Tuesday, April 14, 2015

Alahai anak muridku

Assalamualaikum semua. Lama rasanya tak mencoret disini. Ada tugas dan komitmen lain yang perlu diberi keutamaan terlebih dahulu. Meskipun sibuk, coretan dalam buku kesayangan sentiasa ada. Itu wajib. haha :D

Alhamdulillah sihat seadanya di sini. Jadi, Hana doakan moga semua pembaca blog ini sentiasa dipelihara keselamatan, kesihatan dan dirahmati Allah.

Genap 3 bulan 12 hari sudah di bumi Tatau ni. Apa yang boleh diceritakan itu banyak. nanti Hana kongsikan satu persatu. InsyaAllah, andai ada kesempatan Hana post lagi.

Guru Tahun 1
Menjadi guru Tahun 1 bukannya mudah.Baru Hana faham betapa besarnya jasa guru Tahun 1 masa bersekolah dulu. Kerana guru Tahun 1 kita mula mengenal ABC, dapat mengira 123, menulis di atas garis lurus dengan cantiknya.. Kerana guru Tahun 1 inilah guru pertama kita di alam sekolah.

Sungguh masih teringat guru-guru Tahun 1.
guru matematik Tahun 1, cikgu Azizah, Sir Syahrul,Cikgu Maimunah, cikgu Mat Zain, Ustazah Noraini , Ustaz Kamal, Cikgu Wahab, Cikgu Kamil. Ramai lagi sebenarnya. Semua nak sebut. Maklumlah dua kali belajar di tahun 1.

Mengajar dan mendidik anak-anak Tahun 1 C ini banyak mengajar Hana sebenarnya. Kekadang dirasakan mereka lah sebenarnya "guru". Guru kehidupan.

Sucinya jiwa anak-anak kecil ini. Sungguh.. Ada kala mampu membuatkan cikgunya menjadi singa. Ada kalanya mampu buatkan cikgu tersenyum bahagia. Segala apa yang diajarkan cepat melekat. Tetapi cepat juga lupanya dia. Alahai.. anak muridku.

Meskipun marah. Tapi marah itu tanda sayang. Mana tidaknya. Telatah jiwa kanak-kanak. Kita juga pernah melaluinya. Cuma dari satu segi, menjadi cikgu perlu bijak menangani murid. Kerana murid kini tak sama macam zaman kita dulu. Tahap pemikiran mereka juga berbeza. Minatnya juga lain. Kalau dulu kanak-kanak bermain batu seremban, anak masa kini lebih mengenal Raja Lawak dan game online.

Tetapi Hana akui. Setiap hari mengajar anak-anak Tahun 1, setiap harilah cikgu mencari cara baru. Dan setiap hari juga cikgu mendapat ilmu baru. Semuanya untuk anak-anak murid. supaya minat dan semangat untuk belajar itu ada. Cikgu lihat kamu berminat dengan muzik. jadi, cikgu gunakan muzik. Terima kasih kerana menjadi pendengar setia suara cikgu. Itulah untungnya menjadi cikgu. Semua boleh jadi. Pengarah, pelakon, penyanyi..


Nakalnya dia.
Semalam murid 1C luka di kepala. Kerana ada yang membaling batu semasa di padang. Kisahnya tak siapa yang tahu. Siapa baling siapa pun tak tahu. Yang menjadi mangsa pun tak ingat siapa yang membaling. Jadi, bergegas lah turun ke bilik guru.Belum pernah lihat luka seteruk itu. Agak panik juga pada mulanya. sebab tak tahu antara bawa murid ke klinik terlebih dahulu atau maklumkan kepada ibu bapa.

Nak maklumkan sudah semestinya masalah komunikasi yang menjadi halangan. Bukannya mudah nak maklumkan kepada ibu bapa. Ibarat macam doktor nak bagitahu result operation. Berdebar.

Nasib baik ada cikgu-cikgu lain yang membantu. Seorang cikgu telefon ibu bapa murid tersebut. Sementara menghentikan luka di kepalanya. dan memang betullah. Sepatah perkataan pun percakapan itu Hana tak faham. Memang tak faham. Terfikir juga tadi, macam mana la kalau perlu maklumkan sendiri.

Masuk kelas. Soal siasat satu demi satu. Sunyi sepi kelas. 1 masa pertama berlalu seperti tu saja. Akhirnya masa kedua, cikgu rasa bersalah jadi cikgu cuba ambil hati semua murid semula. Pesalahnya? Kita biarkan masa mengingatkan semula..

Walauapapun, terima kasih semua yang membantu...
Pengalaman baru lagi kali ini. Guru juga boleh menjadi doktor.  Aci tak macam ni?


Semoga Allah mempermudahkan urusan semua.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...