Monday, January 31, 2011

:: Its a Girl ::

I know a girl who's 
 
funny and crazy, 
 
thoughtful and caring, 
 
loving and sharing, 
 
as sweet as a baby, 
 
a great friend and sister.

Sunday, January 30, 2011

:: Buat muslimah::


Saya nak kita sama-sama..


Sebab saya sayang awak..


Saya nak kita..


Saya nak kita sama-sama menutup aurat dengan sempurna..


Saya nak kita sama-sama menjaga adab sopan kita..


Saya nak kita sama-sama besederhana dalam memandang harta dunia..


Saya nak kita sama-sama kekalkan fesyen 'kampung' kita..


Saya nak kita sama-sama berbual mengenai ilmu yang dapat memberi kita pengajaran..


Saya nak kita hentikan airmata yang sia-sia..


Saya nak kita tunjukkan ketabahan kita dalam fitrah kelembutan yang sedia ada..


Saya nak kita bersatu..


Bersatu kembalikan maruah Wanita..


Yang dahulunya diangkat tinggi pada zaman para Nabi..


Yang dahulunya menjadi pemangkin dalam melahirkan perwira, syuhada, pemimpin..


Tanggungjawab kita bukan sekadar ala kadar..


Tetapi melebihi dari apa yang telah kita beri..


Saya, awak, kita semua pasti..


Pasti merindukan suasana yang aman..


Aman dari cercaan terhadap golongan kita yang makin hari makin hilang MAHALnya.......


Kita pasti boleh andai kita berat tentang hal yang ringan..


Andai kita kembali pada FITRAH SEORANG WANITA..




P/s: Ditujukan khas untuk semua saudari yang sedar tentang kemerosotan sikap, sifat, akidah yang sebenarnya mampu menjadi 'tangan yang menggoncang dunia'.....




:: Thank you ::

in HAPPY moments, praise ALLAH..
in DIFFICULT moments, Seek ALLAH..
in QUIET moments, worship ALLAH... 
in PAINFUL moments , trust ALLAH...
in EVERY MoMENTS, thanks ALLAH..
Indahnya ciptaanNya..
 

:: Tersenyum ::

salam..
Tersenyum sehingga tersengih :D..



Sudah lame rasenya ana tidak mengupdate blog ana. Gara-gara jadual yang terlalu pack dengan xtiviti. Dengan ketiadaan laptop, agak sukar sedikit untuk membuat tugasan apatah lagi untuk on9 dan berblogging. Tapi semua itu tidak mematahkan semangat ana untuk menyiapkan semua tugasan. Time kasih sangat-sangat pada my rumate yang tolong meminjamkan laptop kepada ana and my abang for finding the info for me. Sayang kamu semua sangat2.. :))
Busy...Busy sesangat... BUSSSYYY... hehehe


1.Study first year degree
[yang agak kabur-kabur lagi.]

2. Open day - Jualan ABC, Ais Jagung, Fries.. and macam2 ade. Jualan
[berjalan dengan lancar. Meskipun penat tetapi pengalaman itu tiada tandingangannya]

3.Aerobics.Joining the new group. New class
[wish us luck and pray for our success yea..]

4. Program Anak Angkat. Tutor.
[diharapkan moga segalanya akan berjalan dengan lancar].

5. Surat tawaran Degree.
[moga dapat dengan segera. Nak dapat duit juga ;P]

6..Hockey practice. Represent my campus for KAGUM (Sports Event between IPG).
[ injured so many times. kasihan my rumate that always be worried about me. Sorry syg]

7. Susun jadual untuk berblogging di rumah. YEay..


Saturday, January 15, 2011

(^-^ )

Look into my eyes and hear what I'm not saying, for my eyes speak louder than my voice ever will. Looks into my blog, to see wht i am writing because tht the only ways i express my felling.. 

my feeling as i'm a little confius and grumble about it :P
So, i'm looking forward for this year 
to seek for the one in myself.. 


My Second week .. ^^

Salam..
saturday morning..

It has been decades of me not posted anything here. Being busy with study? Yup. With those packed schedule, activities.. Hockey. Presentations woth lots of 'Ss' .
And not having my lappy make me crave to death because of boredom. Its OK . CNY is just around the corner and i cant wait to get  my own lappy yet. And btw thanks to my besties aka rumate and so many aka.. hehe.  Thank you so much sayang .. hehehehe~  shyness me..

i've been logged to my own sketch pad. for not having my lappy. I wrote everything like i want in it..  Songs, Poems, Cartoons, Quotes and lots more. And for sure the best commenter is my besties, The princess la.. hehe. :). 

K. Wait for the rest of the story about a life living without a lappy in kampus.. =P. Today is my day to blogging plak.. Yeay! 



Friday, January 7, 2011

Lindungilah aku, Keluargaku, teman-temanku dan orang yang beriman..

salam..
Sejuk.. Syukur..

Ngeri..
Berguling-guling...
Darah.. Serpihan di merata-rata..


Itu sahaja yang ana mampu ungkapkan di saat menyaksikan kemalangan yang berlaku pada petang tadi. betul-betul di hadapan mata ana. Di saat itu, hati ini mula berdetik " Sekiranya aku terawal sedikit sahaja keluar dari atm ini ( atm bsn depan ipg) mungkin aku akan menjadi salah seorang mangsa yang dibawa ke hospital.

" Ya Allah, betapa bersyukurnya aku di saat itu. Kemalangan yang berlaku tidak melibatkan rakan-rakan yang ana sayangi, dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku."

Keinginan untuk melihat apa yang terjadi membuatkan kami berempat menunggu sebentar sehinggalah polis dan ambulans datang. Takut? Sememangnya terlupa seketika mengenai hal itu. Darah? Nasib baik tidak ada apa-apa yang terputus atau terbelah. Jika tidak, entahlah apa yang akan terjadi. 

Malam ini, ketiadaan teman tersayang membuatkan manusia berhati beku ini kesunyian buat sementara. Hati yang beku yang terasa panas apabila ada kehadirannya di sisi mulai kehilangan haba. Rindu yang melampau? Itulah manusia dan perasaan. :))

Tetapi bersyukur jua kerana ada teman yang menemani dikala malam yang sejuk dingin, angin bertiupan kencang. Mata masih belum dilelapkan. Menanti masa untuk menunggu sang suria menjelang. Rindunya pada sinar bahangmu sang suria. 


p/s : Jagalah diri. Berhati-hati di jalan raya. :)

SAKINHANI GIVEAWAY

Salam.
Pertama kali..
Agak bingung..

sebenarnya ini adalah pertama kali ana join giveaway. ana akui bahawa sebenarnya ana sendiri kurang mengerti tentang konsep giveaway ini. Tetapi kerana telah ditag oleh puteri ketenangan. Terima kasih ya..




Kawan yang bertuah ditag untuk turut sama merasa:

Thursday, January 6, 2011

Merasakan yang terbaik : Jalani kehidupan ini dengan memahami yang lain

Acapkali kita merasakan dengan berbual, menulis dan bercerita dengan seseorang itu kita sudah mengenali keseluruhannya tentang dia. Malangnya, disebalik ketawa mesra, perbualan ceria, mungkinkah tersimpan sejuta satu rahsia yang tidak dapat diluahkan kepada sesiapa? Yang disimpan di dalam hati selamanya...?
Cuba untuk memahami membantu kita untuk lebih bersikap terbuka.

Manusia itu hanya menghargai apabila terasa kehilangan

Setiap insan memerlukan teman buat bicara.

Menjalani hidup dengan baik, itulah sebab kenapa semua orang patut teruskan kehidupan dengan hati yang gembira. Senyum. Tabah dan kita boleh hadapi apa sahaja.

Asalkan dia gembira. Kerana dia gembira aku juga turut gembira....

2011. PISMP SEM 1 : Penuh kejutan.. dan misteri serta cabaran menanti..

salam buat semua
sejuk..
mengigil..

Alhamdulillah. Kini sudah masuknya minggu kuliah buat ana di ipg ini. Hari ke-empat ana di sini. Mahu atau tidak. Hati ini cuba diikhlaskan semula. Demi cita-cita keluarga dan demi diri sendiri.

Kenapa tajuk ini berbunyi agak suspens?? hurm. Drama? Tidak.Tidak. Sudah penat mahu berdrama seperti semester lepas. Apa ? Nanti akan ana ceritakan semuanya.





Kejutan Pertama
Ini kejutan untuk diri kawan ana di mana baru sahaja tiba di ipg. Biliknya dipecah masuk. Kasihan pula ana tengok. Dengan baju-baju yang berselerak.. Anak-anak kucing. Habis bilik dia. Belum sempat menglempaskan lelah, diuji pula dengan ujian sebegitu rupa. Sabar ea kamu berdua.
  p/s : tidak dapat membayangkan jika ana ditempat kalian



Kejutan Kedua
Ini pula kejutan buat semua students mathematics batch ana. Math 1 dan Math 2. Di'shuffle'. Pelik. Janggal. Sedih. Sunyi. Gembira. Semua perasaan itu bermain dalam diri masing-masing. Manusia berhati beku ini. Entahlah. agak terasa  kehilangan juga. T_T.kebanyakan teman rapat berpindah ke mathematics 1. Dan yang paling sedihnya. Ana dan roomate terpaksa berpisah di sini. Macam berpisah jauh pula perasaan ana ni. ish2..


Walau apapun, ana mengucapkan semoga berjaya buat klasmate lama yang bertukar ke kelas yang baru. 
Berpisah di sini..bukan bermakna berpisah selamanya. Bertegur sapa la kita ek. Kalau ana tidak membalas senyuman mungkin kerana ana terlupa sepasang lagi 'mata' ana yang disimpan di dalam kotak kecik tu. 

Selamat datang buat klasmate yang baru ....
Good Luck dengan dunia baru. Sama-sama kita berganding bahu


Sakinah (Kak Kin), Syaema, Dani, Nana, dan farahin..
boys : faez, Naza, dan Syazwan

kedatangan anda semua telah menambahkan lagi kecomelan maths 2. Yeay!!
Moga maths 2 akan terus gempak dan cool.. Dengan aktiviti dan kerjasama semua. Kita buat yang terbaik yok..

Kejutan ketiga
Ini kejutan buat diri ana senndiri. Result. Agak cuak juga bila rumate ana cakap result akan keluar lusa. tp Ana tidak menyangka result sem lepas akan mengejutkan ana sebegini rupa. Result Sem lepas : PPISMP SEM 3. Alhamdulillah. Walaupun result sedikit menurun tetapi ana gembira sangat-sangat. Dia, Maha Pemberi tidak pernah putus-putus memberi nikmat kepada ana. Ana akui semester lepas adalah semester yang paling susah dan baru buat ana. Assignment, kawan-kawan, dan bermacam-macam lagi .Pening juga apabila memikirkan hal itu kembali. Kadang kala hati beku ini mula memberontak kembali. Tetapi biarlah perkara yang berlalu itu pergi. 
(*InsyaAllah, akan belajar lebih bersabar dan memaafkan orang lain)


Kejutan keempat
Kejutan budaya baru. Fb. Blog. Flickr. Semuanya terpaksa ditinggalkan gara-gara komputer riba ana mempunyai masalah. Sekarang ini terpaksa meminjam komputer roomate dan kawan-kawan untuk melunaskan kerja. Kerja sahaja. Tiada lagi FB, BLOG. (* post ini tidak dikira) :D.. Terpaksa menunggu pc fair untuk mencari yang baru.  Ada idea untuk ana memilih komputer yang baru? Brand? MODEL? 

Kejutan Kelima
Berat badan. Belum sampai seminggu ana di sini. Berat badan turun semula. 1 kg dalam masa 3 hari. Hurm. Mungkin ada hikmahnya. Rindu masakan ibu agaknya. Rindu pula ayah,emak, abang, adik, akak....
tetapi tak mengapa cny (chinese new year) dah dekat .. *cubaan mempositifkan diri..

Kejutan keenam 
.........

...............





Terpaksa menanti pula kejutan seterusnya. Otak manusia berhati beku ini mulai karat . mengambil lebih masa. Baiklah. sekarang masa untuk sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Lupakan perkara yang sedih, yang menyakitkan hati, yang membuat ana merasa lemah. Ini adalah ana yang baru. Yang berhati beku.  yeay!!

Saturday, January 1, 2011

Selamat Memulakan Kehidupan yang baru : 2011

Salam.. semua. Alhamdulillah. kini ana sudah selamat tiba di IPG tercinta. Tempat yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan perasaan baru untuk diterokai. Diselusuri segala selok-belok kehidupan yang baru ini. Tahun baru, azam baru, diri yang baru, tetapi masih lagi ipg yang lama, bilik yang sama.. haha. sekadar gurauan di sini.

Itu bicara akhir. Ana dengan keluarga. Terima kasih kerana menjaga ana sepanjang cuti. Sayang semua.
Dalam tawa, pasti masih ada rasa duka yang termeterai disembunyi disebalik wajah mesra.
Gulung nafas.
Bersihkan minda.

31/12/2010
2130
Bertolak daripada stesen bas Tanah Merah, Darul Aman.. Dengan hati yang berat, terpaksa hati ini merelakan diri, memberanikan untuk menerima kenyataan untuk pulang ke ipg tercinta. " Ingat, akak balik sekejap jea, nanti 3hb feb akak da balik umah." Termalu pula ana apabila adik yang masih kecil menyedari hakikat yang bermain di pemikiran kakaknya.

2230
Mata mulai merasai keperitannya. Bukan kerana sedih atau ingin menitiskan air mata kerana meninggalkan. Tetapi mungkin diri ini sudah merasai kepenatan. Dalam itu, akhirnya manusia berhati beku ini terlelap ditelan kegelapan malam dan deruman enjin bas yang dipandu.

2330
Terjaga dari tidur tatkala bas mulai memasuki kawasan stesen di sungai petani. Terlihat kawan sekelas yang berlari mendapatkan bas. Dah terlewat agaknya dia. Tiba-tiba hati beku ini berbunga kembali. Hati beku ini mula menyuruh otak memikirkan perkara untuk mengusik teman ini. SMS demi SMS dihantar. Kelakar juga apabila melihat dia melihat kir dan kanan untuk mencari ana. Terasa pula hati beku yang berbunga itu agak kejam. Akhirnya, pertemuan dalam bas membuatkan kami ketawa. 

0030-0430
Mata yang tidak mahu terlelap membuatkan ana memandang keluar ke tingkap melihat langit yang serba gelap. Namun begitu , hati ana berkata : "ada cantiknya juga langit malam di tengah hutan in (lebuhraya Grik), dengan bintang-bintang yang menerangi membuatkan hati ini terlupa sebentar atas kesedihan tadi.

0530
Baru hendak melelapkan mata , tetapi bas dari Tanah Merah- K. Terengganu akhirnya tiba di lokasi.


dan kini
01.01.2011

2230
Ana berada di dalam bilik bersama rumate tercinta. Rindu yang melampau akhirnya diluahkan. :)

Gembira melihat semua rakan selamat tiba..

Oleh itu, di sini ada sedikit kata-kata daripada ana buat teman-teman di IPG KDRI dan mana-mana IPG di Malaysia ini.


Selamat kembali ke pangkuan taman pendidikan.
Selamat kembali ke kawasan yang penuh dengan kasih sayang.
Selamat pulang berdekatan dengan manusia yang menjadi pujaan.
buat teman Mathematics yang kena 'shuffle',
selamat berkenalan...
selamat mula belajar bersama..
selamat belajar menyesuaikan diri...
selamatkanlah ana dari segala ujian yang berat-berat semester ini..




buat Mr Alien yang  sudah kutemui siapa kamu :


Pesanan yang aku hantarkan kepada kamu malam tadi, adalah pesanan terakhir..Selepas ini, jika kamu muncul lagi dalam hidup manusia berhati beku., aku akan memastikan itu satu kebencian yang takkan pernah pudar. Kini aku menganggap sahaja apa yang pernah dilalui sebagai satu kenangan yang baik sahaja. Manusia baik seperti kamu perlu aku biarkan menikmati hidup dengan bahagia tanpa ada manusia seperti aku.
Itu sahaja.



p/s : Selamat kembali meneruskan kehidupan. buat teman-teman kembali rapatkan ukhwah kita. Buat musuh2.. lupakanlah dendam-dendam yang lalu.

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...