Friday, November 29, 2013

:: Menapak ke Sungai Petani ::

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kami telah selamat tiba ke Park Avenue semalam. Bertolak agak lewat kerana mak perlu menyelesaikan kerja untuk mengisi data menggunakan sistem online.

Ya Allah, memang menguji kesabaran sungguh benda-benda online ni. Sekarang baru Hana nampak kesukaran yang guru-guru masa kini hadapi. Mana tidaknya. Menghadap 2-5 jam sehari pun belum tentu selesai kerja yang ingin dilaksanakan. Tak mengapa. cuba ikhlaskan hati nanti. Paling tidak pun pahala da dapat . :)

Semalam semasa on the way, hampir-hampir berlaku kemalangan. Dua tiga kereta di lebuh raya lorong kanan terpaksa mengelak-elak ke kiri dan kanan lebuh raya. Semua ni terjadi apabila ada buah kelapa sawit yang terjatuh dari sebuah lori di lorong kiri. Mak aihh, sangat-sangat laju lori tu. Memang awal-awal lagi perasaan lori tu.. dengan ketinggian dan muatan penuh Hana cakap kat ayah "Lajunya la lori ni.." lalu pandangan dialihkan ke arah pemandangan hari yang mula kelam. sebab selepas berbuka di RnR Gurun varu kami sambung perjalanan. Kenyang bila minum ESP Shaklee je. Mak dan ayah makan nasi sebab ayah kata perut ayah perut Malaysia. hehe..

Ok, berbalik kepada cerita lori tu. dalam tak berapa ketika selepas tu rasa macam kereta ke kiri pastu kanan pula. Rupa-rupanya ayah mengelak buah kelapa sawit yang terjatuh daripada lori tadi sebab kain penutup nya tercabut ikatan. Alhamdulillah syukur tak ada apa-apa yang terjadi. Syukur juga kereta depan pun selamat. sebab hampir-hampir saja buah sawit yang sebesar tu jatuh betul-betul di atas keretanya. Tapi yang sedihnya, pemandu lori tu langsung tak perasan kereta-kereta di belakang dia siap main elak-elak lagi.. akhirnya kereta yang depan tadi cuba memecut sama kelajuan dengan lori tadi dan cuba memberitahu pemandu tersebut bahawa buah sawit jatuh dari lori. sama ada menjerit atau bahasa isyarat kami tak tahu. Tapi lori tu masih laju. Ayah memandu sehingga ke tepi tempat pemandu sama macam kereta pertama tadi lakukan dan mak menjerit "Buah sawit jatuh" tapi biasala dengan kelajuan lori dan bunyi enjin siapa yang dengar lalu saya dan mak menggunakan bahasa isyarat. Membuat isyarat menunjuk ke arah belakang lori dan buat gaya buat terjatuh. Bila teringatkan kembali, sungguh rasa nak pecah perut ni . lawak sungguh gaya kami. Mungkin pemandu lori tu gelak juga . haha. dan Alhamdulillah lori tu signal ke kiri dan mula perlahan. kami berlalu pergi dan saya lihat ke belakang. Lori tersebut sudah berhenti. :) Alhamdulillah, keselamatan pemandu lain terjaga.

Apa yang kita dapat dari sini? Sebagai pemandu kita perlu peka dengan keadaan sekeliling. Mungkin kalau pemandu lori tu mengerling sekejap ke cermin sisi. Mungkin dia boleh nampak buah sawit tergolek-golek atas lebuh raya. Lebuh raya tau. Bukan jalan raya. Labuh raya kereta-kereta semuanya laju-laju walaupun had laju sehingga 110km/j. Dan pastikan muatan yang dibawa telah dirapikan ikatan dan jangan bawa lebih muatan. sebab sudah tentu kalau kita sebagai pemandu kereta-kereta kecik ni akan menerima kesannya. nasib baik ni baru buah sawit. Kalau kayu balak macam mana? nauzubillahiminzalik.. dan terima kasih Allah kerana menggerakkan hati-hati pemandu yang terlibat supaya cepat bertindak. Sesungguhnya tiada kuasa yang lebih hebat melainkan Engkau.

Baiklah. cukup dulu pagi ni punya cerita. Pagi ni breakfast dulu dengan ESP sementara menunggu mak abis kursus. :). nanti berkesempatan saya kongsi lagi cerita. :)

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...