Assalamualaikum wbt.. Hana doakan semoga semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati Allah.. InsyaAllah..
Alhamdulillah..syukur kepada Allah.. cuti Tahun Baru Cina ini berkesempatan berjumpa dengan rakan-rakan daripada IPG KDRI.. Sebelumnya Allah mempertemukan kami semua di Bintulu atas nama tugas.. Orientasi Guru Baru bagi daerah Tatau dan Sebauh.
kak B, Saifu, Faizal, Aina, Khairi, nini, ruby, yod, dan ramai lagi...
Pelbagai cerita yang dikongsi.. Dari saat pertama menjejakkan kaki di Sarawak sehinggalah melaporkan diri di sekolah masing-masing.. Pelbagai cerita yang pastinya akan disusuli gelak ketawa kerana mengimbas kembali kenangan di IPG.. Ternyata kehidupan kini berbeza tetapi kenangan yang lalu memberikan kami kekuatan.. Untuk sama-sama memulakan khidmat di bumi Kenyalang ini... Sempat juga mereka menceritakan pengalaman bertemu pensyarah-pensyarah ketika di Kuching.. Dan pengalaman saat pertama masuk ke kelas.. Ternyata masing-masing mendapat pengalaman baru..sama seperti Hana.. Perbezaan bahasa dan budaya.. Akan perlahan-lahan kami pelajari.. InsyaAllah..
Bersama dengan mereka..mendengar cerita mereka.. Membuatkan Hana tersedar.. Dan jauh membawa diri ini berfikir..
Tentang kehidupan....
Tak semuanya indah
Tak semuanya manis
Tak semuanya bahagia
Tak semuanya pahit
Tak semuanya derita..
Inilah kehidupan.. Gabungan diantara kesemuanya..
Derita yang dirasakan sebenarnya adalah kasih sayang daripada Tuhan.. Kerana dalam keadaan ini ramai manusia pulang mencarinya...
Dalam keadaan ini ramai manusia mulai sedar.. Betapa beruntungnya mereka selama ini.. Termasuklah diri sendiri ini..
Percayalah.. tak selamanya kita akan berada di atas.. Dan tak selamanya kita akan berada di bawah.. Kehidupan itu kan ibarat roda.. Ada masanya kita di atas. Ada masanya kita di bawah.. Berada di bawah tidak selamanya bermakna kita sentiasa akan berada di bawah dan sebaliknya...
Kerana roda itu bulat.. Dan bergantung kepada kita untuk membiarkan roda itu terus bergerak atau terhenti terus di situ...
Jujur, kekadang bila hidup ditimpa masalah atau ujian.. Ramai yang memilih untuk mengeluh dan memikirkan tentang masalah.. Hanya sedikit yang memikirkan cara penyelesaian serta ibrah daripadanya... Hana juga tak lari daripada itu.. Anda manusia normal.. Kerana itulah lumrah manusia.. Bila diuji.
Sebenarnya it takes us time to actually realize about everything.. About the hikmah and reason why Allah give us this and that.. But trust me, as soon you get to know that Allah love you. You'll be fine.. No matter how hard challenge you'll face. You will walk through it.. Thanks to a person that never give up upon me.. Someone who makes me realize that there's always be a good reason why behind everything.. For someone that always see me good in every aspect, makes me feel special and believe in myself.. I'm touched. Thank you Allah..
Ya Allah, Kau peliharakanlah insan ini. Permudahkanlah segala urusannya..kurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berterusan kepadanya.. Aamin..
Apa jua yang berlaku ada banyak perkara yang bermain di akal fikiran. Tipulah jika Hana katakan Hana terima dengan senang hati pada mulanya.. It takes time.. Alhamdulillah. By adjusting and adapting, perlahan-lahan Hana mula menerima.. Perancangan Allah itu kan selalu yang terbaik...
Alhamdulillah.. Tq Allah for giving me a loving,supporting family, teachers and friends.. I love them so much. Bless them always and may You ease them in everything.. Aamin..
No comments:
Post a Comment