Wednesday, December 11, 2013

:: Mencari nilai tambah ::

"Ai.. asyik tengok buku ja. Tak dak pi jalan-jalan ka? Shopping ka? "

jiran hadapan yang kebetulan lalu di laluan tepi rumah menyapa. Hana tersenyum. Petang itu kebetulan pula Hana baca buku di luar. Sebab angin sepoi-sepoi bahasa time tu. Sedap sangat. Nasib baik tak bawa bantal kecil baring-baring je lagi..

Sebenarnya time tu Hana tengah baca buku "Semuanya Soal Hati" hasil karangan Ustaz pahrol Mohamad Juoi. dan kebiasaannya bila khusyuk membaca memang tak perasan apa yang berlaku di sekeliling. Get digest into the book. hehe.

Ya.. saya memang selalu mencari sesuatu yang dapat saya up kan motivasi diri. Selalunya apa yang saya baca, yang baik jadi amalan yang tidak saya jadikan pedoman.. supaya suatu hari nanti saya dapat menangani masalah yang berlaku dengan baik. Mungkin sebab ni juga ramai menyangka saya berumur 25 tahun ke atas dari gaya cakap.

gaya cakap? Saya tak tau pula tentang tu. tapi kalau Hana dan membaca memang ump.. macam isi dengan kuku rapatnya. tak boleh nak pisahkan. Kadang-kadang dalam beg yang selalu sandang tu mesti paling kurang tidak ada sebuah buku. Kecik besar tu yang mana muat la. :)

Bagi Hana, membaca boleh mengajar Hana tentang sesuatu yang pernah Hana lalui. dan boleh bawa Hana melancong. Yup, melancong ke tempat-tempat yang menarik di seluruh dunia. "Eleh, apa trill baca buku ja. ko gi la jalan-jalan.Simpan duit pastu gi. Baru best". Pernah ada kawan-kawan yang mengusik. dan macam biasa Hana senyum. "insyaAllah, suatu hari nanti. Ni tengah ambil feel dan pilih tempat nak pergi nanti la". Selalunya memang perbualan dan sembang-sembang kami akan diakhiri dengan ketawa. :D Angan-angan dulu.. tulis dalam wishlist. InsyaAllah, usaha,usaha...

dan mungkin sebab hobi Hana ni la, hana selalu bawa buku cerita kanak-kanak hana ke sekolah yang tengah buat praktikum (yup, saya bakal cikgu :D). Lpas tu kalau ada kelas before rehat, dah bagi tau awal-awal murid "kalau ada yang nak baca buku cerita cikgu, boleh datang dan ambil. Tapi kena minta izin dulu. dan jaga buku elok-elok. Kalau da rosak, cikgu tak nak bagi pinjam dah"

dan alhamdulillah, walaupun buku tu 5 buah je. Anak-anak murid kerap datang meminjam. Syukur juga meja dalam bilik guru berdekatan pintu jadi tak ada la mereka mengganggu mana-mana cikgu yang lain. Ingat lagi masa mula-mula perkenalkan pada anak murid. ada sorang ni dia masuk sorang-sorang lepas ketuk pintu. Selepas tu dengan suara terketar-ketar

"Cikgu, saya nak..pinjam buku hok ni bley?" (loghat terengganu)

" Nama kamu apa ye? Cikgu tak ingat lagi.."

" Adam Danish" sambil takut-takut...

"jangan la takut, meh dekat sini. Kamu kelas 3 intan kan?"

"ho.."... "bukan jawab ho tapi jawab ya".. celah saya.

"ya"... "ok..buku ni cikgu bagi adam pinjam dulu. tapi jaga baik-baik tau. buku ni cikgu sayang ni. "
Dia mengangguk.

alhamdulillah, keesokkannya time loceng tamat sekolah berbunyi, adam tercegat dekat pintu bilik guru sambil pegang buku cerita yang dipinjam. Dan selama 2 bulan di sekolah tu, adam dan kawan-kawannya rajin meminjam buku. Bukannya mereka tidak ada perpustakaan atau malas nak ke situ. tapi perpustakaan dan bilik darjah mereka agak jauh. Library tingkat 3 dan bangunan tahap 1 dua blok dari situ. waktu rehat yang singkat dengan jiwa kanak-kanak mereka sudah tentu digunakan untuk bermain bersama rakan"

Pengalaman yang bermakna. Walaupun suka, tetap ada masa duka. ada juga kenalan dan sahabat yang bertanya kenapa la buat macam ni. Membazir je. bukannya lecturer tengok pun nanti. ya, memang lecturer tak tengok. tapi saya suka bila kerana sekurang-kurangnya dalam 2 bulan saya di sekolah tersebut anak murid saya rajin membaca. mereka belajar untuk yakin diri. Minta izin. Lecturer tak tengok pun tak apa. :) yang penting Allah tau niat saya. Itu dah cukup. Duit? Membazir? Bukankah banyak kita memberi, banyak juga yang kita dapat? lagipun duit memang tetap akan habis tak kira apa jua yang saya buat.

dan mungkin sebab itu juga suatu perkara yang masih saya cuba kekalkan adalah mencari sahabat-sahabat yang baik kerana saya tahu saya mudah lemah apabila berseorangan. Maksud saya jauh dari keluarga. Justeru, itu di bumi ini juga saya masih berusaha mencari hati-hati mereka yang baik untuk saya duduk dalam suasana yang baik bersama mereka...

Jadi, walaupun jauh dari keluarga, saya tidak pernah keseorangan kerana saya ada sahabat-sahabat. dan saya tidak pernah kesunyian kerana Dia selalu ada. :)




No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...