Saturday, January 1, 2011

Selamat Memulakan Kehidupan yang baru : 2011

Salam.. semua. Alhamdulillah. kini ana sudah selamat tiba di IPG tercinta. Tempat yang penuh dengan pelbagai aktiviti dan perasaan baru untuk diterokai. Diselusuri segala selok-belok kehidupan yang baru ini. Tahun baru, azam baru, diri yang baru, tetapi masih lagi ipg yang lama, bilik yang sama.. haha. sekadar gurauan di sini.

Itu bicara akhir. Ana dengan keluarga. Terima kasih kerana menjaga ana sepanjang cuti. Sayang semua.
Dalam tawa, pasti masih ada rasa duka yang termeterai disembunyi disebalik wajah mesra.
Gulung nafas.
Bersihkan minda.

31/12/2010
2130
Bertolak daripada stesen bas Tanah Merah, Darul Aman.. Dengan hati yang berat, terpaksa hati ini merelakan diri, memberanikan untuk menerima kenyataan untuk pulang ke ipg tercinta. " Ingat, akak balik sekejap jea, nanti 3hb feb akak da balik umah." Termalu pula ana apabila adik yang masih kecil menyedari hakikat yang bermain di pemikiran kakaknya.

2230
Mata mulai merasai keperitannya. Bukan kerana sedih atau ingin menitiskan air mata kerana meninggalkan. Tetapi mungkin diri ini sudah merasai kepenatan. Dalam itu, akhirnya manusia berhati beku ini terlelap ditelan kegelapan malam dan deruman enjin bas yang dipandu.

2330
Terjaga dari tidur tatkala bas mulai memasuki kawasan stesen di sungai petani. Terlihat kawan sekelas yang berlari mendapatkan bas. Dah terlewat agaknya dia. Tiba-tiba hati beku ini berbunga kembali. Hati beku ini mula menyuruh otak memikirkan perkara untuk mengusik teman ini. SMS demi SMS dihantar. Kelakar juga apabila melihat dia melihat kir dan kanan untuk mencari ana. Terasa pula hati beku yang berbunga itu agak kejam. Akhirnya, pertemuan dalam bas membuatkan kami ketawa. 

0030-0430
Mata yang tidak mahu terlelap membuatkan ana memandang keluar ke tingkap melihat langit yang serba gelap. Namun begitu , hati ana berkata : "ada cantiknya juga langit malam di tengah hutan in (lebuhraya Grik), dengan bintang-bintang yang menerangi membuatkan hati ini terlupa sebentar atas kesedihan tadi.

0530
Baru hendak melelapkan mata , tetapi bas dari Tanah Merah- K. Terengganu akhirnya tiba di lokasi.


dan kini
01.01.2011

2230
Ana berada di dalam bilik bersama rumate tercinta. Rindu yang melampau akhirnya diluahkan. :)

Gembira melihat semua rakan selamat tiba..

Oleh itu, di sini ada sedikit kata-kata daripada ana buat teman-teman di IPG KDRI dan mana-mana IPG di Malaysia ini.


Selamat kembali ke pangkuan taman pendidikan.
Selamat kembali ke kawasan yang penuh dengan kasih sayang.
Selamat pulang berdekatan dengan manusia yang menjadi pujaan.
buat teman Mathematics yang kena 'shuffle',
selamat berkenalan...
selamat mula belajar bersama..
selamat belajar menyesuaikan diri...
selamatkanlah ana dari segala ujian yang berat-berat semester ini..




buat Mr Alien yang  sudah kutemui siapa kamu :


Pesanan yang aku hantarkan kepada kamu malam tadi, adalah pesanan terakhir..Selepas ini, jika kamu muncul lagi dalam hidup manusia berhati beku., aku akan memastikan itu satu kebencian yang takkan pernah pudar. Kini aku menganggap sahaja apa yang pernah dilalui sebagai satu kenangan yang baik sahaja. Manusia baik seperti kamu perlu aku biarkan menikmati hidup dengan bahagia tanpa ada manusia seperti aku.
Itu sahaja.



p/s : Selamat kembali meneruskan kehidupan. buat teman-teman kembali rapatkan ukhwah kita. Buat musuh2.. lupakanlah dendam-dendam yang lalu.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...