabs) 
Chewable Vita-C plus  100mg (90tabs)
Advanced Joint Health Tablet (60tabs)

terdapat banyak lagi produk supplemen Shaklee. Jika anda mahu, anda boleh pm saya dan saya akan re-check stok dan reply kepada anda.





_________________________________________________________________________________


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? 
Ingin menjana pendapatan daripada Shaklee? Ingin menambah nilai hidup dan ingin membantu yang lain?

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Hana Farhana
Shaklee ID :  1073775
019-4025851 (Call, SMS, WhatsApp)

nurfaies16@gmail.com

:: Tourist guide ke Padang Besar ::

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, petang tadi selamat sampai rumah setelah teman mak bawa kawan ke Padang Besar. "Padang bola ke yang besar?". "Apa yang besar ni?" gurauan yang seringkali terdengar bila disebut Padang Besar.

"Padang Besar? wah bestnya" Ini sms dari adik bila dia cuba call hana tapi tak dapat-dapat..

Padang Besar ni sama je dengan Rantau Panjang, Wang Kelian dan yang seangkatan dengannya.. bagi Hana sama je.. tapi mungkin ada yang kata "eh, beza... lain la" "Sini murah lagi"... memang ramai betul orang hari ini. Cuti sekolah. Satu perkara yang memang best tentang cuti sekolah di Padang Besar ialah memang susah nak cari parking. Pusing-pusing juga mula-mula. Hana nampak banyak kereta dengan nombor plat luar di sini.

dan memang kebiasaan di mana-mana pun harga akan mencacak tinggi macam pokok kelapa. :)
macam mana nak tau? sebabnya mak bekerja di Perlis dan pernah juga ke sini masa hari bekerja. Memang harga amat-amat la berbeza. Sebab tu kalau nak shopping sini, kena pandai tawar menawar.. tapi jangan la sampai ada nak bertumbuk pula ea..

Ni ada gambar yang berjaya di'tangkap' semasa berjalan-jalan.

kawan mak shopping

cari buah tangan untuk beri pada sepupu di Shah Alam nanti


sini pun ada produk kecantikan. tapi saya tak faham apa kandungannya.Sebab semua dalam bahasa Thailand

walau apapun ternyata memang berpeluh-peluh berpusing-pusing sekitar bangunan shopping ni. Nasib baik breakfast tadi da amek ESP dan amik vita B-complex. takde la penat mana pun.  dan sampai ke tengahari pun masih kenyang. Tak macam dulu dah. Kalau pergi pagi dalam pkul 8 atau 9 selalunya pukul 11 da minta mak jalan gi cari kedai makan. tapi tadi pkul 2.30 baru jalan cari kedai. pkul 3 baru makan..Alhamdulillah. Allah beri kekuatan hari ini. Siap boleh tolong angkat sabun garam yang berbotol tu ke kereta yang jauhnya almost 1.7km..  Sekali-sekala tolong angkat barang banyak-banyak. Dapat pengalaman rasa macam mana mereka yang menjual tu berusaha keras dan membanting tulang yang sekerat untuk mencari rezeki. 

"Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki mereka-mereka yang berusaha ini.
Limpahkanlah rahmatMu kepada mereka."





:: For my dear love ::

Assalamualaikum. semua sihat? Alhamdulillah. eh, kenapa tak sabar-sabar nak scroll bawah tu. hehe.. catchy punya title tak smpat pun nak jawab khabar.

ni bukan tipu-tipu tau, memang entry untuk someone yang sangat-sangat special. boleh kata LOVE power of infinity gitu. hehe.. segan la pula.

meh sini, nak bagitahu
for the first time we get to know each other, sangat-sangat la kelakar. Masa tu saya di ipg KDRI. dan Dia belum lagi ketemukan jodoh kami berdua.

Pada tarikh 10 Ogos 2009, Allah telah menghadirkan dia di IPG ini, mendaftar sebagai seorang guru pelatih macam saya. Kelas kebetulan sama. Selama seminggu kami tidak pernah bersua muka. Apa yang saya tau, saya muda setahun dari dia. hehe. :) dia lagi matured la. tp rakpe saya tak kisah. tak sabar rasanya ketika itu untuk berkenalan tapi tak pernah berkesempatan. Harapan semakin menggunung. dup.dub.dup... nervous sangat-sangat. . mana satu la orangnya. selidik-selidik, siasat-siasat, tanya kawan sekelas.. at last baru dapat tahu nama. :D oyeah sangat excited time tu. tp tak pernah tahu yang mana orangnya. hanya berpegang kepada nama. Minggu orientasi semuanya busy.

hari kuliah di bilik kuliah Al-Gazali : kawan-kawan mencuit saya sebaik sahaja dia dan kawan-kawan baru masuk ke kelas.


kawan : " Hana. tu..tu.. tu la dia"

me: "yang mana, ramai tu. segan la. kalau tersilap orang camne. Maluuu  la nanti. :P

kawan : alaa. kalau tersilap dapat la buat kawan baru.

me : "segan la. ana lain, nak ke dia berkenalan dgn kite" [pupuk keberanian]

kawan : "ala, hang ni. pi la. kami support kat belakang."

me : btul ni? kalau silap ana lari keluaq.  hehehe. 

punya la nervous pada masa ni, takut permintaan atau soalan direject direct. REJECTION.
argh, seram sejuk la pula. tambah pula dengan air-cond yang memang sejuk beku. last-last saya pun make a move la. haha.. step by step smpai la kat meja dia dengan kawan-kawan.

dia tengok smbil buat muka hairan. yea la. tibe2 jea datang diri depan senyum sengih2...
memang takut, gabra, cuak.. semua bercampur-campur. last-last tau tak.. soalan yang terkeluar bukannya awak ni nama **** ke?

tapi soalan yang terkeluar :
" awak rumate saya kan?" nama ap?"



jangan pelik-pelik. memang betul dia rumate saya. dan namanya adalah Engku Farahah bt Engku Omar@Mat Ali. hehehe. mesti rasa frust kan? ingatkan baca love life si hana farhana da. yea la kuwt-kuwt dapat merasa nasi kenduri. :D but sorry to say. its not a lover. Its about a friend, that now are my best friend and my soul-sister. Inshaa Allah. A friendship that will lead us hand by hand to Jannatul Firdaus.




sebenarnya nak wish birthday dia. 11.12.13.


a pre-birthday present. :) hope you like it.


May all your wishes comes true my dear. 
I love you and miss you.
Do take care and be happy with your life.
Inshaa Allah we'll meet again.
BFTJ.


forever? yes.






Tuesday, December 10, 2013

:: Promo. Promo.. ::

bismilahirrahmanirrahim

11 jam lagi untuk promo terhebat bagi Disember ini. Jangan lepaskan! Hadiah istimewa buat pembeli yang ke-11 bertuah dan ke-28 bertuah. Kenapa yang ke sebelas dan dua puluh lapan? nantikan tentangnya di sini
. Tak rugi kerana memang JIMAT HABIS! Pembelian juga beserta dengan free consultation 





InsyaAllah, kita ikhtiar (usaha) Dia yang menentukannya. 

Thursday, December 5, 2013

:: A Winner ::




Walau siapa pun kita di dunia ini, niatkan di dalam hati kerana Allah SWT.
InsyaAllah, dunia dapat akhirat pun dapat.

I dont want to be a loser. I want to be a WINNER.
yes. A WINNER...

lets be together towards a HAPPY life
dunia dan akhirat.

In dunia :
Be good to your parents because of Allah
Be a good servant to the Creator
Be a good friend to people
Be a good teacher to pupils
Be a good student to teacher and lecturers
Do good to others
Do good ..Be good.. Think good..

And all of these.. Do and be good because of Allah.

I love Islam.Allah and Rasulullah..

:: Nak kuih akak? ::

Melaka Sentral jam 1607: Semasa tengah makan dengan mak di sebuah kedai makan. Hana memerhatikan seorang kanak2 lelaki ni. rasanya umurnya lebih kurang 12-14 tahun. sentiasa tersenyum. Sesiapa yang lalu dia akan membalas dengan senyuman. Hana perasan dia membawa sebuah bakul. Tak nampak apa yang ada dalam bakul tu sebab dia berdiri agak jauh.

sedang duduk minum, adik tu datang dekat meja "Assalamualaikum kak. Kak nak beli kuih?" dia tanya pada emak. Laju je Hana tanya "Adik jual kuih apa dik?

"ada cekodok pisang, buah melaka dan ....." (tak ingat dah satu lagi kuih) satu seringgit" sambil senyum :)

" Akak nak 3. Cekodok 2, buah melaka 1". sambil dia ambil kuih mak pula tanya adik "siapa yang buat ni?"
"Mak saya, Ni kuihnya. RM3 kak." Hana bayar RM4 semua duit seringit-seringgit. Sebab tu la baki yang ada dalam dompet. Yang lain hanya kertas resit-resit withdraw bank.

"Kak, ni terlebih ni".. "Takpe amik la dik. Akak bagi kat adik buat beli air".

"nanti saya tak tau nak cakap apa pada mak".. sambil senyum. Hana cuba memujuk supaya adik tersebut ambil.

akhirnya... Hana tewas
"kalau macam tu bagi akak cekodok satu lagi la.. boleh buat bekal balik kedah" "Favourite akak ni" tibe-tibe je Hana menambah..

adik tu tersenyum. "Terima kasih akak" Dia tersenyum sambil berlalu pergi.
Kuih yang dibeli saya kongsi bersama dengan mak dan rakan mak. "Kiranya Farhana belanja la ni" kawan mak mengusik.. saya tersenyum. "Ya, kali ni biar saya bayar makan dah alang-alang jumpa favourite ni" hehe

Sungguh Hana kagum dengan adik ni. Dia ajar saya untuk berniaga kita tak perlu malu. Walaupun ada juga customer yang tak membeli dari dia, senyuman tu tak pernah hilang. Dan Adik jujur,amanah.. Sungguh akak kagum dengan adik. InsyaAllah adik, akak nak jadi kaya dan berjaya supaya suatu hari nanti akak dapat tolong yang lain. Akak nak jadi macam adik. Berani. yakin. Sungguh kalau ikutkan hati saya, nak je borong sebakul... Disaat adik tu berlalu pergi, hati saya berkata "Ya Allah, Kau bantulah adik ni untuk habiskan jualannya. Hadirkanlah mereka yang nak membeli kuihnya" ..


semasa Maghrib di surau, Hana tunggu mak yang ke toilet. dan alhamdulillah, saya nampak sebuah bakul yang macam kenal jer di atas rak kasut bahagian solat lelaki. Kosong.

adik tadi keluar dan ternampak saya melihatnya. "dah habis kuih dik?" "Alhamdulillah" jawapnya pendek sambil tersenyum..




Wednesday, December 4, 2013

:: Saya sudah temui solusi ::


Ayuh kita sama-sama amalkan,
semoga kita terus istiqamah . InsyaAllah.

Friday, November 29, 2013

:: Erti Kehidupan ::




Bersabarlah. Dunia ini tempat untuk mencari bekalan ke akhirat sana . Berpenat-penat dahulu untuk bersenang-senang di sana nanti. InsyaAllah, moga diriku juga dikurniakan jiwa seperti saudara Ahmad Ammar. Al-Fatihah buat beliau..

:: Menapak ke Sungai Petani ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kami telah selamat tiba ke Park Avenue semalam. Bertolak agak lewat kerana mak perlu menyelesaikan kerja untuk mengisi data menggunakan sistem online.

Ya Allah, memang menguji kesabaran sungguh benda-benda online ni. Sekarang baru Hana nampak kesukaran yang guru-guru masa kini hadapi. Mana tidaknya. Menghadap 2-5 jam sehari pun belum tentu selesai kerja yang ingin dilaksanakan. Tak mengapa. cuba ikhlaskan hati nanti. Paling tidak pun pahala da dapat . :)

Semalam semasa on the way, hampir-hampir berlaku kemalangan. Dua tiga kereta di lebuh raya lorong kanan terpaksa mengelak-elak ke kiri dan kanan lebuh raya. Semua ni terjadi apabila ada buah kelapa sawit yang terjatuh dari sebuah lori di lorong kiri. Mak aihh, sangat-sangat laju lori tu. Memang awal-awal lagi perasaan lori tu.. dengan ketinggian dan muatan penuh Hana cakap kat ayah "Lajunya la lori ni.." lalu pandangan dialihkan ke arah pemandangan hari yang mula kelam. sebab selepas berbuka di RnR Gurun varu kami sambung perjalanan. Kenyang bila minum ESP Shaklee je. Mak dan ayah makan nasi sebab ayah kata perut ayah perut Malaysia. hehe..

Ok, berbalik kepada cerita lori tu. dalam tak berapa ketika selepas tu rasa macam kereta ke kiri pastu kanan pula. Rupa-rupanya ayah mengelak buah kelapa sawit yang terjatuh daripada lori tadi sebab kain penutup nya tercabut ikatan. Alhamdulillah syukur tak ada apa-apa yang terjadi. Syukur juga kereta depan pun selamat. sebab hampir-hampir saja buah sawit yang sebesar tu jatuh betul-betul di atas keretanya. Tapi yang sedihnya, pemandu lori tu langsung tak perasan kereta-kereta di belakang dia siap main elak-elak lagi.. akhirnya kereta yang depan tadi cuba memecut sama kelajuan dengan lori tadi dan cuba memberitahu pemandu tersebut bahawa buah sawit jatuh dari lori. sama ada menjerit atau bahasa isyarat kami tak tahu. Tapi lori tu masih laju. Ayah memandu sehingga ke tepi tempat pemandu sama macam kereta pertama tadi lakukan dan mak menjerit "Buah sawit jatuh" tapi biasala dengan kelajuan lori dan bunyi enjin siapa yang dengar lalu saya dan mak menggunakan bahasa isyarat. Membuat isyarat menunjuk ke arah belakang lori dan buat gaya buat terjatuh. Bila teringatkan kembali, sungguh rasa nak pecah perut ni . lawak sungguh gaya kami. Mungkin pemandu lori tu gelak juga . haha. dan Alhamdulillah lori tu signal ke kiri dan mula perlahan. kami berlalu pergi dan saya lihat ke belakang. Lori tersebut sudah berhenti. :) Alhamdulillah, keselamatan pemandu lain terjaga.

Apa yang kita dapat dari sini? Sebagai pemandu kita perlu peka dengan keadaan sekeliling. Mungkin kalau pemandu lori tu mengerling sekejap ke cermin sisi. Mungkin dia boleh nampak buah sawit tergolek-golek atas lebuh raya. Lebuh raya tau. Bukan jalan raya. Labuh raya kereta-kereta semuanya laju-laju walaupun had laju sehingga 110km/j. Dan pastikan muatan yang dibawa telah dirapikan ikatan dan jangan bawa lebih muatan. sebab sudah tentu kalau kita sebagai pemandu kereta-kereta kecik ni akan menerima kesannya. nasib baik ni baru buah sawit. Kalau kayu balak macam mana? nauzubillahiminzalik.. dan terima kasih Allah kerana menggerakkan hati-hati pemandu yang terlibat supaya cepat bertindak. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih hebat melainkan Engkau.

Baiklah. cukup dulu pagi ni punya cerita. Pagi ni breakfast dulu dengan ESP sementara menunggu mak abis kursus. :). nanti berkesempatan saya kongsi lagi cerita. :)

Wednesday, November 27, 2013

:: KALAU TAK SUKA, PULANGKAN ::

Manusia selalunya mudah terleka dan hanyut dengan kehidupan dunia. dan seringkali juga kita mencari restu manusia berbanding mencari keredhaanNya. dan selalu sahaja ego menang dalam apa jua keadaan. sebabnya mudah : sebab takut orang kata.. kata itu kata ini... Biarlah orang nak kata apa pun..selagi kita buat perkara benda yang Allah suka. Orang yang selalu berkata perkara negatif ni sebenarnya umpama biawak. Biawak. dalam diri kita ni pun sebenarnya ada biawak. tau tak? geli? rasa macam nak gi muntah-muntah supaya biawak tu keluar?? Maaf la tapi biawak tu bukan mudah nak keluar macam tu. Biawak tu hanya boleh keluar kalau kita dapat ubah diri dan fikiran kita. Kalau nak tau macam mana nak tau dalam bdan kita ada biawak atau tak. selalu-selalu lah menjengah ke sini. Insya Allah, akan diterangkan dalam post terbaru nnt.. siap dengan contoh-contoh sekali. sebelum tu, saya nak kongsikan cerita ini : semoga dapat memberi manfaat





_____________________________________________________________________________________


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
“Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.


“Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut.
“Fail saya kat depan tu mana?”
“Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”
“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

—————————————————————————-

“Saya nak ke out station minggu depan.”
Lama?” Soal Laila.
“Dalam seminggu.”
“Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?”
“Budak-budak? “
“Ikut jugalah.”
“Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana . Tengok masa kat Legacy dulu tu..”
“Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila.

Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

” Bolehlah Pa ! Lama sangat kita tak ke mana-mana.”
“Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad!

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!”
“Manalah saya ada masa..”
“Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya.
“Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir.
Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma..
“Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.”

———————————————————————————-

“Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?”
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
“Awak masak apa?”
“Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
“Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!”
“Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan.
“Keluar!”
“Mama dah masak Pa!”
“Awak saja makan!”
“Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!”
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
“Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.
“Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.”
“Abang tak suka tengok papa marah-marah. .”
“Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?”
Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris.Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
“Laila..” serunya
“Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
“Sunyi pulak rumah ni mak,”
“Lama-lama kau biasalah.”
Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

———————————————————————————-

“Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
“Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.”
“Tak ada lah?”
“Ingat papa ni cop duit?”

Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.
“Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
“Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

“Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan
“Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana , kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

———————————————————————————–

“Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”
Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.

Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah.
“Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja.
“Abang!”
“Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk.
“Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.”
Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.
“Laila”

—————————————————————————————————-

“Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
“Ikut boleh?”
“Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
“Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.”
“Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “
“Papa pesanlah..”
“Nantilah besar sikit.” Dalihnya.
“Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,”
Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.”
“Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk
“Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.
Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam..
Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil.Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,”
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah.

Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi..
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan…….


sumber : http://cincinbelahrotanku.blogspot.com/2013/11/kalau-tak-suka-pulangkan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.