Saturday, April 25, 2015

Sharing is caring

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah Allah berikan kesempatan pada hari ini untuk mencoret catatan disini. Semoga Allah sentiasa memberikan kemudahan dan keberkatan dalam setiap apa yang kita lakukan. InsyaAllah.

Alhamdulillah syukur juga. Akhirnya LINUS berjaya di'key in'..

Dua hari ini, Hana menerima tetamu. Rakan IPG yang sama-sama berposting disini. Mereka perlu menghadiri kursus di PPD dan SJKC Chung Hwa Tatau.. Jadi, berbuallah dan berkongsi cerita masing-masing... Setiap seorang dengan ceritanya sendiri. Seronok mendengar.. Terasa macam teringin nak ke sana suatu hari nanti.. Pengalaman ke Sangan Iban pada minggu lepas buatkan Hana jatuh hati..  Ceritanya? Nanti Hana ceritakan pada entry seterusnya..


Isnin lepas berbual-bual dengan abang. Lama berbual. Memang kebiasaan abang adalah pakar motivasi.. Dialah yang selalu memberikan sokongan, dan kata-kata semangat.. Terima kasih abang. ^_^ 


Kata abang,

Kalau kita ada ilmu.. tak baik kalau tak sharekan. Benda yang baik kita makan sendiri-sendiri. Sedangkan mungkin perkara yang kita tahu itu boleh membantu orang lain menambah kualiti hidup mereka.

Macam ilmu agama yang ada kita kongsikan. Nak kongsikan ilmu tak semestinya perlu ilmu agama sahaja. Ilmu dan kemahiran. contoh macam ajar orang untuk susun barang supaya mudah cari, ajar anak murid macam mana nak dapatkan tulisan yang kemas, tunjukkan cara untuk iron baju, basuh pinggan, adab makan. Ini semuanya ilmu...  Its all about sharing.

Dan hari ini, Hana mula memahami...


Sharing.
In class, menjadi guru Tahun 1 akan selalu sahaja ada tali leher di atas meja guru setiap kali waktu selepas rehat. Semuanya gara-gara anak murid terlebih excited semasa bermain. Minggu pertama, Hana tolong ikatkan untuk mereka. Masuk minggu kedua, Hana panggil seorang murid pada awal waktu persekolahan sebelum mereka semua beratur untuk perhimpunan harian. 

Mulanya bukan untuk ajarkan dia. Tetapi cikgu sendiri pun masih lagi belum mahir. Kiranya macam practice makes perfect. Days passed. Sekarang cikgu pun dah mahir. Sekejap saja zup zap zup.. dah dapat ikatkan tali leher murid. Minggu berikutnya, cikgu dah bersedia seandainya ada lagi tali leher di atas meja. 

pelik..
Tapi masuk kelas minggu ini tak ada satu pun di atas meja. Esoknya masuk lagi pun tak ada. Lihat juga murid-murid seandainya mereka memang langsung tidak memakai tali leher. Semua ada. Kemas lagi ikatannya.. pelik. sungguh pelik. selalunya waktu ini sudah ramai yang tak memakai tali leher.
alasannya tertanggal dan mahu minta cikgu ikatkan. Tertanya-tanya juga cikgu di depan. Pengajaran diteruskan seperti hari-hari biasa. Cuma dengan persoalan di kepala cikgu.

Nak dijadikan cerita cikgu tak sabar nak tahu, cikgu datang kelas berikutnya bawa satu tali leher. 

Kononnya bertanya siapa punya tali leher itu. Semua dijawab bukan kelas ini. Lalu cikgu tinggalkan atas meja.. semasa beri latihan kepada murid,Damien (anak murid) 

"cikgu, boleh saya tolong?"

"Tolong? Tolong apa.. sekarang belum tamat lagi masa kelas..." 
(kebiasaan anak murid di sini, tolong hantarkan barang guru ke bilik guru.)

"Tolong ituu.. (sambil jari dia tunjukkan atas meja guru)"

"ok"


and guess what? 
Cikgu tersenyum selebar-lebarnya.. sebab Damien ikat sendiri tali leher tu. walaupun terkial-kial juga awalnya.. 

dan dia bertanya kepada kawan, Haziq yang selalu jadi teman latihan cikgu... 


Rupanya Haziq yang tolong ikatkan tali leher dan ajar rakan-rakan yang lain..Patutlah tak ada lagi tali leher atas meja cikgu.

maka, terjawablah persoalan cikgu...


Comel sungguh anak murid cikgu.

Moga semua membesar menjadi orang yang berguna. Halalkan segala ilmu yang cikgu sampaikan. Cikgu guru novice lagi ni..







No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...