Merantau banyak menjadikan diriku kenal alam ciptaanNya dan lebih mendekatkanku dengan yang Maha Pencipta. Dan mengajarku erti tawakal..
Sunday, January 30, 2011
:: Buat muslimah::
Saya nak kita sama-sama..
Sebab saya sayang awak..
Saya nak kita..
Saya nak kita sama-sama menutup aurat dengan sempurna..
Saya nak kita sama-sama menjaga adab sopan kita..
Saya nak kita sama-sama besederhana dalam memandang harta dunia..
Saya nak kita sama-sama kekalkan fesyen 'kampung' kita..
Saya nak kita sama-sama berbual mengenai ilmu yang dapat memberi kita pengajaran..
Saya nak kita hentikan airmata yang sia-sia..
Saya nak kita tunjukkan ketabahan kita dalam fitrah kelembutan yang sedia ada..
Saya nak kita bersatu..
Bersatu kembalikan maruah Wanita..
Yang dahulunya diangkat tinggi pada zaman para Nabi..
Yang dahulunya menjadi pemangkin dalam melahirkan perwira, syuhada, pemimpin..
Tanggungjawab kita bukan sekadar ala kadar..
Tetapi melebihi dari apa yang telah kita beri..
Saya, awak, kita semua pasti..
Pasti merindukan suasana yang aman..
Aman dari cercaan terhadap golongan kita yang makin hari makin hilang MAHALnya.......
Kita pasti boleh andai kita berat tentang hal yang ringan..
Andai kita kembali pada FITRAH SEORANG WANITA..
P/s: Ditujukan khas untuk semua saudari yang sedar tentang kemerosotan sikap, sifat, akidah yang sebenarnya mampu menjadi 'tangan yang menggoncang dunia'.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas
Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...
-
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog ini.. Saya doakan moga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan d...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama tak mencoret disini. Kekangan masa kerana core bussiness harus diutamakan. Pertama sekali, ...
-
Assalamualaikum wbt semua. Hi, how are you? Ni hao ma? The excitement. Semakin terserlah. Minggu depan sudah minggu akhir persekolahan. *y...
No comments:
Post a Comment