Saturday, August 19, 2017

My Adorable Kids

Marc Kelvin.

I don't really know this boy. I love to call him Alfian as his Islam name is Mohd Alfian.

Even i've been teaching him for almost three years.. Since the first day of February 2015, my first class with him. I thought he did not speak as he is shy. But as the years passed, I've been realize. He did not talk to me at all. Not to the other teachers too.

This make me worried. So, I've been talking to his parents about this matter. To know the cause. Either he has been bullied or get scolded by some teachers. But his parents tell me. No. He is ok. Not been bullied or scolded by any teacher at all.

yes.. I also believe that as nobody is going to scold this kid. Very polite and kind. A smart one too. It just that he did not talk much. Actually he did not talk at all.

And believe me or not... I never heard him speaking. Never heard his voice at all.. .
Everyone in this school never hear him speaking in school.. I don't know why.
Somehow he manage to communicate with his classmates voiceless... Awesome right?
πŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜Š and as always they become his translator. Or I just have guess and tell moment with him. I have to guess what he want to .





But I am proud to have him as one of my pupils.. His neat work, his smile, his passion in doing things and most important is his manner.  A very polite boy..

I pray that one day I am going to be able to hear Marc Kelvin@Mohd Alfian talking and become someone BIGπŸ’ͺπŸ˜†πŸ˜Š Seriously..he is cool😎😎

May Allah take care of you and grant you with a good health and SUCCESS in dunya and akhirat. Aamin.

Time flies so fast. You are 9 years old now. Soon you guys are going to leave me..
Surely I'm going to miss you guys.


Your dear Miss Farhana Forever.

Wednesday, August 16, 2017

FQA ( Frequently Questions Asked)



Ramai orang selalu tanya.. Boleh dikatakan FQA Frequently Question Asked tentang bisness shaklee..
.
.
"Lepas daftar ahli kene bisness ke"?

Jawapannya: TIDAK

Tapi sebab apa selalu promote jadi ahli?

Ok meh Hana ceritakan kenapa.

Antara kelebihan jadi ahli shaklee ni ialah apabila anda membeli produk shaklee anda boleh beli dengan harga ahli -- diskaun 15-20%. Kadang-kadang harga promosi sangat MENARIKK. Hanya untuk AHLI SAHAJA. BUKAN AHLI harga biasa (RETAIL PRICE). Sama juga dengan menjadi ahli untuk supermarket tertentu Dan beberapa syarikat lain. Ada kad ahli dapat JIMAT.

Jika anda bukan AHLI , tak dapatla Hana nak beri harga ahli.

Jika anda sudah menjadi ahli, semua produk Shaklee Hana akan jual harga ahli. Dan siap belikan guna nombor ahli anda (yg tidak tahu cara beli sendiri). Untung belian anda juga boleh dapat BONUS untuk anda juga jika sudah mencapai UV tertentu.

Kalau anda berMINAT nak bisness Hana akan bantu anda.. Dan anda boleh tambah pendapatan.


Jika anda setuju, Hana akan add dalam group support untuk guide anda.. Kalau tidak berminat pun tidak menjadi masalahπŸ˜†πŸ˜Ž tiada sebarang paksaan... .

Berapa MEMBERSHIP?? hanya RM79 sahaja.. Anda akan mendapat KIT SHAKLEE.
Tidak perlu keluar MODAL pun untuk beli barang.. Tak perlu buat pinjaman atau LOAN BANK pun.Customer bank in bayar then baru kita proceed order.

Senang. Anda tak perlu risau nak pack barang. Nak susun barang order. Semua KLIK-KLIK JE. Semua Shaklee yang akan uruskan. Mudahkan? Tak perlu start enjin kereta dan tak perlu pun beratur panjang di pejabat pos untuk pos barangπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜Š
.
.
Jadi inilah sebab kenapa Hana galakkan mereka yang membeli  dalam set-set atau produk ESKLUSIF SHAKLEE terutamanya untuk menjadi AHLI. LEBIH JIMAT. Dan SANGAT JIMAT..
.
.
 Tetapi jika anda tidak mahu. Tiada paksaan😊. Anda masih boleh dapatkan dengan HARGA TERBAIK jika membeli dengan Hana. Especially bila Hana buat promosi kasih sayang. Bulan Ogos ni pun ada promosi tau..😍😍 Berminat nak tahu maklumat lebih lanjut atau anda nak dapatkan produk Shaklee boleh terus WhatsApp Hana. 0194025851

Your Trusted Shaklee Independent Distributor
HanaFarhana

Saturday, August 12, 2017

Lukis warna..lukis..warna..warna

Hai semua. Harini hari Sabtu. Hari untuk anak murid-muridku. *lalalala. Enjoying singing time.
Ya.This is my routines on weekend. Setiap Sabtu kebanyakan hari akan terisi dengan program-program di sekolah. 

Jadi, pada 12 Ogos. Hari ini adalah Hari Tatau bersama ASNB. Dan sememangnya untuk anak murid Hana ada pertandingan MEWARNA . Hadiah menarik dijanjikan.


Pertandingan ini terdapat empat kategori iaitu pertandingan mewarna kategori prasekolah, murid Tahap 1 dan murid asrama serta pertandingan melukis dan mewarna bagi murid Tahap 2.


Program kali ini Hana menjadi AJK Kawalan murid dan AJK Agihan Makanan. 


Setiap murid dibekalkan dengan beg ASNB, pensel warna, buku lukisan dan kertas lukisan pertandingan. Pendaftaran dimulakan jam 8.30 pagi. Pertandingan mewarna bermula seawal jam 10 pagi.



Marc dengan lukisannya. Sangat cantik dan kemas. Hopefully he win it.

Haziq sebelum pertandingan bermula.. 


Murid Prasekolah mewarna di Pusat Sumber sekolah. Terdapat 3 prasekolah semuanya. 


Murid asrama mewarna di Makmal Komputer. Sebaik sahaja mereka siap, mereka datang berjumpa Hana di dewan. 
"Cikgu, kami duduk di aircond tadi. Sejuk tadi...."

dan hana bagitahu "duduk di aircond?" 

Mereka tersenyum sahaja.Lalu membetulkan semula ayat. 
"Kami duduk di dalam makmal komputer. Ada aircond."

Hana tersenyum sahaja.

Tiba-tiba Akira bertanya "Cikgu ajar Matematik ke Bahasa Melayu?"

hahahaha..







Ini anak syurga saya kelas Neptune. They barely read and count. Tertukar sticker nama pun tak perasan. Comelnya la alahai. But i try my best untuk mengajar mereka sebaiknya. Setidaknya mereka mampu untuk membaca dan menulis



Pemberian hadiah. Tak sempat nak tunggu sesi pemberian hadiah. Terpaksa bergerak ke dewan makan asrama untuk pengagihan makanan. Tetapi dapat lihat anak murid Hana yang terpilih
sebagai pemenang. Seronok yang teramat. Rasa nak melompat-lompat.

Congratulations to all.

Friday, August 11, 2017

We love Fruit Salad.


Hi semua. Lama sungguh rasanya tidak mencoret disini. Kekangan masa kerana perlu utamakan komitmen terhadap anak murid dan diri dahulu. Sekejap sahaja masa berlalu apabila jadual dan hari minggu dipenuhi dengan aktiviti dan program-program sekolah..

Awal seminggu Hana maklumkan sebelum Pdpc dijalankan untuk mereka membuat "Fruit Salad". Ternyata hampir setiap hari mereka akan bertanya "Esok ka Miss bawa fruit?"

and my answer will always be "No my dear, On Friday ok".
And this kept repeated until Thursday.

Jadi bermulalah.. 
Penyediaan Fruit Salad.
Topic : FRESH FRUIT
ENGLISH YEAR 3

Sesi awalnya Hana mulakan dengan berbual mengenai nama-nama buah. dan apa yang dapat mereka lihat . Selitkan adjektif juga. Alhamdulillah, mereka dapat menyatakan adjektif dari segi colour, size dan juga shape. 


Mereka membawa sendiri buah-buahan. Minggu lepas lagi mereka sudah membahagikan tugas dan siapa bawa apa dan buah apa. Dah pandai da semuanya. Tak perlu Miss mereka ni arahkan lagi.

Disaat semua mengeluarkan buah-buahan masing-masing dan letakkan di dalam pinggan. Hana keluarkan buah strawberry dan anggur. Semua memandang Hana seakan singa lapar. haha. Takut juga waktu itu.



Masing-masing excited . Semasa demo pun semua diam saja. Happy pula Miss diorang. Kan best kalau selalu begini. Meresap masuk ilmu ke dalam dada awak semua lebih mudah. :)


Ada beberapa murid yang volunteer untuk menjadi ketua dan membantu kumpulan memotong buah-buahan.


 Rasa macam polis pula meronda sekeliling kelas sambil memerhatikan murid. Sebagai langkah berjaga-jaga tetapi lebih santai. Memberikan kepercayaan kepada mereka. Supaya lebih yakin diri.

 Alif membantu rakan kumpulan memotong buah-buahan kumpulan mereka. Tak sabar nak makan sehingga tak dapat tunggu papan pemotong sampai.. Terus potong-potong atas pinggan kertas.

Iqbal. Pengalaman pertama memotong buah. awal itu potong sesuka hati saja. Lepas Hana tunjukkan cara memotong yang betul, dia cakap Thank you Miss. Nanti saya nak tolong mak saya la me. Help mom cooking. 

Berbunga-bunga hati Miss.. 
Alhamdulillah. They are confident to use English. Walaupun sepatah dua, Miss dah excited rasa nak melompat ja. Mission bakal accomplished sepenuhnya hujung tahun ini. InsyaAllah..




The girls. Tunjukkan kreativiti potong guna sudu. Takut katanya nak guna pisau. Jadi, Miss tak paksa.  Yang penting masih dapat dimakan.

 Marc dan Irfan. Best friend. Marc masih kekal diam dari tahun 1hingga sekarang. Bagaimana pula Miss nak tackle hati Marc ni? Buah hati Miss sebab kerja yang selalu kemas dan selalu memahami arahan dengan baik.

Damien dan kumpulannya. Nampak kemahiran disitu. Mungkin kerana pengalamannya terpaksa menyediakan makanan sendiri setiap hari sebelum ke sekolah.

and last but not least, Miss diorang.
Danny siap cakap.

"Miss nampak gemuk pakai baju ini. "

"Memang la Miss gemuk."

"Mana ada Miss gemuk. Miss slim. Baju ni baju angin."

hahahaha.. baju angin kamu kata. Gara-gara kain ringan. Jadi angin masuk dan kembungkan.. hahaha. Logik ke teori ni?

by the way, Thank you sebab cakap Miss slim.

Seriously I'm going to miss you guys next year.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.