Sunday, June 26, 2011

:: Cuti sekolah tamat ::

salam

21 Jun 2011
Dengan ini secara rasminya, sesi persekolahan/kuliah bagi semester dua PISMP dimulakan. Cuti sangat pendek. Tak best. nak lagi cuti. hehe. Tapi sekarang terpaksa menerima hakikat bahawa kaki kanan dan kiri ni sudah menjejak bumi IPG dato' Razali. sedih? takde la juga. tapi rasa seakan homesick. ;P

tapi yang paling penting hati saya gumbira. Sebabnya? hehe.. di bawah ni sebabnya

1. Engku Farahah ade dalam bilik ini.
2. Dia sedang tersenyum2 walaupun muka dia obviously menunjukkan dia penat
3. Kawan-kawan yang lain semua dah balik, dan ana la satu2nya yang bercuti hampir sebulan dari kehidupan ipg KDRI. ;)
4. Katil dan kedudukan bilik masih lagi sama. yeay. bley exercise kuruskan badan .
5. Banyak hadiah yang dapat. Sebab masa birthday ana, ana takde di sini.
6. Barang-barang semua masih ada. Bersyukur tak hilang apa2.

dan yang paling penting.... MAGIK dalam bilik ana.




tadaaaa.......



eh, bukan yang ini

yang ini sebenarnya, Sony Ericson C510

Wednesday, June 22, 2011

:: Akhirnya kembali ::

salam..

da lama rasanya blog ini ditinggalkan bersawang begitu. busy? hehe.. dengan exam dan study week dan aktiviti semasa cuti. yea. memang padat jadual aktiviti ana. Mulanya lain yang dirancang tetapi lain pula yang jadinya. Ingatkan dapat menyambut hari lahir bersama kawan2 yang lain terutamanya dengan rumate ana yang tomey2 tu. tp apa kan daya kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukannya. Mesti ada rahsia dan hikmah disebalik kejadian yang  berlaku.

Terkilan ada juga sebab tak sempat nak beritahu ramai kawan2 tentang ana ingin menunaikan umrah dan ziarah. Ramai kawan2 yang tak sempat ana nak jumpa, nak minta maaf ataupun  bertanya pesan. Lagi terkilan bila tak dapat nak peluk my friends yaya,al,pqah... dan ramai2..dan my rumate yg tersayang puas2,kuat2. hehehe... Masa tu,takut, gembira, sedih..semuanya bermain dalam hati dan perasaan ana. Tapi akhirnya, I'm back. Kesian rumate ana, terpaksa lagi menahan perut gelak ketawa dan perangai ana yang suka tersengih2 . tak ubah macam anak kucing yang comel. [hehehe, takde kaitan]

pengajian masih lagi diteruskan.PISMP MATH 2 semester 2. InsyaAllah, ana mengharapkan agar segalanya berjalan lancar. Kerana ana percaya Dia yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui..;)

InsyaAllah, nanti ana akan ceritakan sedikit sebanyakcerita perjalanan kami ke Bumi anbiya. ;D

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...