sejuk..
mengigil..
Alhamdulillah. Kini sudah masuknya minggu kuliah buat ana di ipg ini. Hari ke-empat ana di sini. Mahu atau tidak. Hati ini cuba diikhlaskan semula. Demi cita-cita keluarga dan demi diri sendiri.
Kenapa tajuk ini berbunyi agak suspens?? hurm. Drama? Tidak.Tidak. Sudah penat mahu berdrama seperti semester lepas. Apa ? Nanti akan ana ceritakan semuanya.
Kejutan Pertama
Ini kejutan untuk diri kawan ana di mana baru sahaja tiba di ipg. Biliknya dipecah masuk. Kasihan pula ana tengok. Dengan baju-baju yang berselerak.. Anak-anak kucing. Habis bilik dia. Belum sempat menglempaskan lelah, diuji pula dengan ujian sebegitu rupa. Sabar ea kamu berdua.
Kejutan Kedua
Ini pula kejutan buat semua students mathematics batch ana. Math 1 dan Math 2. Di'shuffle'. Pelik. Janggal. Sedih. Sunyi. Gembira. Semua perasaan itu bermain dalam diri masing-masing. Manusia berhati beku ini. Entahlah. agak terasa kehilangan juga. T_T.kebanyakan teman rapat berpindah ke mathematics 1. Dan yang paling sedihnya. Ana dan roomate terpaksa berpisah di sini. Macam berpisah jauh pula perasaan ana ni. ish2..
Walau apapun, ana mengucapkan semoga berjaya buat klasmate lama yang bertukar ke kelas yang baru.
Berpisah di sini..bukan bermakna berpisah selamanya. Bertegur sapa la kita ek. Kalau ana tidak membalas senyuman mungkin kerana ana terlupa sepasang lagi 'mata' ana yang disimpan di dalam kotak kecik tu.
Selamat datang buat klasmate yang baru ....
Good Luck dengan dunia baru. Sama-sama kita berganding bahu |
Sakinah (Kak Kin), Syaema, Dani, Nana, dan farahin..
boys : faez, Naza, dan Syazwan
kedatangan anda semua telah menambahkan lagi kecomelan maths 2. Yeay!!
Moga maths 2 akan terus gempak dan cool.. Dengan aktiviti dan kerjasama semua. Kita buat yang terbaik yok..
Kejutan ketiga
Ini kejutan buat diri ana senndiri. Result. Agak cuak juga bila rumate ana cakap result akan keluar lusa. tp Ana tidak menyangka result sem lepas akan mengejutkan ana sebegini rupa. Result Sem lepas : PPISMP SEM 3. Alhamdulillah. Walaupun result sedikit menurun tetapi ana gembira sangat-sangat. Dia, Maha Pemberi tidak pernah putus-putus memberi nikmat kepada ana. Ana akui semester lepas adalah semester yang paling susah dan baru buat ana. Assignment, kawan-kawan, dan bermacam-macam lagi .Pening juga apabila memikirkan hal itu kembali. Kadang kala hati beku ini mula memberontak kembali. Tetapi biarlah perkara yang berlalu itu pergi.
(*InsyaAllah, akan belajar lebih bersabar dan memaafkan orang lain)
Kejutan keempat
Kejutan budaya baru. Fb. Blog. Flickr. Semuanya terpaksa ditinggalkan gara-gara komputer riba ana mempunyai masalah. Sekarang ini terpaksa meminjam komputer roomate dan kawan-kawan untuk melunaskan kerja. Kerja sahaja. Tiada lagi FB, BLOG. (* post ini tidak dikira) :D.. Terpaksa menunggu pc fair untuk mencari yang baru. Ada idea untuk ana memilih komputer yang baru? Brand? MODEL?
Kejutan Kelima
Berat badan. Belum sampai seminggu ana di sini. Berat badan turun semula. 1 kg dalam masa 3 hari. Hurm. Mungkin ada hikmahnya. Rindu masakan ibu agaknya. Rindu pula ayah,emak, abang, adik, akak....
tetapi tak mengapa cny (chinese new year) dah dekat .. *cubaan mempositifkan diri..
Kejutan keenam
.........
...............
Terpaksa menanti pula kejutan seterusnya. Otak manusia berhati beku ini mulai karat . mengambil lebih masa. Baiklah. sekarang masa untuk sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti. Lupakan perkara yang sedih, yang menyakitkan hati, yang membuat ana merasa lemah. Ini adalah ana yang baru. Yang berhati beku. yeay!!
No comments:
Post a Comment