Sunday, December 26, 2010

Bila sabar menerima ujian : Hanya diri yang mengetahui..

Masih demam..
Selsema..Batuk-batuk ade lagi. Harap-harap cepatlah baik. Ana mahu luangkan masa dengan adik da keluarga... Nak bermain tenis. Janji untuk mengajar dia, ana berdoa agar mampu untuk menunaikan janji itu..



Masih demam....
Masih selsema....


Ana keluar ke laman rumah dan cuba menghayati pemandangan yang indah. yang telah diciptakan olehNya. Mendengar kicauan burung, melihat daun-daun kering berguguran. Tiba-tiba ana terasa bibir terukir satu senyuman.Entah sejak bila ana suka senyum apabila sakit. Entah sejak bila ana ketawa apabila menelan ubat yang pahit. Dan entah sejak bila ana belajar untuk tidak menangis apabila berlaku kematian atau kesengsaraan.

Terlalu tabah kadangkala memakan diri sendiri. Terlampau kuat acapkali membunuh perasaan ana sendiri. Tetapi dibesarkan dalam suasana yang memaksa ana membuat segalanya sendiri walaupun keputusan masih di tangan ibu dan ayah, ana belajar sesuatu yang lebih dari sekadar ketawa apabila sakit merajai hati. Senyuman ana mungkin tidak semanis mana-mana jelitawan di luar sana, tapi ana tahu senyum kerana ana suka... =P

Pagi ini ana membaca lagi coretan teman itu. Entah mengapa, ana memadam semula komentar yang ana mahu selitkan di dalam penulisannya. Ana duduk termangu membiarkan diri membaca dengan perlahan dan penuh sendu. Mengapa ana tidak boleh menjadi sebaik dia? Kenapa  tidak dapat kembali kepada diri yang lama? Yang penuh dengan senyuman dan ceria sentiasa?

Manusia beku... (satu lagi trademark)  seakan snowman pula. :b. Degil? Tidakkkk.. Berhati beku ya. Sikap ana sama ada dingin atau panas (*hot.hehe) pada sesuatu selalunya mempunyai sebab yang terlampau utuh. Entahlah ini dikatakan gila atau apa, tetapi ana selalu mengikut kata hati dan naluri. Kerana kekadang apa yang dikatakan oleh hati adalah benar. Tetapi mungkin ini hanyalah satu kebetulan. Kebetulan yang kerapkali berulang.

Dan ana mahukan naluri yang biasanya mahukan hidup ceria sentiasa.


.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...