Friday, December 24, 2010

Saya ada Dia.. ^^

Pernahkah anda merasa tidak bermaya? Bukan kerana anda tidak sihat tetapi kerana resah dan gelisah, fikiran berkecamuk dan rasa tertekan. Sedangkan anda tidak tahu mengapa.

Ana pernah mengalaminya, lebih-lebih lagi ketika sedang belajar dahulu semasa SPM dan foundation . Resah dan gelisah, rasa tertekan muncul tanpa sebab yang jelas. Fikiran jadi tak menentu, hinggakan ana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Ana rasa tidak mahu bertemu dengan sesiapa, lebih selesa menyendiri berkurung di dalam bilik melayan perasaan yang kosong ini.


Hanya terbaring sambil mata memerhati apa-apa yang kelihatan di hadapan mata ana. Handphone menjadi teman dengan lagu dipasang untuk meredakan perasaan, tetapi setiap patah perkataan yang keluar dari 'earphone' bagai duri yang mencucuk ke dalam jiwa dan kadang-kadang seakan masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Ana terasa seperti kehilangan sesuatu, ada ketikanya terasa bagaikan ada satu kerinduan yang mendalam, tetapi entah pada siapa, atau apa. Hilang semua itu muncul pula perasaan marah, sedih, bimbang dan benci. Apa yang dibuat semua tidak kena. Masa bergerak bagaikan terlalu perlahan. Adakah aku sudah tidak siuman? Am i?Itu persoalan yang sering timbul di kotak pemikiran ana.

Ketika itu rasa keseorangan, tiada siapa yang mahu mendengar jeritan hati ini. Tiada siapa yang mahu menarik diri ini keluar dari kegelapan. Tiada siapa yang ingin menghulurkan tangan. Tiada...

"Ahh...kenapa aku begini!" jeritan dalaman diri,jauh ke dalam.
Pernahkah anda mengalaminya juga?



I hate when i fight with my best friend. Yup. Itulah perkara yang seringkali membuatkan  ana rasa tidak bermaya. Membuatkan diri ana dihantui ini semua. Bersikap rasional, lebih matang, cuba menyelesaikan keadaan semua telah ana cuba. Sehabis mungkin. Tetapi mungkin kami memerlukan masa. Biarkanlah hal ini berlalu. Ada saja syaitan menggoda dan nafsu yang meronta.

Akhirnya,Ana membelek artikel-artikel tazkirah yang banyak copy and paste dari email yang dihantar oleh abg Adzlan, my senior. Thanks for the beautiful notes. Ana membaca satu persatu kerana ana perlukan kekuatan . Dan kemudian ana temui ini.



"Dan Tuhanmu berfirman, "berdoalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa kamu." (al-Ghafir: 60)



Nota tazkirah : 3 Golongan Manusia dengan Doa...
  1. Golongan yang hanya berdoa - tanpa berusaha :::> adalah golongan yang malas.
  2. Golongan yang berusaha - dan tidak berdoa  :::> adalah golongan yang sombong.
  3. Golongan yang berusaha + dan berdoa   :::>  adalah golongan yang rajin


I was stunted. Then only ana realize. Ana hanya  berusaha dan tanpa doa. Ya Allah, sombongnya aku. Seharusnya kepadaMu lah tempat aku meluahkan dan memohon pertolongan. Terpaku lagi seketika, rupanya ana tidak keseorangan. Ana ada Dia. Benar, Dia yang bersifat dengan lunak dan kasih sayang. Dia yang suka mendengar rintihan. Dia yang tidak jemu menghulur pertolongan. Dia yang amat dekat. Mengapa Ana terleka hingga lupa kepada Dia...


"Ingatlah! Hanya dengan mengingati Allah sahajalah beroleh ketenteraman hati." (ar-Ra`du: 28)


p/s : Disaat kita merasa diri keseorangan dan tidak disayangi sesiapa, ingatlah bahawa Allah sentiasa menyayangi hambaNya yang bersabar..

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...