Assalamualaikum wbt semua. Hana doakan semua pembaca blog ini sentiasa dirahmati dan diredhai oleh Allah swt...
Alhamdulillah.. Sudah genap sebulan di bumi Tatau ini.. Awalnya dulu terasa sukar nak sesuaikan diri.. Kini sudah perlahan-lahan dapat menyesuaikan diri.. It only the matter of time.. To adjust and adapt.
Minggu ini ternyata kebanyakan kawan-kawan semua bersemangat dan tersenyum lebar saat melihat tiket penerbangan masing-masing. Masing-masing sudah tidak sabar untuk pulang bertemu keluarga tersayang.. Semua akan bergerak keluar dari kawasan sekolah masing-masing dan menuju ke bandar terdekat..itulah rutin hujung minggu kami sebenarnya..tetapi hujung minggu ini sedikit berbeza. Kami keluar bukan untuk ke bandar dan tinggal sehari dua. Tetapi kami akan pulang ke rumah bersama keluarga selama 5 hari..yeayy! Harap dapat luangkan sebaik mungkin..
Rindu betul masakan mak..
InsyaAllah bakal berada di langit biru sabtu malam ini untuk ke KL. Moga selamat semuanya..
Ada yang bertanya Hana.. Bagaimana jika dah sampai disana? Ada yang datang ambil?
InsyaAllah.. Semuanya sendiri sehingga sampai ke negeri Jelapang Padi.. Banyak merantau sedari kecil, jadi perlu banyak belajar hidup berdikari..
Moga Allah pelihara keselamatan dan kesejahteraan.. Doakan hana ya ^-^
Minggu ini banyak berbual dengan kenalan lama.. Banyak dibualkan tentang cara hidup Hana di sini. Mungkin bagi mereka di semenanjung sukar untuk membayangkan kawasan pekan yang kekadang sumber air menjadi kuning pekat umpama teh susu, line telefon yang kekadang bercakap memerlukan kita mengagak percakapan orang sana. Ataupun terus terputus. Mark setiap 'HOT' spot untuk line.. Bekalan makanan alhamdulillah. Di tempat Hana lebih mudah didapati berbanding dengan kawasan di pedalaman. Selalunya sahabat di pedalaman akan keluar membeli keperlua di pekan/Bandar berdekatan..
Syukur juga. Bila mendapat rumah baru ini, dapatlah sahabat-sahabat lain dapat datang luangkan masa hujung minggu.. Datang saat ada kursus atau mesyuarat peringkat daerag..Hilangkan kepenatan dan beban di sekolah dengan berkongsi dan bertukar-tukar cerita.. Ya. Begitulah sedikit sebanyak tentang kehidupan di sini...
Rahsia kekuatan?
Sebenarnya bukanlah ada rahsia. Tetapi atas rasa kepercayaan Hana teruskan. Percaya akan Allah. Dan bersangka baik dengan setiap ketentuannya.. Banyak sebenarnya pengalaman dan ilmu yang kita peroleh apabila kita merantau ke negeri orang..
Cuma ia memerlukan kita melihatnya dengan mata hati. Baru terasa manisnya hikmah..jujur Hana akui..semua ini bukannya mudah.. Dan tak ada suatu perkara pun di dunia ini yang mudah. Setiap perkara pasti ada kesenangan dan kepayahannya..
Menjadi guru bukannya mudah. Menjadi doktor pun bukannya mudah.
Menjadi bussinessman bukannya mudah.
Menjadi lecturer pun bukannya mudah.
Menjadi engineer bukannya mudah.
Menjadi kontraktor bukannya mudah.
Menjadi pegawai Alam Sekitar juga bukannya mudah.
Menjadi anak murid juga bukannya mudah..
Dan tidak menjadi apa-apa pun, masih lagi tidak menjadikan hidup itu mudah. Percayalah.. Setiap sesuatu itu ada kesusahan dan kesenangannya.. Dan Allah dah tetapkan sesuatu ujian itu mengikut tahap kita. Cuma kekadang kita yang tidak mengetahui kekuatan diri kita sebenarnya dan kita sering mengambil mudah dengan meletakkan kesemuanya pada Allah. Ada yang menyalahkan Dia. Sedangkan diri kita ini masih lagi lemah.. Tidak mampu melihat hikmah... Oleh itu .disaat diuji jangan gelabah dan resah.. Tenang dan tempuhilah dengan hikmah..
Akhir kata. Salam sayang dari Tatau,Sarawak
No comments:
Post a Comment