hari ni 19 Disember 2013. Jadi, boleh dikatakan tak lama lagi sekolah dah nak buka.
Anak-anak kecil time ni memang excited habis nak beli baju, beg, buku, kotak pensel (pencil case) baru. itu la. ini la.. Kalau boleh nak semua baru..
betul tak?
Dulu saya masa kecik-kecik dulu pun macam ni juga. Sebulan awal dah siap semua barang-barang untuk buka sekolah nanti. Buku-buku pun sudah siap dibalut. Complete! hehe. anak cikgu memang laju la sebab ayah selalu cakap "buku teks tu dapat takkan tak buka sikit". jadi, memang selalunya sebelum masuk darjah baru, saya dah habis belek-belek semua buku. (belek je, bacanya tidak pun ) hehe.
memang kenangan masa kecil dulu cukup untuk membuat saya tersenyum sendiri. Tetapi masa itu sudah berlalu. Sekarang zaman sudah lain. gaya pembelajaran dan nak ke sekolah pun dah lain. dulu sebagai anak murid, kini sebagai seorang pelatih guru (bakal jadi cikgu =D )
Tengahari tadi keluar ke pekan Jitra sekejap, teman emak ke kedai. Di sana saya nampak masih ada lagi ibu bapa yang membeli barang keperluan anak-anak. Ya. Senyuman dan suara memang jelas bahawa adik-adik ni seronok nak ke sekolah. Bagus2.. Nanti pergi sekolah belajar elok-elok ye. dan tak kurang juga ada ibu bapa yang berkira-kira dalam membeli barangan untuk anak-anak. Mungkin kerana keadaan kewangan. saya juga kurang pasti tapi riak wajah itu saya faham.
dan tiba-tiba saya teringat tentang post Master Maria Firdaus
Ada wakil dari Surau Kampung Kedah, Parit Buntar datang berjumpa dengan saya. Mereka mohon sumbangan.
Projek mereka adalah, mereka ingin membuat sumbangan berupa kelengkapan pakaian dan beg sekolah untuk pelajar pelajar miskin dan juga anak yatim di kawasan sekitar rumah saya.
Mereka nak beri sumbangan kepada 25 pelajar. Seorang pelajar perlukan RM100. Mereka akan membeli barangan keperluan buat anak anak ini memulakan sessi persekolahan nanti.Ada wakil dari Surau Kampung Kedah, Parit Buntar datang berjumpa dengan saya. Mereka mohon sumbangan.
Setakat hari ini, hasil kutipan daripada orang kampung sudah berjumlah RM1450. Jadi, mereka datang berjumpa saya kalau kalau saya boleh tampung keperluan mereka ini. Mereka agak kesuntukan masa. Program ini akan berlangsung hari Sabtu ini. Tapi duit kutipan masih jauh lagi.
Long Story Cut Short
Saya beritahu mereka. "Insya Allah, berapa tak cukup. Saya akan cover."
So, saya nak buka peluang kepada anda.
Berapa ramai di antara anda yang berhasrat untuk menyertai saya dalam program ini. Insya Allah, ganjarannya sangat besar. Kita memberi peluang kepada anak anak yang terdiri dari keluarga yang kurang bernasib baik ini untuk mendapat kelengkapan peralatan sekolah yang sempurna.
dan baru saya tersedar, kita masih ada ibu dan ayah yang mampu untuk membelikan segala keperluan. Jadi, bagaimana kalau kita sama-sama bantu adik-adik ini supaya mereka juga dapat merasai pengalaman yang telah sama-sama kita lalui dahulu. Boleh juga kita tambah pencen kubur.
Jika anda ingin memberi sumbangan, anda boleh bank in ke akaun berikut :
Mohd Firdaus Bin Mat Saad. 1521 1604 0160.
Emel : mariafirdausblog@yahoo.com
Jika masih belum mencukupi Master Maria Firdaus akan cover yang selebihnya. dan sekiranya terlebih mereka akan mencari pelajar-pelajar miskin dan anak-anak yatim di kawasan sekitar kediaman mereka. InsyaAllah, semoga sumbangan kita yang sedikit ini dapat membawa kegembiraan kepada anak-anak ini dalam menuntut ilmu.
No comments:
Post a Comment