Wednesday, December 11, 2013

:: Tourist guide ke Padang Besar ::

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah, petang tadi selamat sampai rumah setelah teman mak bawa kawan ke Padang Besar. "Padang bola ke yang besar?". "Apa yang besar ni?" gurauan yang seringkali terdengar bila disebut Padang Besar.

"Padang Besar? wah bestnya" Ini sms dari adik bila dia cuba call hana tapi tak dapat-dapat..

Padang Besar ni sama je dengan Rantau Panjang, Wang Kelian dan yang seangkatan dengannya.. bagi Hana sama je.. tapi mungkin ada yang kata "eh, beza... lain la" "Sini murah lagi"... memang ramai betul orang hari ini. Cuti sekolah. Satu perkara yang memang best tentang cuti sekolah di Padang Besar ialah memang susah nak cari parking. Pusing-pusing juga mula-mula. Hana nampak banyak kereta dengan nombor plat luar di sini.

dan memang kebiasaan di mana-mana pun harga akan mencacak tinggi macam pokok kelapa. :)
macam mana nak tau? sebabnya mak bekerja di Perlis dan pernah juga ke sini masa hari bekerja. Memang harga amat-amat la berbeza. Sebab tu kalau nak shopping sini, kena pandai tawar menawar.. tapi jangan la sampai ada nak bertumbuk pula ea..

Ni ada gambar yang berjaya di'tangkap' semasa berjalan-jalan.

kawan mak shopping

cari buah tangan untuk beri pada sepupu di Shah Alam nanti


sini pun ada produk kecantikan. tapi saya tak faham apa kandungannya.Sebab semua dalam bahasa Thailand

walau apapun ternyata memang berpeluh-peluh berpusing-pusing sekitar bangunan shopping ni. Nasib baik breakfast tadi da amek ESP dan amik vita B-complex. takde la penat mana pun.  dan sampai ke tengahari pun masih kenyang. Tak macam dulu dah. Kalau pergi pagi dalam pkul 8 atau 9 selalunya pukul 11 da minta mak jalan gi cari kedai makan. tapi tadi pkul 2.30 baru jalan cari kedai. pkul 3 baru makan..Alhamdulillah. Allah beri kekuatan hari ini. Siap boleh tolong angkat sabun garam yang berbotol tu ke kereta yang jauhnya almost 1.7km..  Sekali-sekala tolong angkat barang banyak-banyak. Dapat pengalaman rasa macam mana mereka yang menjual tu berusaha keras dan membanting tulang yang sekerat untuk mencari rezeki. 

"Ya Allah, Kau murahkanlah rezeki mereka-mereka yang berusaha ini.
Limpahkanlah rahmatMu kepada mereka."





No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...