Ulih kamu berjakuk iban cikgu...
Tegur seorang indai di klinik Tatau semalam.
Hahaha.. Gara-gara bersembang dengan anak comel ni...
Saat cikgu baru sampai klinik baru turun kereta lagi tiba-tiba dengar disapa Hi...Hi.. Hi..
Cikgu balas dengan senyuman dan Hi....
Perkenalan kami bermula dengan nombor 1,2,3,4,5,6,7,8...10. Cukup ringkas. Tetapi menjadi modal memulakan perbualan yang lebih panjang. Terima kasih kerana datang bersembang anak kecil saat cikgu menunggu.. Meskipun bagai ayam dan itik cikgu cuba berjakuk iban.
Semoga kamu membesar menjadi anak pintar yang berjaya, menjadi insan berguna dan menyenangkan hati ibu bapa kamu Dan mereka disekelilingmu..
Kasih sayang Allah itu luas. Allah hadirkan kegembiraan dalam berbagai cara. Terima kasih ya Allah hiburkan hatiku dengan teletah anak kecil ini.... Sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui.
Terima kasih Ya Allah.
Benarlah. Allah hadirkan pelangi itu selepas hari hujan.
Bersangka baiklah dengan Allah.
#25Ramadhan
#rutinterakhirsebelumpulang
#rutinterakhirsebelumpulang
No comments:
Post a Comment