Melaka Sentral jam 1607: Semasa tengah makan dengan mak di sebuah kedai makan. Hana memerhatikan seorang kanak2 lelaki ni. rasanya umurnya lebih kurang 12-14 tahun. sentiasa tersenyum. Sesiapa yang lalu dia akan membalas dengan senyuman. Hana perasan dia membawa sebuah bakul. Tak nampak apa yang ada dalam bakul tu sebab dia berdiri agak jauh.
sedang duduk minum, adik tu datang dekat meja "Assalamualaikum kak. Kak nak beli kuih?" dia tanya pada emak. Laju je Hana tanya "Adik jual kuih apa dik?
"ada cekodok pisang, buah melaka dan ....." (tak ingat dah satu lagi kuih) satu seringgit" sambil senyum :)
" Akak nak 3. Cekodok 2, buah melaka 1". sambil dia ambil kuih mak pula tanya adik "siapa yang buat ni?"
"Mak saya, Ni kuihnya. RM3 kak." Hana bayar RM4 semua duit seringit-seringgit. Sebab tu la baki yang ada dalam dompet. Yang lain hanya kertas resit-resit withdraw bank.
"Kak, ni terlebih ni".. "Takpe amik la dik. Akak bagi kat adik buat beli air".
"nanti saya tak tau nak cakap apa pada mak".. sambil senyum. Hana cuba memujuk supaya adik tersebut ambil.
akhirnya... Hana tewas
"kalau macam tu bagi akak cekodok satu lagi la.. boleh buat bekal balik kedah" "Favourite akak ni" tibe-tibe je Hana menambah..
adik tu tersenyum. "Terima kasih akak" Dia tersenyum sambil berlalu pergi.
Kuih yang dibeli saya kongsi bersama dengan mak dan rakan mak. "Kiranya Farhana belanja la ni" kawan mak mengusik.. saya tersenyum. "Ya, kali ni biar saya bayar makan dah alang-alang jumpa favourite ni" hehe
Sungguh Hana kagum dengan adik ni. Dia ajar saya untuk berniaga kita tak perlu malu. Walaupun ada juga customer yang tak membeli dari dia, senyuman tu tak pernah hilang. Dan Adik jujur,amanah.. Sungguh akak kagum dengan adik. InsyaAllah adik, akak nak jadi kaya dan berjaya supaya suatu hari nanti akak dapat tolong yang lain. Akak nak jadi macam adik. Berani. yakin. Sungguh kalau ikutkan hati saya, nak je borong sebakul... Disaat adik tu berlalu pergi, hati saya berkata "Ya Allah, Kau bantulah adik ni untuk habiskan jualannya. Hadirkanlah mereka yang nak membeli kuihnya" ..
semasa Maghrib di surau, Hana tunggu mak yang ke toilet. dan alhamdulillah, saya nampak sebuah bakul yang macam kenal jer di atas rak kasut bahagian solat lelaki. Kosong.
adik tadi keluar dan ternampak saya melihatnya. "dah habis kuih dik?" "Alhamdulillah" jawapnya pendek sambil tersenyum..
Merantau banyak menjadikan diriku kenal alam ciptaanNya dan lebih mendekatkanku dengan yang Maha Pencipta. Dan mengajarku erti tawakal..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas
Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...
-
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera buat semua pembaca blog ini.. Saya doakan moga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan d...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Lama tak mencoret disini. Kekangan masa kerana core bussiness harus diutamakan. Pertama sekali, ...
-
Assalamualaikum wbt semua. Hi, how are you? Ni hao ma? The excitement. Semakin terserlah. Minggu depan sudah minggu akhir persekolahan. *y...
No comments:
Post a Comment