Monday, December 27, 2010

Buat Sahabat / Kawan Baik

Biar kepahitan itu pergi,
agar kemanisan mengisi..
biarkanlah kekecewaan berlalu,
agar kegembiraan mewarnai..

Setiap insan mempunyai sifat yg lain, jd berilah masa dalam saling memahami...

biarkan kegelisahan lenyap,
jangan kita hilang semangat..

biar penderitaan itu menyapa,
agar kekuatan kita jana semula..
biarkanlah diri ini derita,
agar aku sedar kesengsaraan ini,
tidak akan sama bahkan hanya secebis drpd penderitaan Rasulullah s.a.w .... 


manusia ibarat lalang yang ditiup mengikut angin. Kuatkanlah diri.

Angin.......
Jika kau berhembus lembut melaluinya,
katakan padanya,dia sahabatku selamanya... 




Jadilah seperti ikan, meskipun di laut masin , rasa isinya tetap tidak terpengaruh

Air....
Jika kau mengalir disisinya, beritahulah padanya,
aku memohon maaf atas segalanya... 




Jadilah seperti bunga yg cantik di atas bukit yang tinggi, yang sukar dicapai oleh manusia..

Bunga..
Jika kau tumbuh mekar disampingnya,
kau kau kirimkanlah wangian tanda terima kasih atas kehadirannya... 






Burung..
Jika kau terbang melintasinya,
sampaikan kepadanya,
aku teramat sayang dan rindu padanya...




p/s: hanyalah curahan hati buat sahabat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku di sini..

Aku mula mencari titik mula. Aku mencari rahmat dan belas ehsan-Nya. Aku mencari kasih-Nya yang sempurna. Dan aku merasakan hati dan jiwa mula bersatu dengan diri yang hilang tadi, mulai tenteram.