Friday, January 7, 2011

Lindungilah aku, Keluargaku, teman-temanku dan orang yang beriman..

salam..
Sejuk.. Syukur..

Ngeri..
Berguling-guling...
Darah.. Serpihan di merata-rata..


Itu sahaja yang ana mampu ungkapkan di saat menyaksikan kemalangan yang berlaku pada petang tadi. betul-betul di hadapan mata ana. Di saat itu, hati ini mula berdetik " Sekiranya aku terawal sedikit sahaja keluar dari atm ini ( atm bsn depan ipg) mungkin aku akan menjadi salah seorang mangsa yang dibawa ke hospital.

" Ya Allah, betapa bersyukurnya aku di saat itu. Kemalangan yang berlaku tidak melibatkan rakan-rakan yang ana sayangi, dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku."

Keinginan untuk melihat apa yang terjadi membuatkan kami berempat menunggu sebentar sehinggalah polis dan ambulans datang. Takut? Sememangnya terlupa seketika mengenai hal itu. Darah? Nasib baik tidak ada apa-apa yang terputus atau terbelah. Jika tidak, entahlah apa yang akan terjadi. 

Malam ini, ketiadaan teman tersayang membuatkan manusia berhati beku ini kesunyian buat sementara. Hati yang beku yang terasa panas apabila ada kehadirannya di sisi mulai kehilangan haba. Rindu yang melampau? Itulah manusia dan perasaan. :))

Tetapi bersyukur jua kerana ada teman yang menemani dikala malam yang sejuk dingin, angin bertiupan kencang. Mata masih belum dilelapkan. Menanti masa untuk menunggu sang suria menjelang. Rindunya pada sinar bahangmu sang suria. 


p/s : Jagalah diri. Berhati-hati di jalan raya. :)

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...