Thursday, December 30, 2010

Bagaimanakah kita sebenarnya : Kenalkah kita?


"ish. tak baik cakap macam tu. ni kan dalam masjid"

"tak elok duduk macam tu, hormat sikit rumah Allah"


pernah dengar macam ni?
ana ditanya oleh seorang kenalan yang berkunjung....

betul ke tak nasihat tu?
betul la kan.
apa pulak tak betulnya.

kena hormat masjid,
jangan cakap hal dunia.

tapi
kalau setakat hanya di masjid,
nak kena jaga,

            perbualan kita,
                      adab kita,
                        aurat kita,


betul ke macam tu?

tetapi sedar atau tidak kita pernah membuat perkara sebegitu...

buat baik,
hanya di sesetengah tempat,
jaga tutur kata bila dalam surau,
sopan.
cakap dengan kawan pakai kopiah, baik je.
tak keluarnya perkataan yang kurang sopan,
tutup aurat bila nak masuk masjid.


tapi cuba lihat kat luar.
nah ambik kau.
berapi-api duk mengumpat orang.
(hiperbola)
tak jaga dah mulut tu,
pakaian pun dah boleh tertukar orang putih ke orang Islam
keluar berdua-duaan ,berpegang tangan itu macam perkara biasa, apatah lagi berpelukan lelaki perempuan..
tak malu ke? Anak Melayu .. dan yang lebih sedih adalah orang Islam..

sayang kan.
kita hanya baik di tempat tertentu.

Astaghfirullah.

itulah.
kita.

sedangkan Islam itu menyeluruh,
tak boleh ambil separuh-separuh.

Sememangnya perubahan itu adalah secara perlahan-lahan, berubahlah ke arah kebaikan..

Islam bukan di masjid sahaja.
Islam bukan hanya di depan mak ayah, ustaz ustazah,
Islam bukan di dalam kelas agama dan ceramah sahaja.

tapi,
Islam itu agama kita.
pegangan kita.
cara hidup kita.

kenapa masih nafikan?

Allah melihat kita setiap masa.
tidak ada hentinya.
bukan terhad di rumah-rumah Allah sahaja.


kenapa kita jaga perilaku dalam masjid,
tapi tidak di luar?

ada bezakah?

bumi ini milik siapa?

kita ini kepunyaan siapa?

akhir nanti kita ke mana?

kita tahu.
tapi kadang-kadang kita lupa.

kerana itu,
kita.
perlu kepada peringatan.

InsyaAllah,
kita jaga amal kita,

kita jaga akhlak kita,

kita jaga peribadi kita,

kita jaga pergaulan kita.
setiap masa.

selagi kita bernafas di bumi Allah ini.
Moga Allah redha.




p/s : ini adalah luahan kenalan yang ana rasa ada kebenarannya. Sekadar berkongsi di sini. Islam tidak meminta kita hanya menumpukan akhirat semata-mata, hanya berpakaian baju kurung sepanjang masa, hanya berkawan dengan kaum sejantina sahaja, kerana Islam itu Indah kerana ia memntingkan kesederhanaan, dunia dan akhirat Jadi renungkanlah...

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...