Saturday, August 20, 2011

:: 3 jenis sahabat ::

Assalammualaikum. sebelum itu ana nk kongsikan satu komik yang dibaca td.
moga mendapat sesuatu dari komik ini.
Semalam , ana bertemu dengan seorang kawan. Dia memakai kain telekung yang hampir sama dengan kawan yang seorang lagi. Cuma kawan yang seorang lagi tu, xhadir atas keuzuran. Jadi, ana bertanya khabar sahabat yang memang sudah lama ana tidak mempunyai kesempatan untuk bertegur sapa.

Lantas diajukan soalan, adakah mereka membeli telekung itu bersama? dan gembiranya hati ana kerana jawapnnya adalah 'ya'. Sejuknya hati kerana sudah tentu bila kita menggunakan hadiah itu, kita akan teringatkan sahabat. dan alangkah gembiranya persahabatan mereka, kerana masing-masing saling mengingati dalam mengingatiNya, Maha Pencipta.


p/s: Ya Allah, jadikanlah aku sebagai seorang insan yang memberi kemudahan dan ketenangan kepada sahabat-sahabatku dan bukannya menggusarkan hati mereka. Tapi sekiranya ujian ini yang Kau berikan, aku terima dengan redha. Kerana mungkin ada hikmah disebaliknya.

No comments:

Post a Comment

HRMIS - Kemaskini Diskripsi Tugas

Assalamualaikum semua. Sekarang kebanyakan penjawat akan sibuk mengisi Deskripsi Tugas di dalam HRMIS. Jadi di sini saya nak kongsikan cara ...