Nak makan apa pun google jer.. Tengok resipi. Dan ofkos perlu juga intai bahan-bahan dalam peti. Tak kan nak masak sotong celup tepung tetapi sotong tak ada dalam peti. Ada ayam ja.. Disini kami agak terhad sikit bahan mentah, jika nak banyak pilihan boleh ke Bintulu.. Namun, tidaklah sehingga tidak ada langsung. Kadang-kadang ke pasar ada ikan, tetapi mungkin hanya ada ikan sardin dan ikan kembong.
Kalau uncle ikan tak datang, ikan sungai ada juga dijual oleh penduduk sini. Tapi housemate tak makan ikan sungai, rugi pula kalau beli nanti..
Kebelakangan ni selalu ja teringin nak makan macam-macam.. Teringin dia bukan sekadar biasa-biasa tapi sudah ke tahap yang extreme terlampau.. Simptom mengidam ke ni?
Semalam Hana teringin sangat nak makan makanan berkuah. Selalunya sup, singgang, asam pedas dan tomyam saja. Jarang Hana buat gulai-gulai, kari, dan kurma.. Mungkin dari kecil selalu dibiasakan dengan sup, singgang, asam pedas dan tomyam. Jadi lidah lebih gemar memilih yang tanpa santan..
Semalam terlihat gambar makanan Cina. Yum..yum.. Macam sedap je. Macam sedap je.. Cari punya cari baru Hana tahu Sup Shark Fin rupanya..Jadi Hana try la.
Harini Hana nak kongsikan resipi sup cina ala-ala sup shark fin. Tapi versi bajet la.. Guna apa yang ada..
Bahan-bahan
1 bahagian dada ayam
2 kek ikan/ tofu
sayur kobis
1 biji telur
1 batang lobak merah
1 biji telur
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1sb sos tiram
1sb kicap
1/2 kiub ayam
Cara membuatnya
- Tumiskan bawang putih, halia sehingga naik bau. Kemudian masukkan kek ikan. Gaulkan sehingga agak garing.
- Tuangkan air. Masukkan sayur dan lobak. air ikut sukatan sendiri. Jika sukakan lebih kuah, banyakkan air. waktu ni perlahankan api.
- Sebaik sahaja lobak sudah lembut, masukkan ayam, kiub ayam, sos tiram dan kicap. Kacau sehingga sebati. Kadang-kadang Hana masukkan batang sayur sawi. Tetapi versi kali ini letaklobak sahaja.
- Kemudian pecahkan telur. Pukul telur. Masukkan telur sikit-sikit agak tinggi sikit daripada periuk dan tunggu sehingga 10 saat. Atau cara mudah adalah anda lihat telur sudah beku sedikit barulah kacau. Dengan cara ini barulah dapat terhasil telur yang macam bertali-tali tu, Jika anda terus kacau sebaik sahaja masukkan telur, telur akan pecah-pecah dan kurang cantik sedikit. Sebenarnya ini semua bergantung kepada citarasa masing-masing.
- Kalau ada sayur sawi, waktu ini masukkan bahagian daun. dan agak masak. Bancuhkan tepung jagung.Masukkan dan kacau sehingga sedikit pekat. Akhir sekali,tutupkan api dan sendukkan ke dalam mangkuk. Tabur sedikit daun bawang atau bawang goreng untuk lebih sedap. Tetapi Hana tak letak. Sebab versi bajet.. hihi
Maaf tak sempat nak ambil gambar. Dah habis makan baru teringat nak ambil gambar.
Selamat Mencuba.. Semoga bermanfaat..
Google Courtesy |
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBoleh try nih. Tq sis. Mcm sedappp.
ReplyDeleteMcm best ja..leh try satgi utk berbuka puasa
ReplyDelete